Professional Documents
Culture Documents
Kertas Konsep Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Sek Menengah 2023
Kertas Konsep Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Sek Menengah 2023
KEMENTERIAN PENDIDIKAN
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK
KERTAS KONSEP
PERTANDINGAN BAHAS
BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN
SEKOLAH MENENGAH
PERINGKAT NEGERI
TAHUN 2023
(EDISI BERSEMUKA)
ANJURAN :
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK
KELOLAAN:
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SRI AMAN
1.0 PENDAHULUAN
1.1 Bahas ala parlimen merujuk kepada bentuk perbahasan sesuatu usul atau
cadangan seperti di Parlimen Malaysia. Dalam membahaskan sesuatu usul,
pihak kerajaan yang diketuai oleh Yang Amat Berhormat (YAB) Perdana
Menteri dan dibantu oleh dua (2) menteri lain hendaklah membawa usul
tersebut dan menterjemahkannya kepada beberapa isu untuk dibahaskan.
Seterusnya mereka mengemukakan hujah, fakta dan contoh perihal sebab
usul tersebut dikemukakan dan seterusnya dilaksanakan di dalam negara
sekiranya mendapat mandat dua per tiga (2/3) Ahli Dewan.
1.2 Pihak pembangkang yang diketuai oleh Ketua Pembangkang pula akan
menterjemahkan usul (melalui persepsi berlainan) dan cuba menghujah,
memberi fakta dan contoh bantahan secara bersopan serta menjawab
sebab usul tersebut harus ditolak.
1.3 Setelah sesuatu usul tersebut selesai diperdebatkan barulah Yang Dipertua
Dewan (YDP) mendapatkan pengundian. Dalam pertandingan bahas ala
parlimen ini pengundian sebenarnya tidak berlaku tetapi keputusannya
ditentukan oleh hakim bahas.
2.0 OBJEKTIF
2.1 Memperkenalkan satu (1) format perbahasan yang menarik dan mencabar
kepada murid-murid sesuai dengan institusi persekolahan sebagai pusat
kecemerlangan.
2.2 Melahirkan murid-murid yang bakal menjadi pemimpin yang berani dan
berfikiran tajam serta mempunyai kemahiran hujah secara sopan dan
spontan.
1
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT NEGERI TAHUN 2023
3.0 PELAKSANAAN
4.0 SYARAT-SYARAT
4.3 Peserta terdiri daripada murid Tingkatan satu (1) hingga Tingkatan lima (5) sahaja.
4.4 Jumlah murid yang terlibat hendaklah lima (5) orang peserta daripada sekolah
yang sama iaitu tiga (3) orang pembahas utama dan dua (2) orang pembahas
simpanan bersama seorang guru pengiring.
4.5 Pakaian peserta hendaklah sopan dan sesuai dengan pertandingan. Pakaian
seragam sekolah dibenarkan.
4.6 Isu sensitif yang berkaitan dengan agama, perkauman dan menyentuh peribadi
seseorang adalah dilarang. Penggunaan ayat-ayat Al-Quran dan hadis beserta
terjemahan untuk mengukuhkan hujah adalah dilarang sama sekali.
4.7 Permohonan untuk menyertai pertandingan ini perlu melalui pihak sekolah dan
mendapat kebenaran daripada ibu bapa.
4.8 Borang penyertaan perlu dihantar kepada PPD Pengelola mengikut tarikh yang
ditetapkan.
2
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT NEGERI TAHUN 2023
FORMAT
5.1 Pembahas pertama daripada pihak kerajaan akan disebut sebagai Yang
Amat Berhormat (YAB) Perdana Menteri, manakala empat (4) orang
pembahas dalam pasukan tersebut dikenali sebagai Yang Berhormat (YB)
Menteri Kedua, YB Menteri Ketiga, YB Menteri Keempat dan YB Menteri
Kelima. Pembahas pertama daripada pihak pembangkang akan disebut
sebagai YB Ketua Pembangkang, manakala empat (4) lagi pembahas
dalam pasukan tersebut akan disebut sebagai YB Pembangkang Kedua,
YB Pembangkang Ketiga, YB Pembangkang Keempat dan YB
Pembangkang Kelima.
5.2 Peruntukan masa dan giliran berbahas bagi kedua-dua pasukan adalah
seperti yang berikut:
8 7
Ucapan penggulungan Ucapan penggulungan 4 minit
(Pertama/Kedua) (Pertama/Kedua)
5.4 Semasa satu (1) pihak berhujah, ahli pasukan lawan termasuklah
pembahas keempat dan kelima boleh memohon izin laluan. Pembahas
boleh menerima atau menolak izin laluan daripada pihak lawan. Pembahas
boleh menerima dua (2) izin laluan sahaja.
3
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT NEGERI TAHUN 2023
6.1 Pengendalian
6.1.1 Cabutan undi peranan akan dijalankan di bilik urus setia untuk
menentukan pihak kerajaan dan pembangkang sebelum
pertandingan;
6.1.5 Bilik persediaan yang digunakan oleh peserta untuk sesi kuarantin
juga menjadi bilik persidangan.
6.2.2 YDP tidak dibenarkan membuat apa-apa komen dan ulasan tentang
usul perbahasan ataupun pembahas yang sedang bertanding;
6.3.2 Penjaga masa akan membunyikan loceng sekali pada minit kedua
menandakan bahawa ruang terbuka kepada pasukan lawan
membuat izin laluan. Pada minit kelapan loceng akan dibunyikan
sekali menandakan masa untuk izin laluan telah tamat. Loceng akan
dibunyikan dua (2) kali pada minit kesembilan sebagai tanda
bahawa masa untuk pembahas berhujah telah tamat;
5
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT NEGERI TAHUN 2023
Pembangkang Peranan
YB Ketua Pembangkang i. Menyatakan pendirian sama ada bersetuju
menerima atau menolak definisi usul yang telah
diberikan oleh pihak kerajaan.
ii. Sekiranya ditolak, definisi mengikut takrifan
perlu diberikan.
iii. Membidas hujah yang telah dikemukakan oleh
YAB Perdana Menteri.
iv. Menyatakan pendirian berhubung dengan usul.
v. Menyatakan strategi dan peranan
pembangkang.
vi. Mengemukakan satu (1) hujah dan memberi
huraian/ fakta.
vii. Menegaskan pendirian.
YB Pembangkang Kedua i. Membidas hujah yang telah dikemukakan oleh
YB Menteri Kedua.
ii. Membidas hujah yang telah dikemukakan oleh
YAB Perdana Menteri.
iii. Mengemukakan dua (2) hujah dan memberi
huraian/ fakta.
iv. Menegaskan pendirian.
6
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT NEGERI TAHUN 2023
6.5.1 Izin laluan ialah celahan formal yang ditujukan kepada pembahas
yang berhujah. Izin laluan boleh dilakukan dalam bentuk soalan,
kenyataan, fakta atau ayat-ayat pendek yang berkaitan dengan isi
yang sedang diutarakan oleh pembahas;
6.5.2 Tujuan utama izin laluan adalah untuk memberi atau meminta
maklumat tentang sesuatu isi yang sedang dibahaskan. Pihak lawan
boleh membetulkan fakta yang dianggap telah terpesong. Izin laluan
juga boleh digunakan untuk meminta penjelasan dan menyoal pihak
lawan;
6.5.3 Masa selama 15 saat sahaja diperuntukkan bagi setiap izin laluan.
Izin laluan haruslah padat dan bernas. YDP hendaklah memberi
teguran kepada pembahas yang tidak mematuhi perkara ini;
7
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT NEGERI TAHUN 2023
6.5.8 Kata-kata yang diucapkan semasa izin laluan hendaklah halus dan
berbudi bahasa serta mencerminkan tatasusila, adab dan budaya
yang tinggi. Tingkah laku seperti menjerit, marah-marah dan
mengejek pihak lawan adalah dilarang;
6.5.9 Izin laluan dimohon dengan cara seseorang pembahas berdiri dan
menyebut “Izin Laluan”. Pembahas yang sedang berucap tidak
dimestikan menerima setiap izin laluan yang ditujukan kepadanya;
6.5.11 Pembahas yang memohon izin laluan tetapi tidak diterima oleh pihak
lawan tetap akan diberi markah izin laluan. Manakala pemohon yang
mohon izin laluan kali ketiga untuk pembahas yang sedang
berhujah, perlu bertanya. Jika tidak bertanya dianggap tidak
memohon izin laluan.
6.6 Celahan
6.6.1 Celahan hanya boleh dilakukan oleh pembahas keempat dan kelima
kedua-dua pihak (kepada pihak lawan).
8
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT NEGERI TAHUN 2023
6.6.2 Celahan hanya boleh dilakukan antara minit kedua hingga minit
kelapan pembahas pertama, kedua dan ketiga bagi kedua-dua
pasukan sedang berhujah sahaja.
6.6.4 Celahan mestilah dalam bentuk kenyataan, bukti atau contoh bagi
mempertahankan pendirian pasukan, memberi penjelasan,
membetulkan fakta dan bukan dalam bentuk soalan atau memohon
penjelasan.
6.6.6 Celahan mesti mendapat izin Yang Dipertua Dewan dan pembahas
yang sedang berbahas.
6.6.8 Sekiranya timbul masalah yang tidak dapat dielakkan seperti kes
kecemasan, peserta pasukan hanya tinggal tiga (3) atau empat (4)
orang peserta sahaja maka YB keempat perlu mengambil bahagian
dalam celahan sepanjang pertandingan berlangsung. Jika gagal
memainkan peranan tersebut markah keseluruhan pasukan
hendaklah ditolak.
9
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT NEGERI TAHUN 2023
7.2 Penggulungan
7.2.1 Isi 15 markah
7.2.2 Strategi 15 markah
7.2.3 Gaya 10 markah
7.2.4 Bahasa 10 markah
Jumlah 50 markah
8.0 PENGHAKIMAN
8.1 Peringkat Negeri akan dinilai oleh tiga (3) orang hakim termasuk ketua
hakim untuk perlawanan awal dan suku akhir. Manakala lima (5) orang
hakim termasuk ketua hakim akan menilai untuk perlawanan separuh akhir
dan perlawanan akhir.
8.4 Hakim mesti mematuhi peraturan pertandingan yang terdapat dalam kertas
konsep J P N .
10.0 TINDAKAN
Pihak JPN berhak membatalkan penyertaan yang melanggar syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam kertas
konsep.
Pihak J P N berhak menyiarkan rakaman video pertandingan dalam sebarang pelantar bagi tujuan hebahan
atau pendidikan.
12.1 Semua hal yang tidak dinyatakan dalam kertas konsep ini atau sebarang pengecualian mengenai
pematuhan syarat-syarat pertandingan atau semua perkara di luar jangka atau mengenai tafsiran akan
diputuskan oleh pihak Jawatankuasa Pengelola Pertandingan.
12.2 Kertas konsep ini sah untuk tahun 2023 sehingga makluman atau semakan lanjut daripada pihak JPN
dan boleh digunakan di semua peringkat untuk pertandingan yang dianjurkan oleh JPN.
12.3 Pertandingan ini tertakluk pada peraturan di atas sahaja. Penggunaan atau penyesuaian oleh mana-
mana entiti di luar kementerian memerlukan kebenaran terlebih dahulu. Hak cipta terpelihara KPM.
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT NEGERI TAHUN 2023
Lampiran 1
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT NEGERI TAHUN 2023
Lampiran 2
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT NEGERI TAHUN 2023
BORANG PENYERTAAN
PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN
SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT NEGERI TAHUN 2023
A. MAKLUMAT PESERTA
Gambar
Nama peserta : peserta
No. kad pengenalan :
Tarikh lahir : Umur:
Jantina : Bangsa:
No. telefon bimbit :
E-mel :
Alamat surat-menyurat :
Tahap :
C. PENGESAHAN PENGETUA
Tandatangan Pengetua :
Cap sekolah :
No. telefon :
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT NEGERI TAHUN 2023
USUL : …………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………….
ANTARA
KERAJAAN PEMBANGKANG
SEKOLAH : …………………………………………………………………….
USUL : …………………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………..
KERAJAAN PEMBANGKANG
HAKIM
NEGERI: NEGERI:
1
2
3
4
5
5
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH NEGERI
TAHUN 2023
PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT NEGERI
USUL :
BILIK PERSIDANGAN :
Markah perlu diisi seperti yang telah dicadangkan untuk mengelak margin yang tidak sepatutnya
(Cadangan markah di bawah jika menggunakan sistem power match dan tertakluk kepada perubahan semasa)
STRATEGI Struktur/ Tempoh/ Masa Struktur/ Tempoh/ Masa Struktur/ Tempoh/ Masa (Baik/Sederhana/Lemah)
(Baik/Sederhana/Lemah) (Baik/Sederhana/Lemah)
GAYA Penyampaian/ Bahasa Penyampaian/ Bahasa Penyampaian/ Bahasa Badan/ Membaca/ Sebutan
Badan/ Membaca/ Badan/ Membaca/ Sebutan (Baik/Sederhana/Lemah)
Sebutan (Baik/Sederhana/Lemah)
(Baik/Sederhana/Lemah)
BAHASA Gaya Bahasa/ Struktur Gaya Bahasa/ Struktur Ayat/ Gaya Bahasa/ Struktur Ayat/ Tatabahasa
Ayat/ Tatabahasa Tatabahasa (Baik/Sederhana/Lemah)
(Baik/Sederhana/Lemah) (Baik/Sederhana/Lemah)
PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT NEGERI BORANG
PEMARKAHAN (PEMBANGKANG)
USUL :
BILIK PERSIDANGAN :
Markah perlu diisi seperti yang telah dicadangkan untuk mengelak margin yang tidak sepatutnya
(Cadangan markah di bawah jika menggunakan sistem power match dan tertakluk kepada perubahan semasa)
STRATEGI Struktur/ Tempoh/ Masa Struktur/ Tempoh/ Masa Struktur/ Tempoh/ Masa (Baik/Sederhana/Lemah)
(Baik/Sederhana/Lemah) (Baik/Sederhana/Lemah)
GAYA Penyampaian/ Bahasa Penyampaian/ Bahasa Badan/ Penyampaian/ Bahasa Badan/ Membaca/
Badan/ Membaca/ Membaca/ Sebutan Sebutan
Sebutan (Baik/Sederhana/Lemah) (Baik/Sederhana/Lemah)
(Baik/Sederhana/Lemah)
BAHASA Gaya Bahasa/ Struktur Gaya Bahasa/ Struktur Ayat/ Gaya Bahasa/ Struktur Ayat/ Tatabahasa
Ayat/ Tatabahasa Tatabahasa (Baik/Sederhana/Lemah)
(Baik/Sederhana/Lemah) (Baik/Sederhana/Lemah)