You are on page 1of 2

TEKS UCAPAN PERASMIAN

Yang Berusaha, Pn Noor Lila Binti Zakaria, Pengetua SMK Bandar Baru Perda

En. Azhar Bin Muhamad, Penolong Kanan Pentadbiran

Pn Latifah Binti Dahlan, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Pn Rafizah Binti Muhammad Me’ah, Penolong Kanan Kokurikulum..

Guru-Guru Kanan Mata Pelajaran, Guru-Guru Dan Seterusnya Murid-Murid Yang Dikasihi

Sekalian..

Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat-NYA dan dengan izin-NYA

juga kita semua dapat berkumpul pada pagi yang berbahagia ini dalam satu majlis yang

sungguh bermakna pada kita semua pada pagi ini.. Terima kasih saya ucapkan kepada

pihak sekolah atas kesudian menjemput saya untuk merasmikan majlis pada pagi ini. Saya

ingin merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada Bidang Bahasa kerana

menganjurkan Minggu Bahasa 2023.

Bahasa dan sastera sebagai unsur penting kebudayaan dan tamadun bangsa & Negara

tidak boleh dipandang sepi dalam arus pembangunan Negara. Dalam hubungannya

dengan majlis kita pada hari ini, dasar bahasa Kebangsaan telah memperlihatkan hasil

yang nyata. Dengan adanya bahasa Kebangsaan perpaduan rakyat yang terdiri daripada

pelbagai kaum dan keturunan telah dapat diwujudkan. Bahasa Kebangsaan telah
berperanan sebagai asas pembentukan jati diri dan citra bangsa Malaysia. Sambutan Bulan

Bahasa ini akan diikuti dengan kempen berbahasa secara betul di adakan bukan sahaja

memberi tumpuan kepada aspek penggunaan bahasa tetapi juga melibatkan aktiviti yang

turut mengembangkan secara meluas dari aspek pemupukan bakat seni, kemahiran

berkarya, serta kemahiran berfikiran secara kritis dan kreatif.Oleh itu penekanan secara

berfokus dengan daya usaha tinggi perlu dilakukan segera baik oleh pelajar mahupun para

guru. Dalam konteks Negara amnya, ketinggian budi dan bahasa sangat dituntut. Kita perlu

menjadi warga yang berbudi bahasa dan keperluan ini adalah sebahagian daripada ciri-ciri

warga negara yang berkualiti. Ketinggian budi bahasa dan adab sopan pula dapat

membezakan antara orang berilmu dengan yang tidak berilmu.

Atas dasar inilah maka Minggu Bahasa Melayu 2023 dilancarkan di SMK Bandar Baru

Perda. Saya percaya melalui aktiviti atau program yang diaturkan dalam Bulan Bahasa ini

boleh menjadi titik tolak bagi mempelopori usaha yang lebih besar untuk mencungkil bakat

dan menggilap potensi pelajar. Sekaligus usaha ini akan memperkasa bahasa Melayu.

Saya berdoa dan berharap agar Minggu Bahasa ini akan dapat menyedarkan seluruh

warga SMK Bandar Baru Perda tentang pentingnya mengisi Dasar Bahasa Kebangsaan

yang telah terbukti dapat membentuk perpaduan rakyat dan dapat mengisi erti

kemerdekaan yang kita capai melalui pelaksanaan fungsinya sebagai bahasa pentadbiran

dan bahasa ilmu.

Bersama harapan itu saya dengan lafaz Bismillaahirrahmanirrahim, dengan sukacitanya

merasmikan Minggu Bahasa SMK Bandar Baru Perda tahun 2023.

You might also like