You are on page 1of 12

Nota

Sirah & Adab


Nur Ain Amirah (4K6)
1. Kerajaan Uthmaniyah
⟢ Dinamakan sempena nama pengasasnya, Uthman bin Ertughrul.
⟢ Tempoh pemerintahan: 1299 - 1924 M
⟢ Kawasan pemerintahan: Sebahagian besar benua Asia, Eropah & Afrika
⟢ Pusat pemerintahan: Sogut » Bursa » Edirne » Istanbul
⟢ Bilangan pemerintah: 37 orang

Uthman bin Ertughrul


⟢ Pemerintah pertama
⟢ Tempoh pemerintahan: 27 tahun
⟢ Lahir: 1258 M, Mangkat: 1326 M
⟢ Sumbangan: - Menyatukan wilayah Anatolia Selatan selepas ditinggalkan
Byzantine.
- Mengisytihar kemerdekaan Anatolia daripada Kerajaan Saljuk.
- Mengasas Kerajaan Uthmaniyah.

Murad I bin Urkhan


⟢ Pemerintah ketiga
⟢ Tempoh pemerintahan: 30 tahun
⟢ Lahir: 1325 M, Mangkat: 1388 M
⟢ Sumbangan: - Membentuk pasukan Janissary.
- Memoden angkatan tentera laut.
- Menjadikan Edime sebagai ibu negara.

Muhammad Al-Fatih bin Murad II


⟢ Pemerintah ketujuh
⟢ Tempoh pemerintahan: 31 tahun
⟢ Lahir: 1429 M, Mangkat: 1481 M
⟢ Sumbangan: - Membuka kota Constantinople pada 1453 M.
- Menyatukan empayar di utara Balkan bagi mengelak serangan
Hungary.
- Mewakaf Aya Sophia sebagai masjid & membina kompleks Al-Fatih.

Sulaiman Al-Qanuni bin Sulaiman I


⟢ Pemerintah kesepuluh
⟢ Tempoh pemerintahan: 48 tahun
⟢ Lahir: 1494 M, Mangkat: 1566 M
⟢ Sumbangan: - Membuka Belgrade.
- Membuka Algeria & Tunisia.
- Menyusun undang-undang yang dikenali sebagai Kanunname.
- Mengadakan hubungan diplomatik dengan Perancis.
1. Kerajaan Uthmaniyah
Faktor Kegemilangan
⟢ Pendidikan:
- Pemerintah berperanan dengan berkesan sebagai ketua tentera, ketua agama &
hakim tertinggi.
- Pemerintah menyelaras pemerintahan & keagamaan, dibantu pegawai pentadbiran.
- Penguasaan Selat Dardanelles & Bosporus, laluan antara benua Eropah & Asia.

⟢ Keilmuan:
- Menjadikan masjid pusat perkembangan ilmu sehingga mencapai kedudukan yang
tinggi dalam ilmu pengetahuan, pembangunan, falsafah, seni bina & teknologi.
- Menaik taraf & membina institusi masjid seperti Masjid Kasbah di Algeria untuk
merancak aktiviti keagamaan.

⟢ Sosial:
- Penjagaan kebajikan rakyat menerusi bantuan kepada golongan memerlukan.
- Sisitem wakaf sistematik meliputi keperluan asas, pendidikan & kesihatan.

⟢ Ketenteraan
- Tentera mempunyai semangat jihad tinggi.
- Menyelaras sistem kenaikan pangkat, imbuhan & kelengkapan senjata.

Faktor Kemerosotan
⟢ Teknologi ketenteraan ketinggalan berbanding kuasa Barat sehingga kalah dalam
perang.
⟢ Kemerosotan ekonomi & beban hutang negara yang banyak.
⟢ Gerakan menuntut kemerdekaan daripada wilayah-wilayah.
⟢ Kelemahan sistem pendidikan menyebabkan kekurangan tenaga mahir.
⟢ Persaingan politik dalaman istana & perebutan kuasa antara putera-putera raja.

Iktibar
⟢ Memilih pemimpin yang berwibawa supaya urusan pentadbiran berjalan lancar.
⟢ Memperbanyak penerokaan ilmu agar mampu bersaing di peringkat antarabangsa.
⟢ Menghayati semangat cinta akan negara agar rela berkorban mempertahankannya
daripada serangan musuh.
⟢ Berpegang pada ajaran Islam supaya hidup diberkati Allah.
⟢ Menolak campur tangan asing untuk menjaga kedaulatan negara.
2. Keunggulan Tokoh Islam
Salahuddin Al-Ayyubi
⟢ Nama penuh: Yusuf bin Ayyub bin Shazi
⟢ Lahir: 532 H, Meninggal dunia: 589 H
⟢ Jawatan: Pemerintah Kerajaan Al-Ayyubiyah
⟢ Ketinggian akhlak: - Menghormati para ulama'.
- Berani mempertahankan agama.
- Prihatin terhadap kebajikan rakyat.
⟢ Guru yang terkenal: Ibnu Asakir Al-Dimashqi (Ali bin Al-Hasan bin Hibatullah)
⟢ Sumbangan:
1. Ketenteraan: Membebaskan Baitul Maqdis daripada penguasaan tentera salib.
2. Keilmuan: Mengembalikan semula pegangan akidah ahli Sunnah Waljamaah
dalam sistem pendidikan.
3. Pentadbiran: - Mengubah sebuah dewan di istana kepada hospital.
- Sebuah gedung ubatan disediakan bagi membolehkan ubat
diagihkan mengikut gred yang ditetapkan kepada pesakit.

Hassan Al-Banna
⟢ Nama penuh: Hassan bin Ahmad bin Abdul Rahman Muhammad Al-Banna
⟢ Lahir: 25 Sya'ban 1323 H, Meninggal dunia: 1368 H
⟢ Jawatan: Mursyid Al-'Am bagi gerakan Ikhwanul Muslimin
⟢ Ketinggian akhlak: - Memuliakan orang-orang yang warak & soleh.
- Gigih menggerakkan usaha dakwah.
- Berlapang dada apabila terdapat perbezaan pandangan.
⟢ Guru yang terkenal: - Ahmad bin Abdul Rahman Al-Banna
- Sheikh Muhammad Zahran
⟢ Sumbangan:
1. Karya: - Muzakirat Ad-Da'wah Wadda'iyah
- Risalah At-Ta'alim
- Al-Ma'thurat
2. Organisasi: Mengasaskan pertubuhan Ikhwanul Muslimin
3. Murid yang mahsyur: - Sayyid Qutb
- Hassan Al-Hudaybi
- Yusuf Al-Qaradawi
- Mustafa As-Siba'i
2. Keunggulan Tokoh Islam
Ahmad bin Ibrahim
⟢ Nama penuh: Ahmad bin Muhammad Ibrahim
⟢ Lahir: 15 Mei 1916, Meninggal dunia: 17 April 1999
⟢ Gelaran: Professor Emeritus Tan Sri Dr.
⟢ Pekerjaan: - Pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
- Hakim mahkamah rayuan & syariah
⟢ Ketinggian akhlak: - Suka menyebarkan ilmu.
- Menjaga etika keadilan ketika mengendalikan kes perbicaraan.
⟢ Tahap pendidikan: - Victoria Bridge School, Singapura
- Raffles Institution, Singapura
- Raffles College, Singapura
- University of Cambridge
⟢ Sumbangan:
1. Karya: - Buku-buku undang-undang keluarga Islam di Malaysia
- Pelopor jurnal hukum
- Buku berkaitan undang-undang Malaysia (Sistem Undang-undang
Malaysia & Islamic Law in Malaysia)
2. Kehakiman: Hakim mahkamah rayuan & syariah
3. Perundangan: - Anggota panel pengasas kuliah undang-undang di UIAM
- Pengasas dan penggubal enakmen undang-undang Islam (hudud
& qisas) Kelantan pada tahun 1991

Iktibar
⟢ Mencontohi kegigihan tokoh dalam menuntut ilmu sebagai bukti kecintaan
terhadap ilmu.

⟢ Cekal menyebarkan dakwah agar masyarakat dapat memahami Islam yang


sebenar.

⟢ Menyebarkan ilmu & kepakaran yang dimiliki agar dapat memberi manfaat kepada
agama, bangsa & negara.

⟢ Berusaha menjadi insan yang lebih berkualiti supaya dapat berbakti kepada
masyarakat & negara.

⟢ Bekerjasama dalam pembangunan negara supaya negara dihormati di peringkat


antarabangsa.
3. Adab Terhadap OKU
⟢ Ibadah:
- Menyediakan kemudahan kepada mereka untuk melakukan ibadah dengan
selesa.
- Membantu mereka dengan memberikan tunjuk ajar mengenai urusan ibadah.

⟢ Emosi:
- Memberikan layanan dengan penuh kasih sayang.
- Tidak mengejek & menghina mereka.

⟢ Fizikal:
- Memastikan kemudahan asas yang disediakan untuk mereka tidak
disalahgunakan.
- Menyediakan ruang & memberikan peluang kepada mereka sesuai
dengan keperluan mereka.

Hikmah
⟢ Menimbulkan rasa dihargai dalam diri orang kurang upaya kerana mendapat
perhatian & keistimewaan.

⟢ Memupuk sifat kebersamaan terhadap semua golongan masyarakat agar perpaduan


dapat diwujudkan.

⟢ Melahirkan rasa syukur kerana diberikan fizikal & mental yang sempurna.

⟢ Memudahkan orang kurang upaya melakukan urusan harian.


4. Bersikap Benar Menjauhkan Kemunafikan
⟢ Maksud bersikap benar: Tidak berdusta dari segi perkataan, perkhabaran &
perbuatan.
⟢ Hukum: Wajib

Tuntutan Bersikap Benar


⟢ Benar dalam tutur kata: - Tidak berbohong dalam semua keadaan.
- Memelihara diri daripada mengeluarkan lafaz yang
mendatangkan dosa & mengelirukan.

⟢ Benar dalam niat & kemahuan: - Niat ikhlas kerana Allah.


- Niat untuk membuat kebaikan semata-mata.

⟢ Benar dalam keazaman & cita-cita: - Bertindak mencapai apa yang dicita-citakan.
- Tindakan seiring dengan keazaman.

⟢ Benar dalam tugas: - Melakukan tugas tanpa mengharapkan balasan.


- Melakukan tugas dengan cara terbaik.

⟢ Benar dalam menepati janji: - Berjanji dengan apa yang mampu ditunaikan.
- Menunaikan apa yang telah dijanji.
- Melaksanakannya tepat dengan apa yang dijanji.

Contoh Rasulullah SAW Bersikap Benar


⟢ Rasulullah menyampaikan wahyu Allah kepada umat manusia dengan bersifat
benar. Baginda tidak menokok tambah ayat yang disampaikan. Ajaran Islam yang
disebarkan juga tidak mengikut kehendak & pendapat peribadi baginda kerana
setiap tutur katanya berdasarkan wahyu Allah.

⟢ Terdapat sebilangan orang yang suka bergurau tetapi tidak berkata benar. Mereka
berasa seronok bergurau dengan cerita palsu. Rasulullah juga pernah bergurau,
namun baginda sentiasa bersikap benar. Al-Hassan RA menceritakan bahawa
seorang perempuan tua telah datang berjumpa Rasulullah supaya baginda
mendoakannya agar masuk ke syurga. Baginda pun memberitahunya bahawa orang
tua tidak akan masuk ke dalam syurga. Wanita itu terus berlalu pergi sambil
menangis. Lalu, Rasulullah bersabda;

Maksudnya: Kamu beritahulah kepadanya bahawa sesungguhnya dia tidak akan


masuk syurga dalam keadaan tua. sesungguhnya Allah Taala berfirman:
"Sesungguhnya kami ciptakan wanita-wanita penduduk syurga itu secara langsung,
di mana kami menjadikan mereka gadis-gadis yang penuh dengan cinta (kepada
suami masing-masing) & sebaya umurnya."
5. Khauf (‫ & )ﺧﻮف‬Raja' (‫)رﺟﺎء‬
⟢ Maksud khauf: Takut kepada kemurkaan & azab Allah dengan menjauhi segala
larangan.

⟢ Maksud Raja': Mengharapkan keredhaan Allah dengan melaksanakan segala


perintah-Nya.

Konsep Khauf & Raja' Yang Seimbang


⟢ Rasa takut kepada Allah hendaklah diiringi dengan tindakan yang selari dengan
syarak.

⟢ Seseorang yang mengharapkan keredhaan Allah hendaklah melakukan amal


ibadah & menjauhi perbuatan maksiat.

⟢ Ganjaran syurga dapat menjadi motivasi untuk seseorang itu mendekatkan diri
kepada Allah.

⟢ Perasaan khauf terhadap balasan neraka akan menjadi benteng daripada keinginan
melakukan maksiat.

⟢ Perasaan raja' akan mendorong seseorang untuk berlumba-lumba melakukan


ibadah tanpa putus asa terhadap rahmat Allah.

⟢ Khauf & raja' hendaklah berpaksikan husnuzon kepada Allah.


6. Tawaduk Menzahirkan kesucian Jiwa
⟢ Maksud tawaduk: Sikap kerendahan hati kepada Allah & sesama manusia.

Contoh Sifat Tawaduk Yang Diamalkan Rasulullah


⟢ Tawaduk Dalam Pergaulan:
Baginda bersifat tawaduk ketika bergaul, terutamanya dengan kanak-kanak.
Walaupun baginda berkedudukan mulia, baginda tidak sombong dengan
kedudukannya. Sebaliknya, baginda menghormati & menyayangi kanak-kanak.
Baginda sentiasa bersikap lemah lembut & menunjukkkan kasih terhadap mereka.
Anas bin Malik RA meriwayatkan bahawa Rasulullah selalu menyantuni kanak-
kanak dengan mendahulukan ucapan dengan salam ketika bertemu & membelai
rambut mereka dengan perasaan kasih sayang.

⟢ Tawaduk Dalam Kehidupan Rumah Tangga:


Baginda bersama-sama membantu isteri melayani keluarga & menguruskan rumah
tangga. Urwah bin Zubair RA berkata seseorang bertanya kepada Saidatina Aisyah
RA, "Adakah Rasulullah bekerja di dalam rumah baginda?" Lalu Aisyah menjawab,
"Rasulullah menampal selipar, menjahit pakaian, & melaksanakan tanggungjawab
dalam rumah tangga seperti mana yang dilakukan oleh orang lain."

⟢ Tawaduk Dalam Makan & Minum:


Baginda tidak pernah mencela makanan yang disediakan untuk baginda. Jika
baginda menyukainya, baginda akan memakannya. Dan apabila baginda tidak
menyukainya, baginda meninggalkannya. Baginda tidak menzahirkan perasaannya,
sebaliknya hanya berdiam.
7. Istiqamah Jalan Menuju Mujahadah
⟢ Maksud istiqamah: Ketaatan yang berterusan dalam melaksanakan suruhan Allah
& menjauhi larangan-Nya.

Cara Memiliki Sifat Istiqamah


⟢ Bermujahadah melawan hawa nafsu agar berterusan mengamalkan sifat
mahmudah.

⟢ Berdoa memohon bantuan Allah agar dapat melaksanakan segala suruhan


dan meninggalkan segala larangan secara berterusan.

⟢ Membaca & mengambil iktibar daripada kisah para Rasul yang istiqamah
melakukan kebaikan.

⟢ Muhasabah diri agar ikhlas & sabar dalam setiap tindakan.

⟢ Mempelajari ilmu dengan istiqamah supaya menjadi amalan dalam kehidupan.

⟢ Berkawan dengan rakan yang berdisiplin dalam melakukan kebaikan.

Contoh Sifat Istiqamah Yang Diamalkan Rasulullah


⟢ Istiqamah Dalam Ibadah:
Baginda tidak jemu memohon keampunan daripada Allah walaupun baginda
seorang yang maksum. Abu Hurairah RA mengatakan bahawa beliau mendengar
Rasulullah bersabda: "Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar & bertaubat
kepada Allah lebih daripada 70 kali setiap hari."

⟢ Istiqamah Dalam Berdakwah:


Baginda tetap berdakwah menyebarkan islam walaupun menghadapi pelbagai
kesusahan & ancaman. Sifat istiqamah baginda dalam berdakwah terserlah melalui
ketegasan baginda yang tidak akan meninggalkan usaha dakwah walaupun
digantikan dengan kesenangan dunia.
8. Wasatiyyah Menjamin Kecemerlangan Umat
⟢ Maksud: Pendekatan yang sederhana, seimbang, adil & cemerlang dalam setiap
tindakan.

Kesederhanaan
⟢ Melakukan sesuatu dengan sempurna, tidak melampaui batas & mematuhi syarat.
⟢ Aspek: - Menunaikan tugas dengan sempurna & penuh tanggungjawab.
- Memenuhi syarat dalam menunaikan tugas, mematuhi arahan & prosedur
dalam menjalankan amanah.
- Melaksanakan tugas sebagai hamba Allah & khalifah di muka bumi.

Keseimbangan
⟢ Memenuhi keperluan rohani, jasmani & akal secara sempurna dalam semua
keadaan.
⟢ Aspek: - Rohani: Melaksanakan ibadah fardhu & sunat dengan istiqamah,
menghayati Al-Quran & berzikir dengan bersungguh-sungguh, serta
melakukan ibadah dengan ikhlas.
- Jasmani: Mengambil makanan yang baik & seimbang, berehat setelah penat
bekerja, serta memenuhi keperluan biologi & fitrah manusia.
- Aqli: Menjauhi barang larangan yang boleh merosakkan akal seperti dadah
& arak, menggunakan akal sebaik-baiknya untuk menimba ilmu, serta
menggunakan akal untuk memajukan diri & masyarakat serta
meningkatkan pembangunan negara.

Keadilan
⟢ Meletakkan sesuatu sesuai dengan suasana, masa & tempat.
⟢ Aspek: - Menunaikan hak kepada mereka yang berhak menerimanya.
- Mengambil pendekatan pertengahan & seimbang secara hikmah antara 2
perkara yang ekstrim.

Kecemerlangan
⟢ Pendekatan yang terbaik dalam melakukan kebaikan & mencegah kemungkaran
serta berkeyakinan teguh pada Allah.
⟢ Ciri umat cemerlang:
- Melakukan kebaikan seperti memakmurkan bumi, membangunkan negara &
membasmi kemiskinan.
- Mencegah kezaliman, kefasikan & kekejaman.
- Menggunakan kekayaan di dunia untuk mendapatkan keredhaan Allah.
- Melakukan semua tugas & pekerjaan dengan ikhlas kerana Allah.
9. Sifat Mazmumah Meracuni Hati
⟢ Maksud mazmumah: Sifat dan tingkah laku keji yang berlawanan dengan syarak.

Riak
⟢ Maksud: Melakukan amalan untuk dilihat & dipuji oleh orang lain.
⟢ Contoh: - Hanya melaksanakan solat sunat jika berada di hadapan orang.
- Bersedekah kerana mengharapkan pujian manusia.

Ujub
⟢ Maksud: Berasa bangga dengan amalan & kelebihan yang ada pada diri sendiri.
⟢ Contoh: - Berasa bangga dengan kehebatan ilmu yang dimiliki.
- Berasa diri lebih soleh berbanding orang lain.

Hasad
⟢ Maksud: Perasaan dengki melihat kelebihan orang lain & berharap supaya
kelebihan tersebut hilang daripadanya.
⟢ Contoh: - Berasa dengki dengan rakan yang memiliki kekayaan harta atau pangkat
& berharap agar dia jatuh miskin.
- Berasa cemburu dengan rupa paras seseorang & berharap agar dia
menjadi cacat.

Cara Meninggalkan Sifat Mazmumah


⟢ Mengamalkan sifat mahmudah & menjauhi sifat mazmumah.
⟢ Muhasabah diri agar terhindar daripada sifat mazmumah.
⟢ Mengawal keinginan nafsu yang suka akan kemegahan dunia seperti harta, pangkat
& jawatan.
⟢ Berzikir kepada Allah untuk menyucikan jiwa seperti beristighfar & bertasbih.
⟢ Mencontohi akhlak mulia para Rasul & sahabat dalam kehidupan,
⟢ Bersahabat dengan rakan yang berakhlak mulia agar sentiasa istiqamah
mengamalkan sifat mahmudah.

You might also like