You are on page 1of 4

MZ T5

UNIT 1: WASPADA SELALU

Dinamik – p (lembut) dan f (kuat)

 Dinamik merupakan kekuatan sesuatu bunyi.

 p (lembut): p merupakan singkatan bagi perkataan piano yang bermaksud lembut

di mana sesuatu bunyi itu kedengaran lembut.

 f (kuat): f merupakan singkatan bagi perkataan forte yang bermaksud kuat di

mana sesuatu bunyi itu kedengaran kuat.

LATIHAN

Tandakan ( p ) bagi DINAMIK LEMBUT dan ( f ) bagi DINAMIK KUAT.

1 2
( ) ( )

3 4
( ) ( )

MZ T5
MARI MENYANYI

LAGU: WASPADA SELALU

Aku prihatin dan bijaksana

Jaga diri waspada selalu

Walau di mana aku berada

Lindungi diri sangat perlu

Peralatan elektrik bukan mainan

Perlulah diasingkan ubat dan

racun

Pisau dan gunting yang tajam

Jangan biar tak disimpan

Keselamatan diriku diutamakan

LATIHAN

Sila jawab soalan-soalan berikut berdasarkan lagu di atas.

1. Apakah tajuk lagu di atas?

2. Apakah yang perlu diasingkan?

3. Pisau dan gunting adalah .

4. Adakah peralatan elektrik merupakan mainan? ( Ya / Tidak )

5. Mengapakah keselamatan diri perlu diutamakan?

MZ T5
Alat Muzik Perkusi

Jom kenal alat-alat muzik perkusi.

1 2

kastanet kerincing

3 4

dram bes tamborin

LATIHAN

Sila jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan alat-alat muzik perkusi di atas.

1. Namakan 2 alat muzik yang diperbuat daripada kayu.

2. Namakan 1 alat muzik yang mempunyai kulit.

3. Namakan 1 alat muzik yang diperbuat daripada besi.

MZ T5

You might also like