You are on page 1of 1

NAMA

ALAMAT

Tarikh: 30 November 2022

Pengarah Jabatan Penilaian,


Jabatan Penilaian,
Majlis Bandaraya Kuantan.
Jalan Tanah Putih,
25100 Kuantan, Pahang.

Tuan,

BANTAHAN RASMISEMAKAN SEMULA SENARAI NILAIAN

NO. FAIL / NO. AKAUN: 116018768000


NO. LOT/PT: PT 153389
SEKSYEN MUKIM: KUALA KUANTAN
ALAMAT: NO. 27 JALAN KS 6/2, KOTA SULTAN AHMAD SHAH, 25200 KUANTAN.

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada Notis Menyemak Pindaan Senarai Nilaian bertarikh
15 November 2022.

2. Saya ingin membangkitkan bantahan terhadap kenaikan nilaian tahunan RM 2880.00 dan
pada kadar cukai tahunan sebanyak 11.50% yang dikenakan oleh pihak Tuan adalah terlampau dan
tidak adil dan amat membebankan kepada kami rakyat pada masa ini di mana Negara kita Malaysia
masih lagi dalan keadaan kemelesetan ekonomi.

3. Sebagai penghuni, saya bukan sahaja terpaksa membayar cukai tanah dan cukai pintu, tetapi
perlu membayar “maintenance fee” dan “sinking fund” setiap bulan, justeru kenaikan cukai pintu
akan lebih membebankan saya dan sepoertimana juga penduduk-penduduk di kawasan ini.

4. Saya merayu agar tiada kenaikan dikenakan ke atas Nilaian dan Kadar Cukai Tahunan agar
ianya tidak menambahkan lagi bebanan yang kami hadapi kini, dan agar pihak Tuan sebaliknya
mengekalkan nilaian dan kadar terdahulu.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

(PENGHUNI RUMAH)
Lampiran – Salinan Notis Pindaan Nilaian.

You might also like