You are on page 1of 2

IKLAN PENGAMBILAN PERSONEL SHORT-TERM EMPLOYMENT

PROGRAM (MySTEP) DI HOSPITAL KUALA LUMPUR,


KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Hospital Kuala Lumpur mempelawa Warganegara Malaysia (LELAKI) yang berkelayakan


bagi mengisi segera kekosongan jawatan seperti berikut:-

PERSONEL MYSTEP (LELAKI)


– 1 kekosongan

TEMPOH
November 2023 hingga Disember 2023
KONTRAK

Syarat Lantikan:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

i. Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada


institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.
ii. Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa
Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau
kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT Deskripsi Tugas:


KELAYAKAN
Bertanggungjawab mengendalikan pelaksanaan projek bagi skop kerja
kejuruteraan terutamanya kejuruteraan awam.

i. Mengumpul maklumat untuk penyediaan reka bentuk;


ii. Menyedia dan menyemak lukisan kejuruteraan;
iii. Mengawas tapak projek;
iv. Menyelia pelaksanaan kerja pengawasan pembinaan di tapak projek;
v. Menyediakan laporan kemajuan projek;
vi. Membantu kerja-kerja perundingan dan penyediaan sebut harga dan tender;
dan
vii. Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan.

KADAR UPAH RM1,900

KEMUDAHAN Cuti Rehat, Cuti Sakit, Caruman KWSP & Caruman PERKESO

PENEMPATAN Cawangan Pembangunan dan Penswastaan, Hospital Kuala Lumpur.


SYARAT KELAYAKAN

1. Warganegara Malaysia (LELAKI) berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh
tutup iklan;

2. Sihat tubuh badan, mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik;

3. Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu, mempunyai kemahiran komunikasi
yang baik;

4. Berdisiplin dan boleh melaksanakan tugas dengan arahan yang minimum;

5. Boleh bekerja lebih masa selepas waktu pejabat, hari mingguan dan hari kelepasan am;

6. Boleh bekerja secara berpasukan.

CARA MEMOHON

1. Permohonan hendaklah dihantar melalui alamat emel: upohrmishkl@moh.gov.my


TAJUK EMEL: PERMOHONAN PERSONEL MYSTEP

2. Tarikh tutup permohonan adalah pada 9 November 2023;

3. Setiap permohonan hendaklah disertakan bersama :


a) Resume lengkap bergambar
b) Salinan keputusan Diploma / Sijil / Sijil Vokasional
c) Salinan sijil-sijil kelayakan yang berkaitan
d) Sijil Vaksin Covid-19 dua (2) dos.

4. Calon-calon yang layak selepas tapisan akan dipanggil untuk temuduga melalui emel
yang disertakan. Sila pastikan emel adalah tepat

5. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan/ panggilan selepas SATU (1)
MINGGU dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan berhubung iklan ini boleh hubungi talian 03-2615 5356 sambungan
6052 atau mengirim emel ke upohrmishkl@moh.gov.my

You might also like