You are on page 1of 7

KERTAS KERJA

PROJEK MENCERIAKAN BILIK MASAKAN


SMK TUN ISMAIL

TAHUN 2023

TARIKH
25 – 27 MEI 2023

TEMPAT
BILIK MASAKAN SMK TUN ISMAIL

ANJURAN
PELAJAR SAINS RUMAH TANGGA
1.0 PENGENALAN

Bilik Masakan SMK Tun Ismail ini sering digunakan oleh pelajar – pelajar Sains Rumah
Tangga untuk aktiviti pembelajaran dan pelaksanaan amali. Aktiviti untuk menceriakan semula
bilik masakan adalah selari dengan kehendak serta keperluan semasa dan memenuhi tahap
keselamatan bilik masakan. Selain itu, pengubahsuaian ini akan dapat meningkatkan keselesaan
kepada pelajar yang menggunakan bilik masakan ini.

2.0 OBJEKTIF AKTIVITI

2.1 Meningkatkan keselesaan kepada pelajar-pelajar Sains Rumah Tangga.


2.2 Menyediakan kemudahan yang baik dan selesa kepada pelajar – pelajar Sains Rumah
Tangga.
2.3 Memupuk kerjasama dalam kalangan pelajar.
2.4 Memupuk idea yang kreatif antara pelajar.
2.5 Menunjukkan bakat pelajar dalam kegiatan seni.

3.0 PELAKSANAAN AKTIVITI

Tarikh : 25 -27 Mei 2023


Tempat : Bilik Masakan SMK Tun Ismail
Tema : Aktiviti Menceriakan Bilik Masakan Sains Rumah Tangga

4.0 KUMPULAN SASARAN

Pelajar Tingkatan 4 Sains Rumah Tangga.


5.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA

5.1 Jawatankuasa Induk


Penyelaras : Cik Nur Shafiqa Fateha Binti Zaini
Pengurus Program : Nurein Nazifa Binti Abdul
Setiausaha : Hannan Fadhliana Binti Mohd Fadili
Bendahari : Nur Najihah Binti Riziswandi

5.2 Jawatankuasa Pelaksana

Jawatankuasa Nama Perincian Tugas

1. Membantu pengurus program


menyusun dan
menyelaraskan aktiviti.
Penyelaras Cik Nur Shafiqa Fateha 2. Merangka format
Binti Zaini dokumentasi,laporan aktiviti
3. Membantu bendahari
menyediakan anggaran
pembelanjaan

1. Menguruskan perjalanan
Pengurus Program Nurein Nazifa Binti Abdul aktiviti
2. Memberikan Taklimat
3. Berbincang dengan
penyelaras dalam
menyediakan aturcara aktiviti
1. Berhubung dengan semua
ahli Jawatankuasa untuk
mendapatkan maklumat
semasa aktivit dijalankan.
2. Memastikan dokumentasi
Setiausaha Hannan Fadhliana Binti
siap dalam tempoh dua
Mohd Fadili
minggu.
3. Menguruskan urusan surat
menyurat
4. Berbincang dengan
penyelaras tentang format
dokumentasi.
5. Mengumpulkan semua bahan
daripada ahli jawatankuasa.

1. Menyediakan anggaran
Bendahari Nur Najihah binti Mohd perbelanjaan
Riziswandi 2. Menyediakan Laporan
Perbelanjaan

AJK Persiapan /Peralatan Nurfarisha binti 1. Menyediakan peralatan dan


Mohammad Yusof bahan
Ainur Nazihah binti Mohd
Azmi

6.0 TENTATIF AKTIVITI


Tarikh : 25 hingga 27 Mei 2023
Lokasi : Bilik Masakan Sains Rumah Tangga, SMK Tun Ismail

Tarikh Jam Cadangan Aktiviti


2.00 Petang Taklimat Pelaksanaan
2.30 Petang Pengagihan Tugasan dan Peralatan
25 Mei 3.00 Petang Aktiviti Pembersihan
2023 4.30 Petang Pembersihan Tapak Pelaksanaan
4.45 Petang Minum Petang
5.00 Petang Bersurai
8.00 Pagi Kehadiran dan Taklimat Pelaksanaan
8.30 Pagi Penyediaan Peralatan dan Aktiviti Pembersihan
26 Mei 12.00 Tengahari Rehat, Solat dan Makan Tengahari
2023 2.00 Petang Sambungan Aktiviti Pembersihan
4.30 Petang Minum Petang
5.00 Petang Bersurai
8.00 Pagi Kehadiran dan Taklimat Pelaksanaan
8.30 Pagi Menyusun Perabot dan Meja
10.00 Pagi Memasang Langsir dan Alas Meja
27 Mei
12.00 Tengahari Rehat, Solat dan Makan Tengahari
2023
2.00 Petang Menghias
4.00 Petang Menyapu, Mengemop dan Membuang Sampah
4.30 Petang Minum Petang dan Sesi Penggambaran
5.00 Petang Bersurai
7.0 STRATEGI PELAKSANAAN

7.1 Menyediakan Pelan Operasi / Kertas Kerja Program


7.2 Memohon pengesahan pentadbir
7.3 Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana
7.4 Melaksanakan program
7.5 Mengadakan pasca nilai
7.6 Membuat laporan/dokumentasi

8.0 ANGGARAN PEMBELANJAAN

BIL PERKARA PENGIRAAN JUMLAH


1. Jamuan Makan
Makan Tengahari RM 6 x 2 hari x 10 orang RM 120.00
Minum Petang RM 3 x 2 hari x 10 orang RM 60.00
2. Barangan Pembersihan
Penyapu RM 5 x 5 batang RM 25.00
Plastik sampah RM 10 x 2 paket RM 20.00
Set mop dan baldi mop RM 20 x 3 set RM 60.00
Pencuci lantai RM 20 x 1 RM 20.00
3. Barangan Hiasan
Carta dan Panduan RM 50.00 x 3 keping RM 150.00
Bunga Hiasan RM 50.00 x 1 gubahan RM 50.00
Jam Dinding RM 30.00 x 1 buah RM 30.00
Label RM 50.00 x 1 set RM 50.00

JUMLAH BESAR RM 535.00

9.0 CADANGAN SUMBER PENDAPATAN


BIL PERKARA JUMLAH
.
1. Sumbangan PIBG RM 300.00
2. Sumbangan Ibu Bapa dan Pelajar RM 235.00
JUMLAH BESAR RM 535.00
10.0 PENUTUP

Melalui pelaksanaan aktiviti ini , diharapkan dapat berjalan dengan lancer dan segala usaha serta
perancangan yang dibuat dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Hal ini kerana aktiviti ini
juga dapat membantu kelas / kelab / persatuan untuk melakukan aktiviti dengan selasa serta
dapat memupuk semangat kerjasama dalam pasukan.

Disediakan oleh :

Hannan Fadhliana Binti Mohd Fadili


Setiausaha Sains Rumah Tangga
SMK Tun Ismail

You might also like