You are on page 1of 3

LEMBAGA PEMEGANG AMANAH TAMAN-TAMAN SABAH

IKLAN JAWATAN KOSONG


Permohonan adalah dipelawa dari WARGANEGARA MALAYSIA yang bermastautin di
Negeri Sabah yang mana ibubapanya merupakan WARGANEGARA MALAYSIA berasal dari
Negeri Sabah dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:-

1 Jawatan PENOLONG PENGURUS TAMAN, GRED G29


Bilangan Kekosongan 5
Kumpulan Perkhidmatan Pelaksana
Taraf Jawatan Kontrak
Penempatan Seluruh Stesen Taman-Taman Sabah
Jadual Gaji RM1,494.00 - RM5,674.00
Kadar Kenaikan Tahunan RM 145.00
Syarat lantikan:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
a) Berkelayakan akademik:
i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau Diploma dalam bidang Sains
Pertanian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
DAN

ii) Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu (sekurang-kurangnya Gred C)


pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau
kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Deskripsi Tugas:
a) Bertanggungjawab membantu menyelaras semua aktiviti yang berkaitan
dengan taman seperti penguatkuasaan, eko-pelancongan, pembangunan,
penyelenggaraan dan sebagainya.

Kriteria Tambahan:
a) Calon hendaklah mahir menggunakan perisian komputer seperti Microsoft
Word, Excel, Power Point, Mapping dan Art Design;
b) Mempunyai keyakinan diri, tekun dan multi-tasking, mampu mengatur dan
melaksanakan mesyuarat, bengkel dan dialog dengan pihak-pihak
berkepentingan.
c) Mahir bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
dengan baik.
d) Mesra dan positif dalam berinteraksi dengan semua pihak-pihak yang
berkepentingan termasuk penduduk tempatan serta menitikberatkan
kepuasan pelanggan.
e) Sanggup bertugas di luar stesen pada bila-bila masa jika ada keperluan.
1
2 Jawatan PENOLONG PEGAWAI PENYELIDIK, GRED Q29
Bilangan Kekosongan 2
Kumpulan Perkhidmatan Pelaksana
Taraf Jawatan Kontrak
Penempatan Seluruh Stesen Taman-Taman Sabah
Jadual Gaji RM1,496.00 - RM5,676.00
Kadar Kenaikan Tahunan RM 145.00
Syarat lantikan:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
a) Berkelayakan akademik:
i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau Diploma dalam bidang Sains
(Zoologi) atau (Ekologi) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh Kerajaan DAN

ii) Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu (sekurang-kurangnya Gred C)


pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau
kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Deskripsi Tugas:
a) Bertanggungjawab membantu dalam penyediaan kertas kerja, perancangan
dan pelaksanaan projek-projek penyelidikan, menulis laporan, pembentangan,
penerbitan penulisan/kajian, menganalisis data-data projek, penyediaan
peralatan projek penyelidikan dan sebagainya.

Kriteria Tambahan:
a) Calon hendaklah mahir menggunakan perisian komputer seperti Microsoft
Word, Excel, Power Point, Mapping dan Art Design.
b) Mempunyai keyakinan diri, tekun dan multi-tasking, mampu mengatur dan
melaksanakan mesyuarat, bengkel dan dialog dengan pihak-pihak
berkepentingan.
c) Mahir bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
dengan baik.
d) Mesra dan positif dalam berinteraksi dengan semua pihak-pihak yang
berkepentingan termasuk penduduk tempatan serta menitikberatkan
kepuasan pelanggan.
e) Sanggup bertugas di luar stesen pada bila-bila masa jika ada keperluan.

CARA MEMOHON

1. Permohonan hendaklah dibuat melalui sistem e-kerjaTTS yang boleh diakses melalui
laman web rasmi Taman Taman Sabah.
2. Pemohon WAJIB memuatnaik gambar berukuran Passport, salinan Kad Pengenalan,
Sijil Kelahiran, Sijil-Sijil Persekolahan (SPM, STPM/Diploma dan lain-lain beserta
transkrip akademik).
3. Tarikh tutup permohonan ialah pada 17 JULAI 2023 (ISNIN).

2
MAKLUMAT TAMBAHAN

1. Hanya calon yang telah disenarai pendek dan layak sahaja akan dimaklumkan untuk
menghadiri temuduga.
2. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan dalam masa tiga bulan dari tarikh
tutup permohonan hendaklah menganggap permohonannya tidak berjaya.

BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN SUMBER MANUSIA


TAMAN-TAMAN SABAH
26 JUN 2023

You might also like