You are on page 1of 5

Si Tanggang Anak Derhaka

Terima kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang arif
lagi bijaksana, yang dihormati guru-guru, serta rakan-rakan yang di kasihi
sekalian. Selamat pagi dan salam satu Malaysia, saya Amberly Hollie akan
menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk “Si Tanggang anak derhaka”

Di hujung sebuah kampong tinggal seorang wanita


tua yang sangat miskin. Dia mempunyai seorang anak
lelaki yang bernama Si Tanggang. Si Tanggang selalu
berkhayal untuk menjadi kaya dan terkenal. Pada suatu
hari seorang kawannya datang, ketika itu Si Tanggang
sedang sibuk membelah kayu api di hadapan rumahnya. “Tanggangg!! Ada
kapal datang! Marilah kita pergi tengok”, mendengar sahaja kapal, Tanggang
begitu teruja. Dia segera berlari bersama kawannya menuju ke muara sungai
yang tidak berapa jauh dari rumahnya.

Apabila tiba di tepi sungai , Si Tanggang


terlihat sebuah kapal yang besar sedang
berlabuh di muara sungai yang
berhampiran.”Wah! Besarnya kapal
itu.Kalaulah aku dapat berkerja di atas kapal
itu, tentu bagus. Si Tanggang terus pergi berjumpa dengan nakhoda kapal
yang meminta pekerjaan sebagai anak kapalnya. Nakhoda kapal bersetuju
kerana melihat kesungguhan Si Tanggang. “ saya berjanji akan bekerja
bersungguh-sungguh tanpa mengira waktu siang dan malam”. Janji Si

1
Tanggang kepada nakhoda kapal. Nakhoda kapal hanya tersenyum kerana
melihat gelagat Si Tanggang yang begitu seronok mendapat kerja tersebut.
Walaupun ibu Si Tanggang amat keberatan untuk
melepaskannya pergi belayar, namun dia terpaksa mengalah. Si Tanggang
berjanji kepada ibunya akan kembali ke kampung setelah ia menjadi kaya.
“Tanggang berjanji akan sentiasa ingat pada ibu. Bila sudah kaya
nanti,Tanggang akan kembali dengan harta dan ibu tidak akan susah. Kita
tidak akan di hina lagi.” Janji Tanggang. Dengan linangan air mata ibu Si
Tanggang melepaskanya pergi. Si Tanggang segera berlari menuju ke kapal
dengan perasaan gembira. Akhirnya Si Tanggang berjaya keluar dari
kampong dan berkerja di sebuah kapal serta belayar ke segenap benua. Dia
berazam untuk memiliki sebuah kapal yang besar suatu hari nanti.Si
Tanggang melakukan apa sahaja yang disuruh oleh nakhoda. Si Tanggang
bekerja dengan rajin dan lebih tekun lagi. Nakhoda menjadikan Si Tanggang
sebagai anak angkatnya.
Apabila nakhoda uzur, maka Si Tanggang telah di lantik sebagai
nakhoda kapal yang baru. Dia di panggil sebagai nakhoda Tanggang. Si
Tanggang cekap dan pandai berniaga . namanya mulai terkenal. Sultan di
negeri itu tertarik dengannya lalu menjemput dia ke istana.
Tidak lama kemudian Si Tanggang telah berkahwin dengan puteri
sultan. Si Tanggang telah membawa isterinya belayar ke banyak tempat di
merata negeri. Pada suatu hari, kapal yang di naiki Si Tanggang berlabuh di
muara sungai tempat asalnya.
Orang kampung mengetahui nakhoda itu ialah Si Tanggang. Mereka
segera memberi tahu orang tuanya . “Anak aku sudah pulang, Tanggang
sudah pulang.” Kata ibunya dengan gembira.

2
“Ya aku rindukan Si Tanggang. Khabarnya dia sudah kaya sekarang.”
Katanya lagi.
Dengan pertolongan seorang
pemuda, ibu Si Tanggang mengayuh
sampannya untuk berjumpa dengan
nakhoda Tanggang. Si ibu membawa
makanan kegemarannya iaitu pisang salai.
Apabila tiba di kapal, seorang pekerja
kapal melarang mereka naik. Seketika
kemudian Si Tanggang muncul bersama isterinya,” dia mengaku tuan
anaknya”. Jawab pekerja kapal. “betulkah dia ini ibu kanda?” Tanya si isteri.
Si Tanggang berasa malu mengaku untuk mengaku orang tua ibunya.
Kesusahan dan kemiskinan membuat ibunya kelihatan uzur dan daif sekali.”
Ibu kanda,oh tidak kanda tidak mempunyai ibubapa lagi.jangan benarkan
orang tua ini naik”.herdik Tanggang dengan perasaan marah.
“Oh Tanggang aku ibu mu. Ibu ada bawakan makanan kegemaranmu
pisang salai.”rayu si ibu.
“Pergi orang tua yang tidak sedar diri”. Mereka
pun pergi ketepi sungai dengan perasaan sedih.
Apabila tiba di tepi sungai, ibu Si Tanggang
memandang ke langit, sambil mengangkat tangan dia
berseru “Oh tuhan kau tunjukkankanlah kepada Si
Tanggang aku ibu kandungnya”.
Tiba-tiba petir berdentum, angin bertiup kencang, Si Tanggang berasa
takut dan kesal. Kapal yang di naiki Si Tanggang terumbang ambing. Dia tahu
tuhan telah memperkenankan doa ibunya. Dia akan menerima balasan
kerana tekah menderhaka kepada ibunya.
3
“Oh, ibu ampunkan Tanggang ibu!, Tanggang berdosa ibu, Tanggang
mengaku Tanggang anak ibu, ampukan Tanggang, ampunkan Tangganggg!”.

Akan tetapi segalanya sudah terlambat. Apabila angin bertiup kencang


itu sudah redha,kapal yang di naiki Si Tanggang menjadi batu. Pekerja-
pekerja kapal itu juga menjadi batu. Si Tanggang dan isterinya turut menjadi
batu.

…………..
Oleh itu kawan-kawan, pengajaran daripada cerita ini ialah:
1. Kita tidak boleh derhaka kepada ibu kita dan melawan kata-kata ibu kita
kerana sesungguhnya syurga itu terletak di bawah tapak kaki ibu.
2. Janganlah kita bersikap sombong dan bongkok kepada orang yang telah
berjsa kepada kita.
3.Kita hendaklah sentiasa bersyukur dengan setiap pemberian Tuhan..
Usahlah kita menjadi seperti kacang lupakan kulit.

Sebelum saya mengakhiri cerita ini, terimalah serangkap pantun:

Kalau ada sumur di ladang,


Boleh saya menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.
Sekian, terima kasih.

4
5

You might also like