You are on page 1of 29

STANDARD OPERATING PROCEDURES (SOP)

PELAN TINDAKAN MENGHADAPI KEBAKARAN


PARLIMEN MALAYSIA

TUJUAN

Standard Operating Procedures


(SOP) - Pelan Tindakan
Menghadapi Kebakaran disediakan adalah untuk menentukan :

1.1. Pegawai/kakitangan dapat bertindak dengan


tenang dan selamat semasa diancam bahaya
kebakaran;

1.2. Pasukan Keselamatan Kebakaran, Pegawal


Keselamatan dan penyelenggara bangunan dapat
melaksanakan tanggungjawab mereka dengan
selamat, teratur dan berdisiplin semasa
menghadapi kebakaran;

1.3. Kemudahan untuk menyelamat diri yang ada


dapat digunakan mengikut perancangan awal
dengan selamat; dan

1.4. Pemindahan penghuni daripada bangunan dapat


dilakukan dengan teratur dan pantas.

PENGGUNAAN DAN SKOP SOP

2. Tujuan SOP ini adalah untuk digunakan oleh semua yang


terlibat iaitu pegawai dan kakitangan Parlimen Malaysia, Pasukan
Keselamatan Kebakaran, Pegawal Keselamatan dan penyelenggara
bangunan semasa di ancam kebakaran.

3. SOP ini digunakan bagi menentukan pelan tindakan


menghadapi kebakaran dilaksanakan secara seragam, terancang
dan memenuhi segala prosedur keselamatan jika berlaku
kebakaran di bangunan Parlimen Malaysia.

_______________________________________________________________________________ 1
SOP Pelan Tindakan Menghadapi Kebakaran
Parlimen Malaysia
RINGKASAN PROSEDUR

4. Pencegahan kebakaran adalah merupakan langkah penting


semasa berlaku kebakaran dan dilaksanakan mengikut prosedur
keselamatan yang telah ditetapkan. Secara umumnya jika
mengesan sesuatu kebakaran dilokasi-lokasi tertentu, tindakan-
tindakan berikut perlu diambil iaitu :

4.1. Membunyikan penggera kebakaran;

4.2. Membuat pengumuman siaraya;

4.3. Cuba melawan kebakaran jika kebakaran kecil;

4.4. Menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia


(JBPM), Pasukan Keselamatan Kebakaran, Pengawal
Keselamatan dan pihak penyelenggara bangunan;

4.5. Menghentikan mesin/proses kerja dan memutuskan


bekalan kuasa;

4.6. Memastikan semua dokumen-dokumen penting


disimpan dan dikunci di dalam kabinet besi;

4.7. Berkumpul ditempat yang selamat (Assembly Point


[AP]) dan merekodkan kehadiran ; dan

4.8. Mengosongkan bangunan (pengungsian).

TAKRIF

5. Takrif adalah untuk memberi penjelasan mengenai beberapa


perkara yang mempunyai makna penting yang perlu diingati dan
difahami oleh pegawai dan kakitangan serta anggota yang terlibat
semasa diancam kebakaran :

5.1. ‘Pelan Pengungsian Bangunan’ bermakna pelan


pengosongan bangunan. Pengosongan boleh berlaku
dalam keadaan berikut :

_______________________________________________________________________________ 2
SOP Pelan Tindakan Menghadapi Kebakaran
Parlimen Malaysia
i) Terdapat lokasi jalan keluar semasa kecemasan;
ii) Terdapat Laluan menyelamat diri;
iii) Tempat berkumpul; dan
iv) Mengambil kedatangan.

5.2. Tempat berkumpul (Assembly Point) ialah satu


lokasi yang jauh dari lokasi kebakaran. Kawasan yang
selamat dan terlindung dari bahaya kebakaran. Kawsan
yang dikenalpasti sesuai sebagai tempat berkumpul
adalah di kawasan parkir Zon A.

5.3. Isyarat berlakunya kebakaran (Call Point) ialah


penggera kebakaran.

5.4. Notis kebakaran hendaklah mengandungi :

• Cara membunyikan penggera kebakaran;


• Cara menghubungi Perkhidmatan Bomba; dan
• Melawan Kebakaran.

5.5. Nada bunyi loceng penggera memberi makna berikut :

i) Bunyi loceng putus-putus :

• Bersedia untuk mengosongkan bangunan.


• Tutup suis lampu dan peralatan letrik.
• Tutup semua tingkap dan pintu.
• Tutup gas atau lain-lain bahan yang mudah
terbakar dari terdedah.

ii) Bunyi loceng berpanjangan :

• Apabila mendengar loceng berpanjangan,


ataupun arahan melalui PA Sistem, tindakan
mengosongkan bolehlah bermula; dan
• Tim Respon Kecemasan yang diarahkan oleh
Komander Insiden/ Pegawai Bertugas untuk
membantu kerja-kerja pemadaman
kebakaran/ menyelamat, hendaklah
menjalankan tugas masing-masing.

_______________________________________________________________________________ 3
SOP Pelan Tindakan Menghadapi Kebakaran
Parlimen Malaysia
iii) Jenis-jenis kelengkapan kebakaran

a) Sistem amaran awal

• Sistem Penggera Manual; dan


• Sistem Pengesanan Kebakaran
Automatik :
- Pengesan Haba (Heat Detector)
- Pengesan Asap (Smoke Detector)

b) Peralatan melawan kebakaran

• Alat Melawan Kebakaran Manual :


- Alat Pemadam Api Mudah-alih (Fire
Extinguisher)
- Salur bantu mula (Hose Reel)
- Sistem Wet Riser
- Pili Bomba (Hydrant)

• Automatik :
- Semburan (air) / Sprinkler
- Fire Surpression System
I. Karbon Dioksida (CO2)
II. Inert Gas System

KELAYAKAN PERSONAL DAN TANGGUNGJAWAB

6. Pasukan Keselamatan Kebakaran perlu diberi pendedahan


dan kursus mengenai aspek-aspek kawalan keselamatan tingkat-
tingkat bangunan dalam Kompleks Parlimen Malaysia apabila
berlaku sesuatu kebakaran.

7. Ketua Tim Respons Kecemasan hendaklah diberi latihan dan


pendedahan tentang aspek melawan kebakaran dan
tanggungjawab semasa kebakaran.

8. Pengawal Keselamatan perlu menghadiri latihan serta kursus


yang dianjurkan oleh Bomba serta memperolehi sijil kelayakan
kebakaran.

_______________________________________________________________________________ 4
SOP Pelan Tindakan Menghadapi Kebakaran
Parlimen Malaysia
9. Petugas Penyelenggara Bangunan semasa kecemasan
hendaklah dipilih dari kakitangan yang mahir dalam aspek
memadam kebakaran.

PROSEDUR PELAN TINDAKAN MENGHADAPI KEBAKARAN

CATATAN /
BIL TINDAKAN TANGGUNGJAWAB SENARAI
SEMAK
Tindakan pada kebakaran
peringkat kecil.

1. Membunyikan penggera Pegawai dan


kebakaran (call point) dengan kakitangan
cara memecahkan kaca pada terserempak atau
panel (glass break – red) terlihat kebakaran.
yang paling berhampiran
(rujuk Pelan Kedudukan Zon
Kebakaran) dan menjerit Api!
Api! Api!
Menghubungi Pengawal Pegawai dan
2. Keselamatan/Jabatan Bomba kakitangan
terserempak atau
terlihat kebakaran.

Perhatian terhadap penggera Penghuni Bangunan


3. kebakaran akan berbunyi Parlimen Malaysia.
sebanyak dua (2) kali. Kali
pertama mengambil masa
lebih kurang 15 saat, dan kali
kedua akan berbunyi
berterusan. Bunyi kecemasan
15 saat pertama adalah
sebagai langkah berja-jaga.

Cuba untuk memadamkan api Penghuni Bangunan


4. dengan menggunakan Parlimen Malaysia
peralatan pemadam yang terlatih sahaja.
kebakaran yang disediakan
apabila api masih kecil, tetapi
jangan membahayakan diri,

_______________________________________________________________________________ 5
SOP Pelan Tindakan Menghadapi Kebakaran
Parlimen Malaysia
seperti berikut:-
i. Alat Pemadam Api
Kecil (Fire
Extinguisher) atau
ii. Hose Reel.

Tindakan pada kebakaran


1. peringkat kecemasan (api
besar)

Bunyikan loceng amaran Pegawai dan


kebakaran. kakitangan
terserempak atau
terlihat kebakaran.

Menghubungi terus Pengawal Ketua Tim Respons


2. Keselamatan atau kakitangan Kecemasan/ Pegawai
penyelenggaraan di bilik Bertugas
kawalan untuk mengenal
pasti zon yang terbakar.

Lapor kejadian kepada


Komander Insiden

Memeriksa dengan teliti Tim Respons


3. tempat berlakunya kebakaran Kecemasan
untuk mengetahui besarnya
api dan kedudukan yang
tepat berlakunya kebakaran.

Jika bertemu mangsa - Tim Respons


4. kebakaran, selamatkan Kecemasan
mangsa tersebut. - Pegawai /
kakitangan
yang
berhampiran.
Hubungi Jabatan Bomba dan Ketua Tim Respons
5. Penyelamatan Malaysia Kecemasan /
dengan memberi maklumat Pegawai Bertugas
seperti berikut:-

_______________________________________________________________________________ 6
SOP Pelan Tindakan Menghadapi Kebakaran
Parlimen Malaysia
i. Maklumat ringkas
pengadu,
ii. Tempat dan Alamat
Kebakaran,
iii. Peringkat Kebakaran
iv. Maklumat ringkas
berkaitan tempat
kebakaran,
v. Ikuti tindakan lanjut
pihak Bomba
sehingga pasukan
Bomba tiba.

Mengesahkan tempat sebenar Tim Respons


6. berlakunya kebakaran Kecemasan
daripada pengawal
keselamatan, dan berkumpul
di kawasan kebakaran
bersama dengan alat-alat
pemadam api.

Membunyikan isyarat amaran Pengawal


7. kebakaran (loceng Keselamatan /
kecemasan) berterusan kakitangan
(isyarat mengosongkan penyelenggaraan.
bangunan).

Mengaturkan proses Warden Tingkat dan


8. pengungsian bangunan dari Ketua Bahagian /
setiap aras dan blok. Seksyen

Meninggalkan pejabat dan Semua kakitangan


9. tempat kerja dan pastikan Parlimen
perkara dibawah diberikan
perhatian sebelum
menyelamatkan diri ke
Tempat Berkumpul. Perkara
tersebut adalah:-

_______________________________________________________________________________ 7
SOP Pelan Tindakan Menghadapi Kebakaran
Parlimen Malaysia
a. Kuncikan wang tunai
dan dokumen-dokumen
penting di dalam kabinet
besi.
b. Tutup semua komputer.
c. Kunci pejabat dan stor

Tutup semua suis lampu dan - Penghuni yang


10. peralatan letrik di pejabat dan paling akhir
tempat kerja. meninggalkan
bilik/ tempat
kerja.

Tutup semua pintu pejabat, - Penghuni yang


11. dewan dan stor paling akhir
meninggalkan
bilik/ tempat
kerja.

Jika terperangkap di dalam Penghuni Bangunan


12. asap yang tebal:- Parlimen Malaysia.
i. Bertenang, jangan
panik.
ii. Rebahkan diri,
merangkak di paras
lantai untuk mencari
jalan keluar. (Udara
bersih masih boleh di
perolehi di di paras 1
kaki dari lantai).
iii. Bernafas secara
perlahan, gunakan
tuala basah,sapu
tangan atau kain
yang bersih untuk
menutup mulut dan
hidung jika perlu.
iv. Tutup ruang pintu
dan tingkap yang
boleh dimasuki asap
dengan kain atau

_______________________________________________________________________________ 8
SOP Pelan Tindakan Menghadapi Kebakaran
Parlimen Malaysia
towel basah.
v. Jika terdapat asap
dalam bilik, buka
tingkap supaya asap
dapat keluar.
vi. Hampiri tingkap,
berteriak meminta
pertolongan atau
melambai-lambai
untuk mendapatkan
bantuan Pasukan
Penyelamat.

Bersedia untuk membantu Tim Respons


13. pihak bomba dengan alat Kecemasan
pemadam api

Keluar meninggalkan Penghuni Bangunan


14. bangunan dengan segera Parlimen Malaysia.
melalui tangga dan turun ke
bawah hingga ke Tempat
Berkumpul (dilarang
menggunakan lif). Jangan
membawa apa-apa barang
bersama anda kecuali
dokumen penting.

Laporkan diri di Tempat Penghuni Bangunan


15. Berkumpul kepada Ketua Parlimen Malaysia.
Bahagian/Seksyen dan jangan
tinggalkan Tempat Berkumpul
sehingga diarahkan berbuat
demikian.

Semasa menuruni tangga, Penghuni Bangunan


16. jangan berpatah balik jangan Parlimen Malaysia.
berbuat bising, bertolak-tolak
atau berlari.

Jangan gugup atau panik, Penghuni Bangunan


17. tetapi tinggalkan pejabat dan Parlimen Malaysia.

_______________________________________________________________________________ 9
SOP Pelan Tindakan Menghadapi Kebakaran
Parlimen Malaysia
tempat kejadian dengan
secepat mungkin.
Jangan membuat bising atau Penghuni Bangunan
18. berpatah balik ke dalam Parlimen Malaysia.
pejabat melainkan mendapat
arahan.

Bergerak dengan posisi Penghuni Bangunan


19. membongkok, jika anda Parlimen Malaysia.
terpaksa bergerak melalui
kawasan berasap.

Jangan memecahkan barisan Penghuni Bangunan


20. semasa mengungsi, jangan Parlimen Malaysia.
berlari potong-memotong.

Berkumpul di Tempat Penghuni Bangunan Wujudkan


21. Berkumpul (Assembly Point) Parlimen Malaysia. perhubunga
dan melaporkan kehadiran n secara
kepada Ketua berpasangan
Bahagian/Cawangan. atau sistem
“buddy” bagi
mengetahui
pergerakan
rakan.

Merekod kehadiran semua Ketua Bahagian/


22. kakitangan di Tempat Seksyen dan Warden
Berkumpul dengan segera. Tingkat

Menyemak senarai Ketua Bahagian/


23. kakitangan. Seksyen dan Warden
Tingkat

Melaporkan kakitangan yang Ketua Bahagian/


24. tidak dapat dikesan kepada Seksyen dan Warden
Komander Insiden/ Bomba/ Tingkat
Tim Respons Kecemasan

Pengawal Keselamatan mesti - Pengawal


25. memastikan tiada kenderaan Keselamatan

_______________________________________________________________________________ 10
SOP Pelan Tindakan Menghadapi Kebakaran
Parlimen Malaysia
yang keluar dan masuk ke
kawasan bangunan Parlimen
Malaysia.
i. Jika syif malam,
dengan segera
seorang Pengawal ke
pintu belakang;
ii. Cegah orang-orang
yang tidak berkenaan
dari memasuki
kawasan Parlimen

Mencari kakitangan yang Pengawal


26. hilang di kawasan Bangunan Keselamatan
Parlimen Malaysia apabila
mendapat arahan dari
Komander Insiden.

Memberikan rawatan awal Tim First Aider/


27. kepada mangsa yang cedera. Pasukan Perubatan
HKL/ Persatuan
Bulan Sabit Merah

Bersedia untuk bertindak Kakitangan


28. membantu pihak Bomba jika Penyelenggaraan
diperlukan misalnya bantuan
peralatan, maklumat tentang
tekanan air dan saluran
bekalan elektrik.

Pihak JBPM mengesahkan Jabatan Bomba


29. status Bangunan yang
mengalami kebakaran.

Jika JBPM mengesahkan Penghuni Bangunan


30. bangunan selamat untuk Parlimen Malaysia.
dimasuki; semua kakitangan
pulang ke tempat kerja
masing-masing.

_______________________________________________________________________________ 11
SOP Pelan Tindakan Menghadapi Kebakaran
Parlimen Malaysia
Jika pihak JBPM Penghuni Bangunan
31. mengesahkan bangunan tidak Parlimen Malaysia.
selamat untuk dimasukki;
semua kakitangan pulang ke
rumah masing-masing.

Menghidup atau mematikan Kakitangan


32. suis elektrik bila mendapat Penyelenggaraan.
arahan.

10. Apabila berlaku kebakaran, prosedur atau peraturan


mencegah dan melawan kebakaran perlu diikuti bagi memastikan
keselamatan bangunan dan manusia terjamin.

PENGURUSAN REKOD

11. SOP akan diletakkan di dalam kotak khusus berwarna merah


dan akan diletakkan di semua Bahagian/Cawangan, Kaunter
Pengawal Keselamatan, Balai Pengawal dan Pejabat Bahagian
Keselamatan. Satu salinan SOP perlu ada dalam simpanan Tim
Respons Keselamatan, Warden/Penolong Warden Tingkat, semua
Ketua Seksyen, semua SUB, SUDN, SUDR dan TKPPM.

12. Semua kakitangan Parlimen hendaklah memberi respons


yang positif kepada SOP ini dengan membaca dan memahami
garis panduan yang ditetapkan supaya dapat bertindak dengan
sewajarnya apabila berlaku sesuatu kejadian kecemasan. Ketua
Bahagian/ Cawangan hendaklah memastikan semua kakitangan di
bawah tanggungjawabnya membaca SOP ini setiap satu bulan bagi
membolehkan kakitangan mengingati dan memahirkan diri kepada
prosedur yang ditetapkan.

KAWALAN KUALITI DAN JAMINAN KUALITI

13. Jika kebakaran berlaku, tindakan pencegahan dan kawalan


hendaklah diambil dengan berkesan. Disamping itu pengawalan
kualiti prosedur dan peralatan mencegah kebakaran perlu
diperkemaskan. Pegawai dan kakitangan perlu memahami aspek –

_______________________________________________________________________________ 12
SOP Pelan Tindakan Menghadapi Kebakaran
Parlimen Malaysia
aspek penyelenggaran, pengetahuan dan kesedaran mengenai
pelan tindakan kebakaran.

14. Bagi tujuan memantapkan lagi aspek pencegah kebakaran


dan memastikan SOP prosedur pelan tindakan kebakaran boleh
beroperasi sepenuhnya langkah-langkah berikut perlu diberi
perhatian iaitu :

14.1 Kursus dan Latihan Kebakaran

i) Semua staf hendaklah menjalani latihan


kebakaran secara berkala. Latihan hendaklah
merangkumi :

• Pencegahan Kebakaran Am;


• Cara membunyikan penggera kebakaran;
• Tindakan apabila mendengar bunyi penggera;
• Cara menghubungi Perkhidmatan Bomba
dengan betul;
• Lokasi dan cara mengguna peralatan melawan
kebakaran;
• Laluan menyelamat diri;
• Tempat Berkumpul; dan
• Mengambil kedatangan

ii) Latihan Kebakaran (seelok-eloknya tidak


diumumkan terlebih dahulu) hendaklah dijalankan
sekurang-kurangnya dua (2) kali setahun. Latihan
dianggap berjaya jika semua pekerja dapat
mengosongkan bangunan dan berada di tempat
berkumpul dalam masa 2.5 minit selepas
penggera berbunyi.

iii) Penghuni perlu diberikan kursus dan latihan asas


kebakaran bagi membiasakan penghuni bangunan
dalam keadaan sentiasa bersedia jika berlakunya
kebakaran. Kursus dan latihan tersebut boleh
dilakukan satu (1) tahun sekali.

_______________________________________________________________________________ 13
SOP Pelan Tindakan Menghadapi Kebakaran
Parlimen Malaysia
14.2. Pengetahuan mengenai kebakaran

i) Pegawai dan kakitangan mempunyai


pengetahuan yang jelas mengenai alat
pencegahan kebakaran dan selok belok
bangunan iaitu:

a) Kedudukan alarm point yang paling


berhampiran.
b) Kedudukan alat pemadam api yang paling
berhampiran dan tahu cara untuk
menggunakannya.
c) Jalan keluar yang berhampiran dan laluan
menuju jalan keluar zon kebakaran.
d) Bagi keselamatan, laporkan kepada KETUA
JABATAN anda jika:

• Anda tidak mendengar isyarat amaran


semasa ujian pengungsian bangunan;
• Jika mana-mana pintu keluar atau jalan
keluar di halang dengan longgokan
barang-barang;
• Jika sebarang alat pemadam api hilang,
terlindung, dirosakkan atau tidak boleh
digunakan lagi;
• Jika sebarang Alarm Point terlindung dari
pandangan atau terhalang oleh barang-
barang; dan
• Jika kunci “Pintu Laluan Kecemasan
Terakhir” hilang.

14.3. Kemudahan Menyelamat Diri

i) Kemudahan Menyelamat Diri yang lengkap mesti


disediakan di dalam bangunan untuk
memudahkan penghuni keluar dengan selamat
semasa kebakaran atau kecemasan.

ii) Bangunan hanya akan dianggap mempunyai


kemudahan menyelamat diri yang cukup bila
memenuhi keperluan berikut :

_______________________________________________________________________________ 14
SOP Pelan Tindakan Menghadapi Kebakaran
Parlimen Malaysia
• Jumlah jalan keluar kecemasan dan reka
bentuknya diluluskan oleh Jabatan
Bomba dan Penyelamat;
• Jalan keluar tidak dikunci dan dihalang;
dan
• Alat-alat melawan kebakaran berfungsi
dengan baik

14.4. Penyelenggaraan Peralatan Melawan Kebakaran

i) Peralatan Melawan Kebakaran hendaklah


diperiksa dan diuji secara berkala. Di bawah
adalah Jadual Penyelenggaraan yang
dicadangkan:

JENIS UJIAN/
PEMERIKSAAN

Sistem Penggera Manual Bulanan

Sistem Semburan Air Bulanan


Automatik

Sistem Karbon Dioksida Bulanan

Alat Pemadam Api Mudah Bulanan


Alih

Salur Bantu Mula Bulanan

Pili Bomba Bulanan

Pengesan Haba/Asap 3 Bulan

Lampu Kecemasan 3 Bulan

Papan Tanda Jalan Keluar 3 Bulan


Kecemasan

_______________________________________________________________________________ 15
SOP Pelan Tindakan Menghadapi Kebakaran
Parlimen Malaysia
ii) Selain daripada itu, audit berkaitan perlu
dijalankan ke atas jenis-jenis alat melawan
kebakaran bagi memastikan alat melawan
kebakaran dalam keadaan sedia dan boleh
digunakan dalan situasi kecemasan.

14.5. Penjagaan Kawasan Bangunan

i) Mengamalkan penjagaan kawasan yang bersih


dan teratur akan membantu mencegah
kebakaran :

• Bersihkan dan buang sampah sarap;


• Musnahkan bahan-bahan mudah
terbakar yang buruk; dan
• Penyimpanan yang betul bahan-bahan
mudah terbakar

ii) Penyimpanan khusus hendaklah dilakukan untuk


bahan-bahan cecair mudah terbakar seperti:

• Bahan cecair mudah terbakar hendaklah


disimpan berasingan daripada agen
pengoksidaan;

• Cecair dengan takat semburan yang


rendah (bawah 66 °C) disimpan dalam
kontena yang tertutup. Kontena
hendaklah disimpan sama ada dalam :
- Kawasan yang terbuka; atau
- Berasingan yang mempunyai
peredaran udara yang baik dalam
bangunan setingkat.

_______________________________________________________________________________ 16
SOP Pelan Tindakan Menghadapi Kebakaran
Parlimen Malaysia
RUJUKAN

Lampiran A : Senarai Tugas Jawatankuasa Respons


Kecemasan Kebakaran Parlimen

Carta 1 : Pelan Tindakan Kebakaran (Kecil)

Carta 2 : Pelan Tindakan Kebakaran (Api Besar)

Carta 3 : Carta Organisasi Jawatankuasa Kecemasan


Kebakaran Parlimen

Jadual 1 : Nombor talian yang perlu dihubungi jika berlaku


kebakaran

_______________________________________________________________________________ 17
SOP Pelan Tindakan Menghadapi Kebakaran
Parlimen Malaysia
LAMPIRAN A

TINDAKAN KOMANDER INSIDEN

1. Timbalan Ketua Pentadbir Parlimen dilantik sebagai


Komander Insiden apabila berlaku sesuatu kejadian
kecemasan. Semasa ketiadaan beliau di Parlimen,
tanggungjawab beliau akan dipangku oleh Timbalan
Komander Insiden diikuti oleh Pegawai Bertugas Harian yang
dilantik setiap hari oleh SUB (KP).

2. Apabila isyarat kecemasan dibunyikan, beliau hendaklah


berada di Bilik Gerakan Kecemasan untuk mengawal situasi.

3. Menyiasat tempat kebakaran dan membuat penilaian


keadaan dan melaporkan insiden kepada Ketua Pentadbir
Parlimen.

4. Mengarahkan Pegawai Bertugas atau pengawal keselamatan


melapor kejadian kepada Jabatan Bomba dan PDRM. Jika
perlu hubungi Jabatan Bomba secara terus.

5. Bunyikan “alarm” atau “wisel” (jika “alarm” automatik tidak


berbunyi).

6. Mengarahkan Tim Respons Kecemasan ke tempat kejadian


untuk tugas menyelamat dan memadam kebakaran.

7. Sekiranya kebakaran berlaku di peringkat awal dan tidak


mengancam keselamatan diri, padamkan api dengan
segera.

8. Jika didapati kebakaran tersebut telah merebak dan ada


penghuni di bangunan tersebut, beri arahan untuk
mengosongkan bangunan.

9. Arahkan ahli Parlimen/kakitanga/pekerja


kontraktor/pembekal/pelawat keluar melalui pintu
kecemasan sahaja.

_______________________________________________________________________________ 18
SOP Pelan Tindakan Menghadapi Kebakaran
Parlimen Malaysia
10. Arahkan ahli Parlimen/kakitangan/pekerja
kontraktor/pembekal/ pelawat menutup pintu-pintu dan
tingkap pejabat.

11. Arahkan ahli Parlimen /kakitangan/pekerja


kontraktor/pembekal/pelawat berkumpul di Tempat
Berkumpul yang ditetapkan.

12. Matikan semua suis elektrik dan peralatan komputer.

13. Arahkan Ketua Bahagian/Ketua Unit membuat panggilan


baris (roll call) bagi semua ahli Parlimen / kakitangan /
pelawat /pekerja kontraktor di bawah kawalan masing-
masing.

14. Mendapatkan laporan kehadiran “Roll Call” di Tempat


Berkumpul daripada Timbalan Komander Insiden dan
Warden Tingkat.

15. Jangan benarkan sesiapa pun masuk ke dalam bangunan


kecuali yang bertugas sahaja.

16. Memberi maklumat kepada Pegawai BOMBA keadaan


tempat kejadian.

TINDAKAN TIMBALAN KOMANDER INSIDEN

1. SUB (PN) dilantik sebagai Timbalan Komander Insiden.


Apabila berlaku kejadian kecemasan, beliau akan membantu
Komander Insiden untuk mengawal keadaan.

2. Apabila arahan pengunsian dikeluarkan, beliau hendaklah


berada di Tempat Berkumpul.

3. Beliau hendaklah memastikan ahli Parlimen, kakitangan,


pekerja kontrak, dan pelawat beratur mengikut kumpulan
masing-masing dan proses roll call dilakukan dengan baik.

4. Mendapatkan status kehadiran daripada Ketua


Bahagian/Cawangan selepas selesai proses roll call.

_______________________________________________________________________________ 19
SOP Pelan Tindakan Menghadapi Kebakaran
Parlimen Malaysia
5. Melaporkan status kehadiran roll call kepada Komander
Insiden.

6. Beliau akan memangku tugas dan tanggungjawab Komander


Insiden semasa ketiadaan Komander Insiden di Parlimen.

TINDAKAN PEGAWAI BERTUGAS

1. Pegawai Bertugas adalah dilantik dari kalangan Penyelia


Pengawal Keselamatan secara bergilir setiap hari.

2. Beliau bertanggungjawab untuk memantau tahap


keselamatan Parlimen setiap hari dan melaporkan kepada
pihak pengurusan jika ada tempat-tempat di premis Parlimen
yang mempunyai risiko kebakaran.

3. Mengetuai tugas menyelamat dan mengawal kebakaran


semasa ketiadaan Komander Insiden dan Timbalan
Komander Insiden di Parlimen.

4. Mengarah Tim Respons Kecemasan ke lokasi kebakaran


untuk memadam kebakaran dan tugas menyelamat.

5. Memaklumkan kejadian kepada penyelenggara bangunan


untuk bertindak dengan sepatutnya.

6. Melapor kejadian dan perkembangan kebakaran kepada


Komander Insiden.

7. Mengarah Pengawal Keselamatan untuk mengawal


keselamatan Parlimen daripada dicerobohi.

8. Mengarah Pengawal Keselamatan mengawal pergerakan


trafik di kawasan Parlimen.

9. Membantu mengawal operasi pengunsian bangunan.

_______________________________________________________________________________ 20
SOP Pelan Tindakan Menghadapi Kebakaran
Parlimen Malaysia
TINDAKAN WARDEN TINGKAT

1. Memberi arahan kepada ahli Parlimen dan kakitangan untuk


mengosongkan bangunan apabila menerima arahan daripada
Komander Insiden. Dan mengarahkan mereka kembali
bertugas apabila diberitahu keadaan telah kembali selamat.

2. Membantu Ketua Bahagian/Cawangan merekod kehadiran


kakitangan semasa roll call diadakan di Tempat Berkumpul.

3. Memeriksa semua pejabat, stor dan tandas bagi memastikan


semua orang telah meninggalkan bangunan apabila
diarahkan.

4. Membantu orang kurang upaya semasa proses pengunsian


bangunan.

5. Melapor kepada Komander Insiden jika ada ahli Parlimen,


dan kakitangan yang hilang atau tidak melaporkan diri di
Tempat Berkumpul.

TINDAKAN TIM RESPONS KECEMASAN

1. Sentiasa bersiap sedia untuk melaksanakan tugas


menyelamat mangsa dan memadam kebakaran.

2. Melapor kepada Komander Insiden akan situasi


kebakaran di tempat kejadian.

3. Bersama-sama dengan pasukan Bomba untuk


menyelamat dan memadam kebakaran.

4. Berlatih bagi menghadapi sebarang kemungkinan


kecemasan mengikut jadual yang diatur.

5. Keanggotaan Tim Respons Keselamatan dilantik dari


kalangan pengawal keselamatan oleh SUB (KP).

_______________________________________________________________________________ 21
SOP Pelan Tindakan Menghadapi Kebakaran
Parlimen Malaysia
TINDAKAN TIM FIRST AIDER

1. Memberi bantuan kecemasan kepada mangsa yang


cedera atau sakit semasa proses pengunsian bangunan.

2. Menyelaras rawatan first aid di tempat kejadian bersama-


sama dengan pasukan perubatan yang lain.

3. Mendirikan Pos Rawatan First Aid di lokasi yang


dikenalpasti di kawasan Parlimen.

4. Menyediakan senarai mangsa yang cedera untuk


disampaikan kepada Komander Insiden.

5. Mentadbir dan menyelenggara semua peti kecemasan


dan peralatan kecemasan first aid dengan baik.

6. Menghadiri Kursus First Aid dan menjalani latihan yang


diatur mengikut jadual.

TINDAKAN PEGAWAI FASILITI DAN URUS BANGUNAN

1. Membantu Komander Insiden dalam operasi menyelamat


dan memadam kebakaran.

2. Menyediakan jadual tugas anggota penyelenggara setiap


hari.

3. Bekerjasama dan membantu pasukan Bomba berhubung


dengan plan bangunan dan sistem fasiliti yang ada pada
bangunan Parlimen.

4. Menyediakan laporan kerosakan bangunan kepada


Komander Insiden setelah kebakaran dapat dipadamkan.

5. Berhubung dengan Jabatan Bomba dari masa kesemasa


dalam menentukan sistem melawan kebakaran yang
terdapat di Parlimen sentiasa dalam keadaan baik dan
boleh digunakan.

_______________________________________________________________________________ 22
SOP Pelan Tindakan Menghadapi Kebakaran
Parlimen Malaysia
TINDAKAN ANGGOTA PENYELENGGARA BANGUNAN

1. Berada di bilik fire-pump apabila mendengar amaran


kecemasan kebakaran.
2. Membuka saluran fire-pump supaya air dapat disalurkan
untuk memadam kebakaran.

3. Mematikan sambungan letrik pada premis Parlimen.

4. Melapor kepada Komander Insiden keupayaan sistem fire-


pump semasa kejadian.

5. Menyelenggara sistem fire-pump agar sentiasa dalam


keadaan baik dan boleh bekerja.

TINDAKAN KETUA KESELAMATAN

1. SUB (KP) hendaklah membantu Komander Insiden di bilik


gerakan untuk mengawal keselamatan Parlimen semasa
kejadian kecemasan.

2. Mengarah pengawal keselamatan mengawal pergerakan


trafik bagi menggelak kesesakan lalulintas.

3. Pastikan tiada halangan kepada kenderaan pasukan


Bomba dan perubatan dilaluan ke tempat kejadian.

4. Memaklum kepada Komander Insiden jika terdapat


amaran kecemasan palsu.

5. Membentuk dan melatih anggota Tim Respons


Kecemasan dari kalangan pengawal keselamatan.

6. Menyediakan penugasan Tim Respons Keselamatan


setiap hari.

7. Melaporkan kepada Komander Insiden jika berlaku


sebarang kejadian mencuri atau kehilangan harta benda.

8. Mengada dan mengurus bilik gerakan kecemasan.

_______________________________________________________________________________ 23
SOP Pelan Tindakan Menghadapi Kebakaran
Parlimen Malaysia
TINDAKAN PEGAWAI KESELAMATAN DAN KESIHATAN
PEKERJAAN

1. Apabila menerima isyarat kecemasan, beliau hendaklah


pergi ke lokasi kejadian bagi membantu Tim Respons
Kecemasan dengan memberi nasihat dan bantuan teknikal
yang diperlukan.

2. Berhubung dengan pasukan Bomba semasa operasi


menyelamat dan memadam kebakaran.

3. Menyediakan maklumat berkaitan bahan kimia merbahaya


atau lain-lain bahan merbahaya yang perlu diketahui oleh
pihak Bomba.

4. Membantu Komander Insiden dalam mengurus kejadian


kecemasan.

5. Membantu SUB (KP) dalam menyelaras latihan Tim


Respons Kecemasan.

6. Membantu Komander Insiden melaksana latihan


kebakaran di Parlimen.

7. Membantu Komander Insiden dalam menyiapkan laporan


kejadian kecemasan untuk disampaikan kepada pihak
pengurusan atasan.

TINDAKAN KETUA BAHAGIAN/SEKSYEN

1. Mengarah semua kakitangan di Bahagian/Cawangan


masing-masing mengosongkan pejabat dan berkumpul di
Tempat Berkumpul.

2. Mendirikan roll call dan merekod kehadiran kakitangan.


Seterusnya melaporkan kehadiran kepada Warden
Tingkat untuk disampaikan kepada Komander Insiden.

3. Jangan benarkan kakitangan kembali ke pejabat kecuali


setelah menerima arahan daripada Komander Insiden
bahawa keadaan telah kembali selamat.

_______________________________________________________________________________ 24
SOP Pelan Tindakan Menghadapi Kebakaran
Parlimen Malaysia
4. Memastikan semua kakitangan memahami SOP
menghadapi kebakaran dan melaksanakan keperluan
seperti yang digariskan.

TINDAKAN PEGAWAI KOMUNIKASI DAN KEBAJIKAN

1. Membantu Komander Insiden dan pengurusan atasan


dalam menyediakan teks kenyataan kepada pihak media.

2. Menyelaras segala keperluan media.

3. Mentadbir pusat media dilokasi yang ditetapkan.

4. Menyelaras keperluan kebajikan kepada mangsa


kebakaran.

_______________________________________________________________________________ 25
SOP Pelan Tindakan Menghadapi Kebakaran
Parlimen Malaysia
CARTA 1: PELAN TINDAKAN KEBAKARAN
(KECIL)
Mula

Alarm berbunyi (15


saat dan berterusan)

TIDAK
Berlaku Abaikan dan
kebakaran teruskan kerja

YA

BESAR
Situasi Turun dengan
kebakaran
pantas tanpa lif

KECIL

TIDAK
Lawan Turun dengan
kebakaran
pantas tanpa lif

Hubungi JBPM dan


YA berkumpul di
Assemly Point

TIDAK
BERFUNGSI
Alat Turun dengan
pemadam
pantas tanpa lif
api

BERFUNGSI

TIDAK
BERFUNGSI
Hose Turun dengan
Reel pantas tanpa lif

BERFUNGSI

Padam kebakaran

Tamat

_______________________________________________________________________________ 26
SOP Pelan Tindakan Menghadapi Kebakaran
Parlimen Malaysia
CARTA 2: PELAN TINDAKAN KEBAKARAN (API BESAR)
Mula

Kebakaran berlaku

Dikesan oleh penghuni


bangunan

KECIL Lawan kebakaran dengan


Situasi
menggunakan alat
kebakaran
pemadam api / Hose reel

BESAR

Aktifkan Fire Alarm (red)

Hubungi BOMBA

JBPM tiba Bergerak ke tempat


berkumpul (AP)

Beratur di Bahagian /
Seksyen / Unit Masing-
Opersai memadam masing untuk merekod
kebakaran kehadiran.

HILANG
Melaporkan
Operasi menyelamat mangsa jumlah
yang terperangkap kakitangan

CUKUP

Selesai memadamkan Menunggu arahan


kebakaran dan bersurai
mengesahkan bangunan
selamat dihuni semula

Dapat arahan dan


bersurai

Tamat

_______________________________________________________________________________ 27
SOP Pelan Tindakan Menghadapi Kebakaran
Parlimen Malaysia
JADUAL 1 : NOMBOR TALIAN YANG PERLU DIHUBUNGI
JIKA BERLAKU KEBAKARAN

Jabatan/
Nombor
Bil Nama Jawatan Bahagian/
Talian
Seksyen / Unit
Jabatan Bomba
1. dan Penyelamat - Sentul 03-40441994
Malaysia (JBPM)
Polis DiRaja
2. - Sentul 03-21460522
Malaysia
3. JPAM - Kuala Lumpur 03-26871003
4. Hospital - HKL 03-26921044
Talian
5. - - 999
Kecemasan
Bah. Urus
Parlimen
6. Bangunan Dan - 03-20700799
Malaysia
Landskap
Parlimen
7. Balai Pengawal - 03-20327339
Malaysia
Kaunter
Pengawal
Parlimen
8. Keselamatan - 03-20327387
Malaysia
Utama Blok
Menara
Bahagian 03-
Parlimen
9. Keselamatan – - 26017354/
Malaysia
Bilik Gerakan 7356
YBhg. Datuk
10. Lamien bin KPPM Pejabat KPPM 03-26982326
Sawiyo
Encik Awang Alik
11. TKPPM Pejabat TKPPM 03-26017152
bin Jeman
Ybhg. Datuk
Zamani bin Haji Bahagian
12. SUB (PN) 03-26017290
Sulaiman Pentadbiran

YM Tengku
Nasaruddin bin Bahagian
13. Tengku SUB (PR) Komunikasi 03-26017328
Mohamed Korporat

_______________________________________________________________________________ 28
SOP Pelan Tindakan Menghadapi Kebakaran
Parlimen Malaysia
Encik Mohamad
Bahagian
14. Foudzli bin SUB(KP) 03-20324513
Keselamatan
Abdullah
Encik
Bahagian
15. Azarulzaman bin PKK 03-26017376
Keselamatan
Eliah
Encik Mohd
Bahagian
16. Redzuan bin Hj. PPK 03-26017376
Keselamatan
Ruzali
Pem.
Encik Zulkefle bin Bahagian
17. Keselamata 03-26017376
Hamzah Keselamatan
n
Pem.
Cik Moses Bahagian
18. Keselamata 03-26017376
Amping Keselamatan
n
Encik Wan Mohd
Inspektor Bahagian
19. Amirul bin Wan 03-26017376
(PB) Keselamatan
Jusoh
Encik Mohd Pem.
Bahagian
20. Noorazmin bin Keselamata 03-26017376
Keselamatan
Md Ithnin n
Mejar Haji
Khairol Hisham Pegawai Bahagian
21. 03-26017453
bin Haji Penyelidik Penyelidikan
Khairuddin
Bahagian
Puan Ir. Ruhani Selenggara,
22. KJ 03-26017266
binti Haji Ali Fasiliti dan
Landskap
Bahagian
Encik Abd Jawat Selenggara,
23. JMK 03-26017296
bin Mansor Fasiliti dan
Landskap
Bahagian
Puan Siti
Selenggara,
24. Nurulhuda binti JAK 03-26017182
Fasiliti dan
Amirrudin
Landskap
Bahagian
Puan Ir. Halimah Selenggara,
25. JEK 03-26017327
binti Mohamad Fasiliti dan
Landskap

_______________________________________________________________________________ 29
SOP Pelan Tindakan Menghadapi Kebakaran
Parlimen Malaysia

You might also like