You are on page 1of 1

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

KENYATAAN MEDIA

KEBENARAN PENGGAJIAN PEKERJA ASING


BAGI SUB SEKTOR GUDANG DARAT

1. Kementerian Sumber Manusia (KSM) ingin memaklumkan bahawa selaras


dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Bersama antara Menteri Dalam
Negeri dan Menteri Sumber Manusia Mengenai Pengurusan Pekerja Asing,
Kali Ke-7 pada 18 Julai 2022, Sub Sektor Gudang Darat kini telah dibenarkan
untuk penggajian pekerja asing.

2. KSM juga ingin memaklumkan bahawa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri


dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) selaku Agensi Kawal Selia bagi Sub
Sektor Borong dan Runcit telah bersetuju memperluaskan syarat/kriteria
kelayakan kuota penggajian pekerja asing di bawah sub sektor ini kepada
peniaga runcit dengan keluasan lantai kurang daripada 2500 meter persegi.

3. Sehubungan itu, permohonan kuota baharu penggajian pekerja asing bagi


kedua-dua sub sektor tersebut telah dibuka dan permohonan boleh dibuat oleh
majikan di laman web www.fwcms.com.my. Sebarang pertanyaaan lanjut, sila
hubungi Bahagian Pengurusan Pekerja Migran KSM ditalian 03-88852939/2940
dan emel oscksm@mohr.gov.my atau terus menghubungi Agensi Kawal Selia
seperti maklumat berikut:

Sub Sektor Unit Logistik Perdagangan, hasrina@mot.gov.my


Gudang Darat Bahagian Perancangan 03-88921278
Strategik dan Antarabangsa, m_hafiz@mot.gov.my
MOT
03-88921268
Sub Sektor Sekretariat Perdagangan spip@kpdnhep.gov.my
Borong dan Pengedaran Perniagaan dan
Runcit Industri Perkhidmatan,
KPDNHEP

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA


PUTRAJAYA
26 NOVEMBER 2022

Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Sumber Manusia (Ministry of Human Resources Malaysia)
Blok D3, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62530, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia
Telefon: 03-8886 5000/2342, Faks: 03-8889 2390, E-Mel Kementerian (Ministry E-Mail): www.mohr.gov.my

You might also like