You are on page 1of 3

6/3/2023 Novel

Novel yang saya kaji di tingkatan 2 ialah Meniti Impian, karya Osman Ayub. Terdapat

beberapa masyarakat dalam novel ini. Antaranya, masyarakat kampung yang hidup dalam

kemiskinan. Contohnya, Mak Kiah bekerja sebagai penoreh getah dan penganyam tikar. Selain itu,

masyarakat yang mengamalkan konsep bergotong-royong. Contohnya, penduduk kampung

bergotong-royong membantu Zahar mendirikan bengkel perabot. Tambahan pula, masyarakat yang

gigih berusaha tanpa jemu. Contohnya, Zahar gigih berusaha mempelajari dalam UKM dan akhirnya

berjaya mendirikan bengkel perabot sendiri.


6/3/2023 Ulasan

Berikut merupakan 5 langkah penjimatan elektrik. Antaranya, kita perlu menggunakan

mentol jimat tenaga seperti light-emitting diode (LED)kerana mentol tersebut lebih terang, dan juga

menggunakan elektrik yang sedikit pada masa yang sama. Selain itu, kita mesti tutup suis utama

televisyen dan computer kerana akan menyebabkan aliran elektrik. Tambahan pula, kita patut

pastikan pendingin hawa mempunyai kuasa kuda yang betul. Akhir sekali, kita mestilah sentiasa

pastikan semua suis elektrik di bilik-bilik yang tidak digunakan telah dimatikan untuk menjimatkan

elektrik Kesimpulannya, jimat mengguna elektrik boleh membawa banyak faedah kepada insan.
.
6/3/2023 Rumusan

Petikan membincangkan langkah-langkah untuk memupuk semangat cinta akan negara.

Antaranya, semangat boleh dipupuk melalui aktiviti kokurikulum di sekolah. Selain itu, pemupukan

semangat cinta akan negara mesti dilakukan secara berterusan sehingga amalan ini menjadi budaya

atau darah daging. Di samping itu, media massa juga patut menyiarkan dokumentari tentang

perjuangan kemerdekaan atau filem yang berunsurkan sejarah. Tambahan pula, pihak sekolah boleh

menjalankan program-program tentang patriotik. Akhir sekali, ibu bapa patut menjadi suri teladan

kepada anak-anak.

You might also like