You are on page 1of 3

KERTAS KERJA PROGRAM HARI TEMU MESRA BAGI UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK DAN

PEPERIKSAAN AKHIR SESI AKADEMIK 2022/ 2023.

1.0 PENGENALAN

Program hari temu mesra merupakan salah satu aktiviti dalam sarana ibu bapa dan sarana sekolah
bagi memenuhi hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk meningkatkan penglibatan ibu bapa
dalam pembelajaran dan kecemerlangan anak-anak. Justeru itu, pihak sekolah mengambil peluang
ini untuk melaksanakan program sebegini dengan tujuan menggalakkan penglibatan ibu bapa untuk
bersama-sama pihak sekolah di dalam menentukan kejayaan akademik anak-anak pelajar.

2.0 MATLAMAT
Program ini bermatlamat untuk mengadakan perbincangan tiga penjuru yang melibatkan murid, ibu
bapa dan guru serta mewujudkan motivasi secara berterusan agar wujudnya kebersamaan di antara
pihak sekolah dengan ibu bapa di dalam penentuan kejayaan akademik.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Mengeratkan hubungan antara pihak ibu bapa dan guru.
3.2 Mengadakan perbincangan antara ibu bapa dan guru tentang pencapaian akademik
dan sahsiah murid.
3.3 Mendapatkan maklum balas daripada pihak ibu bapa bagi meningkatkan prestasi
murid dan kemajuan sekolah.
3.4 Meningkatkan keyakinan dan motivasi murid.
3.5 Berkongsi maklumat terkini dengan ibu bapa tentang kemajuan dan pencapaian
sekolah dalam pelbagai bidang.

4.0 BUTIRAN PROGRAM


4.1 Tarikh : 24 Mac 2023 (Jumaat)
4.2 Masa : 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari
4.3 Tempat : Kelas masing-masing

5.0 SASARAN
Semua ibu bapa / waris / penjaga murid & murid Tingkatan 2, 3, 4 dan 5 sesi 2023/2024

1
6.0 JAWATANKUASA INDUK DAN PELAKSANA

JAWATANKUASA KERJA

Pengerusi : Puan Norhayati Binti Md Darus (Pengetua)


Timbalan Pengerusi : Puan Hajah Rozita Binti Razak (PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 1 : Tuan Haji Januray Bin Jaid (PKHEM)
Naib Pengerusi 2 : Puan Norhayati Binti Marzuki (PK Kokurikulum)
Penyelaras 1 : Puan Nor Aleywati Binti Muhamad (Setiausaha Peperiksaan)
Penyelaras 2 : Puan Nurazyati Binti Hashim (Setiausaha Peperiksaan)
Setiausaha : Puan Hasnah binti Ali (Setiausaha Kurikulum)
Penolong Setiausaha : Puan Sapina binti Halim (Kaunselor Pelajar)
Bendahari : Puan Alizah binti Ahmad (Bendahari PIBG)

AJK Pendaftaran : Guru kelas Tingkatan 2


Guru kelas Tingkatan 3
Guru kelas Tingkatan 4
Guru kelas Tingkatan 5
(Lampiran 1)

AJK Buku Program : Puan Fauziah Binti Muhiyudin

AJK Keputusan Ujian : Puan Nurazyati Binti Hashim


Akhir Sesi Akademik Puan Nuraini Binti Che Awang
2022/2023 Puan Noor Syafeena Binti Sabarin

AJK Dokumentasi / : Puan Nor Zunaidah Binti Che Othman


Laporan Puan Wan Marina Binti Ismail

AJK Keselamatan & : Encik Johan Bin Ahmad


Lalulintas Pengawal Keselamatan

AJK Kawalan Displin : Encik Mohd Fairul Bin Mohd Nawawi

2
7.0 TENTATIF PROGRAM
Tentatif Perjumpaan 3 penjuru (Kelas)

9.00 – 9.30 pagi : Rehat (Murid PPKI)


9.30 – 10.00 pagi : Rehat (Peralihan dan Tingkatan 1)
10.00 – 10.30 pagi : Rehat (Tingkatan 2, Tingkatan 3 dan Tingkatan 4)
10.30 – 12.30 pagi : Ketibaan ibu bapa/ penjaga
: Laporan akademik murid mengikut Tingkatan (Tingkata 2,
3, 4 dan 5 – Kelas masing-masing)
: Perbincangan / kenalpasti masalah / isu antara guru dan ibu
bapa/ penjaga
: Bersurai

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


- Tiada perbelanjaan –

9.0 PENUTUP
Program ini diharap dapat membantu meningkatkan pencapaian akademik pelajar dengan
adanya usahasama dengan ibu bapa pelajar itu sendiri bersama pihak sekolah.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

(NURAZYATI BINTI HASHIM) (ROZITA BINTI RAZAK)

Penyelaras , Penolong Kanan Pentadbiran,


SMK Dato’ Shahardin SMK Dato’ Shahardin

Diluluskan oleh,

(NORHAYATI BINTI MD DARUS)


Pengetua,
SMK Dato’ Shahardin

You might also like