You are on page 1of 14

PROJECT BASED LEARNING BM

INTERNET &
KOMPUTER /
MULTIMEDIA
GURU: Puan
Wan Nura
Binti Wan Hussin
Ahli
Kumpulan

Muhd Firas Zaeem


&
Topik
1.Kebaikan dan
Kelebihannya 4. Dasar Langit
Terbuka
2. Kesan Pengunaan
Internet

3.Sambutan Masyarakat 5. Kafe Siber


Terhadapnya
PENDAHULUAN
Saban hari penggunaan internet semakin digemari oleh setiap
lapisan masyarakat di negara kita. Internet merupakan sistem
komunikasi yang menyalurkan maklumat dan menghubungkan
manusia seluruh dunia. Penggunaan Internet semakin mendapat
sambutan memandangkan sistem komunikasi canggih ini boleh
digunakan melalui komputer riba dan telefon. Internet
mempunyai kebaikan dan kelebihannya sendiri.

Isi Pertama Kebaikan yang jelas ialah keselamatan


Kebaikan dan wang dan urusan jual beli dapat dijamin
dengan penggunaan telefon pintar dan
Kelebihan Internet. Hal ini demikian kerana
pengenalan perbankan atas talian serta
Internet penjualan atas talian atau dikenali sebagai
"e-dagang" telah memberikan pengguna
satu alternatif yang baharu. Apabila kita
menggunakan perbankan atas talian, kita
tidak perlu mengeluarkan duit secara
fizikal di bank dan membawanya bersama
risiko dicuri atau disamun oleh penjenayah.

Sambungan Dengan menggunakan


internet, kita juga boleh
Kebaikan dan mendapatkan pelbagai kenis
Kelebihan hiburan. Kita boleh
mendengar radio daripada
Internet pelbagai stesen radio dan
menonton video daripada
pelbagai aplikasi. Tambahan
pula, kita juga boleh
menonton pelbagai jenis
sukan di seluruh dunia secara
langsung

Isi Kedua
Antara kesan penggunaan internet ialah
membuka jalan kepada jenayah komputer.
Orang yang mahir dalam komputer dapat
Kesan penggunaan
menceroboh masuk ke dalam sistem
computer sesebuah syarikat menerusi laman internet
webnya di Internet. Mereka mahir
memecahkan kod sekuriti komputer untuk
memasuki sistem komputer itu. Mereka akan
mencuri maklumat penting untuk dijual
kepada pesaing syarikat tersebut. Mereka
juga dapat menukar atau merosakkan data
di dalam computer itu. Ada pula penjenayah
yang menyebarkan virus tertentu melalui e-
mel sehingga melumpuhkan sistem
komputer.
Selain itu, terdapat pula pihak-pihak
yang menganjurkan “skim cepat kaya” di
Sambungan
internet untuk menipu orang. Mereka Kesan penggunaan
mempelawa pengguna Internet
menyertai skim itu dengan membayar internet
yuran penyertaan. Sebenarnya, skim
sedemikian tidak selamat dan orang
yang menyertai skim tersebut akan
kehilangan yuran penyertaan mereka.
Sudah ada banyak kes penipuan dan
jenayah komputer dilaporkan dalam
akhbar. Hal ini menunjukkan Internet
amat berbahaya jika disalahgunakan.

Isi Ketiga
Sambutan Masyarakat Terhadapnya
Di samping itu, masyarakat menerima sambutannya dengan
baik. Ini disebabkan masyarakat dapat menerima maklumat
dengan cepat dan mudah melalui penggunaan internet.
Mereka juga boleh mendapatkan maklumat hanya dengan
satu sentuhan jari. Sebelum era internet, sebarang
maklumat sukar didapati dan melibatkan kos dan masa
yang keterlaluan tetapi kini semua maklumat tersedia.
Lantaran itu, bergantung kepada kita sebagai pengguna
sam aada mahu menggunakan atau tidak.
Bukan itu sahaja, dasar langit terbuka Isi Keempat
adalah dunia tanpa sempadan. E-mel
pula berkesan dalam komunikasi
Dasar Langit Terbuka
pelbagai hala. Kemajuan ini telah
mendekatkan hubungan sesama negara
dan man usia. Penggunaan teknologi
digital optik fiber menggantikan filem
dan video. E-mel ibarat pejabat pos,
manakala jaringan telekomunikasi
berupa penghantar surat. Surat-
menyurat dan maklumat dapat dihantar
ke seluruh pelosok dunia dalam sekelip
mata sahaja asalkan dapat sambungan
Internet. Perhubungan antara manusia
telah dipermudah dan dipercepat lagi .
Akhir sekali, walaupun internet merupakan
Isi Kelima
fokus utamanya di kafe siber,terdapat juga
perkhidmatan lain seperti Kafe Siber
menaip,permainan komputer,dan kursus
penggunaan komputer.Menerusi
perkhidmatan ini, pengguna didedahkan
kepada cara-cara penggunaan komputer
yang betul. Juga, melalui internet kita akan
dapat memperoleh pelbagai maklumat dari
seluruh pelosok dunia dengan hanya
menekan butang-butang pada papan
kekunci komputer.Hal inilah merupakan
kelebihan internet untuk membentuk
masyarakat bermaklumat.
Oleh itu, masyarakat di negara kita
perlu memanfaatkan penggunaan
PENUTUP
internet kerana melalui penggunaan
internet segala maklumat berada di
hujung jari anda. Apa yang pasti,
internet mampu memberikan seribu
satu macam kemudahan kepada
pengguna jika digunakan sebaiknya.
Dalam mengejar kemajuan, kita
hendaklah sentiasa memastikan
masyarakat kita kaya dengan jati diri
serta berminda kelas pertama agar
etika dan sikap yang baik menjadi
contoh kepada masyarakat lain di
dunia.
PANTUN PENGUNAAN INTERNET
Nenek Minah masak bahulu, Nak tampi padi, nyiru dah hilang,
Cucunya suka akan donat, Sebagai ganti gunakan dulang,
Walaupun kampungku jauh di hulu, Apa susah nak jual barang,
Jangan sangka tiada internet. Iklan sahaja di laman sesawang.

You might also like