You are on page 1of 3

TOOL KIT 1: Sesi Perkongsian Guru

(Teacher Sharing Sessions)

Sesi Perkongsian Guru


Nama Ahli Kumpulan: 1) Loh Yen Ching
2) Tan Beng Imm
3) Yeoh Swee Beng
4) Khaw Ju Lian
Tarikh : 16 Mei 2023
Masa : 1:30pm-3:30pm
Tempat: Bilik Mesyuarat
Fokus: Nyatakan fokus perkongsian yang dijalankan

1. Pembelajaran Abad ke-21 (PAK-21) merupakan pendidikan yang menitikberatkan


pelajar aktif dalam pembelajaran.

2. Proses pembelajaran yang berpusatkan kepada murid.

3. Ia menerapkan enam standard asas iaitu kolaboratif, komunikasi, kreativiti, nilai


murni dan etika serta pemikiran kritis.

4. Guru bertindak sebagai fasilitator dengan bertanyakan soalan-soalan yang


memerlukan murid memberikan idea yang terbaik dalam penjanaan pemikiran yang
kritis dan kreatif.

5. Mewujudkan suasana PdP yang seronok dan konduksif.

6. Menyediakan bahan PdP mengikut tahap penguasaan murid untuk mengcukil


kepelbagaian bakat murid.

7. Melalui pembelajaran PAK-21, pelajar didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang


menarik seperti Splatz, Sequence & Act, Collective Memory dan Treasure Hunt.

Interpretasi: Apakah aspek yang paling penting/menarik/relevan yang


dibincangkan? Adakan perkongsian ini boleh memberi impak kepada pembelajaran
murid? Bagaimana?

Aspek yang Paling Penting:

Penyediaan sesi pengajaran dan pembelajaran yang mengandungi unsur pembelajaran PAK-
21 dan mewujudkan suasana keseronokkan dalam kelas. Sesi PdP di dalam bilik darjah
seharusnya lebih bersifat interaktif atau dua hala dengan turut melibatkan murid secara aktif
agar murid lebih mudah mengikuti dan memahami pelajaran yang disampaikan seperti aktiviti
TOOL KIT Sesi Perkongsian Guru @mymj2013
TOOL KIT 1: Sesi Perkongsian Guru
(Teacher Sharing Sessions)

kerja berkumpulan. Secara tidak langsung murid mempunyai banyak peluang untuk
kolaborasi dan bertukar idea antara satu sama lain agar pembelajaran menyeronokkan dan
memotivasikan murid.

Impak:
Guru dapat merancang aktiviti pembelajaran Pak-21 dalam PdP dan bersesuaian dengan
tahap penguasaan murid serta mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang
menarik dan seronok. Melalui aktiviti pembelajaran dapat membantu murid memberi
perhatian semasa aktiviti PdP berlangsung di dalam kelas. Selain itu, ia juga dapat
menggalakkan murid untuk berfikir secara kritis dan kreatif serta menggalakkan mereka untuk
meneroka dan menyelidik bersama guru atau ahli berkumpulan.

Bagaimana:
Guru boleh merancang objektif pembelajaran sesuai dengan keupayaan murid dan
merancang kaedah pengajaran yang lebih kreatif dan inovatif, menarik serta mempunyai ciri-
ciri pembelajaran abad ke-21. Seterusnya, guru boleh mengaplikasi aktiviti berkumpulan yang
mengutamakan kolaborasi supaya murid dapat berinterkasi dan bekerjasama antara satu
sama lain untuk menyelesaikan aktiviti yang diberikan.

Hasil: Apa yang saya pelajari? Bagaimanakah perbincangan ini boleh memberi kesan
kepada profesionalisme saya?
Dalam perkongsian tersebut, kumpulan saya dapat mempelajari pelbagai kaedah pengajaran
dan pembelajaran yang lebih kreatif dan inovatif, menarik serta mempunyai ciri-ciri
pembelajaran abad ke-21. Kami boleh mengaplikasikan pembelajaran abad ke-21 dalam PdP
seperti aktiviti Splatz, Sequence & Act, Collective Memory dan Treasure Hunt dapat memberi
peluang kepada pelajar untuk mengasah kepelbagaian kemahiran seperti kemahiran
komunikasi, kemahiran kerja berkumpulan, kemahiran pemikiran kritis, kemahiran
penyelesaian masalah dan sebagainya secara tidak langsung dapat meningkatkan sikap dan
motivasi murid seterusnya meningkatkan pencapaian murid dalam pembelajaran Sains.
Selain itu, kami perlulah mengkemukakan soalan KBAT secara susulan supaya dapat
meningkatkan aras pemikiran murid untuk memperoleh pengetahuan dan kemahiran secara
kendiri. Akhir sekali, kami hendaklah merancang aktiviti pembelajaran yang berpusatkan

TOOL KIT Sesi Perkongsian Guru @mymj2013


TOOL KIT 1: Sesi Perkongsian Guru
(Teacher Sharing Sessions)

murid berdasarkan kepada objektif PdP dengan mengikut tahap penguasaan murid supaya
murid dapat berkongsi idea, meneroka, berinterkasi dan bekerjasama antara satu sama lain
untuk menyelesaikan aktiviti yang diberikan.

…………………………… ……………………………
Tandatangan Peserta TSS Tandatangan Ketua (Lead TSS)

Nama: TAN BENG IMM, YEOH SWEE BENG Nama :LOH YEN CHING
KHAW JU LIAN
Sekolah: SJK(C) AIK HUA
Sekolah: SJK(C) AIK HUA

TOOL KIT Sesi Perkongsian Guru @mymj2013

You might also like