You are on page 1of 12

BUKU SKRAP

ALATAN
MUZIK

Nama: Gananatt A/L Gobi


Kelas: 1 Bestari
Simbal

Perkataan simbal berasal daripada perkataan Latin


cymbalum yang merupakan pelatinan perkataan
Yunani kymbalon yang berasal daripada kymbē
yang bermaksud cawan atau mangkuk. Simbal
sudah wujud sejak zaman kuno. Badan simbal
memainkan peranan besar dalam penghasilan
bunyinya.
Marimba

Marimba ialah suatu alat muzik perkusi getaran yang


mempunyai 1 set kepingan kayu atau bahan buatan
yang dipukul dengan pemukul (atau "pemalu")
berkepala benang atau getah untuk menghasilkan nada
muzik. Ia dicipta pada tahun 1910 di Amerika Syarikat.
Muzik marimba moden memerlukan penggunaan
serentak antara 2 hingga 4 pemukul untuk
membolehkan pemain memainkan kod atau muzik
yang mempunyai lompatan jeda berjarak jauh dengan
lebih senang.Ia biasanya didengari bersendirian, atau
dalam kumpulan kecil, atau dalam jazz.
Xilofon

Xilofon ialah alat muzik yang merupakan sebahagian keluarga perkakasan


genderang (percussion). Ia termasuk dalam kumpulan yang dikenali sebagai
genderang tala (tuned percussion) kerana ia boleh memainkan nota pic
berlainan. Xilofon mempunyai palang yang dibuat daripada kayu. Xilofon
dimainkan dengan memukul palang dengan pemukul (seperti tukul). Setiap
kepingan kayu mempunyai panjang berbeza, dengan itu setiap satu memainkan
nota berlainan apabila dipukul. Palang diatur seperti kekunci piano. Di bawah
palang terdapat tiub panjang, dikenali sebagai penyalun, yang menguatkan
bunyi.
Xilofon orkestra moden dikembangkan dari xilofon yang datang dari Afrika dan
Asia. Ia digunakan sebagai peralatan muzik orang kebanyakan bagi negara di
tengah Eropah.

Xilofon biasanya dimainkan supaya bunyi muzik satu oktaf lebih tinggi dari
yang ditulis. Kerana bunyinya agak pendek, xilofon biasanya digunakan bagi
nada solo pendek yang pantas dan kering.

Glockenspiel

Glockenspiel mengkhusus kepada pic tinggi, dan biasanya merangkumi


2.5 hingga 3 oktaf, tetapi juga boleh mencapai 3.5 oktaf. Apabila
digunakan dalam kumpulan pancaragam atau tentera, tiangnya
kadang-kadang diletakkan dalam bekas mudah alih dan dipegang
secara menegak, kadang-kadang dalam bingkai berbentuk lyre.
Sepasang pemukul keras yang tidak dilipat lazimnya berserta kepala
pemukulnya diperbuat daripada plastik atau logam digunakan untuk
memukul tiangnya, namun kepala pemukul juga boleh diperbuat
daripada getah. Glockenspiel agak terkenal dan muncul dalam hampir
semua genre muzik. Alat muzik lain yang berfungsi dengan cara
pemukulan sama seperti glockenspiel termasuk marimba dan vibrafon.
Di United Kingdom, Amerika Syarikat dan Kanada, terdapat sejenis
glockenspiel yang dipanggil lyra-glockenspiel.

Gong

Gong merupakan sejenis alat muzik 'idiophone' yang berasal dari


Asia Selatan dan Asia Tenggara. Gong telah wujud semenjak
zaman gangsa lagi dari Yunani. Gong juga dimainkan bagi
mengiringi permainan wayang kulit di Indonesia. Gong
merupakan alatan penting yang berperanan sebagai bunyi tulang
belakang dalam essemble persembahan muzik gamelan.
Gong terdiri daripada pelbagai saiz untuk menghasilkan bunyi
yang berbeza setiap satunya dan dimainkan bersama-sama
mengikut rentak lagu. Kebiasannya, 1 atau 2 drum turut
dimainkan serentak untuk mempelbagaikan irama muzik yang
lebih unik.

Gamelan

Perkataan "gamelan" berasal daripada perkataan Jawa "gamel",


bermaksud memukul ataupun tukul. Muzik gamelan biasanya
dimainkan dalam majlis formal dan tidak formal di istana dan untuk
mengiringi joget Pahang. Pemuzik gamelan terdiri daripada lelaki
seramai sembilan orang dan penarinya adalah wanita seramai enam
orang. Alatan muzik yang digunakan ialah  Gong Agong, Gong
Sawokan,  Gendang Ibu,  Gendang Anak,  Saron Pekin, Saron Baron I
dan Saron Baron II,  Gambang  serta juga  Kenong.
Tuning dan pembuatan orkes gamelan adalah suatu proses yang
kompleks. Gamelan menggunakan empat  sistem tuning,
iaitu  sléndro,  pélog, "Degung" (khusus daerah Sunda, atau  Jawa Barat),
dan "madenda" (juga dikenali sebagai diatonis hare, sama seperti  skala
minor asli  yang banyak dipakai di  Eropah.

Theremin

Theremin thereminophone atau termenvox/thereminvox ialah sejenis


alat muzik elektronik di mana bunyi muzik dihasilkan tanpa
melibatkan sentuhan pemainyang menggunakannya. Ia dicipta dan
dipatenkan Léon Theremin, seorang jurutera Soviet pada tahun
1928; ia merupakan hasil penyelidikan berkaitan pengesan
kedekatan dalam bidang ketenteraan oleh pemerintah Soviet setelah
meletusnya Perang Saudara Rusia pada ketika itu.
Bunyi dihasilkan alat ini sering kedengaran mengilai-ngilai maka ia
sering digunakan dalam runut bunyi dan muzik tema dalam
produksi bergenre cereka sains atau seram - baik filem atau
rancangan televisyen bersiri - untuk menimbulkan ambiens ngeri
dan takut dalam kalangan penonton yang mendengar.

Marakas

Marakas adalah sepasang alat muzik jenis perkusi terdiri dari bekas


berisi butiran biji atau manik digoncang-goncangkan
mengeluarkan bunyi berdesir atau menggersik. Ia dimainkan dalam
muzik banyak genre dari rantau Caribbean, Amerika
Latin (seperti rumba) malah juga di alam
Melayu Nusantara (seperti ghazal, zapin dan dikir barat). Alat ini
dibuat dari kayu atau tempurung kelapa malah juga buah labu yang
dikeringkan; alat marakas moden boleh dihasilkan daripada plastik.
Alat ini mula digunakan dalam kalangan masyarakat peribumi yang
menduduki Amerika Selatan terutamanya dalam kalangan orang
Tupinambá di pesisiran Brazil serta orang Guarani (yang memberi
nama mbaracás dalam bahasa mereka) dan penduduk
sepanjang sungai Orinoco untuk tujuan kepawangan atau
menyembuhkan orang sakit.

Kerincing

Kerincing ialah sebuah alat perkusi atau alat muzik


jenis idiofon Alat ini terdiri daripada sebatang
logam dibentuk menghampiri suatu segi
tiga dengan salah satu bucunya terbuka dengan
hujung tiangnya tidak bersentuhan.
Alat ini dikembangkan dari sistrum yang wujud
pada zaman Mesir Purba dimainkan untuk tujuan
keagamaan.

Sompoton

Sompoton ialah suatu alat tiup berupa erofon yang


dimainkan dalam kalangan masyarakat Kadazan-
Dusun dan Murut dari Sabah, utara pulau Borneo. Bahan
asas ia diperbuat daripada labu air yang dikeringkan
iaitu korobu. Labu ini ditebuk lubang memuatkan sebanyak
lapan batang buluh kecil berbagai panjang
dipanggil sumbiling disusun dan diikat dalam dua lapisan
menggunakan rotan - salah satu batang ini bertindak
sebagai pengapit yang memberi imbangan kepada
keseluruhan binaan ayat tanpa perlu mengeluarkan bunyi .

You might also like