You are on page 1of 2

Kepentingan/Kegunaan

Kegunaan domestik, kegunaan/keperluan harian penduduk dan isi rumah seperti memasak,
membasuh/mencuci, mandi dan sebagainya, Kegunaan ini diurus dan disediakan oleh Jabatan Bekalan
Air (JBA) di bawah pentadbiran kerajaan negeri masing-masing.

Kegunaan pertanian. Empangan dibina untuk membekalkan air dan mengawal input-output air kepada
kawasan tanaman khususnya padi sawah. Dilaksanakan melalui projek-projek pengairan untuk pertanian
khususnya tanaman padi sawah.

Membekalkan kuasa hidroelektrik (KEH); untuk keperluan industri dan penduduk. Sumber air di
peringkat hulu sungai dijana melalui sistem empangan bagi membekalkan kuasa hidroelektrik.

Kegunaan industri. Bahan pencuci untuk pelbagai jenis industri dan penyejukan enjin/generator. Sektor
perkilangan, memerlukan bekalan air bersih dan berterusan misalnya dalam industri pemprosesan
kertas.

Kegunaan pengangkutan. Sungai, selat, terusan digunakan untuk mengangkut barangan dan penduduk
khususnya di kawasan pedalaman. Sungai sebagai sistem pengangkutan air yang murah dan mudah,
tidak memerlukan kos yang tinggi. Juga sebagai pengangkutan utama di kawasan pedalaman yang sukar
di hubungi jalan darat.

Menjadi lokasi ekopelancongan. Dijadikan sebagai kawasan berkelah. Lokasi sukan air seperti aktiviti
berkayak dan berakit di sungai dan jeram. Pembinaan chalet dan resort di kawasan ekopelancongan
menjadi sumber ekonomi penduduk setempat.

Contoh

Bekalan air daripada JBA, air sungai, tasik, perigi dan sumber- sumber lain.
Empangan MUDA, di Kedah dan Empangan KEMUBU di Kelantan.

Stesen jana kuasa di Empangan Kenyir Terengganu, Empangan Cenderoh di Perak, dan Empangan
Pergau di Kelantan.

Industri pembuatan kertas dan industri petrokimia.

Sungai Pahang, Sungai Rajang di Sarawak, Sungai Kinabatangan. di Sabah serta Selat Melaka, Selat
Teberau dan Laut China Selatan.

Air terjun Lata Kijang, Lata Iskandar, Jeram Pasu, dan Jeram Linang.

You might also like