You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT

MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM BILANGAN 3/2021


SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 1 BANDAR KINRARA

Hari : Sabtu
Tarikh : 20 November 2021
Masa : 9.30 Pagi
Tempat : Kediaman masing-masing melalui Google Meet

Kehadiran :

1 AWALUDIN BIN HJ NAWI PENGERUSI


2 NOORMA BINTI MUHAMMAD PK PENTADBIRAN
3 LOKMAN BIN MUSTAPHA PK KOKURIKULUM
4 SUZILA BINTI MOHD PK HAL EHWAL MURID
5 SUZANA BINTI ALI PK PETANG
6 ARINA BINTI ABDUL TALIB PENYELARAS PBD
7 ASWINI A/P DEVENDREN PENYELARAS TRANSISI
8 AZLINA BINTI BUDIN KETUA PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
9 CAROLINE A/P DOMINIC PENYELARAS PAK21
10 ELIEDA BINTI JUHARI SETIAUSAHA PANITIA PSV
11 FADILLAH BINTI REMLY SETIAUSAHA PEPERIKSAAN
12 FARAH NABIHAH SETAUSAHA JADUAL WAKTU
13 FAZLIYATI BINTI MUSA KETUA PANITIA PEND MUZIK
14 HAMIDAH BINTI LAZID SETIAUSAHA PANITIA BAHASA ARAB
15 JAGPREET KAUR A/P GURDAV SINGH SETIAUSAHA PANITIA B.INGGERIS
16 KHUZZIAH BT RAMJI KETUA PANITIA BAHASA MELAYU
17 LAI YET SHIN KETUA PANITIA BAHASA CINA
18 MOHD NASEM BIN MUHAMAD SETEFARZI KETUA PANITIA SAINS
19 NADIATUL NUR BINTI NOORDIN KETUA PANITIA PSV
20 NIK NURHAFIZAH BINTI NIK MOHAMAD KETUA PANITIA PJPK
21 NOOR AZURA BINTI BAHARUDIN PENYELARAS PSO
22 NOR FARAHANA BINTI REDZUAN SU MATEMATIK
23 NORAINI BINTI MILAN SU KURIKULUM
24 NORANNIERA BINTI MOHD ARSHAD GURU PRASEKOLAH
25 NORDINI BINTI MUHAMMAD PENYELARAS PUSAT SUMBER
26 NORHAMIZA BT DIN SU PANITIA BM
27 NORLIZA BINTI ALI PENYELARAS KECEMERLANGAN
28 NORSALINA BINTI SAHARUDDIN SETIAUSAHA PANITIA RBT
29 NUR IZZATI BINTI ABDUL JAMIL SETIAUSAHA PANITIA SEJARAH
30 NURUL HIDAYAH BINTI ABD RASHID PENYELARAS PLC
31 NURUL HUSNA BINTI ZAKARIA SU PANITIA PJPK
32 NURUL SHAZWANI BINTI JAMIL SETIAUSAHA TRANSISI
33 PEREMALATA A/P RANASIMGAM KETUA PANITIA BI

34 RABIATUL ADAWIYAH BT MOHAMMAD HANAFIAH SETIAUSAHA PANITIA SAINS

35 ROHAYA BINTI IBRAHIM SETIAUSAHA PENDIDIKAN MUZIK

36 ROHINI A/P SURESH KETUA PANITIA PENDIDIKAN MORAL


1
37 ROSMAH BINTI OTHMAN KETUA PANITIA BAHASA ARAB      
38 SAHRIZAWATI BT MAHBAH KETUA PANITIA SEJARAH
39 SARRA AZNIDA BINTI AZMAN KETUA PANITIA MATEMATIK      
40 SHAREIZA BT SHAMSUDIN@AZRAAIN SETIAUSAHA PBD
41 SITI NORLIZA BINTI HUSSAIN KETUA PANITIA RBT
42 SITI ZULIANA BINTI ZULKEFLI SU PANITIA PENDIDIKAN ISLAM      
43 THANALETCHIMI A/P RAMANAIDOO PPENYELARAS DLP
44 ZAKIAH BINTI MOHD ASAR GURU DATA
45 ZURAINI BINTI MOHD ALI SU KURIKULUM

Tidak Hadir : (Bersebab)


1. Tiada

Urus setia : Pn. Noraini bt Haji Milan

AGENDA

1.0 Perutusan Pengerusi


1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat degan mengucapkan selamat datang dan mengalu-alukan
kehadiran guru-guru ke Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Kali ketiga bagi sesi persekolahan
tahun 2021.

1.2 Pengerusi memberi peringatan kepada semua guru :


1.2.1 Tahniah kepada semua guru khususnya jawatankuasa pelaksana yang terlibat secara
langsung dan tidak langsung dengan Program Silang Budaya JnJ JSKL dan SK Seksyen
1 Bandar Kinrara pada 19 November 2021.
1.2.2 Semua Ketua Panitia hendaklah mengadakan mesyuarat panitia bilangan 4 2021 sebelum
10 Disember 2021.
1.2.3 Semua Panitia diminta merujuk Pegawai Takbir kewangan sekolah untuk penggunaan
peruntukan kewangan (PCG Panitia) 2021 sebelum tarikh tutup.Jika ada baki yang
banyak, Panitia berkenaan perlu membuat kertas kerja untuk memohon peruntukan agar
peruntukan tahun 2022 tidak dikurangkan.

1.3 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada semua guru dan semoga semua Panitia akan
sentiasa sukses dan cemerlang.
Tindakan : Ketua Panitia

2.0 Pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat

2.1 Minit mesyuarat bilangan 2 dibentangkan dan diterima dengan pindaan.

I. Nik Nurhafizah binti Nik Mohammad sebagai Ketua Panitia PJPK.


II. Kehadiran Noorhana binti Rahman

2.2 Pn Khuzziah binti Ramji mencadangkan agar minit mesyuarat bilangan 1/2021 disahkan dan
disokong oleh Pn Norliza binti Ali dipersetujui sebulat suara oleh ahli mesyuarat.

3.0 Perkara- perkara berbangkit

3.1 PBD murid Tahun 6


Semua murid murid tahun 6 yang memohon untuk ke sekolah khas atau khusus akan
menggunakan Tahap Penguasaan semasa yang direkodkan dari Januari sehingga Oktober
2021.

3.2 Soalan peperiksaan


Soalan peperiksaan telah sampai ke sekolah dan telah ditempatkan didalam bilik peperiksaan
dan masih tidak digunakan lagi termasuk kertas soalan tahunan.
2
4.0 Perkara-perkara baharu/ Pembentangan kertas kerja/ Isu/ Laporan
4.1 Pentaksiran Bilik Darjah
4.1.1 Penilaian akhir 2021 menggunakan Pentaksiran Setara Standard akan dijalankan
didalam waktu PdPc mengikut jadual PdP guru.

4.1.2 Guru besar juga telah bersetuju untuk melaksanakan pentaksiran ini secara dalaman
mengikut jadual untuk rujukan dan panduan pengurusan guru.

4.1.3 Instrumen atau kertas pentaksiran murid akan disimpan sebagai Evidens PBD
disekolah.

4.1.4 Pihak pentadbir akan memantau pelaksanaan dan penyemakan soalan pentaksiran oleh
guru yang akan dibantu oleh Unit PBD dan Unit Peperiksaan Dalaman.

4.1.5 Senarai semak akan dikeluarkan untuk memastikan semua guru melaksanakan
Pentaksiran, menanda dan melengkapkan skor murid dengan lengkap. Skor Ini akan
dijadikan sebagai rujukan guru untuk program ataupun intervensi pengayaan dan
pengukuhan.

4.1.6 Pentaksiran akan dilaksanakan secara berterusan dan guru boleh mula mengisi
template pelaporan bermula 10 Disesember 2021 sehingga Febuari 2022.

4.1.7 Pelaporan akhir akan dimuat turun oleh semua guru kelas untuk simpanan masing-
masing secara softcopy bagi memudahkan urusan jika ada berlakunya perpindahan
murid dan lain-lain urusan bagi murid tahun 1 sehingga 5.

4.1.8 Bagi murid tahun 6 pula, Pelaporan PBD murid akan dicetak oleh penyelaras PBD pada
bulan febuari.Pelaporan PBD ini akan diserahkan kepada murid tahun 6 bersama-sama
fail murid pada Febuari 2022.

4.1.9 Bermula tahun 2022 sekolah akan melaksanakan Penjaminan kualiti selaras dengan
Pemerkasaan Pelaksanaan Kurikulum ( KPM PerkasaKU). Bengkel Penjaminan kualiti
akan dilaksanakan pada 2022 dengan beberapa sekolah dan JPN.

Makluman
4.2 RPH dan Pencerapan
4.2.1 RPH sepanjang PdPR boleh dicetak dan dihantar kepada semua PK yang membuat
pencerapan.
4.2.2 Penulisan RPH adalah menggambarkan pelaksanaan PdP secara online atau offline
dan hendaklah dihantar sebelum cuti penggal kedua ataupun pada sebelum 9 Disember
2021.
4.2.3 RPH PdP secara bersemuka bermula 1 November 2021 dan 8 November hendaklah
dinyatakan kumpulan murid yang terlibat didalam catatan guru.
4.2.4 Untuk pengisian Portal SKPMg2 Standard 4 telah selesai diisi oleh semua PK.Semua
pentadbir boleh mencetak dan menyerahkan salinan borang pencerapan kepada guru
yang dicerap.
Makluman

4.3 Keberhasilan
4.3.1 Tahniah diucapkan kepada semua guru kerana telah berjaya menyiapkan dan
menghantar borang keberhasilan penilaian akhir 2021 kepada semua PP1.

4.3.2 Kebanyakan guru berjaya mencapai Skor 5, walaupun ada yang terpaksa meminda dan
menggugurkan sasaran.

4.3.3 Tahniah juga kepada semua guru yang berjaya melaksanakan PdPR dan mencapai
sasaran walaupun didalam situasi pendemik ini.

Makluman
3
4.4 Makluman Mesyuarat Panitia Bil 3/2021
4.4.1 Diharapkan semua panitia telah selesai Mesyuarat Panitia Bil 3 sebelum berakhir sesi
persekolahan penggal 2/2021.

4.4.2 Untuk jadual 3 dan 4 semua panitia perlu menyiapkan dan menghantar kepada Cikgu
Noorazura untuk laporan program yang telah selesai atau yang telah dirancang
sepanjang tahun 2021 ini.

4.4.3 Jadual 5 juga perlu dihantar untuk Perancangan program tahun 2022.
Makluman

4.5 Program KPM PerkasaKU ( Catch up plan TOV dan Pelaksanaan ).


4.5.1 Program ini akan dilaksanakan berdasarkan pentaksiran Setara Standard yang
dijalankan.

4.5.2 Semua guru akan menganalisis item atau tahap penguasaan murid untuk pelaksanaan
intervensi pada januari sehingga febuari tahun 2022.

4.5.3 Guru akan merancang dan menyusun program mengikut tahap penguasaan atau skor
murid. Ini adalah untuk membimbing murid untuk meningkatkan kemahiran dan tahap
penguasaan murid dalam mata pelajaran.

4.5.4 Untuk tahun 2022 sepanjang Januari sehingga Febuari tiada takwim baharu disediakan.
Guru akan meneruskan intervensi mengikut tahap penguasaan murid.

Makluman

5.0 Hal-hal lain


5.1 Cuti Sakit
5.1.1 Guru yang mengambil cuti sakit hendaklah menyerahkan slip cuti sakit kepada CC Puan
Zalina pada hari pertama datang ke sekolah selepas cuti. Ini adalah untuk
memudahkan urusan pengisian data cuti sakit kedalam sistem disamping agar guru
tidak lupa dan tertangguh lama untuk menyerahkan cuti sakit tersebut.
5.1.2 Guru hendaklah mengisi borang cuti sakit untuk rekod sekolah dan perlu ada
pengesahan dan kelulusan daripada Guru Besar.
Makluman

5.2 Cuti Rekat Khas

5.2.1 Guru yang ingin memohon Cuti Rehat Khas perlulah mengisi borang sebelum cuti
( borang putih ) untuk situasi tersebut :

I. Temujanji hospital.
II. Atau lain-lain urusan yang ada ketetapan awal seperti hantar anak ke asrama atau
pendaftaran anak ke sekolah asrama.

5.2.2 Guru perlulah mengisi borang selepas cuti ( borang merah ) jika perlu cuti kecemasan
seperti anak sakit dan lain-lain.
5.2.3 Guru-guru hendaklah mengisi didalam HRMIS cuti untuk disokong oleh PK Pentadbiran
dan kelulusan daripada Guru Besar sebelum atau selepas mengisi borang CRK.
5.2.4 Guru-guru hendaklah memaklumkan kepada PK Pentadbiran selepas mengisi HRMIS
untuk memudahkan PK Pentadbiran menyokong cuti guru-guru pagi dan petang.

5.3 Semua cuti perlu dimaklumkan dan mendapat kebenaran daripada Guru Besar terlebih
dahulu. Kemudian guru akan mengisi didalam MMI dan telegram cuti awal untuk rujukan
urusan relief dan urusan pengisian keberadaan guru didalam e-Operasi.

5.4 Guru-guru wajib punch card ketika sampai disekolah dan sebelum balik. Kemudian guru-guru
menulis secara manual didalam buku kehadiran selepas selesai pinch card.
4
Makluman

6.0 Penutup
6.1 Guru-guru diingatkan sekali lagi agar dapat menjalankan tugas dengan penuh amanah
sepanjang pandemik Covid-19 ini.

6.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua guru yang hadir mesyuarat
kurikulum bilangan 3/2021 pada hari ini.

6.3 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.00 pagi.

Disediakan oleh:
Setiausaha Mesyuarat
Tarikh : 29 November 2021

You might also like