You are on page 1of 6

LAPORAN KEM KESEMPURNAAN SOLAT 2022

TARIKH:
25/06/2022

TEMPAT:
SURAU CHE HASSAN

ANJURAN:
AHLI JAWATANKUASA SURAU CHE HASSAN, KG CHE HASSAN
GELUGOR KEDAI, 20050 KUALA TERENGGANU

DENGAN KERJASAMA:
MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU TERENGGANU
(MAIDAM)
LAPORAN PROGRAM KEM KESEMPURNAAN SOLAT 2022
1. Nama Program : KEM KESEMPURNAAN SOLAT 2022
2. Tarikh : 25/06/2022
3. Hari / Masa : Sabtu / 8.00 Pagi – 12.00 Tengahari
4. Tempat : Surau Che Hassan, Gelugor Kedai
5. Objektif : Program ini diharap dapat :

• Melahirkan Peserta Yang Tahu Bersolat Secara Tertib.


• Mewujudkan Rasa Pentingnya Solat Dalam Kehidupan Ini.
• Membetulkan Cara Solat Setiap Peserta.
• Menambahkan Ilmu Tentang Solat Kepada Peserta.

6. Sasaran : 40 orang kanak-kanak yang berumur 7 tahun sehingga 12 tahun.


7. Butiran Aktiviti :

a) Pendaftaran peserta program (peserta perlu menandatangani senarai kehadiran)

b) Makan pagi

c) Slot 1 – Tiga orang ustazah ( Nurul Akmal Liza, Suriani dan Nor Rashidah) memberi
penerangan awal berkaitan dengan azan, wuduk (Niat wuduk,anggota wuduk, dan doa
selepas wuduk ) dan solat (niat solat dan bacaan dalam solat). Dibahagikan kepada 3
kumpulan. Kumpulan yang dibahagikan adalah 2 kumpulan lelaki dan 1 kumpulan
perempuan.

d) Slot 2 – Pembahagian Kumpulan – dibahagikan kepada 2 kumpulan lelaki dan 1


kumpulan perempuan.

e) Murid bergerak mengikut kumpulan masing-masing ke 3 stesen iaitu :


Stesen 1 : Wuduk
Stesen 2 : Bacaan dalam solat
Stesen 3 : Perlakuan dalam solat

f) Ustazah yang berada di stesen-stesen tersebut akan membuat penilaian pencapaian


peserta dan menegur jika ada kesilapan.

8. Penilaian Program :

8.1 Kekuatan program :


Peserta dapat menguasai dan solat secara menyeluruh dari segi teori dan juga
praktikal. Ini kerana murid-murid telah dinilai pencapaian mereka di setiap kumpulan
yang merangkumi wuduk, bacaan dalam solat dan perlakuan solat. Penglibatan Ustazah
bersama Ahli Jawatankuasa Surau amat begitu baik sehingga Kem ini dapat
dilaksanakan dengan jayanya.
8.2 Kelemahan program :
Kekangan masa amat memberi masalah kepada Ustazah untuk membuat penilaian
secara menyeluruh.

8.3 Cadangan Penambahbaikkan :


Kekangan masa amat memberi masalah kepada guru untuk membuat penilaian secara
menyeluruh. Ini perlu di ambil tindakan serius seperti membuat perubahan aktiviti yang
lebih sesuai bagi memastikan murid-murid ini dinilai pada semua aspek berkaitan dengan
wuduk dan solat.

LAPORAN PERBELANJAAN PROGRAM

BIL PERKARA JUMLAH CATATAN


1. Makan & Minum Pagi: RM200.00
RM5.00 x 40 org
Tengahari: RM400.00
RM10.00 x 40 org
2. Peralatan, Modul, Alat Tulis RM5.00 x 40 org RM200.00
3. Saguhati Fasilitator RM100.00 x 3 org RM300.00
JUMLAH RM1150.00

Yang Menjalankan Amanah

…………………………………...

(ZEFRIZAL BIN MOHD ZAID)


Pengerusi Surau Che Hassan,
Kuala Terengganu
Gambar semasa program

You might also like