You are on page 1of 2

SOALAN TEKNIKAL CHARGEMAN DAN WIREMAN

1. Anda bekerja sebagai penjaga jentera disebuah kilang yang terletak jauh dari kilang-kilang lain.
Tiba-tiba seluruh kilang tidak dapat mendapat bekalan elektrik (bekalan terputus). Bagaimana
cara anda mengenalpasti punca kerosakkan dan terangkan bagaimanaanda hendak mencari
kerosakkan dan membaik pulih semula bekalan.
Jawapan Tatacara mengikut turutan.
i. Pergi ke bilik papan suis utama
ii. Kenalpasti samaada bekalan TNB terputus atau pemutus litar yang terpelantik
iii. Sekiranya pemutus litar yang terpelantik, kenal pasti kerosakkan disebabkan oleh lebihan beban
arus atau arus bocor ke bumi
iv. Sekiranya pemutus litar terpelantik disebabkan oleh arus bocor ke bumi kenal pasti punca
kerosakkan buat ujian rintangan penebatan pada papan suis itu dan juga di setiap punca beban
keluar. Kemudian asingkan litar yang menyebabkan kerosakkan. Reset Earth Faulty Relay dan
berikan bekalan ke beban yang lain
v. Membaiki kerosakkan tersebut.

2. Apakah dia sistem grid?


Sistem grid ialah sistem penghantaran yang menyambungkan beberapa buah sistem penjana atau
beberapa buah pengubah penghantar dalam litar grid
3. Mengapa sistem grid digunakan?
Tujuan system ini digunakan ialah mengurangkan kawasan penjanaan supaya penjana itu boleh
membekalkan kuasa yang tinggi .mendapatkan frekuensi yang seimbang
4. Sebutkan dua tempat yang menggunakan sistem penghantaran jejari
Dua tempat yang menggunakan sistem penghantaran jejari ialah di kawasan rumah berderet dan di
tepi jalan
5. Terangkan mengapa sistem ini digunakan (Sistem penghantaran jejari)
Sistem ini digunakan kerana cara ini merupakan cara yang paling menjimatkan

6. Apakah langkah-langkah keselamatan yang harus diambil sebelum dan semasa kerja rombak
rawat ke atas sesebuah motor 3 fasa
Sebelum rombak rawat motor 3 fasa
Sebelum kerja rombak rawat ke atas sesebuah motor 3 fasa ialah:
i. Mengasingkan bekalan-Pastikan bekalan mati, keluarkan pemutus litar dan kunci ’shutter’-
Keluarkan fius kawalan dan kuasa penghidup motor
ii. Gantungkan tanda amaran ’ORANG SEDANG BEKERJA’ di tempat kerja
iii. Gunakan peralatan yang sesuai
iv. Pakai pakaian keselamatan (PPE)
Semasa rombak rawat motor 3 fasa
i. Ujian penebatan sebelum dan sesudah rombak rawat. Bacaan hendaklah melebihi 2 Megaohm
ii. Bekalan seketika untuk memastikan pusingan motor
iii. Bekalan sepenuhnya untuk memastikan-Bunyi normal-Getaran-Selepas tiga jam periksa suhu
pada setiap bahagian motor

7. Apakah feature yang biasa di dapati di dalam beban induktive dan mengapakah kuasa
reaktif (KVAr) diperlukan?
Feature yang biasa didapati di dalam beban inductive ialah fasa diantara voltan dengan arus terpisah
atau tidak sama fasa dimana arus litar mengekor atau tertinggal di belakang voltan bekalan, kuasa
reaktif (KVAr) diperlukan bagi mengurangkan kuasa beban induktive yang menyebabkan arus litar
terpisah dengan voltan dengan tidak menggunakan kuasa beban sebenar (KW)
8. Mengapakah automatik power faktor dipasang di dalam pepasangan elektrik penggun ac.
Automatik power faktor regulator dipasang di dalam pepasangan elektrik pengguna kerana digunakan
bersama-sama dengan unit simpanan pemuat (capasitor bank) untuk menghidupkan simpanan pemuat
(capasitor bank) dari satu unit ke satu unit yang berikutnya sekiranya faktor kuasa mengekor
(menyusul)
9. Apakah yang dimaksudkan dengan C/K setting dan apakah kepentingannya dalam sistem
pembaikan angkadar kuasa. Apakah kesannya kepada pepasangan elektrik jika jangka angkadar
kuasa menunjukkan bacaan 0.5.?
C/K setting bermaksud nisbah diantara saiz keseluruhan pemuat KVAr dengan nisbah arus
pengubah (current transfomer) diantara utama dan sekunder. Kepentingan dalam sistem pembaikan
angkadar kuasa ialah geganti boleh diset agar operasi selaras dengan arus.
 Kecekapan alat itu berkurangan
 Perbelanjaan penjanaan lebih
 Penurunan keberkesanan kabel, susut voltan pada kabel akan bertambah dan kehilangan
kuasa yang berlebihan di dalam kabel

You might also like