You are on page 1of 3

JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI)

JABATAN PERDANA MENTERI

IKLAN PENGAMBILAN
PERSONEL SHORT-TERM EMPLOYMENT PROGRAM (MySTEP)
TAHUN 2022

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) ingin mempelawa warganegara


Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi jawatan kontrak di bawah Personel Short-Term
Employment Program (MySTEP) bagi tahun 2022 seperti berikut:-

1. PEGAWAI TEKNIKAL ICT (1 KEKOSONGAN)

Kelulusan : Ijazah sarjana muda dalam bidang sains komputer, teknologi


maklumat, kejuruteraan komputer atau bidang berkaitan yang
diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi pengajian tinggi tempatan
atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Gaji : RM2,000.00 sebulan

Tempoh : Julai 2022 hingga Disember 2022

Kemudahan : i) Cuti Rehat ii) Cuti Sakit


iii) Caruman KWSP iv) Caruman PERKESO

Penempatan : Bahagian Khidmat Pengurusan, JAWI KL

Tugasan : Bertanggungjawab mengkaji dan menganalisis kemungkinan


kesesuaian sistem komputer yang sedia ada dan seterusnya
mereka bentuk, membangun, melaksana, menyelenggara serta
kajian semula sistem bersesuaian dengan kegunaan Jabatan.

Melaksanakan tugas-tugas penyelenggaraan aplikasi


pengkomputeran dan operasi sistem. Membantu menyelaras dan
menyediakan laporan aduan melalui sistem Helpdesk ICT.

Kriteria : i) Berkebolehan dalam bahasa pengaturcaraan komputer, PHP,


Tambahan Framework dan JAVA;
ii) Boleh menggunakan MYSQL dan pangkalan data yang setara;
iii) Mempunyai pengalaman dalam pembangunan sistem aplikasi
berasaskan web.

1
2. PEGAWAI PENGURUSAN MEDIA (1 KEKOSONGAN)

Kelulusan : Ijazah sarjana muda komunikasi massa, multimedia, pengajian


media atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada
institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya.

Gaji : RM2,000.00 sebulan

Tempoh : Julai 2022 hingga Disember 2022

Kemudahan : i) Cuti Rehat ii) Cuti Sakit


iii) Caruman KWSP iv) Caruman PERKESO

Penempatan : Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur

Tugasan : Bertanggungjawab mengurus dan menyedia kandungan bahan


media, sebaran maklumat bahan-bahan media serta membantu
dalam mengawal selia pentadbiran akaun media sosial Masjid
Wilayah Persekutuan.

Kriteria : Pemohon yang mempunyai kemahiran menggunakan alat rakaman


Tambahan video dan kamera DSLR adalah diutamakan.

3. PEMBANTU PENGURUSAN REKOD & MEDIA (1 KEKOSONGAN)

Kelulusan : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan dengan KEPUJIAN dalam subjek Bahasa
Melayu dan LULUS dalam subjek Bahasa Inggeris dan Matematik

Gaji : RM1,600.00 sebulan

Tempoh : Julai 2022 hingga Disember 2022

Kemudahan : i) Cuti Rehat ii) Cuti Sakit


iii) Caruman KWSP iv) Caruman PERKESO

Penempatan : Bahagian Pengurusan Masjid, JAWI KL

Tugasan : Bertanggungjawab untuk membantu melaksanakan kerja-kerja


penerimaan, pengurusan rekod dan edaran sumbangan berkaitan
Food Bank JAWI dan membantu menyedia poster dan video
berkaitan aktiviti tersebut.

Kriteria : Pemohon yang mempunyai bakat dalam penyediaan video pendek


Tambahan menggunakan aplikasi TikTok, Shorts dan lain-lain adalah
diutamakan.

2
SYARAT PERMOHONAN

1. Calon yang ingin memohon perlulah memenuhi syarat yang ditetapkan seperti berikut:-

i) Warganegara Malaysia;

ii) Berumur 18 tahun ke atas;

iii) Menganggur; dan

iv) Memiliki komputer riba / peralatan ICT sendiri.

CARA MEMOHON

2. Calon yang berminat hendaklah mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut:-

i) Resume terkini beserta gambar bewarna

ii) Salinan sijil berkaitan (Ijazah/Diploma/Sijil)

3. Sila emelkan permohonan beserta jawatan yang dipohon kepada mystep@jawi.gov.my


sebelum atau pada 27 Jun 2022 (Isnin), jam 12.00 tengahari.

4. Calon yang berjaya akan dihubungi dalam tempoh 1 - 2 hari bekerja sebelum melapor
diri bertugas. Sebarang penangguhan adalah tidak dibenarkan.

5. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas sebulan dari tarikh tutup
iklan adalah dianggap tidak berjaya.

You might also like