You are on page 1of 6

Data of the client

Nama :

Alamat :

Tarikh Lahir :

Status : Pelajar

Tempat Belajar :

Nama Ayah :

Pekerjaan :

Nama ibu :

Pekerjaan :

Latar belakang Keluarga

Klien dibesarkan dalam keluarga sederhana . Klien mempunyai 7 orang adik beradik dan dia
merupakan anak yang ke-4 dalam keluarga . Mempunyai keluarga yang memahami dan
penyayang antara satu sama lain .

Personality klien

Klien merupakan seorang pelajar yang peramah , Di samping itu juga dia mempunyai sikap
yang panas baran tetapi bertempat . klien juga suka bertindak mengikut emosi kerana dia
sukar untuk berfikir mana baik dan mana buruk tentang sesuatu perkara .
Masalah yang dihadapi oleh klient.

Case 1:

Peristiwa ini berlaku semasa Tingkatan 5 . waktu itu ,klien sedang belajar Subjek Sains di
mana klien pernah dimarahi oleh guru sains tersebut . Semasa sesi pembelajaran dalam kelas
, klien berada dalam kumpulannya dan sedang menyiapkan kerja yang diberikan oleh guru
tersebut , dengan secara tiba – tiba guru tersebut menengking ke arahnya dan menghalau dia
keluar dari kelas tersebut kerana dia hanya tidak mengikut arahan guru tersebut yang
meminta klien untuk tukar tempat duduk di hadapan . walhal , semasa guru itu memintannya
berbuat demikian ,klien tidak mendengar kerana leka siapkan kerja yang diberikan oleh guru
itu . Hanya disebabkan itu ,dia dihalau keluar kerana dianggap bersikap kurang ajar .

Selepas peristiwa itu ,klien sudah mula tidak suka dan membenci guru tersebut . Hal ini
menyebabkan dia sudah tidak meminati subjek sains dan tidak bersemangat untuk belajar
dengan guru tersebut . kesan daripada itu , dia tidak lulus subjek sains dalam peperiksaan dan
pernah mendapat E dalam percubaan Spm . Selepas 5 bulan berlalu , baru guru tersebut
meminta maaf pada klien . Walaupun klien telah memaafkan namun dia masih tidak boleh
lupakan peristiwa itu sehingga sekarang .

Analisis masalah .

Klien menjadi seorang yang pendendam pada guru tersebut kerana menganggap guru tersebut
telah membencinya dan memalukannya didepan kawan –kawannya . Klien dapat rasakan
yang guru tersebut tidak adil terhadapnya kerana tidak diberi peluang untuk menjelaskan
situasi yang sebenar .Di sebabkan itu , klien menjadi benci dan tidak meminati guru
tersebut ,walaupun pada mulanya dia tidak ada masalah dengan guru tersebut ,namun kesan
daripada peritiwa itu ,dia dapat rasakan yang guru tersebut tidak suka dia berbanding dengan
kawan –kawannya yang lain . Walaupun peristiwa itu sudah lama berlalu ,namun dia masih
tidak berpuas hati dengan guru tersebut kerana dia telah terlalu mengikut perasaan yang telah
mempengaruhi dirinya .

Teori yang digunakan dalam menganalisis masalah :


Teori Rasional Emotif Ellis

-Teori ini mementingkan aspek –aspek seperti kognitif ,aspek emotif dan aspek
kesejahteraan dan kebahagiaan tingkah laku.konteks ini membawa kepada kesejahteraan
seseorang . Teori ini lebih baik ,lebih praktikal dan lebih munasabah . Untuk menjelaskan
bagaimana gangguan emosi dan fikiran berlaku mungkin dengan konsep A-B-C-D-E yang
diutarakan oleh Ellis itu dapat membantu .Bagi Ellis ,

A- Peristiwa yang dialami oleh seseorang . Contohnya


; peristiwa di mana klient pernah dimarahi oleh guru mata pelajaran sains.

B- Adalah sistem kepercayaaan yang dianutinya . Klien


percaya bahawa guru tersebut tidak sukakannya .

C-Merupakan emosi yang dirasai hasil daripada penilaian oleh B akan A dan pentafsiran

D-Merupakan strategi-strategi yang digunakan untuk berhujah dan membetulkan sistem


kepercayaan yang tidak rasional .

E- individu menjadi normal dan mempunyai sistem kepercayaan dan nilai yang rasional dan
positif .

Kesimpulan analisis

Pada sesi ini , kaunselor dapat merasakan yang klien sedih dan kecewa dengan sikap guru
sains tersebut (C) . Klien mengalami masalah dengan guru subjek sains sebenarnya bukanlah
kerana ia pernah dimarah (A) , tetapi kerana sistem kepercayaannya (B) yang tidak rasional
yang merasakan guru tersebut membencinya . Sistem kepercayaan yang membuatnya
sedemikian rupa adalah diperoleh melalui pembelajaran seperti `seseorang mesti dikasihi dan
diterima` selain itu juga , kepercayaan bahawa seseorang yang telah buat silap mesti
dihukum. Oleh yang demikian ,kaunselor mesti mengajar klien untuk menggunakan secara
logik .Di sinilah D memainkan peranannya mencabar ,berhujah dengan klien .

Teknik Terapi Rasional Emotif

-Kaunselor perlu berhujah tentang kepercayaan – kepercayaan yang tidak rasional .

-klien akan disuruh mencabar sistem kepercayaannya dengan bukti-bukti tertentu .


-klien akan disuruh membaca bahan-bahan berkaitan dengan teori rasional emotif supaya
sistem kepercayaan tidak rasional dihapuskan .

-klien digalakkan menghayati falsafah hidup baru yang tidak semestinya dikongkong oleh
nilai-nilai mutlak seperti “mesti dan patut” .

Sesi kaunseling dijalankan sebanyak 2 kali

Sesi pertama diadakan pada 30 oktober 2012 ,jam 3 petang

- Sesi pertama klien berjumpa kaunselor. Kaunselor berada di peringkat initial untuk
mendapatkan kepercayaan daripada klien. Pada sesi ini kaunselor menggunakan kaedah
light communication untuk menunjukkan bahawa kaunselor bersedia menerima dan
mendengar luahan klien . Kaedah ini merangsang client untuk bercerita.

Sesi kedua diadakan pada 1 November 2012, jam 10 pagi

- Pada sesi ini kaunselor melakukan penerokaan terhadap masalah klient. Kaunselor
menggalakkan client untuk berkongsi apa yang dialami dan perasaan clien pada ketika
itu. kaunselor hendaklah membantu client untuk membantu klien mengenali diri client.
Pada peringkat ini juga tingkah laku klien juga tidak seimbang dari sudut pemikiran,
perasaannya, perlakuan dan pengalamannya. Pada sesi ini juga ,kaunselor juga turut
mengadakan konfrantasi dengan klien untuk berhujah tentang kepercayaan –kepercayaan
yang tidak rasional . klien akan disuruh membuktikan mengapa ia harus merasa benci
pada guru tersebut selepas dia dimarahi oleh guru itu.

Kemahiran yang digunakan untuk sesi kaunseling ini ialah


 kemahiran mendengar
Mendengar merupakan kemahiran paling penting dalam proses kaunseling . Oleh
itu , proses mendengar melibatkan seluruh deria yang terdapat pada sesi
kaunseling . Mesej dari semua aspek memberikan interprestasi kepada si
pendengar dan barulah makna terbentuk .
 kemahiran menyoal
Dalam usaha kaunselor memahami lebih lanjut perkara yang ingin dirundingkan
oleh klien , menyoal merupakan satu cara yang perlu dilaksanakan . Matlamat
menyoal adalah untuk
-Mendapatkan maklumat dengan tepat
-Mendapat maklumat lanjut
-Mendapat kepastian

 Kemahiran Merumus
Ia merangkumi aspek mengulangi dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh
klien .Merumus juga merupakan usaha untuk memfokus permasalahan
klien .Rumusan ini adalah untuk membantu klien mengingat dan kaunselor
mengingat balik apa yang sedang dibincangkan. Selain itu juga , menyemak
persepsi klien dan kaunselor agar berada ditahap yang sama .

 Kemahiran konfrantasi
Konfrantasi digunakan untuk apabila terdapat percanggahan antara apa yang
dikatakan oleh klien tentang dirinya. Konfrantasi juga berlaku apabila terdapat
percanggahan diantara kaunselor dengan klien .

 Dorongan minima
Dorongan minima bertujuan untuk memberangsangkan klien untuk terus bercerita
. selain itu juga ,ia menunjukkan kaunselor sedang mendengar
dan menunujukkan bahawa ia sedang mengikuti apa yang sedang diperkatakan
oleh klien .

You might also like