You are on page 1of 1

Tugasan 1: (10%)

KAJIAN KES

Ketika George House, Naib Presiden kewangan dan Helen Robbins, Pegawai kawalan,
memasukki pejabat Adrian Barnes, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat
Kappa, mereka disambut dengan bentakan yang penuh rasa marah oleh ketua pegawai
syarikat itu:

”Mengapa tiada seorang pun yang memberitahu apa-apa kepada saya? Mengapa
saya tidak mengetahui apa yang berlaku di sekeliling saya? Mengapa saya dibiarkan
berada dalam gelap. Tiada seorang pun yang memberitahu saya tentang
perkembangan syarikat, dan saya tidak pernah mendengar masalah yang kita hadapi
sehinggalah ia menjadi begitu genting. Sekarang, saya mahu anda berdua menyusun
satu sistem yang saya sentiasa akan dapat menerima maklumat tentang apa yang
berlaku, dan saya mahu tahu bagaimana cara anda melakukannya sebelum Isnin
minggu hadapan. Saya sudah bosan dibelakangi daripada mengetahui perkara-perkara
yang saya harus tahu dalam memikul tanggungjawab syarikat ini”.

Sesudah George House meninggalkan pejabat Encik Barnes, dia berpaling


kepada pegawai kawalannya dan merungut: ’Si Tolol tu! Semua yang hendak dia tahu
atau yang mungkin perlu diketahuinya ada dalam laporan yang bertimbun di atas almari
di belakang mejanya”.

Perbincangan:

1. Siapakah yang benar, Adrian Barnes atau George House. Adakah Barnes
memang memberikan maklumat?

2. Apakah yang akan anda lakukan untuk memastikan pengerusi itu benar-benar
mendapat maklumat yang diperlukannya untuk melakukan kawalan?

Lebih kurang 5 – 6 muka surat

You might also like