You are on page 1of 1

BAHAGIAN KEJURUTERAAN NEGERI

JABATAN KESIHATAN NEGERI KEDAH

IKLAN PENGAMBILAN
PERSONEL MALAYSIA SHORT-TERM EMPLOYMENT PROGRAMME
(MySTEP) TAHUN 2024

Bahagian Kejuruteraan Negeri, Jabatan Kesihatan Negeri Kedah ingin mempelawa


Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi jawatan kontrak di bawah Personel
Malaysia Short-Term Employment Programme (MySTEP) bagi Tahun 2024 seperti berikut:

1. Gelaran Jawatan : Personel MySTEP (2 Kekosongan)


Tempat Bertugas : Bahagian Kejuruteraan Negeri,
Jabatan Kesihatan Negeri Kedah
Kelulusan dan Gaji : Diploma (RM 1,900.00)
Tempoh : 1 Januari 2024 hingga 31 Disember 2024
Kemudahan : Cuti Rehat, Cuti Sakit, Caruman KWSP dan
Caruman Perkeso

2. SYARAT KELAYAKAN

2.1. Warganegara Malaysia.


2.2. Memiliki Diploma dalam bidang ukur bahan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan.
2.3. Mempunyai kemahiran dalam menggunakan program reka bentuk komputer
lukisan kejuruteraan.

3. DESKRIPSI TUGAS

3.1 Bertanggungjawab dalam membuat anggaran kuantiti daripada lukisan teknikal


yang dikeluarkan oleh jurutera.
3.2 Bertanggungjawab dalam perancangan kos, kajian kemungkinan, menganalisa
faedah kos anggaran perbelanjaan dan penilaian setiap projek pembinaan.
3.3 Menyediakan dokumen tender dan sebut harga

4. CARA MEMOHON

Calon yang berkelayakan hendaklah mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut


sebelum atau pada 10 DISEMBER 2023 (AHAD).

4.1 Resume terkini berserta gambar berwarna,


4.2 Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran,
4.3 Salinan Sjiil Pelajaran Malaysia dan Diploma yang diiktiraf setaraf oleh Kerajaan
Malaysia,
4.4 Salinan Sijil Berhenti Sekolah, dan
4.5 Salinan sijil-sijil yang berkaitan yang telah disahkan.

Sila emelkan permohonan kepada:


Emel : kejuruteraan.kdh@moh.gov.my
No. Tel : 04-7300069 / 7300316

You might also like