You are on page 1of 6

PENDAHULUAN

Program Sukaneka Transisi ini diadakan sebagai kesinambungan daripada Program


Transisi Tahun 1 SK Janda Baik bagi sesi 2023/2024. Dengan adanya program ini,
murid-murid akan dapat mengenali rakan-rakan baru dan warga sekolah dengan
lebih mendalam lagi. Program Sukaneka ini juga merupakan pendedahan awal
kepada acara Sukaneka Tahap 1 yang akan diadakan pada Hari Sukan Tahunan
sekolah nanti.

MATLAMAT

Program Sukaneka Transisi ini diharap akan dapat melatih murid-murid agar dapat
menghayati semangat kesukanan secara berpasukan. Di samping itu nilai-nilai
seperti kerjasama, nilai-nilai murni, menghormati sesama mereka dan menghargai
orang lain dapat diterapkan. Program ini juga sebagai tanda penghargaan kepada
semua murid Tahun 1 yang akan mengharungi 4 minggu pertama mereka di
sekolah.

OBJEKTIF

Program Sukaneka ini diharapkan akan memberi :

1. Pengalaman baharu kepada murid-murid Tahun 1 sesi 2023/2024.


2. Menyemai minat terhadap sukan dalam diri murid.
3. Mendedahkan kemahiran psikomotor kepada murid.
4. Menyemai semangat kerjasama dalam pasukan.

BUTIRAN PELAKSANAAN

Tarikh : 22 Mac 2023

Hari : Rabu

Masa : 08.00 Pagi-12.00 Tengah hari

Tempat : Dataran SK Janda Baik


AJK INDUK PROGRAM SUKANEKA

TRANSISI TAHUN 1 SK JANDA BAIK SESI 2023/2024

PENASIHAT

Pn. Arbina binti Abdul Rahman (Guru Besar SK Janda Baik)

PENGERUSI

Pn Zahidah binti Daud (GPK Pentadbiran SK Janda Baik)

NAIB PENGERUSI

Pn Noraini binti Abdul Razak (GPK HEM SK Janda Baik)

En Mohd Izham bin Abdullah Fuadi (GPK Ko Kurikulum SK Janda Baik)

PENYELARAS

Cik Nor Aisyah binti Zakaria (Penyelaras Transisi)

BENDAHARI

Pn Zaleha binti Awang

PENGURUS PESERTA

KENCANA (EMAS) : Cik Wan Norfatiha binti Wan Ghafar (Guru Kelas 1 Invensi)

KUNDANG (UNGU) : Cik Nurul Latifah Amaliah binti Ab Rahman (Guru Kelas 1 Inovasi)

KALAS (MERAH JAMBU) : Pn Wan Nurul Azlin binti Wan Abdullah (Guru Kelas 1 Intelek)
AJK PELAKSANA PROGRAM SUKANEKA

TRANSISI TAHUN 1 SK JANDA BAIK SESI 2023/2024

PENGACARA

Pn Rossaliza binti Ab Rashid (Kaunselor)

PERALATAN

Cik Nor Aisyah binti Zakaria

HADIAH/CENDERAHATI

Pn Zaleha binti Awang

Pn Siti Aeishah binti Jaffar

SIARAYA

En Mohd Izham bin Abdullah Fuadi

BACAAN DOA

En Azraie bin Alwi

MAKANAN/JAMUAN MURID

Pn Noriza binti Abdullah (1 Invensi)

Cik Siti Rosmina binti Che Razak (1 Inovasi)

Pn Saidah Nafisah binti Nor Sapri (1 Intelek)

JURUGAMBAR

Pn Rosnaini binti Mohamed

DOKUMENTASI

Pn Al Azma binti Abdullah


SUMBER KEWANGAN

Sumbangan Program Transisi

ANGGARAN PERBELANJAAN/PERUNTUKAN KEWANGAN

Bil Perkara Peruntukan Peruntukan Jumlah


seorang

1 Makanan dan RM 3.00 RM 3.00 X 92 ORANG RM 276


minuman murid

2 Hadiah RM 3.00 RM 3.00 X 92 ORANG RM 276

3 Lain-lain RM 1.00 RM 1.00 X 92 ORANG RM 92

JUMLAH RM 644
TENTATIF PROGRAM SUKANEKA TRANSISI TAHUN 1 SESI 2023/2024

Tarikh : 22 Mac 2023

Hari : Rabu

Masa : 08.00 Pagi-12.00 Tengah hari

Tempat : Dataran SK Janda Baik

MASA AKTIVITI

7.20 pagi : Pengurusan murid

: Rutin kelas (Mengambil kehadiran)

7.45 pagi : Senamrobik

8.00 pagi : Acara sukaneka bermula

 Lari bawa dua bola


 Isi air dalam botol

09.30 pagi : Rehat

10.00 pagi : Acara bersambung

 Imbang pundi kacang


 Baling pundi kacang
 Tarik bola dengan gelung

11.30 Pagi : Majlis Penyampaian Hadiah

12.00 Tengah hari : Bersurai/ Rutin kelas


PENUTUP

Semua AJK Sukaneka Transisi berharap agar program ini akan berjalan lancar. Kami juga
menghargai sebarang idea dan pandangan untuk tujuan penambahbaikan. Kerjasama
daripada semua pihak terlebih dahulu diucapkan ribuan terima kasih.

Disediakan oleh :

……………………………………………
(CIK NOR AISYAH BINTI ZAKARIA)
PENYELARAS
PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 SESI 2023/2024
SK JANDA BAIK

Disemak oleh :

……………………………………………
(PN ZAHIDAH BINTI DAUD)
GPK PENTADBIRAN
SK JANDA BAIK

Disahkan oleh :

……………………………………………
(PN ARBINA BINTI ABDUL RAHMAN)
GURU BESAR
SK JANDA BAIK

You might also like