You are on page 1of 23

GARIS PANDUAN PENGURUSAN

DANA KANDUNGAN DIGITAL (DKD) INDUSTRI MUZIK

LATAR BELAKANG

1. PENGENALAN
Industri muzik di Malaysia telah menjalani beberapa fasa transformasi.
Daripada penjualan piring hitam, kaset, cakera padat dan digital telah
memberi impak yang besar kepada industri muzik pada hari ini. Melalui
laporan IFPI (The International Federation of the Phonographic Industry)
Global Music Report 2019, Malaysia telah menduduki tempat ke 15 di dalam
sumbangan kepada pasaran muzik berbentuk digital, tangga ke 42 di dalam
pasaran memuat turun muzik dan tangga ke 46 bagi muzik pasaran
berbentuk fizikal. Seiring dengan perubahan masa dan ekonomi yang
semakin berkembang industri ini telah mula menjadi salah satu pemangkin
utama ekonomi negara. Industri muzik ini dilihat berpotensi menjana ekonomi
berpendapatan tinggi di samping memartabatkan budaya bangsa.

Jika dilihat daripada ekosistem muzik Malaysia, peningkatan Keluaran Dalam


Negara Kasar (KDNK) sebanyak 36 peratus setahun bagi tahun 2016, dan ia
telah memberi pulangan cukai sebanyak RM247 juta setahun kepada
negara. 1 Ini menunjukkan pulangan ekonomi yang positif kepada pihak
kerajaan bagi menjana pembangunan ekonomi sokongan yang sederhana.

Dana Kandungan Digital (DKD) yang dahulu dikenali dengan Dana Industri
Kandungan Digital (DIKD) mula diperkenalkan pada April 2015 sebagai
kesinambungan Dasar Industri Kreatif Negara (DIKN) yang telah dilancarkan
pada tahun 2012 dan sejajar dengan penubuha n Content Malaysia Pitching
Centre (CMPC) yang bertujuan untuk memperkemaskan dan
mempermudahkan penyaluran dana-dana berkaitan industri kandungan
kreatif.

1
Kajian impak industri muzik terhadap ekonomi Malaysia (PWC dan RIM), November 2016

1
Garis Panduan Pengurusan Dana Kandungan Digital (DKD) Industri Muzik

Rancangan Malaysia ke-11 telah memperuntukkan sebanyak RM550 juta


kepada Dana Kandungan Digital (DKD). Sepanjang tahun 2016 hingga 2019
sebanyak RM140 juta dana ini telah disalurkan kepada FINAS bagi industri
filem dan MDEC bagi industri kreatif dan animasi.

Menyedari potensi ekonomi dan penyatuan bangsa yang dapat dibangunkan


melalui Industri muzik, KKMM ingin mengembangkan skop DKD ini kepada
industri muzik.

2. OBJEKTIF
Objektif Pelaksanaan Dana Muzik adalah bertujuan:-
i. Memudahkan dan menggalakkan penggiat industri dalam penghasilan,
penerbitan dan penyebaran muzik yang berdaya cipta dan berupaya
dipasarkan di pasaran tempatan dan antarabangsa;
ii. Membangunkan modal insan yang bermutu bagi mengembangkan
potensi industri muzik; dan
iii. Membangunkan industri muzik yang berdaya saing dan memberi
impak ekonomi yang positif.

3. KATEGORI DANA INDUSTRI MUZIK YANG DICADANGKAN DIBAWAH


DKD
Bahagian Pembangunan Kandungan (BPK), KKMM mengenalpasti tiga (3)
jenis dana yang dibawah DKD Industri Muzik seperti berikut:-
i. Dana Mikro
ii. Dana Pemasaran
iii. Dana Ekosistem

3.1 DANA MIKRO


Dana Mikro direka untuk menyokong industri muzik yang memberi
tumpuan kepada penciptaan lagu, penulisan lirik, rakaman,
pembangunan muzik video (sebagai contoh YouTube, Facebook
Video) untuk kegunaan pada platform mudah alih (tablet dan telefon
pintar). Perkara ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan
kepada penggiat industri muzik untuk membantu dan menyokong

2
Garis Panduan Pengurusan Dana Kandungan Digital (DKD) Industri Muzik

usaha-usaha mereka dalam memastikan bahawa industri ini akan terus


berkembang dan kekal relevan.

Kategori & Output:

KATEGORI PROJEK OUTPUT YANG DIPERLUKAN


Kandungan Mikro: Menyiapkan sebuah lagu atau muzik video
 Penciptaan Lagu pendek tertakluk kepada syarat-syarat yang
 Penulisan Lirik ditetapkan didalam Jawatankuasa Pelulus
 Rakaman Lagu Dana Mikro dari semasa ke semasa.

 Pembangunan
Muzik Video Pendek

Jumlah Pembiayaan:
Setiap kategori akan dipertimbangkan untuk menerima pembiayaan
sehingga RM5,000.

Kriteria Kelayakan:
Setiap pemohon Dana Mikro perlulah memenuhi kriteria yang telah
ditetapkan untuk dipertimbangkan dan dinilai bagi menerima geran
dibawah Dana Mikro seperti berikut:

1. Pemohon berumur 18 tahun ke atas dan Warganegara Malaysia;


2. Pemohon tidak tertakluk kepada satu perintah penggulungan, tidak
muflis dan tidak disenarai hitam oleh agensi atau jabatan yang
berkuatkuasa; dan
3. Pemohon tidak pernah menerima Dana Mikro sebelum ini.

Senarai Semak Permohonan:

Untuk memohon Dana Mikro, pemohon perlulah mengemukakan


maklumat, dokumen dan bahan berikut kepada urusetia:

BIL DOKUMEN YANG PERLU DISERAHKAN


1. Borang permohonan Dana Mikro yang telah diisi dengan lengkap

3
Garis Panduan Pengurusan Dana Kandungan Digital (DKD) Industri Muzik

2. Salinan Kad Pengenalan yang disahkan


3. Salinan Sijil Akademik (Jika Ada)

Ketelitian Kriteria Kelayakan (Due Diligence):

Bagi meneliti kriteria kelayakan (due diligence) kepada dokumen yang


diberikan, urusetia akan menguruskan penilaian ke atas pemohon
berdasarkan kriteria kelayakan, termasuk tetapi tidak terhad kepada
perkara berikut:

BIL PENGESAHAN KRITERIA PANDUAN PENELITIAN


KELAYAKAN
1. Pemohon merupakan adalah
salah satu dibawah:

Berumur 18 tahun ke atas dan Semakan ke atas Kad


Warganegara Malaysia. Pengenalan.

2. Pemohon tidak muflis atau Buat pencarian Insolvensi


disenarai hitam. dengan Jabatan Insolvensi ke
atas pemohon.

Menyediakan laporan Insolvensi


sekiranya perlu.
3. Pemohon tidak pernah Urusetia akan membuat semakan
menerima Dana Mikro sebelum ke atas permohonan sebelum ini.
ini.

Garis Panduan Penilaian:

a) Latar belakang pemohon:


Pemohon Warganegara Malaysia.

b) Keseluruhan Nilai Projek:


i. Keutamaan projek dalam tempoh tidak melebihi dua (2) bulan.

4
Garis Panduan Pengurusan Dana Kandungan Digital (DKD) Industri Muzik

ii. Keutamaan akan diberikan kepada projek yang mengandungi


nilai-nilai positif Malaysia. Sebarang projek yang mengandungi
elemen kekejaman, menyentuh sensitiviti perkauman dan
seksual yang melampau, atau eksploitasi seksual atau fitnah,
lucah atau lain-lain pelanggaran dari sudut perundangan tidak
akan dipertimbangkan.
iii. Keutamaan akan diberikan kepada projek yang bertujuan untuk
saluran atau platform multimedia digital.
iv. Keutamaan diberikan kepada projek yang merupakan hak milik
(IP) baharu.

Garis Panduan Penyaluran Pembayaran:

Geran hanya boleh digunakan untuk kos yang telah diluluskan.


Item-item dan jumlah yang diluluskan oleh jawatankuasa dan
terkandung dalam perjanjian; dan termasuk gaji, dan/atau lain-lain
perkara yang diluluskan oleh jawatankuasa.

Panduan mengenalpasti kos-kos yang diluluskan

Aktiviti: Dalam penghantaran item-item dan jumlah kos yang


dicadangkan kepada jawatankuasa, pemohon perlulah memberikan
butiran terperinci aktiviti-aktiviti berkaitan termasuk kos yang berkaitan
dengan pembangunan projek.

Kos Gaji: Peranan pekerja perlulah spesifik dan bidang kerja yang
dilakulah berkaitan kepada pemohonan dana dan bukanlah kerja-kerja
yang bersifat pengkeranian atau pentadbiran.

Kos Perkhidmatan & Kemudahan Bersama: Semua kos yang


menyebabkan untuk menggunakan sebarang kemudahan dan
perkhidmatan sedia ada dalam Kerajaan Malaysia yang sesuai dengan
pihak industri termasuklah:

i. Sistem Rendering;
ii. Bilik suntingan;
iii. Studio bunyi;

5
Garis Panduan Pengurusan Dana Kandungan Digital (DKD) Industri Muzik

iv. Motion capture; dan


v. Sewaan kamera dan peralatan perfileman.

Kos-kos lain: Sekiranya pemohon ingin memohon kos-kos lain,


pemohon perlulah secara spesifik mencadangkan kos-kos yang
berkaitan dan pemohon perlu memastikan kos-kos tersebut adalah
berdasarkan kepada aktiviti yang berkaitan dengan projek.

Tempoh yang dibenarkan

(a) Tempoh yang dibenarkan kepada pemohon untuk menyiapkan


projek tidak melebih dua (2) bulan dari pembayaran pertama
dibuat.
(b) Pemohon boleh memohon penangguhan tempoh yang dibenarkan
secara bertulis dengan justifikasi dan dokumen sokongan kepada
urusetia tidak lebih dari satu (1) bulan atau tempoh lain yang
difikirkan wajar dan dipersetujui oleh urusetia untuk
dipertimbangkan. Jika diluluskan tempoh penangguhan tersebut
tidak boleh lebih dari satu (1) bulan daripada tarikh perjanjian asal
yang ditetapkan.

Kaedah penyaluran dana

Dana akan disalurkan mengikut keputusan penilaian Jawatankuasa


Penilaian Dana bergantung kepada cadangan projek. Kegagalan
pemohon untuk mengemukakan hasil projek akan diambil tindakan
undang-undang dan disenarai hitam.

3.2 DANA PEMASARAN


Dana Pemasaran ini adalah untuk mengkaji, mempromosi dan
memasarkan industri muzik di peringkat tempatan dan antarabangsa
menerusi platform-platform yang ada serta menyokong penyertaan
dalam mana-mana festival, kajian industri, conference, latihan, trade
mission, lawatan benchmarking di peringkat tempatan dan
antarabangsa bagi menyokong industri muzik Malaysia.

6
Garis Panduan Pengurusan Dana Kandungan Digital (DKD) Industri Muzik

Kategori & Output:

a) Pengiklanan & Promosi:

BIL KATEGORI FORMAT OUTPUT YANG PERUNTUKAN


PROJEK DIPERLUKAN MENGIKUT
PROJEK
1. Industri i. Lagu Laporan Pembiayaan
Muzik ii. Dokumentari Pengiklanan & sehingga
iii. Muzik Video Promosi yang RM300,000.
(kualiti telah
definisi tinggi dilaksanakan.
– high
definition)

b) Kajian, Latihan & Promosi:

BIL KATEGORI FORMAT OUTPUT PERUNTUKAN


PROJEK YANG MENGIKUT
DIPERLUKAN PROJEK
1. Industri i. Lagu Laporan Bantuan
Muzik ii. Dokumentari Penyertaan & pembayaran
iii. Muzik Video Promosi yang yuran kursus
iv. Festival telah dan lain-lain
v. Kajian dilaksanakan. kos yang
vi. Latihan difikirkan wajar.
vii. Trade Mission
viii. Benchmarking

Kriteria Kelayakan:

Setiap pemohon Dana Pemasaran perlulah memenuhi kriteria yang


telah ditetapkan untuk dipertimbangkan dan dinilai bagi menerima
geran dibawah Dana Pembangunan seperti berikut:

1. Pemohon adalah syarikat yang ditubuhkan di Malaysia; atau

7
Garis Panduan Pengurusan Dana Kandungan Digital (DKD) Industri Muzik

2. Individu perseorangan yang terlibat dalam industri muzik atau ahli


akademik; dan
3. Pemohon tidak tertakluk kepada satu perintah penggulungan dan
disenarai hitam.

Senarai Semak Permohonan:

Untuk memohon Dana Pemasaran, pemohon perlulah mengemukakan


maklumat, dokumen dan bahan berikut kepada urusetia:

BIL DOKUMEN YANG PERLU DISERAHKAN


1. Borang permohonan yang telah diisi dengan lengkap;
2. Tunjukkan bukti / portfolio projek terdahulu.
3. Surat Perakuan dari institusi (universiti/kolej/badan
kerajaan atau agensi berkaitan) bagi memperakukan
pemohon sedang melaksanakan kajian. (jika ada)
4. Profil syarikat (dan profil kakitangan jika berkenaan) yang
memperincikan rekod prestasi syarikat dalam pembangunan
karya kreatif sama ada sebagai penyedia perkhidmatan
sumber luar atau dalam penciptaan karya asli.
5. Kertas Cadangan Projek

Ketelitian Kriteria Kelayakan (Due Diligence):

Bagi meneliti kriteria kelayakan (due diligence) kepada dokumen yang


diberikan, urusetia akan menguruskan penilaian ke atas pemohon
berdasarkan kriteria kelayakan, termasuk tetapi tidak terhad kepada
perkara berikut:
BIL PENGESAHAN KE ATAS PANDUAN PENELITIAN
KRITERIA KELAYAKAN (DUE DILIGENCE)
1. Pemohon adalah syarikat yang Semakan ke atas Salinan
ditubuhkan di Malaysia; Maklumat Syarikat/Perniagaan,
Sijil Pendaftaran Perniagaan,
Borang 9, Borang 24 dan borang
49.

8
Garis Panduan Pengurusan Dana Kandungan Digital (DKD) Industri Muzik

2. Pemohon tidak tertakluk kepada Buat pencarian syarikat dengan


satu perintah penggulungan; SSM untuk mengesahkan
pemohon tidak dikenakan satu
perintah penggulungan.
Menyediakan laporan carian
SSM.
5. Surat Perakuan Institusi Buat pencarian surat perakuan
(universiti/kolej/badan kerajaan institusi dengan silang semak
atau agensi berkaitan) dengan pengeluar surat
perakuan.

Kriteria Penilaian

Kriteria penilaian oleh jawatankuasa berdasarkan perkara berikut:

BIL SKOP PENILAIAN KRITERIA PENILAIAN


1. Penilaian Pemohon  Mengesahkan kerja-kerja sebelum ini
Keupayaan pemohon yang berkaitan dengan pembangunan
menyiapkan projek industri muzik.
 Menilai pencapaian projek yang
pernah dihasilkan sebelum ini
menerusi dana yang pernah diterima
oleh mana-mana agensi/kementerian.

2. Penilaian Objektif  Projek mempunyai kaitan dengan


Projek prospek industri.
Kekuatan projek yang  Bilangan peluang pekerjaan kepada
selari dengan objektif warganegara Malaysia yang dibentuk
dana. sama ada menggunakan khidmat luar
secara individu dan/atau
berkerjasama.
 Jenis bakat/kepakaran yang dibentuk
melalui projek ini.
 Keupayaan untuk mencapai sasaran
strategik Negara.

9
Garis Panduan Pengurusan Dana Kandungan Digital (DKD) Industri Muzik

3. Penilaian  Masa yang dikemukan untuk


Pelaksanaan Projek pembangunan projek bersesuaian
Kekuatan projek dengan kerumitan pelaksanaan kerja.
disiapkan berdasarkan  Kebolehupayaan projek disiapkan
sumber yang mengikut tempoh masa yang
diberikan. ditetapkan dalam jadual projek.
 Kebolehupayaan sumber yang
dikenalpasti dalam menyiapkan projek.
 Kos projek yang munasabah.
4. Penilaian  Jumlah dana dipohon bersesuaian
Pembiayaan Projek dengan jumlah keseluruhan projek.
Kekuatan sumber  Sumber dana tambahan (dalaman
dana sesuai dengan dan/atau luar) dan daripada mana
projek dan komitmen sumber itu diperolehi (jika berkaitan).
pembiayaan dana
kepada projek

Garis Panduan Penilaian:

a. Latar belakang pemohon:


Terbuka kepada semua warganegara yang terlibat dalam industri
muzik.

b. Keseluruhan Nilai Projek:


i. Keutamaan projek dalam tempoh tidak melebihi enam (6)
bulan.
ii. Keutamaan akan diberikan kepada projek yang mengandungi
nilai-nilai positif di Malaysia. Sebarang projek yang
mengandungi elemen kekejaman, menyentuh sensitiviti
perkauman dan seksual yang melampau, atau eksploitasi
seksual atau fitnah, lucah atau lain-lain pelanggaran dari
sudut perundangan tidak akan dipertimbangkan.
iii. Keutamaan akan diberikan kepada projek yang bertujuan
untuk saluran atau platform multimedia digital.

10
Garis Panduan Pengurusan Dana Kandungan Digital (DKD) Industri Muzik

iv. Keutamaan diberikan kepada projek yang merupakan hak


milik (IP) baharu.

c. Pembentukan Peluang Pekerjaan:


i. Keutamaan akan diberikan kepada projek yang nyata sekali
melibatkan tenaga kerja Malaysia.
ii. Jenis pekerjaan tidak seharusnya pengkeranian atau
pentadbiran tetapi lebih berkaitan dengan projek.

d. Faedah Strategik:
Keutamaan akan diberikan kepada projek yang boleh mencapai
sasaran strategik Negara yang melibatkan industri muzik dan boleh
dibawa ke negara luar yang mempunyai industri dan agensi
kerajaan yang sama.

e. Pertimbangan Kewangan:
i. Kos projek dijelaskan secara terperinci melalui unjuran
kewangan dikemukakan dengan mengambil kira penggunaan
kos digunakan sepenuhnya dan kos yang dikemukakan selari
dengan pasaran industri.
ii. Keperluan pembiayaan lain untuk projek ini diambil kira (jika
ada).
iii. Setiap bahagian perkhidmatan tenaga luar (jika ada) perlulah
dinyatakan. Item dan kos yang telibat mestilah selari dengan
penanda aras industri.

Garis Panduan Penyaluran Pembayaran:


Geran hanya boleh digunakan untuk kos dana yang telah
diluluskan. Item-item dan jumlah yang diluluskan oleh jawatankuasa
dan terkandung dalam perjanjian; dan termasuk gaji, kos khidmat
tenaga luar (outsources) dan/atau lain-lain perkara yang diluluskan
oleh jawatankuasa.

Panduan mengenalpasti kos-kos tuntutan bayaran balik yang


diluluskan

11
Garis Panduan Pengurusan Dana Kandungan Digital (DKD) Industri Muzik

Aktiviti: Dalam penghantaran item-item dan jumlah kos yang


dicadangkan kepada jawatankuasa, pemohon perlulah memberikan
butiran terperinci aktiviti-aktiviti berkaitan termasuk kos yang berkaitan
dengan pembangunan projek.

Kos Khidmat Luar (Outsourcing): Di mana penggunaan geran untuk


membiayai kos yang menyebabkan pemohon perlu melantik pihak
ketiga untuk menjalankan mana-mana kerja di bawah projek
(“outsourcing”), pemohon adalah diperlukan untuk mengistiharkan
bahagian kerja-kerja yang menggunakan khidmat luar dalam
permohonan geran.

Kos Perkhidmatan & Kemudahan Bersama: Semua kos yang


menyebabkan untuk menggunakan sebarang kemudahan dan
perkhidmatan sedia ada dalam Kerajaan Malaysia yang sesuai dengan
pihak industri.

Kos-kos lain: Sekiranya pemohon ingin memohon untuk tuntutan kos-


kos lain, pemohon perlulah secara spesifik mencadangkan kos-kos
yang berkaitan dan pemohon perlu memastikan kos-kos tersebut
adalah berdasarkan kepada aktiviti yang berkaitan dengan projek.

Tempoh Dibenarkan
i. Tempoh yang dibenarkan kepada pemohon untuk menyiapkan
projek tidak melebih enam (6) bulan dari pembayaran pertama
dibuat.
ii. Pemohon boleh memohon penangguhan tempoh yang
dibenarkan secara bertulis dengan justifikasi dan dokumen
sokongan kepada urusetia tidak lebih dari sebulan (1) bulan atau
tempoh lain yang difikirkan wajar dan dipersetujui oleh urusetia
untuk dipertimbangkan. Jika diluluskan tempoh penangguhan
tersebut tidak boleh lebih dari sebulan (1) bulan daripada tarikh
perjanjian asal yang ditetapkan.

Kaedah Penyaluran Dana

12
Garis Panduan Pengurusan Dana Kandungan Digital (DKD) Industri Muzik

Geran akan disalurkan secara berperingkat mengikut perkembangan


projek (disbursement) tertakluk kepada pencapaian yang ditetapkan
dalam jadual pembayaran. Kegagalan pemohon untuk mengemukakan
hasil projek akan diambil tindakan undang-undang dan disenarai hitam.

3.3 DANA EKOSISTEM


Dana Ekosistem memberi tumpuan kepada peringkat pembangunan
bakat serta platform sesebuah projek yang melibatkan kerja-kerja
penciptaan, penghasilan, pengumpulan dan penerbitan atau penjanaan
kandungan industri muzik. sama ada penerbitan kandungan tersebut
berkerjasama dengan dari institusi (universiti/ kolej/ badan kerajaan
atau agensi berkaitan).

Kategori & Output:

BIL KATEGORI FORMAT OUTPUT YANG PERUNTUKAN


PROJEK DIPERLUKAN
1. Pembangunan Pencarian bakat Melahirkan Pembiayaan
Bakat professional sehingga
muzik yang RM3,000,000.
mampu
bersaing di
dalam industri.
2. Digital Muzik Muzik Video Melengkapkan
(kualiti definisi penerbitan
tinggi – high muzik video
definition dan ke yang berdefinisi
atas) tinggi.
3. Konsert/ Penganjuran Penganjuran
Aktiviti konsert atau konsert yang
berkaitan aktiviti yang dapat memupuk
muzik berkaitan dengan semangat
industri muzik. perpaduan
dikalangan
rakyat Malaysia.

13
Garis Panduan Pengurusan Dana Kandungan Digital (DKD) Industri Muzik

4. Jingle Digital Melengkapkan


jingle dan lirik.

Kriteria Kelayakan:
Setiap pemohon perlulah memenuhi kriteria yang telah ditetapkan
untuk dipertimbangkan dan dinilai bagi menerima geran dibawah Dana
Ekosistem seperti berikut:
i. Pemohon adalah syarikat yang ditubuhkan di Malaysia; atau
ii. Individu perseorangan yang terlibat dalam industri muzik atau
ahli akademik; dan
iii. Pemohon tidak tertakluk kepada satu perintah penggulungan.

Senarai Semak Permohonan:


Untuk memohon Dana Ekosistem, pemohon perlulah mengemukakan
maklumat, dokumen dan bahan berikut kepada urusetia:

BIL DOKUMEN YANG PERLU DISERAHKAN


1. Borang permohonan yang telah diisi dengan lengkap;
2. Tunjukkan bukti / portfolio projek terdahulu.
3. Surat Perakuan dari institusi (universiti/kolej/badan kerajaan atau
agensi berkaitan) bagi memperakukan pemohon sedang
melaksanakan kajian. (jika ada)
4. Profil syarikat (dan profil kakitangan jika berkenaan) yang
memperincikan rekod prestasi syarikat dalam pembangunan karya
kreatif sama ada sebagai penyedia perkhidmatan sumber luar atau
dalam penciptaan karya asli.
5. Kertas Cadangan Projek

Ketelitian Kriteria Kelayakan (Due Diligence):

Bagi meneliti kriteria kelayakan (due diligence) kepada dokumen yang


diberikan, urusetia akan menguruskan penilaian ke atas pemohon
berdasarkan kriteria kelayakan, termasuk tetapi tidak terhad kepada
perkara berikut:

14
Garis Panduan Pengurusan Dana Kandungan Digital (DKD) Industri Muzik

BIL PENGESAHAN KE ATAS PANDUAN PENELITIAN


KRITERIA KELAYAKAN (DUE DILIGENCE)
1. Pemohon adalah syarikat yang Semakan ke atas Salinan
ditubuhkan di Malaysia; Maklumat Syarikat/Perniagaan,
Sijil Pendaftaran Perniagaan,
Borang 9, Borang 24 dan borang
49.
2. Pemohon tidak tertakluk kepada Buat pencarian syarikat dengan
satu perintah penggulungan; SSM untuk mengesahkan
pemohon tidak dikenakan satu
perintah penggulungan.
Menyediakan laporan carian
SSM.
5. Surat Perakuan Institusi Buat pencarian surat perakuan
(universiti/kolej/badan kerajaan institusi dengan silang semak
atau agensi berkaitan) dengan pengeluar surat
perakuan.

Kriteria Penilaian
Kriteria penilaian oleh jawatankuasa berdasarkan perkara berikut:
BIL SKOP PENILAIAN KRITERIA PENILAIAN
1. Penilaian Pemohon  Mengesahkan kerja-kerja sebelum ini
Keupayaan pemohon yang berkaitan dengan pembangunan
menyiapkan projek industri muzik.
 Menilai pencapaian projek yang
pernah dihasilkan sebelum ini
menerusi dana yang pernah diterima
oleh mana-mana agensi/kementerian.

15
Garis Panduan Pengurusan Dana Kandungan Digital (DKD) Industri Muzik

2. Penilaian Objektif  Projek mempunyai kaitan dengan


Projek prospek industri.
Kekuatan projek yang  Bilangan peluang pekerjaan kepada
selari dengan objektif warganegara Malaysia yang dibentuk
dana. sama ada menggunakan khidmat luar
secara individu dan/atau
berkerjasama.
 Jenis bakat/kepakaran yang dibentuk
melalui projek ini.
 Keupayaan untuk mencapai sasaran
strategik Negara.
3. Penilaian  Masa yang dikemukan untuk
Pelaksanaan Projek pembangunan projek bersesuaian
Kekuatan projek dengan kerumitan pelaksanaan kerja.
disiapkan berdasarkan  Kebolehupayaan projek disiapkan
sumber yang mengikut tempoh masa yang
diberikan. ditetapkan dalam jadual projek.
 Kebolehupayaan sumber yang
dikenalpasti dalam menyiapkan projek.
 Kos projek yang munasabah.
4. Penilaian  Jumlah dana dipohon bersesuaian
Pembiayaan Projek dengan jumlah keseluruhan projek.
Kekuatan sumber  Sumber dana tambahan (dalaman
dana sesuai dengan dan/atau luar) dan daripada mana
projek dan komitmen sumber itu diperolehi (jika berkaitan).
pembiayaan dana
kepada projek

Garis Panduan Penilaian:

a. Latar belakang pemohon:


Terbuka kepada semua warganegara yang terlibat dalam industri
muzik.

16
Garis Panduan Pengurusan Dana Kandungan Digital (DKD) Industri Muzik

b. Keseluruhan Nilai Projek:


i. Keutamaan projek dalam tempoh tidak melebihi enam (6) bulan.
ii. Keutamaan akan diberikan kepada projek yang mengandungi
nilai-nilai positif di Malaysia. Sebarang projek yang mengandungi
elemen kekejaman, menyentuh sensitiviti perkauman dan
seksual yang melampau, atau eksploitasi seksual atau fitnah,
lucah atau lain-lain pelanggaran dari sudut perundangan tidak
akan dipertimbangkan.
iii. Keutamaan akan diberikan kepada projek yang bertujuan untuk
saluran atau platform multimedia digital.
iv. Keutamaan diberikan kepada projek yang merupakan hak milik
(IP) baharu.

c. Pembentukan Peluang Pekerjaan:


i. Keutamaan akan diberikan kepada projek yang nyata sekali
melibatkan tenaga kerja Malaysia.
ii. Jenis pekerjaan tidak seharusnya pengkeranian atau
pentadbiran tetapi lebih berkaitan dengan projek.

d. Faedah Strategik:
Keutamaan akan diberikan kepada projek yang boleh mencapai
sasaran strategik Negara yang melibatkan industri muzik dan boleh
dibawa ke negara luar yang mempunyai industri dan agensi
kerajaan yang sama.

e. Pertimbangan Kewangan:
i. Kos projek dijelaskan secara terperinci melalui unjuran
kewangan dikemukakan dengan mengambil kira penggunaan
kos digunakan sepenuhnya dan kos yang dikemukakan selari
dengan pasaran industri.
ii. Keperluan pembiayaan lain untuk projek ini diambil kira (jika
ada).
iii. Setiap bahagian perkhidmatan tenaga luar (jika ada) perlulah
dinyatakan. Item dan kos yang telibat mestilah selari dengan
penanda aras industri.

17
Garis Panduan Pengurusan Dana Kandungan Digital (DKD) Industri Muzik

Garis Panduan Penyaluran Pembayaran:


Geran hanya boleh digunakan untuk kos dana yang telah
diluluskan. Item-item dan jumlah yang diluluskan oleh jawatankuasa
dan terkandung dalam perjanjian; dan termasuk gaji, kos khidmat
tenaga luar (outsources) dan/atau lain-lain perkara yang diluluskan
oleh jawatankuasa.

Panduan mengenalpasti kos-kos tuntutan bayaran balik yang


diluluskan
Aktiviti: Dalam penghantaran item-item dan jumlah kos yang
dicadangkan kepada jawatankuasa, pemohon perlulah memberikan
butiran terperinci aktiviti-aktiviti berkaitan termasuk kos yang berkaitan
dengan pembangunan projek.

Kos Khidmat Luar (Outsourcing): Di mana penggunaan geran untuk


membiayai kos yang menyebabkan pemohon perlu melantik pihak
ketiga untuk menjalankan mana-mana kerja di bawah projek
(“outsourcing”), pemohon adalah diperlukan untuk mengistiharkan
bahagian kerja-kerja yang menggunakan khidmat luar dalam
permohonan geran.

Kos Perkhidmatan & Kemudahan Bersama: Semua kos yang


menyebabkan untuk menggunakan sebarang kemudahan dan
perkhidmatan sedia ada dalam Kerajaan Malaysia yang sesuai dengan
pihak industri.

Kos-kos lain: Sekiranya pemohon ingin memohon untuk tuntutan kos-


kos lain, pemohon perlulah secara spesifik mencadangkan kos-kos
yang berkaitan dan pemohon perlu memastikan kos-kos tersebut
adalah berdasarkan kepada aktiviti yang berkaitan dengan projek.

18
Garis Panduan Pengurusan Dana Kandungan Digital (DKD) Industri Muzik

Tempoh Dibenarkan

(a) Tempoh yang dibenarkan kepada pemohon untuk menyiapkan


projek tidak melebih enam (6) bulan dari pembayaran pertama
dibuat.
(b) Pemohon boleh memohon penangguhan tempoh yang dibenarkan
secara bertulis dengan justifikasi dan dokumen sokongan kepada
urusetia tidak lebih dari sebulan (1) bulan atau tempoh lain yang
difikirkan wajar dan dipersetujui oleh urusetia untuk
dipertimbangkan. Jika diluluskan tempoh penangguhan tersebut
tidak boleh lebih dari sebulan (1) bulan daripada tarikh perjanjian
asal yang ditetapkan.

Kaedah Penyaluran Dana

Dana akan disalurkan secara berperingkat mengikut perkembangan


projek (disbursement) tertakluk kepada pencapaian yang ditetapkan
dalam jadual pembayaran. Kegagalan pemohon untuk mengemukakan
hasil projek akan diambil tindakan undang-undang dan disenarai hitam.

4. PROSES PEMBERIAN DANA KANDUNGAN DIGITAL (DKD) INDUSTRI


MUZIK
Bagi memastikan dana ini dikawalselia dengan baik dan berintegriti setiap
permohonan akan melalui beberapa proses seperti berikut:

i. Setiap permohonan hendaklah dihantar kepada BPK, KKMM;


ii. BPK akan memastikan bahawa setiap syarikat atau individu melalui
saringan awal dan penelitian; dan
iii. BPK akan menentukan kategori dana tersebut dan proses seterusnya
akan dinilai oleh jawatankuasa-jawatankuasa yang telah ditentuka n oleh
BPK.

Lampiran 1 menunjukkan carta proses keseluruhan proses pengurusan DKD


Industri Muzik

19
Garis Panduan Pengurusan Dana Kandungan Digital (DKD) Industri Muzik

5. KESIMPULAN

Selaras dengan penubuhan Unit Industri Muzik, Bahagian Pembangunan


Kandungan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan sejumlah
peruntukan DKD sebagai permulaan dalam usaha mengembangkan industri muzik
Malaysia. Ini adalah salah satu usaha dan komitmen di dalam membantu industri ini.
Industri muzik merupakan industri yang berpotensi didalam menyumbang kepada
ekonomi negara yang positif.

20
Garis Panduan Pengurusan Dana Kandungan Digital (DKD) Industri Muzik
LAMPIRAN 1

CARTA ALIR KESELURUHAN DANA KANDUNGAN DIGITAL INDUSTRI MUZIK

Mula

Permohonan
Pemohon
Dana Muzik

Terima BPK, KKMM


permohonan

Dana Mikro Dana Pemasaran Dana Ekosistem

Tidak
JK Penilaian Lulus
Lulus TAMAT
Dana

Lulus

Tidak
Lulus
Maklumkan JK Pelulus
kepada peserta Dana

Lulus

Tidak
Lulus JK Penilaian
JK Rayuan
Milestone

Kemukakan hasil
projek

21
Garis Panduan Pengurusan Dana Kandungan Digital (DKD) Industri Muzik

LAMPIRAN 2

CARTA ALIR DANA MIKRO

Pemohon mengisi borang dan mengemukakan dokumen

Cadangan Projek Dana Mikro

Jawatankuasa Penilai Dana Mikro

Jawatankuasa Pelulus Dana Industri Muzik

Tidak Lulus Lulus

Jawatankuasa Kemukakan hasil


Lulus
Rayuan projek

22
Garis Panduan Pengurusan Dana Kandungan Digital (DKD) Industri Muzik

LAMPIRAN 3

CARTA ALIR DANA PEMASARAN DAN DANA EKOSISTEM

Dana Pemasaran Dana Ekosistem

Jawatankuasa Penilaian Dana

Jawatankuasa Pelulus Dana Industri Muzik

Jawatankuasa Penilaian Milestone

Tidak Lulus Lulus

Jawatankuasa Kemukakan hasil


Lulus
Rayuan projek

23

You might also like