You are on page 1of 7

PK 07/3

MAJLIS PEMUFUAKATAN KURIKULUM DAERAH


PANITIA REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI DAERAH JOHOR BAHRU
MINIT MESYUARAT PANITIA BIL 1 / 2022

Tarikh : 29 Ogos 2022 / 2023 (Isnin)


Masa : 2.00 – 5.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SMK Seri Perling, Johor
Pengerusi : Pn Chan Wei May (Pengetua SMK Seri Perling)
Pencatat : Nur Hidayah Ismail
Kehadiran :
BIL NAMA GURU SEKOLAH
1 CHAN WEI MAY SMK SERI PERLING (PENGETUA)
2 MAHFUZAH BUANG SMK SERI PERLING (GK PENTADBIRAN)
3 AHMAD SHAHIR BIN ABDULLAH SMK SERI PERLING (GK TEKNIK & VOKASIONAL)
4 NUR HIDAYAH ISMAIL SMK SERI PERLING
5 AZIZAH BINTI DENAN MAKTAB SULTAN ABU BAKAR JOHOR BAHRU
6 NUR SYARAFINA BT ROSLE (WAKIL) SEKOLAH MENENGAH IJ CONVENT, JB
7 RAPII SEKOLAH MENENGAH ISLAM HIDAYAH
8 NORHADIZAH BINTI NORDIN SEKOLAH TUN FATIMAH (KP/JU)
9 NURHAIZURIN BINTI A. AZIZ SMA AL-QURAN WADDIN
10 LIZAWATI BINTI MD SEH SMK AMINUDDIN BAKI
11 MOHD FARID BIN HAMZAH SMK BANDAR BARU UDA
12 FILZAH BT OMAR SMK BANDAR UDA UTAMA
13 SITI NOR AZURA BINTI MOHD NOR SMK DAMAI JAYA
14 MUHAMAD FAIZ BIN MISBAH SMK DATO' ABDUL RAHMAN YASSIN
15 MD HALID BIN GARAN SMK DATO' USMAN AWANG
16 WAN MOHD HAFIZ BIN WAN ABDUL SMK DATO’ JAAFAR
KADIR
17 NOR AZMIRA BINTI CHE ISMAIL SMK GELANG PATAH
18 ZAIPAH ISMAIL SMK IMPIAN EMAS
19 NUR SHAFIKAH BT MOHD YUSAK SMK KOMPLEKS SULTAN ABU BAKAR (WAKIL)
20 NOR AISHAH BINTI KHAMIS SMK MAJIDI BARU 2
21 MOHAMMAD IKHWAN BIN SMK MEDINI (WAKIL)
KAMARUDDIN
22 NORAKMAR BINTI ABD JALIL SMK MOHD KHALID
23 YEOW SAU CHEN SMK MUTIARA RINI
24 SAIFULAZRI BIN SAHIP SMK SKUDAI
25 FAEEZAH BINTI JASNI SMK SRI RAHMAT
26 SITI MURNI BT TOBECHAN SMK SRI TEBRAU
27 NUR HAIDA BINTI AB RAZAK SMK SULTAN ISMAIL
28 NORAIN BINTI IDRIS SMK SULTANAH ENGKU TUN AMINAH
29 NOOR SOFFINA BINTI MD YUSUP SMK TAMAN BUKIT INDAH
30 NOORAZLIN BINTI MOSKAM SMK TAMAN DAMANSARA ALIFF
31 MIMI ROZAH BINTI MOHD ZAHAR SMK TAMAN DESA SKUDAI
32 MARDHIAH BINTI MD ZIN SMK TAMAN MUTIARA RINI 2 (WAKIL)
33 MARIA BINTI ABDUL RAHMAN SMK TAMAN NUSA JAYA
34 MOHD FAUDZI BIN MD AMIN SMK TAMAN PELANGI, JB
35 ARIYANA BINTI BACHOK SMK TAMAN SELESA JAYA
36 RUHAIDA BINTI RASMAN SMK TAMAN SELESA JAYA 2 (WAKIL)
37 NURUL FARAHJUANA BINTI GAFAR SMK TAMAN SUTERA
38 MOHD ZULHUSNI BIN MOHD HANIFF SMK TAMAN TUN AMINAH

1
PK 07/3

BIL NAMA GURU SEKOLAH


39 WAN NOR AZRIN BINTI WAN SMK TAMAN UNIVERSITI
ABDULLAH (WAKIL)
40 KASTHURI KRISHNAN SMK TAMAN UNIVERSITI 2
41 WAN RASYIDAH BINTI CHE MUSTAFFA SMK TAN SRI MOHAMED RAHMAT
42 MOHD NIZAM BIN MAT TANDA SMK TANJUNG ADANG (GKTV – WAKIL)
43 ZAINAB HANNAN BT RAMLI SMK TASEK UTARA
44 IZZATFAHMI BIN MOHD SUPIDIN SMK TASEK UTARA 2
45 SUFIA BINTI ISMAIL SMK TUN SYED NASIR
46 FAIZAH BINTI IDRIS SMK(P) SULTAN IBRAHIM
47 NUR AMALINA BINTI ROSLI SMK SAINT JOSEPH

TURUT HADIR
BIL NAMA GURU SEKOLAH
1 KOGILAVANI A/P MUNIANDI SISC+ TVET PELAJARAN DAERAH JOHOR BAHRU
2 PN JAYASREE A/P JAYADEVAN JUK (SM TUN FATIMAH)
3 APISAH BINTI OTHMAN JUN (SMK DATO JAAFAR)

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi MPKD RBT, Pn Chan Wei May, mengalu-alukan kehadiran semua ahli jawatankuasa
MPKD yang terdiri daripada semua Ketua Panitia RBT daerah Johor Bahru. Beliau turut mengucapkan
ribuan terima kasih kepada SISC+ Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru, Pn. Kogilavani A/P Muniandi,
Jurulatih Utama Kebangsaan (JUK), Pn Jayasree dan Jurulatih Utama Negeri (JUN), Pn Apisah yang hadir
pada hari ini. Pengerusi memaklumkan bahawa ini adalah kali pertama menyuarat Majlis Pemufuakatan
Kurikulum Daerah (MPKD) Panitia RBT diadakan bagi tahun 2022 yang terdiri daripada beliau sebagai
Pengerusi, Encik Ahmad Shahir Bin Abdullah (Guru Kanan Teknik Vokasional) yang menggantikan Pn Liew
Shiow Lih yang naik pangkat sebagai GK Petang di SMK Taman Impian Emas, dan Pn Nur Hidayah Ismail
selaku Setiausaha MPKD RBT.
Makluman: Semua

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT BIL. 1/2020

2.1 Dicadang untuk disahkan oleh Pn Ariyana Bt Bachok


Disokong untuk pengesahan oleh Pn. Hjh Azizah Bt Denan
Makluman : Semua

3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

3.1 Pengerusi memaklumkan bahawa hanya empat buah sekolah sahaja yang telah menghantar kajian
Tindakan bagi tahun 2021. Beliau meminta semua KP untuk mengarahkan guru-guru RBT di sekolah
masing-masing buat satu kajian Tindakan berdasarkan refleksi pada pdpr yang telah dijalankan, dan
sekiranya ada masalah pada pdpr, ia perlu ditambahbaik. Hasil penambahbaikan pada pdpr boleh dijadikan
sebagai satu kajian tindakan.

3.2 Pengerusi memaklumkan bahawa Tingkatan 3 tidak perlu ETR dan tidak perlu stress seperti guru
yang mengajar SPM. Guru Tingkatan 3 hanya perlu usaha untuk perbaiki Tahap Penguasaan (TP) setiap
pelajar. Beliau juga menggalakkan guru-guru agar buat sesuatu aktiviti untuk manfaat pelajar-pelajar.

2
PK 07/3

4.0 PERBINCANGAN

4.1 Laporan Aktiviti/ Program JKD RBT Tahun 2021


Bil Program/Bengkel/Kursus/ Mesyuarat Tarikh Tempat Catatan
29 Jun 2021
Pengerusi : SMK Seri Telah dilaksanakan
Mesyuarat MPKD Panitia RBT Sekolah-
Perling (secara dalam
1 Sekolah Menengah Daerah Johor Bahru
talian di lokasi masing-
Bil.1/2021
masing)
1-12 Jun 2021 Lokasi masing- masing Telah dilaksanakan
2 Santai RBT Bersama Cikgu Nathan melalui Youtube Live
Channel Cikgu Nathan
Bengkel Pemerkasaan Kompetensi 27 Sept 2021 (secara dalam talian di Telah dilaksanakan
Guru-guru RBT Sekolah-Sekolah lokasi masing-masing)
3
Menengah Daerah Johor Bahru
(Bengkel Pembinaan Item)
Bengkel Pemerkasaan dan Pemurnian 26 Oktober (secara dalam talian di Telah dilaksanakan
5 Bank Soalan RBT Sekolah-Sekolah 2021 lokasi masing-masing)
Menengah Daerah Johor Bahru
Pertandingan Mini Video Projek RBT Nov. 2021 (secara dalam talian di Tidak dapat
6 lokasi masing-masing) dilaksanakan
Tingkatan 3
Mesyuarat MPKD Panitia RBT Sekolah- Nov. 2021 Pengerusi : SMK Seri Tdak dapat
7 Sekolah Menengah Daerah Johor Bahru Perling dilaksanakan
Bil.2/2021
Sepanjang Hanya 4 sekolah
8 Kajian Tindakan RBT
tahun yang hantar

Makluman: Semua

4.2 Perancangan Aktiviti/ Program JKD RBT Tahun 2022

4.2.1 Pengerusi berharap setiap aktiviti yang dirancang dapat dijalankan. Namun begitu, perancangan
aktiviti tidak perlu banyak agar guru dapat fokus pada pdpc. Berikut adalah program yang telah dirancang
untuk sepanjang tahun 2022.

Bil Program/Bengkel/Kursus/ Tarikh Tempat Sasaran peserta Catatan


Mesyuarat
29 Ogos Pengerusi : SMK Ketua Panitia Telah dilaksanakan
Mesyuarat MPKD Panitia
2022 Seri Perling
RBT Sekolah-Sekolah
1 (secara dalam
Menengah Daerah Johor
talian di lokasi
Bahru Bil.1/2022
masing-masing)
30 Pengerusi : SMk Guru RBT yang Hantar melalui
September Seri Perling terlibat telegram Setiausaha
Penghantaran Kajian
2 2022 MPKD (Pn Nur
Tindakan 2022
Hidayah Ismail SMK
Seri Perling)
Oktober SMK Majidi Baru 2 1 orang wakil guru Fasa 1 :
3 Bengkel Lakaran RBT daerah JB Fasa 2 :
Oktober / Kump 1 : SMK Sri 2 orang wakil guru Setiap kumpulan 15
Bengkel Pembinaan Bahan November Rahmat RBT dari Tingkatan buah sekolah
4 Teknologi Pembuatan (3d Kump 2 : STF 2 dan 3
Printer) Kump 3 : SMK
Skudai

3
PK 07/3

Bil Program/Bengkel/Kursus/ Tarikh Tempat Sasaran peserta Catatan


Mesyuarat
Pertandingan Mini Video November Pengerusi : STF 1 – 2 pelajar Ting. 3
5 / Disember (JUK) semua SM JB
Projek RBT Tingkatan 3
Mesyuarat MPKD Panitia Januari/ Pengerusi : SMK Ketua Panitia
RBT Sekolah-Sekolah Februari Seri Perling
6
Menengah Daerah Johor 2022
Bahru Bil.2/2022

4.2.2 Pengerusi mencadangkan agar program 1 guru RBT 1 Kajian Tindakan diadakan dan setiap sekolah
menghantar seorang wakil sahaja dari kalangan guru RBT. Pengerusi sangat berharap setiap sekolah dapat
menghantar wakil sekurang-kurangnya satu kajian Tindakan. Mana-mana sekolah yang tidak menghantar
wakil, akan dihubungi oleh beliau melalui kumpulan whatsapp Pengetua-pengetua. Kajian Tindakan ini perlu
diserah pada atau sebelum 30 September 2022 kepada MPKD supaya dapat dikumpulkan. Setiap
penyertaan kajian Tindakan dikumpulkan dan pembuat Kajian Tindakan akan menerima sijil penyertaan
daripada MPKD. Kajian Tindakan yang terbaik akan diilih oleh Jurulatih-jurulatih Utama, untuk dibentang
dan dikongsikan bersama semua guru RBT. Pn Kogilavani menyatakan guru yang akan membuat kajian
Tindakan tidak perlu fokus pada keseluruhan ahli dalam kelas tetapi mungkin boleh fokus pada sebhagian
10 orang yang memang benar lemah atau masih belum menguasai.
4.2.3 Pn Jayasree memaklumkan bahawa Bengkel Lakaran akan dilaksanakan dan dipengerusikan oleh
SMK Tanjung Adang dengan diketuai oleh En Mohd Nizam. Namun begitu, En. Mohd Azam memaklumkan
bahawa sekolah beliau kecil dan perlu tukar ke tempat lain supaya guru lebih selesa. Beliau mencadangkan
agar bengkel tersebut dibuat di SMK Majidi Baru 2. En Azam meminta agar bengkel tersebut boleh dijalankan
bermula dari pagi aktiviti lakaran mengambil masa yang lama. Namun begitu, Pengerusi mencadangkan
agar program tersebut dilaksanakan bermula jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang untuk mengelakkan
kekurangan guru di sekolah.
4.2.4 En Izzat Fahmi dari SMK Tasek Utara 2, mencadangkan agar MPKD menganjurkan satu program khas
untuk melatih guru-guru bukan opsyen seperti beliau terutamanya untuk aktiviti pengajaran dan
pembelajaran tajuk atau aktiviti yang guru tidak mahir seperti Teknologi Pembuatan dan Magnetcode, Pn
Jayasree memaklumkan bahawa ada pembekal yang sedia untuk mengajar guru menggunakan bahan-
bahan teknologi pembuatan, namun buat masa ini pembekal tidak dibenarkan untuk membuat sesi
pengajaran kepada guru. Pengerusi mencadangkan En Ahmad Shahir agar dapat membantu guru-guru
yang tidak mahir menggunakan magnetcode atau mekatronik dalam program tersebut juga. Guru-guru yang
terlibat dalam gerak kerja program dan aktiviti MPKD akan diberi sijil penghargaan dan mata kredit dalam
splkpm.
4.2.5 Pn Jayaree mencadangkan agar SMK Sri Rahmat menjadi tuan rumah untuk bengkel 3D Printing.
Pengerusi juga mencadangkan agar tempat untuk aktiviti tersebut dibuat kepada tiga buah sekolah yeng
berbeza kerana melibatkan 45 buah sekolah. Oleh itu, tempat untuk bengkel tersebut dibahagikan kepada
tiga buah sekolah yang ada mesin pencetak 3D iaitu, SMK Sri Rahmat, Sekolah Tun Fatimah dan SMK Sri
Skudai. Ketua Panitia SMK Skudai ada mesin pencetak 3D, namun tidak mahir menggunakannya. Pengerusi
mencadangkan agar En Shahir (Guru Kanan Teknik Vokasional SMK Seri Perling) boleh membantu untuk
beri tunjuk ajar dalam program ini memandangkan beliau juga mahir menggunakan mesin pencetak tersebut
dan mesin pencetak 3D juga ada di SMK Seri Perling.
4.2.6 Pn Jayasree juga memaklumkan bahawa sekolah beliau (Sekolah Tun Fatimah) akan
mempengerusikan Pertandingan Mini Video yang tidak dapat dilaksanakan pada tahun lepas.
4.2.7 Pengerusi mencadangkan agar perincian masa dan keperluan program akan dibincangan
kemudian.

Makluman: Semua

4
PK 07/3

4.3. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) / Pelaksanaan Kerja Kursus Tingkatan 3

4.3.1 Semua Ketua Panitia perlu memastikan guru-guru RBT di sekolah melengkapkan borang PBD, di
mana sebelum ini ia perlu diisi dalam borang transit, tetapi kini secara dalam talian sahaja dan perlu
dikemaskini dua kali setahun.
4.3.2 Pn Jayasree memaklumkan bahawa apabila PT3 dimansuhkan, tiada lagi pelaksanaan kerja kursus
tingkatan 3 untuk markah PT3, sebaliknya penghasilan projek Tingkatan3 diteruskan agar pelajar dapat
mendapat Tahap penguasaan (TP) terbaik bagi tajuk Bab 2 : Pembangunan Produk. Guru perlu menilai
Tahap Penguasaan Pelajar dengan merujuk Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP).
4.3.3 Pengerusi memaklumkan bahawa Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) telah dimansuhkan. Melalui
taklimat yang telah beliau hadiri pada 24 Julai 2022 yang lalu di Sekolah Seni, guru Tingkatan 1, 2 dan 3
tidak perlu lagi menyediakan soalan kerana soalan disediakan oleh Lembaga Peperiksaan. Soalan akan
dikumpul dan dipasangkan oleh Setiausaha Peperiksaan. Tempoh masa akan diberi untuk pemasangan dan
pelaksanaan Ujian Akademik Akhir Semester. Ketua Panitia perlu periksa soalan untuk semak jika ada
kesilapan, dan jika berlaku kebocoran, maka sekolah tersebut perlu bertanggungjawab. Setakat ini masih
tiada makluman tentang Kerja Kursus Tingkatan 3.
4.3.4 Pengerusi memaklumkan bahawa Januari hingga Februari adalah tempoh untuk menjalankan CUP
Plan di mana guru perlu menambahbaik Tahap Penguasaan (TP) dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).
4.3.5 Pengerusi memaklumkan bahawa Johor Bahru adalah tuan rumah bagi pertandingan Karnival
STEM negeri Johor, dan penyelarasnya adalah En Shahir (Guru Kanan Teknik Vokasional SMK Seri
Perling). Beliau menggalakkan penyertaan semua sekolah kerana program ini adalah peringkat negeri. Jika
ada guru yang berminat untuk menghantar penyertaan, masih sempat lagi kerana tarikh tamat adalah esok
iaitu 30 Ogos 2022.

Makluman dan Tindakan : Semua

5.0 Hal-hal lain

5.1 Taklimat Bengkel Kerja Guru RBT oleh Pn Jayasree

5.1.1 Pn Jayasree memperkenalkan semua pegawai PPD dan JPN dan Jurulatih Kebangsaan dan Negeri
(JU) dan (JUK), yang terdiri daripada beliau dan Pn Apisah, agar guru kenal jika mereka datang ke sekolah,
di mana kehadiran mereka adalah bertujuan pemantauan ini untuk melihat keberkesanan plaksanaan RBT
& penambahbaikan PdP RBT, memberi konsultasi kepada sekolah-sekolah berkaitan perlaksanaan RBT
dan memperkasakan RBT.
5.1.2 Pn Jayasree menerangkan tentang PCG yang semakin kurang dan JPN sedang dalam proses
untuk mohon semula agar peruntukan PCG RBT ditambah kerana RBT melibatkan projek pembangunan
produk. Beliau juga memberitahu bahawa guru perlu pandai cari dana dan penajaan dari Jabatan-jabatan
kerajaan seperti Jabatan Pertanian untuk mohon bantuan fertigasi, KEJORA.
5.1.3 Kelas RBT perlu dibuat sepenuhnya dalam bengkel RBT dan perlu dibuat penjenamaan semula.
5.1.4 Ketua Panitia perlu kenal pasti masalah guru dan masalah dalam aktiviti RBT. Guru perlu buat PLC
agar dapat membuat penambahbaikan pada setiap masalah dalam aktiviti RBT terutamanya untuk guru
bukan opsyen.
5.1.5 Guru perlu membimbing semua pelajar agar dapat sekurang-kurangnya dapat minimum TP3.
Penilaian PBD (profesionalisme judgement). Pemberian Tahap Penguasaan 6 (TP6) tiada limitasi mengikut
kelas-kelas tertentu.
5.1.6 Guru perlu buat projek seiring dengan pendokumentasian.
5.1.7 Murid perlu menguasai 9 aplikasi teknologi yang telah dipelajari sejak Tingkatan 1 hingga 3 seiring
dengan kemahiran, komunikasi dan penggunaan teknologi.
5.1.8 Guru perlu setkan dalam minda pelajar bahawa mereka adalah perekabentuk dan guru adalah klien.
Murid-murid perlu mencipta sesuatu produk/projek supaya mereka menjadi seorang pereka, tidak tertumpu
pada yang ada dalam buku teks sahaja. Projek Ting3 perlu beri peluang untuk pelajar berkarya. Masa tak
5
PK 07/3

cukup untuk siapkan sesuatu projek. – Penghasilan projek dikawal oleh guru sepenuhnya.dan perlu
dilaksanakan dalam tempoh pengajaran dan pembelajaran selama 32 jam seminggu
5.1. 9 Ketua Panitia juga perlu merancang pembelian secara berhemah dan ikut keperluan tajuk kerana
PCG semakin berkurangan. Pembelian bahan projek lerai bukan bahan set yang telah siap. Contohnya
beli plat solar berbanding beli kipas untuk buat projek. Murid bina sendiri kereta kawalan jauh, tapi kekangan
kewangan untuk memperbanyakkan kereta kawalan jauh. Pembelian barang secara ‘runcit’ pula tidak
menepati prosedur kewangan dan agak menyusahkan guru-guru untuk buat tuntutan atas barang yang telah
dibeli.
5.1.10 Antara masalah-masalah yang dihadapi dalam panitia RBT juga adalah masa tak cukup untuk
siapkan sesuatu projek kerana penghasilan projek dikawal oleh guru sepenuhnya, peralatan berkaitan
projek-projek tidak mencukupi terutamanya apabila barang sampai lambat dan mahal, penggunaan arduino
& microbit perlukan kos tinggi dan tiada kemahiran dalam kalangan guru-guru.
5.1.11 Beberapa keperluan kursus yang dikenalpasti untuk guru-guru RBt adalah Scratch, Pengaturcaraan,
artikel jahitan dan elektro-mekanikal. Wakil guru RBT dari SMK Selesa Jaya 2 memaklumkan bahawa guru
di sekolahnya ada guru yang boleh mengajar Robotik kepada guru-guru.
5.1.12 Pn Jayasree juga memaklumkan bahawa guru perlu perbanyakkan masuk pertandingan inovasi
(Robotik) atau buat pertandingan dalam kelas dan jangan ‘downgrade’ murid-murid atas kemampuan
mereka, tetapi guru perlu asah bakat mereka dan sediakan kemahiran kepada anak-anakke arah teknologi
& STEM.
5.1.13 Perbekalan alatan seperti laptop, robotik, microcontroller/ Arduino oleh KPM (perlu tunggu
kelulusan)
5.1.14 Guru juga bole beri penghargaan terhadap hasil kerja murid beri penghargaan kepada murid yang
berkaitan dipamerkan mengikut keutamaan, warna papan tanda yang digunakan, kedudukan papan tanda
yang disediakan.
5.1.15 Masalah PCG RBT yang semakin berkurangan telah diketengahkan dan permohonan tunggu
permohonan untuk susun semula Pelan Rancangan Malaysia Ke12 (RMK-12) 2023 di mana ada 25 sekolah
yang terpilih (untuk pengubahsuaian)
5.1.16 Kompetensi guru – disebabkan pengambilan guru secara one-off menyebabkan ramai guru RBT
yang bukan opsyen. Oleh itu, Ketua Panitia perlu rangka aktiviti penyampaian ilmu guru secara berperingkat
dengan membuat kerjasama (Jalinan & Jaringan) antara sekolah-sekolah yang berdekatan (bertukar-tukar
idea, pengetahuan dan kemahiran) – secara maya atau secara bersemuka selain menjalankan program
kerjasama dengan Sekolah Berasrama Penuh (SBP), institusi pengajian tinggi awam dan swasta seperti
UTM.
5.1.17 Pn Jayasree turut menunjukkan contoh bergambar bengkel dari sekolah contoh dan bagaimana
guru perlu buat agihan pembelian agar peruntukan PCG dapat dirancang dengan baik. Beliau juga
menunjukkan contoh sekolah yang membuat pembelian mesin-mesin engraving kayu atau keluli agar dapat
buat cenderahati untuk dijual melalui peruntukan PCG. Contoh projek pembangunan produk Tingkatan 3
juga dipaparkan untuk pendedahan guru.
5.1.18 Beliau juga mencadangkan agar dibuat lawatan penanda aras pada sekolah-sekolah terpilih agar
guru dapat pendedahan tentang amalan pengurusan bengkel yang baik.
5.1.19 Beliau juga menyampaikan pesanan dari Timbalan Pengarah Sektor ICT dan RBT, Dr Azwan bin
Badul Aziz, dan Penolong Pengarah BPK iaitu En. Nizamuddin Bin Samsuddin tentang permasalahan dan
isu RBT di sekolah-sekolah.
5.1.20 Beliau juga memaklumkan bahawa Ujian Akhir Semester Akademik, soalan yang dinilai adalah ikut
tahun semasa sahaja. Tiada lagi nisbah 70 : 30 untuk ujian dan markah projek. Guru perlu rujuk pada
Setiausaha Peperiksaan sekolah-sekolah masing-masing. Pelajar juga boleh buat persembahan dan
pembentangan hasil kerja mereka untuk mencungkil soft-skill pelajar.
5.1.21 Dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) pula, tiada lagi borang transit tetapi guru perlu rekodkan
catatan penilaian PBD pelajar secara sistematik dalam fail guru sendiri. JAngan rekod jika pelajar tidak buat
apa-apa.
5.1.22 Pn Jayasree menggalakkan semua guru untuk mohon Guru Cemerlang (GC) kerana Jurulatih
Utama sudah nak pencen.

6
PK 07/3

5.2 Amanat daripada Pn Kogilavani A/P Muniandi (SISC RBT – PPDJB)

5.2.1 Pn Kogilavani menyatakan bahawa semua guru sedang mengisi perekodan PBD secara formal dua
kali setahun dan terpulang pada guru untuk isi perkembangan PBD budak ikut tajuk dan jumlah pelajar yang
nak dinilai.
5.2.2 Guru perlu buat penilaian item dan skor dalam aspek pengurusan bengkel. . Beliau juga
mengingatkan guru-guru agar kemas, melabel dan lengkapkan mana yang belum dibuat. Pastikan bengkel
tiada barang lain kecuali bahan RBT. Buat pengurusan bengkel dan ambil gambar sebelum dan selepas
dikemaskini. Masukkan gambar dalam link yang telah diberikan supaya nampak perubahan bengkel.
5.2.3 Pn Kogilavani menggalakkan guru mohon status Guru Cemerlang. Ini adalah peluang yang baik
untuk semua guru untuk mohon.
5.2.4 Bukan semua isu boleh dilaksanakan melalui program MPKD. Beliau juga meminta jika ada guru
ada masalah dalam PDPC atau bahagian yang tidak dapat menguasai, boleh bangkitkan isu melalui Ketua
Panitia atau Ketua Bidang supaya semua ahli dapat berbincang masalah dan keperluan guru dan
diseslesaikan melalui bengkel, PLC peringkat panitia.
5.2.5 Ada 2 bengkel yang akan dijalankan peringkat PPD Bengkel penambahbaikan Penetapan Sasaran
melalui headcount RBT dan Penyemakan Status Pencapaian RBT melalui Dialog Kemenjadian Akademik
yang asih belum ada tarikh dan masih dalam peringkat perbincangan dengan JU. Bengkel ini dibuat untuk
memperkasakan sasaran dalam pencapaian Tahap Pencapaian (TP) pelajar.

Makluman: Semua

6.0 PENUTUP

6.1 Pengerusi minta maaf kerana mesyuarat habis lewat tetapi disebabkan ada perkara yang penting
untuk disampaikan jadi ambil masa lebih lama sikit. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua guru
kerana dapat meluangkan masa untuk hadir mesyuarat MPKD pada hari ini walaupun penat dengan kelas.
6.2 Sebelum mesyuarat tamat, Pengerusi menyampaikan sijil lantikan kepada semua Jurulatih Utama..
6.3 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.00 petang.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

………………………………… ……………………………………
(NUR HIDAYAH ISMAIL) (CHAN WEI MAY)
Setiausaha MPKD RBT JB Pengerusi MPKD RBT JB
Tarikh: 29 SEPTEMBER 2022

You might also like