You are on page 1of 4

BAHAGIAN A

SEJARAH MALAYSIA
TEMA 1
Soalan 1
Undang-undang 99 Perak telah berjaya mewujudkan suasana yang harmoni dalam masyarakat
Melayu Perak pada abad ke-19 Perak. Bincangkan.

Soalan 2.
Bincangkan susun lapis masyarakat Melayu sebelum campur tangan British.

Soalan 3
Bincangkan peranan Raja-Raja Melayu sebelum campur tangan British pada tahun 1874.

Soalan 4
Bandingkan ciri-ciri Adat Temenggung dan Adat Pepatih yang diamalkan oleh masyarakat
Melayu sebelum campur tangan British.

Soalan 5
Kedudukan raja atau sultan dalam masyarakat Melayu tradisional sangat kukuh sebelum
campur tangan British. Bincangkan penyataan ini.

Soalan 6
Huraikan struktur dan peranan hamba dalam masyarakat Melayu tradisional
sebelum campur tangan British.

TEMA 2
Soalan 7
Kebimbangan terhadap kuasa barat yang lain telah mempengaruhi British campur tangan di
negeri-negeri Melayu pada tahun 1874. Bincangkan.

Soalan 8
Perasaan tidak puashati golongan pemerintah merupakan factor terpenting tercetusnya
penentangan masyarakat tempatan di Pahang terhadap pentadbiran British pada penghujung
abad ke-19.

Soalan 9
Bincangkan tindak balas masyarakat peribumi di Sabah terhadap pentadbiran British pada
penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20.

Soalan 10
Bincangkan tindak balas masyarakat peribumi di Serawak terhadap pentadbiran British dari
tahun 1850 hingga tahun 1900.

Soalan 11
Kemunculan masyarakat majmuk di Tanah Melayu dipengaruhi oleh perkembangan ekonomi
colonial (Bijih Timah dan Getah).Bincangkan.

Soalan 12
Kemasukan orang Cina merupakan faktor terpenting yang mempengaruhi perkembangan
perusahaan bijih timah di Tanah Melayu pada pertengahan abad ke-19. Bincangkan.
Soalan 13
Bincangkan faktor perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu sebelum
Perang Dunia Kedua (awal abad ke-20)

TEMA 3
Soalan 14
Bincangkan reaksi atau sambutan orang Melayu terhadap Malayan Union sehingga
penubuhan UMNO.

Soalan 15
Pelbagai langkah telah dilaksanakan oleh kerajaan Persekutuan Tanah Melayu untuk
menghapuskan pemberontakan Parti Komunis Malaya (PKM) dari tahun 1948 hingga 1960.
Bincangkan.

Soalan 16
Nilaikan usaha-usaha yang dilaksanakan oleh British untuk menyediakan Persekutuan Tanah
Melayu ke arah kemerdekaan dari tahun 1950 hingga 1957.

Soalan 17
Kebimbangan terhadap perkembangan pengaruh komunis telah mempengaruhi pembentukan
Persekutuan Malaysia tahun 1963.

TEMA 4
Soalan 18
Bincangkan penglibatan dan peranan Malaysia dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
sehingga tahun 2000.

Soalan 19
Bincangkan penglibatan Malaysia dalam pertubuhan Negara-Negara Komanwel sehingga
tahun 2000.

Soalan 20
Jelaskan Peranan Yang Dipertuan Agong dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan di
Malaysia.

Soalan 21
Terangkan ciri-ciri sistem pemerintahan demokrasi berparlimen yang dilaksanakan di
Malaysia sejak merdeka pada tahun 1957.

Soalan 22
Matlamat Dasar Ekonomi Baru ialah untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula
masyarakat. Bincangkan langkah-langkah yang dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia bagi
mencapai matlamat tersebut.
BAHAGAIAN B
SEJARAH ASIA TENGGARA
TEMA 1
Soalan 23
Bincangkan sistem dan peranan pembesar di Vietnam sebelum perluasan pengaruh barat pada
abad ke-19.

Soalan 24
Bincangkan sistem dan peranan pembesar di Thailand sebelum perluasan pengaruh barat
pada abad ke-19.

Soalan 25
Bincangkan susun lapis masyarakat Vietnam sebelum perluasan pengaruh Perancis pada abad
ke-19.

Soalan 26
Bincangkan perananraja dalam sistem pemerintahan di Thailand pada abad ke-19.

Soalan 27
Bincangkan sistem dan peranan raja di Vietnam sebelum perluasan pengaruh Perancis.

TEMA 2
Soalan 28
Bincangkan peranan Dipo Negoro dalam usahanya menentang pentadbiran Belanda di Pulau
Jawa dari tahun 1825 hingga 1830.

TEMA 3
Soalan 29
Jelaskan peranan Sarekat Islam dalam gerakan nasionalisme di Indonesia pada awal abad ke-
20.

Soalan 30
Bincangkan peranan Parti Nasionalis Indonesia (PNI) dalam gerakan nasionalisme Indonesia
pada awal abad ke-20.

Soalan 31
Bincangkan peranan Persatuan Belia Buddha (YMBA) dalam gerakan nasionalisme di
Myanmar pada awal abad ke-20.

Soalan 32
Pendudukan Jepun telah meninggalkan kesan terhadap perjuangan kemerdekaan Myanmar
selepas Perang Dunia Kedua. Bincangkan.

Soalan 33
Bincangkan usaha-usaha ke arah kemerdekaan Indonesia selepas Perang
Dunia Kedua.

TEMA 4
Soalan 34
Bincangkan perkembangan Ekonomi Filipina dari tahun 1970 hingga 1990.
Soalan 35
Ekonomi Filipina telah mengalami perkembangan pesat dibawah pemerintahan Amerika
Syarikat pada awal abad ke-20. Bincangkan.

Soalan 36
Bincangkan penglibatan Filipina dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan SEATO
selepas merdeka.

Soalan 37
Huraikan ciri atau bentuk pemerintahan sistem Republik di Filipina pada abad ke-20.

Soalan 38
Bincangkan sumbangan Phibul Songgaram di Thailand dari tahun 1938 hingga 1957.

You might also like