You are on page 1of 8

SK RTB BUKIT CHANGGANG

42700 BANTING, SELANGOR

Kertas Cadangan:
MAJLIS APRESIASI
KECEMERLANGAN PPKI
2023/2024
Program Pendidikan Khas Integrasi

Tarikh : 6 Februari 2024 ( Selasa )


Masa : 8.30 pagi- 1.00 petang
Tempat : D Emerald Garden, Dengkil
Anjuran : PPKI SK RTB Bukit Changgang
KERTAS KERJA
MAJLIS APRESIASI PPKI 2023/2024
SEKOLAH KEBANGSAAN RTB BUKIT CHANGGANG

1.0 PENDAHULUAN
Majlis Apresiasi Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK RTB Bukit Changgang adalah
acara kemuncak dalam siri persekolahan murid-murid Pendidikan Khas pada tahun ini. Sepanjang tahun,
murid-murid ini telah melalui tempoh persekolahan dengan pelbagai pendedahan ilmu, pengalaman,
kemahiran, pencapaian dan kecemerlangan yang bersesuaian mengikut potensi masing-masing. Mereka
perlu diiktiraf dan diberi penghargaan untuk menjadi rujukan dan motivasi dalam usaha menggalakkan
perkembangan potensi individu pada aktiviti yang berjaya dilestarikan sepanjang 2023.
Dengan adanya program ini, ia diharapkan menjadi satu galakan kepada murid-murid untuk
berusaha lebih gigih demi mencapai kejayaan dalam bidang akademik seterusnya memberikan motivasi
kepada ibu bapa untuk terus membantu anak-anak mereka mencapai kejayaan.

2.0 RASIONAL
Memberi penghargaan kepada murid-murid PPKI yang belajar di Sekolah Kebangsaan RTB
Bukit Changgang dan menjana kecemerlangan proses pengajaran dan pembelajaraan.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Menghargai sumbangan murid-murid Pendidikan Khas dalam setiap aktiviti/program Pendidikan Khas
di peringkat sekolah.
3.2 Mengiktiraf pencapaian murid-murid Pendidikan Khas.
3.3 Memberi sijil penghargaan dan cenderahati kepada murid Pendidikan Khas yang berjaya menamatkan
sesi persekolahan pada tahun 2023/2024.
3.4 Memberi pengiktirafan kepada semua guru, pembantu pengurusan
murid, ibu bapa dan pentadbir yang telah memberi sumbangan kepada pendidikan khas.

4.0 PENGANJUR
Majlis Apresiasi ini dianjurkan oleh Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan RTB
Bukit Changgang.

5.0 TEMPOH PELAKSANAAN


Tarikh : 6 Februari 2024 (Selasa )
Masa : 8 .30 pagi– 1.00 ptg
Tempat : D Emerald Garden, Dengkil
6.0 KUMPULAN SASARAN
1. Murid-murid PPKI .
2. Guru-guru dan Pembantu pengurusan murid dan Ibu Bapa PPKI.

7.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA


7.1 Jawatankuasa Induk :
Pengerusi : Pn. Rosmawati binti Sidek (Guru Besar)
Naib Pengerusi : 1. Pn Suriyati binti Tumiran (PK Pendidikan Khas)
2. En Mohd Raihan bin Kasim (PK Pentadbiran)
3 En Khairul Azri bin Mohamed (PK HEM)
4. En Muhammad Haziq bin Buang (PK Kokurikulum)
5. Pn Fatimah Az-Zahrah binti Abdul Rahman (PK Petang)
Penyelaras Program : Pn Siti Khairunnisak bt Kamaluddin
Bendahari : Pn Norhazikah bt Suhani
AJK : Semua guru dan pembantu pengurusan murid PPKI

7.2 Jawatankuasa Pelaksana :


Penyelaras Program : Pn Siti Khairunnisak Bt Kamaluddin
Juruacara : Pn Anati Bariah binti Mohd Hanif
En.Nor Azmi bin Jama Rusly
Bacaan Doa : En.Ahmad Afiq bin Ahmad Maulud
Pendaftaran : Pn. Nadiah Syafiqah bt Suliman
Penyambut Tetamu : Pn. Siti Khairunnisak Bt Kamaluddin
En. Abbas bin Risman
Buku Program/ Kad Jemputan : Pn. Nur Khadijah bt Muhammad Noor
Pn. Rohani bt Abu Bakar
Hadiah /Sijil/Cenderhati : Pn Siti Arbaiyah bt Kadir (K)
Pn.Suhana bt Sukimin
Pn. Wan Noraini bt Adnan
Pengurus Peserta : Pn. Rohani bt Abu Bakar (K)
Cik Aida bt Hasrin
Persembahan : Pn. Nur Khadijah bt Muhammad Noor ( K )
Pn. Siti Khairunnisak bt Kamaluddin
Persiapan Tempat / Backdrop : Pn. Nadiah Syafiqah bt Suliman (K)
Pn. Wan Noraini bt Addnan
Cik. Aida bt Hasrin
Semua AJK Biro PPKI
PA Sistem / Multimedia : En.Ahmad Afiq bin Ahmad Maulud
Jamuan : Pn. Suhana binti Sukimin
Jurufoto/Video : Cik Aida binti Hasrin
Dokumentasi : Pn. Siti Khairunnisak bt Kamaluddin

7.0 TENTATIF PROGRAM (6 Feb 2023 – Selasa)

MASA ACARA

8.30 pagi Ketibaan tetamu


Pendaftaran murid & ibubapa

9.00 pagi -Ketibaan tetamu kehormat

9.15 pagi Majlis bermula


-Nyanyian Lagu Negaraku & Lagu Selangor
-Ucapan Alu-aluan Pengerusi Majlis
-Bacaan Doa
- Ucapan Pengerusi Biro PPKI SK RTB
-Ucapan Guru Besar
-Ucapan Perasmian
-Gimik
-Persembahan Murid
Penyampaian Hadiah/ Sijil/ Cenderamata (1)
-Anugerah Akademik Kurikulum ( Peningkatan )
-Anugerah Akademik Kurikulum ( Terbaik Keseluruhan )
-Anugerah Matapelajaran Teras Terbaik
-Anugerah Matapelajaran Elektif Terbaik
- Anugerah Murid Inklusif
- Anugerah Nilam
-Sahsiah Terpuji
-Tokoh Kokurikulum
-Tokoh Murid
- Penyampaian Hadiah Penghargaan Guru/ Ibu Bapa

11.30 pagi -Persembahan Multimedia


-Graduasi Tahun 6

12.30 Tghari Jamuan & Bersurai

8.0 ANGGARAN KOS


8.1 Anggaran kos bagi Program Majlis Apresiasi Kecemerlangan PPKI 2023/2024 adalah seperti berikut:

A) ANUGERAH AKADEMIK KURIKULUM ( Kategori Peningkatan )

Tahun Perkara Jumlah


Tahun 1 5 orang x RM20 RM 100.00
Tahun 2 5 orang x RM20 RM 100.00
Tahun 3 5 orang x RM20 RM 100.00
Tahun 5 5 orang x RM20 RM100.00
JUMLAH RM400.00

B) ANUGERAH AKADEMIK KURIKULUM ( Kategori Terbaik Keseluruhan )

Tahun Perkara Jumlah


Tahun 1 3 orang x RM20 RM100.00
Tahun 2 3 orang x RM20 RM100.00
Tahun 3 3 oarang x RM20 RM100.00
Tahun 5 3 orang x RM20 RM100.00
JUMLAH RM400.00
C ) ANUGERAH MURID INKLUSIF
Tahun Perkara Jumlah
Tahun 2 1 orang x RM30 RM30.00
Tahun 3 1 orang x RM30 RM30.00

Tahun 4 2 orang x RM30 RM.60.00


Tahun 6 1 orang x RM50 RM50.00
JUMLAH RM170.00

D ) ANUGERAH MATAPELAJARAN TERAS TERBAIK


Tahun Perkara Jumlah
Tahun 1 4 orang x RM20 RM60.00
Tahun 2 4 orang x RM20 RM60.00
Tahun 3 4 orang x RM20 RM60.00
Tahun 5 5 orang x RM20 RM60.00
JUMLAH RM240.00

C) ANUGERAH MATAPELAJARAN ELEKTIF TERBAIK


Tahun Perkara Jumlah
Tahun 1 5 orang x RM30 RM150.00
Tahun 2 5 orang x RM30 RM150.00
Tahun 3 5 orang x RM30 RM150.00
Tahun 5 7 orang x RM30 RM210.00
JUMLAH RM660.00

F ) ANUGERAH NILAM
Tahun Perkara Jumlah
1 orang x RM100 RM100.00

JUMLAH RM100.00
G) ANUGERAH SAHSIAH TERPUJI
Tahun Perkara Jumlah
Tahun 1 1 orang x RM50 RM50.00
Tahun 2 1 orang x RM50 RM50.00
Tahun 3 1 orang x RM50 RM50.00
Tahun 5 1 orang x RM50 RM50.00

JUMLAH RM200.00

I ) ANUGERAH KHAS PPKI


Tahun Jumlah
1. Tokoh Murid PPKI RM200.00
L & P x RM100
2. Tokoh Kokurikulum RM200.00
L & P x RM100
3. Cenderhati murid tamat sekolah RM300.00
6 orang x RM50
RM700.00
JUMLAH

H) KEPERLUAN -KEPERLUAN LAIN

Perkara Jumlah
Banner RM150.00
Lain-lain RM200.00

Cenderahati semua RM375.00


75 orang x RM5
Cenderahati Perasmi RM50.00
1 orang x RM50
Pakage D Emerald ( sewa dewan, PA system RM2925.00
makan dan minum)
65 orang x RM45
JUMLAH RM3700.00
RM3700.00
JUMLAH KESELURUHAN RM6680.00
9.0 SUMBER KEWANGAN
9. 6 Sumbangan PIBG SK RTB Bukit Changgang (RM1000.00)
9.7 Sumbangan Biro PPKI SK RTB Bukit Changgang ( RM2975.00 )

10.0 PENUTUP
Setiap murid istimewa berhak untuk menikmati kelangsungan hidup yang adil dan fleksibel
dari pelbagai cara. Oleh yang demikian, semoga apa yang dirancang dapat dilaksanakan
dengan jayanya dan memberi impak yang positif dalam diri setiap murid PPKI SK RTB
Bukit Changgang. Segala kerjasama semua pihak yang terlibat secara langsung atau
tidak langsung, kami sangat hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

You might also like