You are on page 1of 1

Pengenalan Kibod - Kibod

Article Index
Pengenalan Kibod
Kibod
All Pages
Page 2 of 2
Cara kibod beroperasi berbeza di antara jenis-jenis model ciptaannya. Jenama kibod yang biasa digunakan
serta terkenal ialah seperti YAMAHA, CASIO RHODES, TECHNICS dan KORG. Ada beberapa lagi
jenama kibod yang harganya tidaklah mahal sekadar menyebut sebilangannya mampu dimiliki oleh
seseorang yang ada minat dalam bidang muzik. Mengikut klasifikasi, alat-alat muzik keyboard terbahagi
kepada tiga jenis iaitu kordofon, aerofon dan elektrofon. Antara alat-alat muzik keyboard ialah piano, organ,
piano akordian dan synthesizer. Terdapat juga kibod yang memerlukan alat pembesar suara (speaker) untuk
dimainkan dan ada jenis model yang sudah dibina pembesar suara (speaker) di dalam kibod itu sendiri.
Piano
Antara alat muzik keyboard yang paling popular ialah piano. Piano pertama telah dibuat di Florence, Itali
pada tahun 1700 oleh Bartolommeo Cristofori. Beliau mendapat ilham untuk mencipta piano dengan
mengambil contoh alat harpsikord yang begitu popular pada masa itu. Walau bagaimanapun, piano
mengambil masa seratus tahun untuk mengatasi populariti harpsikord. Terdapat dua jenis piano yang sering
dimainkan iaitu grand piano dan piano tegak. Untuk persembahan muzik profesional, grand piano menjadi
pilihan kerana bunyinya yang lebih besar. Piano tegak selalunya digunakan sebagai alat muzik yang
dimainkan di rumah.
Piano moden mempunyai papan jejari dalam lingkungan tujuh oktaf yang membolehkan pemain piano
memainkan muzik seperti sebuah orkestra. Dalam apa-apa muzik sekalipun sama ada jaz, pop rock mahupun
klasikal, piano tetap menpunyai kedudukan sebagai alat muzik terpenting kerana kemampuannya menjadi
alat melodi dan juga iringan.
Organ
Organ terbahagi kepada dua klasifikasi. Organ jenis aerofon ialah organ berpaip yang biasanya digunakan di
gereja. Ia menggunakan kuasa angin yang dipam melalui paip-paip khas. Jenis yang kedua ialah organ
eletrofon atau moden yang menggunakan kuasa elektrik untuk meghasilkan bunyi. Organ ini lebih ringan,
mudah alih dan jauh lebih murah berbanding dengan organ aerofon. Ini menjadikannya alat muzik yang
sesuai untuk persembahan konsert serta digunakan di gereja kerana kemampuannya meniru bunyi yang
hampir sama dengan organ paip.
Pada sekitar tahun 1930 an di Amerika Syarikat, organ elektrik yang paling popular ialah organ harmonium.
Ketika era muzik rock dan blues pada tahun 1960 an, muncul pula organ elektronik. Organ elektronik
meggunakan kaedah litar elektronik yang lebih mudah untuk menghasilkan bunyi. Hasilnya, organ ini lebih
kecil saiznya serta mudah alih selain harganya yang murah. Organ jenis ini menjadi alat muzik kegemaran
pemuzik-pemuzik kontemporari.
Apa Kelebihannya Kibod?
Kelebihan utama kibod ialah keupayaannya berfungsi sebagai alat muzik All in One dan menjadi begitu
canggih serta menakjubkan dunia muzik hari ini. Semua kibod adalah kromatik dan dilengkapi dengan
pelbagai warna ton serta renj pic yang baik. Melodi dan harmoni boleh dimainkan secara serentak diiringi
dengan automatik bassnya. Antara kelebihan kibod ialah;

You might also like