You are on page 1of 2

Nur Syamimi Binti Shaipul Badri,

Penolong Penerbit Filem Pendek,

Kolej Pengajian Seni Kreatif,


Universiti Teknologi Mara Kampus Puncak Perdana,
Jalan Pulau Indah Au10/A, Puncak Perdana,

40150, Shah Alam, Selangor. Tel: 019-9127424

Restoran Thai Klasik Tomyam 4 Januari 2023


6, Jalan Putra Mahkota
7/6B, Pusat Bandar, Putra
Point, 47650, Subang
Jaya, Selangor.

Tuan/Puan,

MEMOHON PENAJAAN MAKANAN


Izinkan saya merujuk perkara di atas.

2. Saya seperti nama di atas ingin memohon sedikit penajaan makanan daripada pihak
tuan/puan, kami ketika proses pengambaran bagi filem pendek The Cause ini
bertujuan untuk melengkapkan kredit bagi kursus FFD541 Pengarahan II daripada
pelajar Ijazah Sarjana Muda Filem (Kepujian) Pengarahan.

3. Merujuk perkara di bawah bagi filem pendek The Cause:

3.1 Nama Program : Pengambaran Filem Pendek The Cause


3.2 Tarikh Pelaksanaan : 6, dan 7 Januari 2023 (Jumaat, dan Sabtu)
3.3 Masa : 8 pagi – 12 pagi
3.4 Tempat : LRT Putra Heights
3.5 Penglibatan : 12 orang krew dan termasuk 28 orang pelakon

4. Untuk makluman tuan/puan kami memerlukan penajaan makanan mengikut


perbincangan kami bersama pihak tuan/puan.

5. Dengan penajaan daripada pihak tuan/puan, kami akan meletakkan logo syarikat
tuan/puan sebagai tanda terima kasih selepas proses penyuntingan bagi filem pendek
The Cause ini selesai untuk menghargai penajaan yang diberikan daripada pihak
tuan/puan.

Kerjasama daripada pihak tuan/puan amatlah kami hargai.

Sekian terima kasih.

Yang Benar,

Syamimi
(NUR SYAMIMI BINTI SHAIPUL BADRI)
Penolong Penerbit Filem Pendek The Cause

You might also like