You are on page 1of 2

Surat Kiriman Rasmi

Soalan : Bekalan Elektrik Sering Terputus

33, Kampung FanShu,


36000 Ipoh,
Perak.

Tuan Penyelia,
Bekalan Tenaga Kebangsaan,
Jalan FanShu,
36000 Ipoh.
Perak. 22 NOVEMBER 2010.

Tuan,

Aduan Tentang Bekalan Elektrik yang Sering Terputus

Merujuk kepada perkara di atas, saya mewakili penduduk Kampung FanShu, Iposh ingin
membuat aduan tentang bekalan elektrik yang sering terputus di kampong kami.

2. Bekalan elektrik di sini sering terputus terutama ketika waktu puncak iaitu bermula pada
pukul 8.00 pagi hingga 11.00 pagi. Perkara ini turut berlaku pada sebelah petangnya iaitu
bermula pada pukul 3.00 petang hingga 5.00 petang. Kadangkala berlaku juga gangguan
bekalan elektrik pada waktu malam.

3. Masalah gangguan bekalan elektrik yang berlaku hamper setiap hari menyukarkan
kelancaran kehidupan seharian kami. Para penduduk dihimpit kesusahan dan penderitaan.
Malah juga mengganggu perasaan kami.

4. Gangguan elektrik terutama pada waktu malam mendatangkan masalah kepada kami
kerana kebanyakan penduduk menikmati makan malam bersama keluarga ketika itu.
Ketiadaan bekalan elektrik menyebabkan kami sukar untuk menikmati hidangan pada waktu
malam. Para penduduk terpaksa menggunakan lilin bagi menerangi rumah mereka. Perkara
yang paling menakutkan kami ialah penggunaan lilin ini boleh menjadi punca berlakunya
kebakaran seterusnya boleh meragut nyawa penduduk kampong. Ini terbukti apabila Pak Ali
sekeluarga menjadi mangsa. Mereka tinggal sehei sepinggang apabila rumah mereka dijilat
api akibat penggunaan lilin. Kejadian ini berlaku ketika bekalan elektrik terputus.

5. Gangguan ini juga menyukarkan pekerjaan harian penduduk di sini. Hal ini kerana di
kampong kami terdapat tujuh buah kedai yang memerlukan bekalan elektrik yang konsisten
setiap hari. Namun apabila gangguan elektrik berlaku, timbullah masalah kepada peniaga.
Contohnya Encik Andy telah menanggung kerugian beratus-ratus ringgit kerana premis
beliau merupakan premis membuat kek dan roti. Apabila gangguan elektrik berlaku selama
dua jam, kek-kek dan roti yang sedang dimasak akan rosak.

6. Selain daripada itu, suri rumah juga menghadapi kesukaran untuk memasak dan
membasuh pakaian kerana kebanyakan daripada mereka menggunakan mesin basuh untuk
mencuci pakaian. Apabila masalah itu berlaku, mereka terpaksa mencuci pakaian dengan
tangan dan ini melambatkan kerja-kerja para suri rumah.

7. Bagi pengetahuan pihak tuan, pihak kami telah mengadukan hal yang sama kepada pihak
Bekalan Tenaga Kebangsaan ( BTK ) Jalan Mandin dua minggu yang lepas, namun tidak ada
apa-apa tindakan yang diambil oleh pihak berkenaan.

8. Namun begitu, masalah yang lebih mengecewakan penduduk kampung ini ialah tiang-
tiang kayu yang digunakan untuk menyokong talian kabel elektrik Bekalan Tenaga
Kebangsaan telah pun reput. Ada antaranya yang senget dan boleh mengancam nyawa
penduduk kampung. Suatu kejadian pernah berlaku apabila dua batang tiang kayu telah
patah dan hamper-hampir menghempap ruman Puan Alice. Mujurlah beberapa pekerja
Bekalan Tenaga Kebangsaan telah mengambil tindakan segera dengan memotong tiang
tersebut. Jika tindakan tersebut lambat diambil saya percaya rumah Puan Alice akan ranap
dalam sekelip mata sahaja.

9. Oleh it kami amat berharap agar pihak tuan dapat menyelesaikan masalah ini dengan
segera. Hal ini kerana penduduk kampung ini sudah tidak sabar-sabar lagi untuk menikmati
bekalan elektrik yang konsisten sepanjang hari.

10. Akhir kata, kami berharap agar perkara ini dapat diselesaikan dengan segera. Perhatian
dan kerjasama daripada pihak tuan amat kami harapkan.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

X
(ANDY LAU CHUN WAI)
Ketuan Masyarakat Kampung FanShu

You might also like