You are on page 1of 4

Universiti Selangor (UNISEL) merupakan Universiti swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

dan dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Selangor. Kami menawarkan pelbagai program pengajian di Kampus Shah
Alam dan Bestari Jaya. Sesuai dengan perkembangan yang pesat, kami mempelawa warganegara Malaysia yang
berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut.
___________________________________________________________________________________________

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN PENTADBIRAN UNIVERSITI SELANGOR (UNISEL)

Permohonan adalah dipelawa daripada kakitangan Universiti Selangor / warganegara Malaysia yang berkelayakan dan
berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan bagi mengisi kekosongan jawatan-jawatan seperti berikut:
BIL JAWATAN GRED KAMPUS KEKOSONGAN
1. F41 2
Pegawai Teknologi Maklumat
2. Penolong Pegawai Kewangan W27 2
3. Pembantu Tadbir Kewangan W17 2
4. Pegawai Agama S41 1
5. Bestari Jaya /
Penolong Pegawai Agama S27 Shah Alam 1
6. Pembantu Keselamatan KP17 2

7. Pengawal Keselamatan KP11 2

8. Pemandu R6 2

SYARAT – SYARAT PERMOHONAN :

1. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT (F41)


a) Mempunyai Ijazah Sarjana Muda (ISM) Teknologi Maklumat / Sains Komputer/Kejuruteraan Perisian atau
bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

b) Mempunyai pengetahuan Oracle Database, MySQL dan Microsoft SQL Server;


c) Berpengalaman dalam menguruskan operasi pangkalan data dan berskala besar;
d) Kepakaran dalam menyediakan skrip termasuk Shell Scripts dan Python;
e) Berpengalaman dalam pentadbiran pangkalan data, teknologi maklumat dan seni bina pangkalan data;
f) Berpengetahuan menggunakan Linux dan Windows Server ;
g) Pemahaman mengenai perundangan maklumat seperti Akta Perlindungan Data;
h) Mengenal bahasa manipulasi data utama dan prinsip reka bentuk pangkalan data; dan
i) Mampu melaksanakan pelbagai tugas dalam satu masa yang terhad dan berupaya bekerja pada tarikh akhir
yang ketat;

j) Penggunaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang baik; dan


k) Kemahiran analisis, komunikasi, kerja berpasukan, rundingan yang baik, fleksibiliti dan penyesuaian diri.
2. PENOLONG PEGAWAI KEWANGAN (W27)
a) Mempunyai Diploma dalam bidang Pengurusan Kewangan / Perakaunan atau bidang berkaitan yang diiktiraf
oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya;

b) Mahir dalam sistem transaksi kewangan dan lain –lain proses kewangan yang berkaitan;
c) Mempunyai sekurang-kurangnya dua (2) tahun pengalaman dalam bidang perkhidmatan kewangan;
d) Kepujian subjek Matematik / Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (termasuk lulus Ujian
Lisan) sekurang-kurangnya Gred C pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh kerajaan; dan

e) Mahir dalam penggunaan komputer dan aplikasi Ms Word dan Ms Excel dan yang berkaitan.
3. PEMBANTU TADBIR KEWANGAN (W17)
a) Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
serta Kepujian dalam subjek Matematik, Perdagangan atau Prinsip Perakaunan pada peringkat peperiksaan
tersebut;

b) Mempunyai sekurang-kurangnya satu (1) tahun pengalaman dalam bidang perkhidmatan kewangan;
c) Mempunyai pengetahuan dalam pengurusan transaksi kewangan dan mahir dalam mengendalikan urusan
pembelian / tempahan barang;

d) Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (termasuk lulus Ujian Lisan) sekurang-
kurangnya Gred C pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh kerajaan; dan

e) Mahir dalam penggunaan komputer dan aplikasi Ms Word dan Ms Excel dan yang berkaitan.
4. PEGAWAI AGAMA (S41)
a) Mempunyai Ijazah Sarjana Muda (ISM) dalam bidang Pengajian Islam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada
institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

b) Keutamaan diberikan kepada calon yang mahir dalam membaca Al-Quran dengan baik secara bertajwid dan
tartil serta telah hafaz dengan baik ayat-ayat lazim;

c) Mahir dalam bertahlil dan bacaan-bacaan doa yang tertentu;


d) Tinggal didalam kawasan kariah masjid UNISEL merupakan satu kelebihan; dan
e) Bertanggungjawab dalam melaksanakan program dan aktiviti berkaitan Agama Islam di Masjid UNISEL
seperti yang telah ditetapkan / dijadualkan.

5. PENOLONG PEGAWAI AGAMA (S27)


a) Mempunyai Diploma dalam bidang Pengajian Islam yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan daripada
institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

b) Mempunyai Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) / Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan mendapat principal dalam subjek Syariah, Usuluddin
atau Bahasa Arab; atau

c) Mahir dalam bertahlil dan bacaan-bacaan doa yang tertentu;


d) Tinggal didalam kawasan kariah masjid UNISEL merupakan satu kelebihan; dan
e) Bertanggungjawab dalam melaksanakan program dan aktiviti berkaitan Agama Islam di Masjid UNISEL
seperti yang telah ditetapkan / dijadualkan.
6. PEMBANTU KESELAMATAN (KP17)
a) Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
b) Bekas anggota Polis atau Tentera berpangkat Koperal dan ke atas dan telah disahkan dalam jawatan
tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan
menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan;

c) Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai Sijil Kursus Asas Keselamatan dan Sijil Kursus Kawad;
d) Mempunyai sekurang-kurangnya dua (2) tahun pengalaman sebagai Pembantu Keselamatan;
e) Mempunyai lesen memandu (Kelas B2 & D) (wajib disertakan bersama Borang Permohonan Jawatan);
f) Mempunyai pengetahuan yang luas dalam asas Kawalan Keselamatan;
g) Calon yang memiliki kelayakan di perenggan 6(a) hendaklah lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk
lulus Ujian Lisan) pada Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

7. PENGAWAL KESELAMATAN (KP11)


a) Mempunyai Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh kerajaan Malaysia; dan

b) Bekas anggota Polis atau Tentera sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel Polis Sokongan atau Prebet
atau yang setaraf dengannya yang telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod
perkhidmatan yang baik merupakan satu kelebihan;

c) Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai Sijil Kursus Asas Keselamatan dan Sijil Kursus Kawad;
d) Mempunyai sekurang-kurangnya dua (2) tahun pengalaman sebagai Pengawal Keselamatan;
e) Mempunyai lesen memandu (Kelas B2 & D) (wajib disertakan bersama Borang Permohonan Jawatan); dan
f) Calon yang memiliki kelayakan di perenggan 7(a) hendaklah lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu pada
peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelulusan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh kerajaan.

8. PEMANDU (R6)
a) Mempunyai Sijil Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-
institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

b) Mempunyai lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/1 yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan
(JPJ) (kecuali lessen memandu dalam tempoh percubaan (P)) (wajib disertakan bersama Borang Permohonan
Jawatan);

c) Mempunyai lesen PSV Bas (Public Service Vehicle) (wajib disertakan bersama Borang Permohonan Jawatan);

d) Berkebolehan memandu, mengendali dan menyeggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh skim
perkhidmatan ini; dan

e) Bebas dari sebarang saman lalu lintas dan sihat tubuh badan.

TATACARA MEMOHON

a) Calon yang berminat hendaklah mengemukakan Borang Permohonan beserta gambar berukuran passport terkini,
sijil-sijil yang telah disahkan dan Curriculum Vitae (CV) yang mengandungi maklumat berikut :

i. Maklumat peribadi termasuk nombor kad pengenalan, alamat surat menyurat, nombor telefon dan email
untuk dihubungi;
ii. Maklumat pendidikan dan pengalaman kerja;
iii. Anugerah dan hadiah yang diterima di mana-mana peringkat;
iv. Sumbangan-sumbangan kepada komuniti masyarakat / penduduk setempat / kariah dan sebagainya.
b) Permohonan hendaklah dihantar terus ke alamat berikut :

Pengarah Pentadbiran & Sumber Manusia


Universiti Selangor, Jalan Timur Tambahan
Kampus Bestari Jaya
45600 Bestari Jaya
Selangor Tel : 03-3280 5058 / 03-3280 5077

c) Sila tulis nama jawatan dipohon di bahagian atas sebelah kanan sampul surat.

d) Tarikh akhir penerimaan borang permohonan adalah pada atau sebelum 5 Ogos 2022 (Jumaat).

e) Lain-lain:
i) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
ii) Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan pada tarikh tutup iklan hendaklah
menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
iii) Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.

You might also like