You are on page 1of 2

TOOL KIT 1: SesiPerkongsian Guru

(Teacher Sharing Sessions)

Sesi Perkongsian Guru


Nama Ahli Kumpulan:
1. Norfidatul Ain bt Abd Halid
2. Mohd Syafiq bin Alias

Tempat/Tarikh/Masa:
Makmal Komputer / 5 Mac 2020 / 10.00 pagi

Fokus: Nyatakan fokus perkongsian yang dijalankan

Perkongsian difokuskan kepada kelemahan guru dalam data SKPMG2, guru lemah dalam aspek
4.4.2 iaitu guru sebagai pendorong. Makanya, tajuk yang dibincangkan adalah bagaimana untuk
mendorong emosi ,dan menarik minat murid untuk membaca Iqra?.

Interpretasi: Apakah aspek yang paling penting/menarik/relevan yang dibincangkan? Adakah


perkongsian ini boleh memberi impak kepada pembelajaran murid? Bagaimana?

Hasil perkongsian antara guru, bagi menyelesaikan permasalahan ini 1 cara telah dibuat iaitu
membuat Projek penghargaan dimana diwujudkan 1 kotak yang dinamakan kotak misteri, dalam
kotak tersebut akan diletakkan pelbagai hadiah untuk diperolehi murid yang berjaya membaca Iqra’
dengan baik dan mengikut tahap yang ditetapkan. .

Hasil: Apa yang saya pelajari? Bagaimanakah perbincangan ini boleh memberi kesan kepada
profesionalisme saya?

Jika sebelum ini, saya hanya sekadar meminta murid membaca di depan guru tanpa memberikan
penghargaan dan galakan kepada murid untuk membaca Iqra’. Saya sedar memberi penghargaan dan
galakkan kepada murid adalah satu perkara yang amat penting, secara tidak langsung memberi
suntikan semangat kepada mereka untuk membaca Iqra’.

Laporan Bergambar
TOOL KIT 1: SesiPerkongsian Guru
(Teacher Sharing Sessions)

~ Semasa sesi perkongsian guru ~

You might also like