You are on page 1of 3

PASUKAN KHAS JIHAD TANGANI INFLASI

KENYATAAN MEDIA
SELASA
1 NOVEMBER 2022

KADAR SUBSIDI BAGI TELUR AYAM GRED KAWALAN DITAMBAH


2 SEN

1. Mesyuarat Jawatankuasa Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi


Bilangan 21 tahun 2022 pada 25 Oktober 2022 dan dipengerusikan
oleh YB Menteri Komunikasi dan Multimedia telah mengambil
maklum pembentangan kedudukan semasa bekalan telur ayam di
peringkat pengeluaran dan runcit. Justeru, mesyuarat memutuskan,
atas kepentingan nasional, adalah wajar Kerajaan
mempertimbangkan permohonan untuk menambah subsidi RM0.02
sen/biji. Ini menjadikan subsidi bagi setiap telur ayam adalah
sebanyak RM0.10 sen.

2. Untuk makluman semua juga, pada bulan September 2022,


Jawatankuasa Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi juga telah
mengarahkan supaya Jabatan Statistik Malaysia (DOSM) menkaji,
meneliti serta membuat analisis berkaitan dengan kos pengeluaran
ayam dan telur ayam. Justeru DOSM telah membentangkan
penemuannya dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pasukan
Jihad Tangani Inflasi Bilangan 7 tahun 2022 yang dipengerusikan
oleh YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) pada 31
Oktober 2022.

3. Kos pengeluaran ayam dipercayai telah meningkat selaras dengan


kenaikan kos input semasa. Di samping itu, kawalan harga yang
berpanjangan juga menjadi faktor yang menyebabkan gangguan
pasaran serta bekalan di peringkat pengeluaran. Namun Kerajaan
melaksanakan kawalan harga adalah bagi membolehkan rakyat
terus mendapat harga yang stabil dan munasabah. Sebagai ganti,
Kerajaan bersetuju supaya subsidi diberikan kepada penternak.

4. Berdasarkan Laporan Kajian Kos Input Ayam oleh Jabatan


Perangkaan Malaysia (DOSM) yang dibentangkan dalam
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pasukan Khas Jihad Tangani
Inflasi mendapati bahawa terdapat perbezaan mengenai kos dan
kadar subsidi yang telah diberikan.

5. Sehubungan itu, Kerajaan bersetuju untuk menaikkan kadar subsidi


bagi telur ayam gred A, B dan C sebanyak 2 sen/biji berkuatkuasa
1 November 2022. Dengan itu, kadar subsidi telur ayam di peringkat
ladang dinaikkan daripada 8 sen/biji kepada 10 sen/biji supaya
harga kawalan runcit adalah KEKAL bagi telur gred A, B dan C.

6. Sehingga September 2022, Kerajaan telah meluluskan peruntukan


RM1.2 bilion untuk subsidi ayam dan telur ayam bagi mengawal
harga ayam dan telur ayam kepada pengguna. Dengan
peningkatan subsidi yang diputuskan, dianggarkan subsidi ayam
dan telur ayam untuk tempoh Oktober hingga Disember 2022
adalah sekitar RM0.6 bilion.

JAWATANKUASA PASUKAN KHAS JIHAD TANGANI INFLASI


1 NOVEMBER 2022

Maklumat Tambahan

1. Subsidi tambahan ini dijangka akan memberi manfaat kepada 338


ladang ayam penelur bagi memastikan bekalan telur ayam
dipasaran lebih konsisten dan stabil. Sehingga 31 Oktober 2022,
jumlah subsidi sebanyak RM1.136 bilion telah diluluskan dengan
bilangan permohonan sebanyak 13,440 permohonan subsidi ayam
dan telur ayam.

You might also like