You are on page 1of 2

KSM.

100-2/1/1 (89)

MENTERI SUMBER MANUSIA


KENYATAAN MEDIA

PENANGGUHAN KELULUSAN KUOTA PENGGAJIAN PEKERJA ASING

1. Saya ingin memaklumkan bahawa setakat 14 Mac 2023, Kementerian Sumber


Manusia (KSM) telah meluluskan sebanyak 995,396 kuota penggajian pekerja asing
seperti pecahan berikut:
i) Sektor Pembinaan (342,106);
ii) Sektor Perkhidmatan (143,568);
iii) Sektor Perkilangan (387,122);
iv) Sektor Perladangan (76,325);
v) Sektor Perlombongan dan Pengkuarian (376); dan
vi) Sektor Pertanian (45,899).

2. Jumlah kelulusan kuota ini telah mengambilkira permohonan kuota pekerja asing
yang diproses secara biasa dan menerusi Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja
Asing yang merangkumi lima sektor kritikal iaitu Sektor Perkilangan, Pembinaan,
Perladangan, Pertanian dan Perkhidmatan (Restoran sahaja). Kelulusan kuota
pekerja asing setakat ini dijangka dapat memenuhi keperluan guna tenaga asing oleh
industri termasuk di sektor kritikal.

3. Justeru itu, Kerajaan mengambil keputusan untuk menangguhkan permohonan dan


kelulusan kuota pekerja asing termasuk melalui Pelan Kelonggaran Penggajian
Pekerja Asing bermula Sabtu, 18 Mac 2023 sehingga ke satu tarikh yang akan
dimaklumkan kelak. Ini adalah untuk memastikan bahawa majikan yang telah
diberikan kelulusan kuota akan mula membuat perancangan bagi kemasukan segera
pekerja asing yang diperlukan.

Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Sumber Manusia (Ministry of Human Resources Malaysia)
Blok D3, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62530, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia
Telefon: 03-8886 5000/2342, Faks: 03-8889 2390, E-Mel Kementerian (Ministry E-Mail): www.mohr.gov.my
KSM.100-2/1/1 (89)

4. Saya menggesa semua majikan yang telah diluluskan kuota pekerja asing untuk
menyegerakan proses kemasukan pekerja dalam tempoh masa ini.Tambahan pula,
jumlah kemasukan pekerja asing adalah masih rendah berbanding jumlah kuota
yang telah diluluskan oleh KSM.

YB TUAN V. SIVAKUMAR
MENTERI SUMBER MANUSIA
PUTRAJAYA
18 MAC 2023

Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Sumber Manusia (Ministry of Human Resources Malaysia)
Blok D3, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62530, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia
Telefon: 03-8886 5000/2342, Faks: 03-8889 2390, E-Mel Kementerian (Ministry E-Mail): www.mohr.gov.my

You might also like