You are on page 1of 6

Bab 1: Arah

1.1 Arah
1. Arah merupakan kedudukan sesuatu objek atau tempat dari sesuatu tempat.
2. Arah boleh ditentukan oleh arah mata angin.
3. Arah mata angin dibahagi kepada lapan, iaitu:

Utara

Barat Laut Timur Laut

Barat Timur

Barat Daya Tenggara

Selatan

4. Utara, timur, barat dan selatan merupakan arah mata angin utama, manakala
barat laut, timur laut, barat daya, dan tenggara merupakan arah mata angin
perantaraan.

Arah Mata
Angin

Utama Perantaraan

Utara Barat Laut

Timur Timur Laut

Barat Barat Daya

Selatan Tenggara
5. Arah sesuatu tempat boleh dikenal pasti dengan berdasarkan:
(a) Kedudukan Matahari
(b) Kompas
(c) Arah mata angin
(d) Kedudukan bintang-bintang pada waktu malam

1.2 Matahari Sebagai Penentu Arah

1. Matahari memainkan peranan sebagai penentu arah.


2. Hal ini dikatakan demikian kerana matahari terbit di sebelah timur dan terbenam
di sebelah barat.
3. Arah boleh ditentukan dengan berdasarkan cara-cara berikut:

Mengenalpastikan Berdiri tegak dan


Hala tangan kiri
arah matahari terbit angkat tangan kanan
anda merupakan
yang merupakan menghala ke arah
arah barat
arah timur matahari menerbit

Manakala arah di
Arah hadapan anda
belakang badan
akan merupakan
anda merupakan
arah utara
arah selatan
1.3 Kompas

1. Kompas merupakan salah satu peralatan yang digunakan untuk mengenalpasti


arah dengan tepat berdasarkan sudut arah atau bearing.

Kompas harus
diletakkan pada Jarum kompas
permukaan yang dibuat daripada
rata dan harus magnet dan
dijauhi daripada sentiasa menunjuk
bahan-bahan besi ke arah utara oleh
atau magnet untuk sebab tarikan
mendapati bacaan magnet bumi.
arah yang lebih
tepat.
Permukaan kompas
ditanda dengan
Kompas mudah lapan arah mata
dibawa ke mana- angin dan ukuran
mana kerana kecil bearing dari 0°
dan ringan. hingga 360°.

2. Cara-cara Menentukan Arah Dengan Menggunakan Kompas:

Menentukan satu tempat sebagai titik rujukan anda. Halakan pandangan anda ke arah objek
yang hendak ditentukan pada titik rujukan anda.

Seterusnya, orientasikan kompas dengan memusingkan kompas dengan berhati-hati


sehingga jarumnya menghala ke arah utara. Kompas harus diletakkan di permukaan yang
rata untuk menunjukkan bacaan yang tepat

Kemudian, halakan pandangan mata ke arah objek yang hendak dikenalpastikan.

Baca arah objek yang ditunjuk pada permukaan kompas.


Titik Rujukan bermaksud
kedudukan seseorang atau
sesuatu tempat yang dirujuk
untuk menentukan arah sesuatu
objek yang lain

1.4 Bearing Sudutan

1. Selain menggunakan kompas, bearing sudutan juga boleh digunakan untuk


menentukan arah sesuatu tempat

Bearing sudutan merupakan sudut arah yang


ditunjukkan dalam unit darjah (°) mengikut arah
pusingan jam.

2. Sudut bearing sudutan mempunyai nilai antara 0°hingga 360°.


3. Jangka sudut digunakan untuk mengukur bearing pada peta.

Titik tengah
jangka sudut
Cara-Cara Mengukur Bearing Sudutan Kurang Daripada 180°
U
U
1. Lukis garisan lurus dari titik X ke titik Y.

2. Lukis garisan lurus menegak yang


selari dengan tanda arah utara
pada titik rujukan Y.

3. Kemudian, letakkan jangka sudut di Y Y


sebelah kanan garisan menegak. X
Titik tengah jangka sudut harus diletakkan B B
di atas titik Y. X
B B B
V B V
4. Sudut X dari Y diukur mengikut pusingan jam. B
B V B
Bearing sudutan X dari Y ialah B
100°. B
S V
S B
B
B B
V B
Cara-Cara Mengukur Bearing Sudutan Lebih Daripada 180° V
B
B
U
1. Lukis garisan lurus dari titik A ke titik B.
U
2. Lukis garisan lurus menegak yang
selari dengan tanda arah utara
pada titik rujukan B.

3. Kemudian, letakkan jangka sudut di


sebelah kanan garisan menegak. B B
Bacaan sudut tersebut ialah 180°. A X
A
4. Untuk mengukur sudut yang lebih daripada
180°, letakkan jangka sudut di
sebelah kiri garisan menegak.

5. Sudut A dari B diukur mengikut pusingan jam.


S
Bacaan sudut ialah 80° S

6. Oleh demikian, bearing sudutan A dari B ialah 260°= 80°+180°.


Bearing Sudutan Berdasarkan Arah Mata Angin

Arah Bearing Sudutan


Utara 0°dan 360°
Timur Laut 45°
Timur 90°
Tenggara 135°
Selatan 180°
Barat Daya 225°
Barat 270°
Barat Laut 315°

Cara-Cara Mengukur Bearing Sudutan di atas Peta dengan Menggunakan


Jangka Sudut

Mengukur bearing sudutan Balai Polis dari rumah Lee


1. Lukiskan arah empat mata angin utama di atas rumah Lee dan balai polis
sebagai titik rujukan.
2. Lukiskan garisan lurus yang menyambungkan titik tengah rumah Lee dengan
titik tengah Balai Polis.
3. Letakkan jangka sudut di sebelah timur rumah Lee. Titik tengah jangka sudut
harusnya ditindih di atas titik tengah rumah Lee.
4. Baca bacaan bearing sudutan dari arah utara, mengikut arah pusingan jam
hingga ke garisan lurus.

You might also like