Professional Documents
Culture Documents
Panduan Penilaian Tokoh Nilam 2021 Baru Perubahan
Panduan Penilaian Tokoh Nilam 2021 Baru Perubahan
1.0 Pengenalan
Anugerah NILAM Peringkat Daerah merupakan pengikhtirafan PPD dalam usaha membina tabiat membaca
dalam kalangan murid selaras dengan hasrat negara melahirkan masyarakat bermaklumat, berpengetahuan,
berfikiran kritis dan kreatif .
Seramai 48 peserta Anugerah NILAM Peringkat Daerah Seberang Perai Tengah 2021 akan terlibat dalam sesi
pemilihan, melalui pencalonan oleh sekolah masing-masing.
Selama ini penilaian untuk pemilihan Tokoh NILAM Daerah Seberang Perai Tengah dibuat secara manual, para
pelajar dinilai secara bersemuka. Pemilihan Tokoh NILAM Daerah Seberang Perai Tengah 2021 akan mengambil
kira keadaan semasa negara yang sedang dilanda Covid-19 dan Perintah Kawalan Peralihan akan menggunakan
tatacara penilaian seperti berikut:
3.1.1 Penilaian individu diadakan selama 20-30 minit bagi setiap orang calon.
3.1.2 Calon diminta untuk menghujahkan pembacaan salah sebuah buku daripada lima pilihan.
(HAKIM pilih satu bahan bacaan)
3.1.3 Soalan terbuka. Penilai mungkin akan mengaitkan isu semasa dengan bahan bacaan yang
disampaikan oleh calon.
3.1.4 Calon akan bersoal jawab dengan para hakim mengenai pengetahuan am.
3.1.5 Penilaian bermula pada pukul 8.45 pagi. Penilaian calon dibuat mengikut jadual yang
ditetapkan. Calon perlu bersedia 30 minit lebih awal daripada masa penilaian tersebut.
3.2.1 Penilaian kumpulan diadakan selama 30-45 minit bagi setiap kumpulan.
3.2.2 Calon atau kumpulan akan diberi lima tema. Tajuk akan diberi lima (5) hari sebelum penilaian.
3.2.3 Penilai akan memberikan lima tema. Calon akan memilih satu sampul. Calon-calon akan
memberikan hujah berkaitan tema yang dipilih secara dalam talian.
3.2.4 Penilaian bermula pada pukul 8.45 pagi. Penilaian kumpulan akan dibuat mengikut jadual yang
ditetapkan. Calon perlu bersedia 30 minit lebih awal daripada masa penilaian tersebut.
3.3 Murid diwajibkan memakai pakaian seragam sekolah atau pakaian yang sopan.
3.4 Keputusan panel hakim adalah MUKTAMAD. Sebarang rayuan mengenai keputusan tidak
akan dilayan.
MULA