You are on page 1of 27

BUKU LOG

LENCANA KEAHLIAN
PENGAKAP KANAK-KANAK

NAMA AHLI :

SEKAWAN :

KUMPULAN :

DAERAH :

NEGERI :

NAMA SEKOLAH :
MAKLUMAT AHLI

LEKATKAN
GAMBAR
BERUNIFORM

NAMA :

NO MYKID :
TEMPAT LAHIR :
ALAMAT RUMAH :

NO AHLI :
SEKOLAH :
ALAMAT SEKOLAH :
NO KUMPULAN :

DAERAH :
NEGERI :
PANGKAT :

SEKAWAN :
AHLI SEKAWAN : 1. (K)
2. (PK)

3. (QM)
4.
5.

6.
7.
8.

9.
10.
1
LAMBANG PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA

Warnakan logo dibawah dan tuliskan makna yang terdapat pada logo
dibawah

LINGKARAN TALI KELOPAK PECAH 3 BINTANG PECAH 14

IKATAN HIJAU YANG 2 BINTANG PECAH 5 BULAN SABIT


MENGIKAT KELOPAK

WARNA KUNING WARNA HIJAU WARNA MERAH

2
LAMBANG PENGAKAP DUNIA
World Organization of Scout Movement (WOSM)

Warnakan logo dibawah dan tuliskan makna yang terdapat pada logo
dibawah

LINGKARAN TALI KELOPAK KIRI KELOPAK TENGAH

KELOPAK TENGAH 2 BINTANG PECAH 5 IKATAN PADA KELOPAK

IKATAN BUKU SILA WARNA UNGU WARNA PUTIH

3
PERSETIAAN PENGAKAP
Tuliskan persetiaan pengakap pada kotak di bawah. Kemudian berikan
makna bagi gambar dibawah. Anda juga perlu mengisi pautan video
anda melafazkan persetiaan pengakap.

PERSETIAAN PENGAKAP

4
UNDANG-UNDANG PENGAKAP
Senarai dan huraikan undang-undang pengakap dibawah. Kemudian
isikan pautan video anda menyanyikan lagu undang-undang pengakap

1.

2.

3.

4.

5
5.

6.

7.

8.

9.

6
10.

5 PRINSIP RUKUN NEGARA

1.

2.

3.

4.

5.

7
HORMAT PENGAKAP

CARA MEMBERI HORMAT PENGAKAP

HORMAT PENGAKAP DIBERIKAN SEMASA :

COGAN KATA PENGAKAP

PENGAKAP KANAK -KANAK PENGAKAP MUDA

PENGAKAP REMAJA PENGAKAP KELANA

8
SEJARAH PENGASAS PENGAKAP

Pergerakan Pengakap telah diasaskan oleh Lord


Baden Powell of Gilwell atau singkatannya BP.
Beliau merupakan seorang askar Inggeris yang
berpangkat Leftenan Jeneral. Pergerakan Pengakap
bermula di Pulau Brownsea, iaitu satu lokasi
perkhemahan bagi kumpulan Pengakap yang
pertama di dunia. Berdasarkan pengalaman dan Pulau Brownsea, England
penglibatan beliau dalam pergerakan Pengakap, BP
telah menghasilkan sebuah rancangan latihan untuk
pergerakan Pengakap pada tahun 1907 bertujuan
memastikan setiap ahli Pengakap dilatih dan diajar
dengan ilmu kemahiran yang betul.

Lokasi Pulau Browsea :


https://goo.gl/maps/ywgJbzTvyVp

Brownsea Island Scout Stone

Lord Baden Powell merupakan Pengakap Agung Dunia yang


dilahirkan pada 22 Februari 1857 di sebuah rumah yang
berhampiran dengan Hyde Park, London. Nama penuh beliau
adalah Lord Robert Stephenson Smyth Baden Powell.
Bapanya bernama Reverend H.G. Baden Powell, seorang
profesor dalam bidang sains di Universiti Oxford. Ibunya pula
merupakan anak kepada seorang Laksamana British yang
bernama W.T. Smyth. Baden Powell mempunyai tujuh orang
adik beradik. Bapa beliau meninggal dunia semasa Baden
Powell berumur tiga tahun. Semasa kecil, beliau sudah
berminat hidup di luar rumah. Beliau amat gemar berjalan dan
berkhemah di beberapa tempat di England bersama dengan
abangnya. Pengalaman ini telah memberi pengajaran
kepadanya supaya bekerjasama dan sentiasa taat pada
perintah.

Pada tahun 1870, beliau telah memasuki sekolah


Charterhouse England. Beliau sangat dikenali dalam bidang
sukan, lakonan, lukisan dan muzik. Semasa berusia 19 tahun,
beliau telah menamatkan pengajian di Charterhouse dan
diberi pilihan sama ada untuk bekerja ataupun melanjutkan
pengajiannya ke Universiti Oxford. Beliau memutuskan untuk
berkhidmat sebagai tentera. Beliau telah berjaya dengan
cemerlang dalam peperiksaan pemilihan seorang tentera.
Dengan kejayaan ini, beliau tidak perlu memasuki Sandhurst
Charterhouse School, England
dan terus menjadi pengawai dalam pasukan Hussar ke-13
serta ditempatkan di India pada tahun 1876.

9
Pada tahun 1878, beliau telah dilantik menjadi Pengawai Memerintah Pasukan ke-5 Dragoon
Guards di India. Pada tahun 1887, beliau telah dihantar ke Afrika bersama-sama pasukannya untuk
menentang kaum Zulu dan beliau telah berjaya. Selepas itu beliau telah ditugaskan untuk melawan
bangsa Ashanti. Bangsa Ashanti terkenal sebagai bangsa yang garang. Tetapi bangsa Ashanti
sangat takutkan Baden Powell, sehingga BP diberi gelaran "serigala yang tidak pernah tidur" atau
"Impeesa" kerana keberanian dan kecekapannya. Pada tahun 1899, beliau telah dinaikkan pangkat
menjadi Kolonel.

Bandar Mafekit, Afrika Selatan

Huru-hara telah tercetus di antara kerajaan British dengan negeri Transvaal sehingga perhubungan
kedua-dua negara menjadi sangat genting. Baden Powell telah ditugaskan untuk menubuhkan dua
batalion askar berkuda untuk ke Afrika Selatan. Beliau telah mempertahankan bandar Mafeking
selama 217 hari daripada kepungan musuh yang mempunyai bilangan askar yang berlipat ganda.
Peristiwa ini berlaku pada 13 Oktober 1899 hingga 18 Mei 1900, sehinggalah bantuan dari pihak
British datang menembusi kepungan musuh.

Pada 1899, semasa musuh mengepung bandar Mafeking, beliau telah menggunakan kanak-kanak
sebagai utusan dan pemberitahu bagi menggantikan askar di medan peperangan Kapten Tusan.
Kepantasan dan kecekapan kanak-kanak ini telah memberi idea dan dorongan kepada beliau untuk
menubuhkan pergerakan Pengakap. Selepas peristiwaan ini beliau telah dinaikkan pangkat menjadi
Major Jeneral yang termuda di Britain.

Kesan daripada bantuan kanak-kanak di bandar Mafeking,


beliau telah mula merangka rancangan untuk kumpulan
kanak-kanak. Pada tahun 1906 dan 1907, beliau telah berjaya
menyiapkan penulisan beliau yang bertajuk "Aids to Scouting".
Segala pengalaman semasa di Afrika telah dikumpulkan
dalam buku tersebut. Pada tahun 1907 juga, Baden Powell
telah diundang untuk memeriksa satu pembarisan pergerakan
Briged Muda oleh pengasas pergerakan berkenaan iaitu Sir
William Smith. Baden Powell telah berbincang dengan Sir
William Smith serta pergerakan Briged Muda yang lain untuk
mengadakan satu perkhemahan pertama di Pulau Brownsea,
Poole Harbour. Perkhemahan bermula pada 25 Julai hingga 9
Ogos 1907. BP telah dilantik sebagai "Scout Master" atau
Pemimpin Pengakap dalam perkhemahan tersebut manakala
G W Green. H Robson dan P W Everett pula dilantik sebagai
penolong-penolong pemimpin.

10
Perkhemahan tersebut telah menjadi daya
penggerak utama kepada BP untuk menulis dan
mengemas kini semula buku "Aids to Scouting"
kepada "Scouting for Boys". Buku ini merupakan
pandu asas kepada pergerakan Pengakap sehingga
hari ini. Buku tersebut juga diterjemahkan kepada
lima jenis bahasa lain dan disebarkan ke serata
dunia. Penubuhan kumpulan baru telah memberi
keyakinan kepada beliau untuk meneruskan
perjuangan dalam Pengakap sepanjang hayatnya.
Beliau telah berhenti berkhidmat dalam askar
semasa beliau berpangkat Leftenan Jeneral.

Semasa tercetusnya Perang Dunia Pertama, kumpulan-kumpulan Pengakap turut mengambil


bahagian dalam mempertahankan negara England. Antaranya tugas yang diberikan kepada
kumpulan Pengakap ialah mengawasi sepanjang kawasan persisiran pantai. Kumpulan ini digelar
Pengakap Laut. Pada tahun 1919, Lord Baden Powell telah menubuhkan sebuah tapak
perkhemahan Pengakap yang pertama di dunia dan dikenali sebagai Gilwell Park di London. Gilwell
Park merupakan tempat latihan ahli dan pemimpin Pengakap yang terulung di dunia.

Gilwell Park, London

Pada tahun 1920, Pengakap dari seluruh dunia telah berkumpul di London bagi menghadiri Jambori
Dunia pertama. Jambori itu diadakan di Richmond Park. Seramai 6000 ahli Pengakap Muda dari dua
puluh buah negara telah menghadiri jambori berkenaan. Richmond Park terletak di Olympia, London.
Pada malam akhir jambori tersebut, BP telah diisytiharkan sebagai Pengakap Agung Dunia atau Chief
Scout of the World.
Pergerakan Pengakap terus berkembang ke negara-negara lain sehingga apabila genap usia
penubuhannya 21 tahun, keanggotaannya telah melebihi dua juta ahli. Bagi menghargai kejayaan
yang telah dicapai, Baden Powell telah dianugerahkan darjah kemuliaan yang tertinggi di England
yang membawa gelaran Lord. Beliau kini dipanggil sebagai Lord Baden Powell of Gilwell. King
George V merupakan penganugerah yang menjadikan BP seorang Baron. Lord Baden Powell of
Gilwell adalah dianugerahkan bersempena Perkhemahan di Gilwell Park.

11
Pada tahun 1937 sewaktu usianya 80 tahun, beliau
telah sakit tenat dan terpaksa berhenti dari Lady Baden Powell atau Miss Olave
pergerakan Pengakap di seluruh dunia. Beliau
bersama isterinya Lady Baden Powell atau Miss
Olave Soames yang juga merupakan pengasas
kepada Pergerakan Pandu Puteri telah berhijrah ke
Kenya, Afrika. Beliau bermastautin di sebuah
kampung yang aman permai selepas berkhidmat
dalam dunia Pengakap selama 33 tahun.

Pada 8 Januari 1941, beliau


meninggal dunia di Paxtu, Kenya.
Beliau disemadikan di Nyeri dalam
lingkungan bayang-bayang gunung
Kenya. Batu nisan beliau turut diukir
"Robert Baden Powell, Chief Scout of
World, born February 22nd 1857,
died January 8th 1941."

Logo Pengakap dan Pandu Puteri turut diukir pada batu nisan tersebut. Kuburnya telah diletakkan
batu-batu berbentuk bulat dengan satu titik di tengah-tengah yang bermaksud "Gone Home". Kata-
kata terakhir BP adalah seperti berikut: Tuhan memimpin dan membantu di dalam kerja-kerjamu.

12
ARAHAN :
Jawab soalan berikut dengan berpandukan petikan Sejarah Pengasas
Pengakap

1. Siapakah yang telah mengasaskan Pergerakan Pengakap ?

2. Di manakah Pergerakan Pengakap bermula ?

3. Di manakah letaknya Pulau Browsea?

4. Nyatakan nama penuh Baden Powell ?

5. Bilakah Baden Powell dilahirkan ?

6. Nyatakan pekerjaan Bapa Baden Powell ?

7. Apakah aktiviti yang menjadi kegemaran Baden Powell sewaktu remaja ?

8. Pada usia 13 tahun, Baden Powell telah melanjutkan pengajiannya di


, England. (KBAT)

9. Baden Powell telah menamatkan pengajiannya Caterhouse pada tahun


. (KBAT)

10. Pada tahun 1878, Baden Powell telah dilantik sebagai


.

11. Nyatakan gelaran yang diberikan oleh Kaum Ashanti kepada Baden Powell ?

13
12. Nyatakan tugas yang telah diberikan kepada Baden Powell dan pasukannya
semasa tercetusnya huru-hara antara kerajaan British dan Transvaal ?

13. Berapa lamakah Baden Powell dan pasukannya mempertahankan Bandar


Mafeking ?

14. Bagaimanakah Baden Powell mendapat idea untuk menubuhkan pasukan


Pengakap ?

15. Nyatakan 2 buah buku yang telah dihasilkan oleh Baden Powell ?
a.
b.

16. Bila dan di manakah Perkhemahan Pertama Pasukan Pengakap diadakan ?

17. Berdasarkan bacaan dan kefahaman anda, bagaimanakah tertubuhnya


pasukan Pengakap Laut ?

18. Bila dan di manakah Jambori Pertama diadakan ?

14
19. Nyatakan jumlah negara dan keseluruhan peserta yang telah terlibat dalam
Jambori Pertama ini ?

20. Pada malam Jambori Pertama berkenaan, Baden Powell telah disytiharkan
sebagai apa ?

21. Bilakah Baden Powell meninggal dunia dan di manakah beliau dikebumikan ?

22. Siapakah Miss Olave Soames ?

15
CERITA HUTAN

MOWGLI
Mowgli Menjadi Anak Serigala.

Di pedalaman India pada zaman dahulu, terdapat seekor harimau tua yang
tempang kakinya dan paling dibenci oleh binatang-binatang yang hidup aman dalam
hutan. Harimau ini bernama Shere Khan. Pada suatu malam ketika dia menghendap-
hendap mencari makanan, Shere Khan ternampak sebuah khemah pemotong kayu.
Di dalam khemah itu, pemotong kayu suami, isteri dan seorang anak mereka yang
masih kecil sedang tidur dengan nyenyaknya. Di sisi khemah itu, unggun api menyala
dengan maraknya.

Oleh kerana terlalu gembira menemui mangsanya itu, Shere Khan terus
menerkam. Malangnya Shere Khan terpijak bara unggun api yang ada di sisi khemah
itu. Dia pun melolong kesakitan sehingga menggemparkan satu keluarga serigala
yang tinggal dalam sebuah gua batu tidak jauh dari situ. Sedang bapa serigala berlari
keluarga dari gua untuk tujuan menyiasat apa yang berlaku, tiba-tiba dia terdengar
sesuatu merayap-rayap dalam semak belukar. Apabila dia bersedia hendak
menerkam, dia ternampak anak manusia sedang merangkak ke arahnya dengan
berani. Budak itu adalah anak pemotong kayu yang tertinggal di dalam khemah ketika
ibu dan bapanya melarikan diri apabila terdengar lolongan Shere Khan tadi.

TULISKAN 1 ISI PENTING BAGI PETIKAN INI

16
Bapa serigala menggonggong budak itu dan membawanya ke dalam gua. Ibu
serigala kasihan dan tertarik hati kepadanya kerana budak itu sedikit pun tidak
menunjukkan rasa takut kepada mereka malahan berebut-rebut dengan anak serigala
yang lain untuk menghisap susu ibu serigala. Kedua ibu dan bapa Serigala bersetuju
menerima budak itu sebagai anak mereka sendiri dan menamakannya Mowgli. Anak-
anak serigala yang lain juga sayang kepadanya dan mengganggap Mowgli sebagai
saudara mereka sendiri.

Tetapi tidak lama kemudian Shere Khan datang ke mulut gua itu dengan
dipandu oleh Tabaqui si rubah. Tabaqui sememang hidup dengan memakan sisa
tangkapan binatang-binatang lain. Tabaqui sebelum itu telah dapat mengesan ke
mana budak kecil anak si pemotong kayu itu pergi dan mengharapkanagar dia dapat
memakan sisa-sisa Shere Khan jika harimau tempang itu memakan budak itu nanti.
Bagaimana pun apabila Shere Khan menuntut supaya bapa serigala menyerahkan
budak itu yang didakwanya sebagai haknya, bapa dan ibu serigala menentang. Shere
Khan cuba hendak mengambil budak itu dari dalam gua, tetapi badannya tidak muat
melalui pintu gua berkenaan. Shere Khan dengan marah, akhirnya meninggalkan gua
berkenaan dan bersumpah pada suatu hari nanti, budak itu akan tetap menjadi
mengsanya. Semenjak itu, Mowgli tinggal bersama-sama keluarga serigala itu dan
dianggap sebagai anak serigala dalam hutan.

TULISKAN 1 ISI PENTING BAGI PETIKAN INI

17
MOWGLI
Berguru kepada Baloo.

Bapa serigala mengajar Mowgli dan saudara-saudaranya yang lain tentang


rahsia hutan, binatang dan tabiatnya, tumbuh tumbuhan dan cuaca. Baloo pula
mengajarnya tentang undang-undang hutan sementara Bagheera selalu bermain
dengan Mowgli dan memanjakannya. Antara murid Baloo yang ramai itu, Baloo
sangat suka kepada Mowgli kerana dia lebih taat belajar dan Mowgli juga turut
mempelajari pelbagai perkara yang lain. Anak-anak serigala yang lain cuma
mempelajari undang-undang yang ada kena mengena dengan kumpulan dan kaum
serigala sahaja. Selepas tahu serba sedikit tentang undang-undnag hutan, mereka
tidak mahu belajar lagi.

Sebaliknya Mowgli terpaksa belajar untuk hidup dalam hutan yang


sebenarnya bukan tempat hidup untuk manusia sepertinya. Justeru itu Baloo
mengajarnya mengenai kayu-kayan yang baik serta berbahaya. Dia juga mengajar
bahasa, isyarat dan lain-lain adat binatang supaya Mowgli boleh berhubung dengan
binatang lain dan dapat hidup bersefahaman dalam suasana aman dan damai.
Baloo juga mengajarnya cara meminta kebenaran berburu di kawasan kumpulan
lain.

Ini kerana setiap binatang tidak boleh menceroboh kawasan buruan yang
bukan milik kumpulannya. “Apabila kita terpaksa berburu di kawasan lain, kita mestilah
berkata begini : Benarkanlah saya berburu di sini kerana saya lapar !”, kata Baloo.
Maka binatang-bintang di kawasan itu akan menjawab “Berburulah untuk mencari
makanan, bukan kerana hendak bersuka-suka.”

TULISKAN 1 ISI PENTING BAGI PETIKAN INI

18
Kerana terlalu banyak yang mesti dipelajari dan dihafal, Mowgli selalu juga
berasa jemu. Apabila dia mulai jemu dan malas hendak belajar, Baloo memukulnya
sekali sekala. Bagheera yang kerap datang memerhatikan Mowgli belajar, kerap kali
juga menegur Baloo kerana bersikap terlalu kasar terhadap Mowgli. Walau
bagaimanapun, Baloo mengatakan pukulannya itu hanyalah pukulan sayang dan
lemah lembut walaupun badan Mowgli kerap juga calar-calar terkena kukunya.

“Lebih baik seluruh badannya calar-balar kerana tamparanku yang


mengasihinya, daripada dia menghadapi bahaya kerana tidak mengetahui bahaya itu
terlebih dahulu”, kata Baloo. “Saya mengajarnya bahasa hutan yang
membolehkannya meminta pertolongan daripada segala yang ada dalam hutan.”
Dengan menggunakan bahasa hutan itu juga, Mowgli boleh meminta pertolongan
dengan sesiapa sahaja, termasuk Chil Sang Rajawali, Mang Sang Keluang dan Kaa
Sang Ular Sawa.

Dia juga boleh meminta supaya bintang-bintang yang bukan sahabat seperti
ular senduk dan sebagainya supaya tidak mengapa-apakannya. Dengan
menggunakan bahasa hutan itu jugalah Mowgli berkawan dengan kumpulan
Bandarlog, iaitu monyet-monyet yang dibenci oleh masyarakat hutan yang lain.
Bandarlog Sang Monyet kerap menimbulkan bahaya yang besar kepada dirinya
sendiri dan kumpulan.

TULISKAN 1 ISI PENTING BAGI PETIKAN INI

19
AKELA
Diterima Sebagai Ahli Kumpulan Serigala.

Wujud suatu adat dalam Kumpulan Serigala yang tinggal di hutan. Apabila
anak-anak serigala sudah agak besar, mereka mestilah ditunjukkan kepada semua
anggota kumpulan. Mereka mengadakan sidang perjumpaan sebulan sekali pada
malam bulan purnama di kawasan berbatu-batu yang dipanggil Batu Sidang. Di sinilah
nasib anak-anak serigala ditentukan, sama ada diterima sebagai anggota kumpulan
atau sebaliknya. Apabila seekor anak serigala sudah diterima sebagai anggota
kumpulan, tidak seekor serigala lain pun boleh membunuhnya, dan jika ada yang
membunuhnya, maka hukumannya adalah bunuh juga.

Bapa serigala menunggu sehingga anak-anaknya termasuk Mowgli, sudah


boleh berlari-lari. Kemudian pada suatu malam bulan purnama, bapa dan ibu serigala
pun membawa anak-anak mereka ke Batu Sidang itu. Apabila semua anggota
kumpulan sudah berada di situ dengan anak masing-masing, ketua kumpulan yang
merupakan seekor serigala jantan yang gagah lagi bijaksana bernama Akela akan
mula menyuruh ibu-ibu serigala untuk menunjukkan anak-anak masing-masing untuk
dilihat oleh anggota-anggota yang kumpulan.

Akhirnya tibalah pada giliran Mowgli. Dia sedikit pun tidak menunjukkan rasa
takut. Sebaliknya bergurau dengan anak-anak serigala yang lain seolah-olah dia pun
serigala juga. Apabila Akela menyuruh anggota-anggota kumpulan melihat Mowgli
dan membuat keputusan, tiba-tiba Shere Khan mengaum dari belakang batu besar.
“Anak manusia milikku. Berikan dia kepadaku semula kerana anak manusia tidak
layak hidup bersama dengan kumupulan serigala !” katanya.

TULISKAN 1 ISI PENTING BAGI PETIKAN INI

20
Setelah senyap seketika, mulalah beberapa ekor anak serigala yang sudah
agak dewasa menyatakan rasa tidak setuju mereka menerima Mowgli. Mengikut
undang-undang hutan, apabila timbul perselisihan begitu, dua anggota kumpulan
yang bukan ibu atau bapa kepada anak serigala itu mestilah bercakap menyokongnya,
barulah dia diterima menjadi anggota kumpulan.

“Siapakah antara anggota kumpulan yang bersedia menyokong ?” tanya Akela


si Ketua Kumpulan. Tidak seekor pun anggota kumpulan itu bersuara dan ibu serigala
pun bersedialah hendak bertempur bermati-matian untuk mempertahankan Mowgli.
Seekor binatang lain yang bukan anggota kumpulan itu tetapi dibenarkan bercakap
dalam sidang kumpulan ialah Baloo. Baloo meruapakan seekor beruang tua yang
menjadi guru mengajar anak-anak serigala tentang undang-undang hutan. Setelah
tidak ada serigala yang lain bercakap, Baloo berdiri ditempatnya di belakang Batu
Sidang dan menyokong supaya Mowgli diterima sebagai anggota kumpulan. Dia
sendiri berjanji akan mengajar Mowgli.

Tetapi Mowgli memerlukan lagi satu suara menyokongnya. Ketika Akela


meminta sokongan lagi, Bagheera iaitu seekor harimau kumbang yang tangkas tetapi
baik hati tiba-tiba bercakap. Walaupun dia tidak berhak bersuara, tetapi mengikut
undang-undang hutan, nyawa seekor anak serigala boleh ditebus dengan seekor
buruan. Dia akan menghadiahkan seekor lembu jantan yang baharu dibunuhnya dan
disembunyikan tidak jauh dari situ untuk menebus nyawa Mowgli supaya Mowgli dapat
diterima sebagai anggota kumpulan.
Anggota-anggota kumpulan segera bersetuju menerima Mowgli sebagai
anggota apabila mendengar hadiah lembu jantan yang ditawarkan oleh Bagheera itu.
Mereka turun dari bukit dan pergi beramai-ramai mendapatkan buruan itu. Tinggallah
Akela, Bagheera, Baloo dan keluarga Mowgli sahaja di Batu Sidang itu. Shere Khan
mengaum dengan marah sekuat hatinya kerana budak itu tidak diserahkan
kepadanya. Tetapi menurut Akela, keputusan itu amat baik kerana manusia dan anak
serigala memang bersahabat baik serta pastinya Mowgli akan dapat memberikan
pertolongan kepada mereka suatu hari kelak.

21
TULISKAN 1 ISI PENTING BAGI PETIKAN INI

WATAK-WATAK DALAM CERITA HUTAN

MOWGLI BALOO BAGHEERA

AKELA SHERE KHAN TABAQUI

BANDALOG

22
ISTIADAT LAUNG AGONG
SCAN UNTUK
MENDAPATKAN
NOTA LAUNG
AKELA : _______
AGONG
(Keadaan kedua-dua tangan AKELA rapat ke dada dengan
tapak tangan kanan di atas tangan kiri.)

AHLI PKK :

AKELA :
(Dengan laungan yang kuat.)

AHLI PKK : PEEKKKKKKK!!!!!!!!!


( )

AKELA : Mendepakan tangan

AHLI PKK : Bergerak ke belakang dan sambal


antara satu sama lain.

AKELA : Menjatuhkan tangan

AHLI PKK : tangan , berdiri


sambal menghadap AKELA

AKELA : Mendepakan tangan

AHLI PKK :

AKELA : Menjatuhkan tangan

AHLI PKK : Serentak


sambil menyebut

PENCABAR : Bangun dan memberi hormat sambil melaungkan

AHLI PKK : Semua ahli PKK bangun lalu membalas hormat dan
melaungkan

AKELA : Membalas hormat lalu menurunkan hormat

AHLI PKK :

23
KEDUDUKAN SEWAKTU ISTIADAT LAUNG AGONG
ARAHAN :
Isikan tempat kosong dengan kedudukan yang betul

24
REKOD UJIAN LENCANA KEAHLIAN

Perkara Tarikh T.T. Penguji

Lambang Pengakap Malaysia dan Pengakap


1. Dunia

2. Persetiaan dan Undang-Undang Pengakap

3. Lima Prinsip Rukun Negara

4. Hormat Pengakap dan Cogan Kata Pengakap

5. Sejarah Pergerakan Pengakap

6. Cerita Hutan

7. Istiadat Laung Agong

Adalah dengan ini diperakui dan disahkan bahawa Pengakap Kanak-Kanak ini
telah menjalankan ujian-ujian seperti mana yang telah disyaratkan dan LULUS
ujian tersebut

Tarikh : Diluluskan Oleh :

25
SIJIL LULUS UJIAN

26

You might also like