You are on page 1of 1

‫سکوله کبڠسأن برتم هولو‬

SEKOLAH KEBANGSAAN BERTAM HULU


KM13.6, KG. BERTAM ULU, 76450 MELAKA.
Tel. : +606 3123819 Faks : 06-3123819
Emel : mba2032@1bestarinet.yes.my

Ruj Kami : SKBH/KOKU/01/18


Tarikh : 20 September 2018

Kepada :
Encik Johari bin Ahmad Saleh,
YDP PIBG SK Bertam Hulu serta AJK PIBG,
76450 Melaka.

Tuan,

MAKLUMAN TENTANG PROGRAM PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM


SK BERTAM HULU 2018

Merujuk perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan
Perkhemahan Unit Beruniform peringkat sekolah pada ketetapan berikut :-

Tarikh : 13 dan 14 Oktober 2018


Hari : Sabtu dan Ahad
Masa : 7.30 pagi (Sabtu) - 1.30 tengahari (Ahad)
Tempat : Sekolah Kebangsaan Bertam Hulu

2. Sehubungan dengan itu, pihak kami memohon jasa baik tuan agar sama-sama membantu
kami dalam melaksanakan program perkhemahan badan beruniform SK Bertam Hulu 2018.

3. Kerjasama daripada tuan dan puan amat-amat kami hargai dan didahului dengan ucapan
terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


“MELAKA BERWIBAWA”
“PINTAR, HIJAU, BERSIH”
“MENDIDIK DARIPADA HATI DENGAN PENUH INTEGRITI”
“KREATIF, PROGRESIF, INOVATIF SKBH TERUS UNGGUL”

Saya yang menjalankan amanah,

….……………………….
(EN ZULKIFLI BIN BAKAR)
Guru Besar,
SK Bertam Hulu, Melaka.

You might also like