You are on page 1of 6

KERTAS KERJA INTERVENSI MATEMATIK TAHUN 6.

PENDAHULUAN
Pencapaian pelajar yang rendah dan kelemahan dalam mata pelajaran matematik
haruslah ditangani dan diambil perhatian dengan lebih teliti. Ini adalah kerana, kelemahan di
dalam subjek ini akan menjejaskan pembelajaran pelajar di sekolah menengah dan seterusnya
ke peringkat yang lebih tinggi. Kelemahan dalam mata pelajaran ini boleh mengakibatkan
kurangnya peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Oleh yang
demikian, adalah penting pelbagai cara digunakan untuk meningkatkan pencapaian pelajar
dalam matematik. Salah satu cara tersebut adalah melalui strategi pendekatan pembelajaran
atau pun gaya pembelajaran pelajar.
Bagi meningkatkan lagi pencapaian Matematik murid, pihak Panitia Matematik SK Kpg.
Klid/Plajau, Dalat telah mencadangkan Strategi Pembahagian Ruang dalam strategi
penyelesaian masalah matematik (semua topik).
MATLAMAT
Program ini dijalankan bagi membantu meningkatkan kesedaran para murid terhadap
kepentingan dan keperluan kemahiran matematik dalam kehidupan seharian. Selain itu,
program ini bertujuan untuk memperkukuh dan memperkasakan prestasi mata pelajaran
matematik murid-murid SK Kpg. Klid/Plajau, Dalat.
OBJEKTIF
1. Mengubah persepsi murid terhadap mata pelajaran matematik sebagai mata pelajaran
yang mudah dipelajari dan lebih mudah daripada mata pelajaran Bahasa Melayu.
2. Meningkatkan keyakinan murid untuk menyelesaikan masalah penyelesaian masalah
dalam kertas 2 (soalan 2 - 3 markah).
3. Meningkatkan prestasi murid dan pencapaian keseluruhan sekolah dalam mata pelajaran
Matematik terutama sekali dalam peperiksaan UPSR.
KUMPULAN SASARAN
1. Murid Tahun 6 (murid-murid GALUS dan lemah)
PELAKSANAAN PROGRAM

1
Pelaksanaan program ini adalah sepanjang tahun dalam proses P&P di dalam bilik
darjah.
 Strategi Penyelesaian Masalah Matematik
Strategi Pembahagian Ruang adalah merupakan satu kaedah untuk menyelesaikan soalan yang
melibatkan penyelesaian masalah. Melalui kaedah ini murid dikehendaki menyelesaikan
masalah dengan membahagikan setiap ayat dalam soalan kepada satu ruang pengiraan. Dengan
kata lain satu nombor untuk satu ruang pengiraan. Murid juga dikehendaki memperuntukkan
satu ruang bagi soalan penyelesaian masalah yang melibatkan jadual ataupun gamba rajah.
Berikut adalah contoh penyelesaian yang dicadangkan.

Contoh 1
Purata bagi 5 nombor ialah 48. Purata bagi 3 nombor yang pertama ialah 30. Nombor keempat
dan kelima adalah sama.
Apakah nombor keempat itu?
Soalan di atas terdiri daripada 4 ayat. Maka murid dikehendaki mewujudkan 4 bahagian
ruang untuk pengiraan.

Ruang 1 Ruang 2 Ruang 3 Ruang 4

Purata bagi 5 nombor Purata bagi 3 nombor Nombor keempat


ialah 48 yang pertama ialah dan kelima adalah
30 sama
Purata = sama rata 75
Purata = sama rata 240 – 90 = 150
= = 48
5 ×
= = 30
48 × 5 = 240 150 ÷ 2 = 75
3 ×
30 × 3 = 90

Nota : Penyelesaian tidak semestinya melibatkan semua ruang sebaliknya cuba menekankan strategi murid
menyusun maklumat yang dikehendaki

2
Contoh 2
Rajah menunjukkan Siti mula berjalan ke kedai pada waktu petang

Dia sampai di kedai pada jam 4.25 petang. Berapa lama Siti berjalan?
Soalan di atas terdiri daripada 1 gambarajah dan 2 ayat. Maka murid dikehendaki
mewujudkan 3 bahagian ruang untuk pengiraan.

Ruang 1 Ruang 2 Ruang 3

Maklumat pada gamba rajah Dia sampai di kedai pada jam


4.25 petang
3.50 petang Topik masa adalah menggunakan
teknik pemisahan ruang 35 minit

Nota : Penyelesaian tidak semestinya melibatkan semua ruang sebaliknya cuba menekankan strategi murid
menyusun maklumat yang dikehendaki

3
Contoh 3
Jadual menunjukkan peratusan pokok durian di sebuah dusun. Peratusan pokok rambutan tidak
ditunjukkan.

Tree Percentage

Pokok Peratusan

Durian 65%

Rambuta
n

Jadual

Jumlah pokok buah-buahan ialah 800. Hitung bilangan pokok rambutan.

Soalan di atas terdiri daripada 1 jadual dan 2 ayat. Maka murid dikehendaki mewujudkan 3
bahagian ruang untuk pengiraan.

Ruang 1 Ruang 2 Ruang 3

Maklumat pada jadual Jumlah pokok buah-buahan


ialah 800. Hitung bilangan
Durian: 65% pokok rambutan.
Rambutan: 100% - 65% = 35 270 pokok
x 800=¿
100
35%

+4
35 x 8 = 270

Nota : Penyelesaian tidak semestinya melibatkan semua ruang sebaliknya cuba menekankan strategi murid
menyusun maklumat yang dikehendaki

4
Contoh 4
Rajah menunjukkan berat sekampit gula.

Rajah

Aminah mengeluarkan secawan gula daripada kampit itu untuk membuat kek. Bacaan pada
timbang menjadi 2.5 kg.
Berapakah berat, dalam g, secawan gula itu?
Soalan di atas terdiri daripada 1 rajah dan 3 ayat. Maka murid dikehendaki mewujudkan 4
bahagian ruang untuk pengiraan.
Ruang 1 Ruang 2 Ruang 3 Ruang 4
Jisim Aminah mengeluarkan Bacaan pada timbang
sekampit gula secawan gula daripada menjadi 2.5 kg.
3 kampit itu untuk
: 3 kg
5 = 1 100 g
membuat kek.

@ 3.6 kg

Nota : Penyelesaian tidak semestinya melibatkan semua ruang sebaliknya cuba menekankan strategi murid
menyusun maklumat yang dikehendaki

5
PENUTUP
Diharapkan dengan penggunaan Strategi Pembahagian Ruang dalam strategi
penyelesaian masalah matematik dapat memotivasikan murid-murid dalam menjawab soalan
berbentuk masalah harian dan KBAT khasnya agar murid-murid dapat memperoleh markah
sekurang-kurangnya 2 daripada 3 markah penuh dan selaras dengan prinsip yang dipegang oleh
panitia matematik iaitu “how to get mark(s)” dalam kertas 2.

Di sediakan oleh:

_________________________
(STEFFENS ANDY ANAK SAIT)
Ketua Panitia Matematik selaku guru matematik tahun 6, 2015.

You might also like