You are on page 1of 13

BAB 1 ARAH

1.1 Arah Mata Angin


1.2 Cara Menentukan Arah Mata Angin Menggunakan Matahari
1.3 Cara Menentukan Arah Mata Angin Menggunakan Kompas
1.4 Bearing Sudutan
1.1 Arah Mata Angin
 Arah ditentukan berdasarkan arah mata angin.
 Terdapat empat arah mata angin utama iaitu utara, timur,
selatan dan barat
 Terdapat empat arah mata angin perantaraan iaitu timur
laut, tenggara, barat daya dan barat laut.

Arah angin utama Arah mata angin perantaraan


i. Utara i. Timur laut
ii. Timur ii. Tenggara
iii. Selatan iii. Barat daya
iv. Barat iv. Barat laut
Arah Mata Angin

Akronim : Ular tedung sangat bisa (arah angin utama)


Akronim : Tok lang tidur bersandar di bawah laci (arah
angin perantaraan)
Persoalan
U 1. Danial ingin berjalan
Rumah Bu Dina. Dia
perlu berjalan ke arah
__________.
2. Jika Danial ingin ke
Rumah Udin. Dia perlu
berjalan ke arah
__________.
3. Jika Danial ingin ke
Taman Kota. Dia perlu
berjalan ke arah
_________.
4. Jika Danial ingin ke
Restoran Enak. Dia perlu
berjalan ke arah
__________.
1.2 Cara Menentukan Arah Mata Angin
Menggunakan Matahari
 Selain berfungsi sebagai sumber cahaya, kedudukan
matahari juga dapat digunakan untuk menentukan arah.
 Matahari terbit dari arah timur dan terbenam di sebelah
barat.
 Oleh itu, kedudukan matahari dapat digunakan sebagai
penentu arah semula jadi.
Sambung…
 Cara-cara menentukan arah
berdasarkan kedudukan matahari:
i. Depakan tangan anda
ii. Halakan tangan kanan anda ke arah
matahari terbit. Arah tersebut ialah
arah timur.
iii. Tangan kiri anda akan menghala ke
arah barat.
iv. Bahagian muka pula menghala ke
arah utara.
v. Arah di belakang badan
menunjukkan arah selatan.
1.3 Cara Menentukan Arah Mata Angin
Menggunakan Kompas
 Kompas dicipta dengan
menentukan arah dengan
tepat.
 Jarum kompas sentiasa
menunjuk ke arah utara kerana
dipengaruhi oleh tarikan
magnet dari kutub utara bumi.
 Kompas terdiri daripada :
 Perumah
 Pemuka
 Jarum kompas
Panduan Mengorientasikan Kompas
Magnetik
1. Berdiri menghadap objek anda
ingin tentukan arah
2. Letakkan kompas pada
permukaan yang rata. Pastikan
anda menjauhi objek besi
seperti tiang besi dan kerusi
besi.
3. Orientasikan kompas dengan
memusingkan kompas perlahan-
lahan sehingga jarum kompas
menunjukkan arah utara
1.4 Bearing Sudutan
 Arah sesuatu tempat dapat ditentukan
dengan menggunakan bearing.
 Bearing ialah arah sesuatu objek atau
tempat dari satu titik rujukan.
 Titik rujukan ialah titik yang menjadi
petunjuk kepada titik yang lain
 Unit yang digunakan ialah darjah ( ̊)
 Bearing sudutan ialah bearing yang diukur
dari arah utara (0 ̊) mengikut arah pusingan
jam.
 Bearing sudutan dapat ditentukan dengan
menggunakan jangka sudut.
Langkah-langkah Mengukur Bearing Sudutan
1. Tentukan duat titik, iaitu X dan
titik Y. Lukis garisan lurus yang
menyambungkan kedua-dua titik.
2. Tentukan titik rujukan. Titik
rujukan yang dikenal pasti adalah
pada titik X. lukis arah mata
angina.
3. Letakkan pusat jangka sudut pada
titik rujukan. Bearing sudutan
diukur dari utara 0 ̊hingga ke
garisan XY
Mengukur bearing sudutan
rumah dari sekolah
 Ikuti langkah demi langkah seperti yang berikut:
1. Lukiskan arah empat mata angin utama (garisan
merah) tepat di atas titik rujukan, iaitu
sekolah.
2. Lukiskan garisan lurus (garisan hitam) yang
menyambungkan titik tengah sekolah dengan
titik tengah rumah Kavitha.
3. Letakkan jangka sudut di sebelah kanan
sekolah. Titik tengah jangka sudut ditindih di
atas titik tengah sekolah (0 ̊ diletak pada arah
utara).
4. Baca bearing sudutan dari arah utara, 0 ̊
mengikut arah pusingan jam hingga ke garisan
lurus (garisan hitam). Bearing sudutan rumah
Kavitha dari sekolah ialah 120 ̊.
Mengukur bearing sudutan
sekolah dari rumah Kavitha
 Ikuti langkah demi langkah seperti yang
berikut:
1. Lukiskan arah empat mata angin utama
(garisan merah) tepat di atas titik rujukan,
iaitu rumah Kavitha.
2. Lukiskan garisan lurus (garisan hitam) yang
menyambungkan titik tengah rumah Kavitha
dengan titik tengah sekolah.
3. Letakkan jangka sudut di sebelah kiri rumah
Kavitha. Titik tengah jangka sudut diletakkan
di atas titik tengah rumah Kavitha.
4. Baca bearing sudutan dari arah utara, 0 ̊
mengikut arah pusingan jam hingga ke garisan
lurus (garisan hitam). Nilai sudt separu bulatan
dari utara ialah 180 ̊. Bearing sudutan sekolah
ke rumah Kavitha ialah 180 ̊ + 120 ̊ = 300 .̊

You might also like