You are on page 1of 2

TOOL KIT 1: Sesi Perkongsian Guru

(Teacher Sharing Sessions)

Sesi Perkongsian Guru


Nama Ahli Kumpulan:

1. Christine Pamela Lontow


2. Khairul Bashah Parmin
3. Ricky Stephan

Tempat/Tarikh/Masa/Medium Perkongsian:

Kediaman masing-masing / 16 Oktober 2020 / 1.00 petang / Aplikasi Whatsapp

Fokus: Nyatakan fokus perkongsian yang dijalankan

Perkongsian difokuskan kepada pembinaan Modul Sains khusus untuk murid-murid tahun 4.
Modul ini juga akan dihantar ke PPD, Penampang untuk dibuat penilaian. Antara aspek yang
diberi penekanan adalah sasaran (murid), tajuk/ tema, objektif pembelajaran berpandukan
DSKP, tempoh pelaksanaan aktiviti, nota ringkas, aktiviti yang relevan dengan topik, pentaksiran
untuk mengukur tahap penguasaan murid serta cara murid menerima soalan dan menghantar
jawapan.

Interpretasi: Apakah aspek yang paling penting/menarik/relevan yang dibincangkan?


Adakan perkongsian ini boleh memberi impak kepada pembelajaran murid? Bagaimana?

Hasil perkongsian antara guru, modul ini dapat memberi kebaikan kepada guru dan murid
sendiri. Guru boleh menggunakan modul ini untuk mengukur tahap penguasaan murid serta
boleh dijadikan evidens mengenai topik-topik tertentu. Manakala untuk murid pula, modul ini
mungkin adalah salah satu pemudahcara untuk mereka mempelajari sesuatu topik tanpa
bimbingan berterusan daripada guru atau ibu bapa kerana ianya lengkap dengan nota, rujukan
dan langkah-langkah tanpa merujuk kepada banyak sumber.

Hasil: Apa yang saya pelajari? Bagaimanakah perbincangan ini boleh memberi kesan
kepada profesionalisme saya?

Jika sebelum ini, saya hanya menggunakan buku teks dan buku kerja. Namun, setelah sesi
perkongsian antara guru dilakukan, strategi PdPc yang dipilih telah diubahsuai supaya lebih
menepati ciri-ciri pembelajaran abad ke-21.

Lampiran

Panitia Sains, SK Babagon Penampang


TOOL KIT 1: Sesi Perkongsian Guru
(Teacher Sharing Sessions)

Disediakan Oleh:

Christine Pamela Lontow


Ketua Panitia Sains

Panitia Sains, SK Babagon Penampang

You might also like