You are on page 1of 4

lsbm2209

Nama …………………………………………… Tarikh …………………………

1
Bahagian A
Kata Banyak Makna

Pilih ayat yang menggunakan kata yang berhuruf condong dengan betul dan tentukan bahawa anda
telah memilih jawapan cadangan yang paling sesuai.

1. I Mengikut fakta sejarah, bangkit kerajaan Acheh bermula pada tahun 1670.
II Tingkah laku murid yang nakal itu telah bangkit kemarahan gurunya.
II Kek pisang yang dimasak oleh kakak tidak bangkit kerana terlebih tepung gandum.
IV Shafiq bangkit pada pukul 6.30 pagi pada setiap hari.
A. I dan II
B. II, dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

2. I Azie mengupas buah limau itu dengan berhati-hati.

II Dia mengupas badannya yang kepanasan dengan surat khabar.
III Mak andam mengupas wajah pengantin sebelum majlis persandingan.
IV Forum itu mengupas permasalahan dalam kalangan remaja.
A. I dan III
B. I dan IV
C. II dan III
D. II dan IV

3. I Beliau ialah bekas wakil rakyat yang dihormati di taman perumahan ini.
II Bekas makanan daripada kaca yang diimport dari luar negara itu agak mahal harganya.
III Operasi pencarian dimulakan dengan berpandukan bekas tapak kaki di tepi sungai itu.
IV Kejayaan yang diperolehnya dalam bidang perniagaan itu ialah bekas usaha gigihnya.
A. I dan III
B. I dan IV
C. I, II dan III
D. II, III dan IV

4. I Pemuda itu mengisikan petrol di dalam tangki keretanya sehingga penuh sesak.
II Sepanjang laluan dari Seremban ke Nilai sesak akibat kemalangan maut itu.
III Beberapa orang murid mengadu sesak nafas akibat pencemaran udara.
IV Bilik tidur itu tampak sesak setelah diisi dengan katil, almari solek dan almari pakaian.
A. I dan II sahaja
B. I, II dan IV sahaja
C. II, III dan IV sahaja
D. I, II, III dan IV

2
lsbm2209
Nama …………………………………………… Tarikh …………………………

5. I Rancangan televisyen itu padat dengan pengajaran yang berguna.

II Abang makan dengan seleranya sehingga perutnya padat.
III Kawasan bandar padat dengan penduduk berbanding dengan kawasan luar bandar.
IV Hubungan antara Ayda dengan Fatin memang padat sejak kecil.
A. I dan III
B. II dan III
C. III dan IV
D. I, II, III dan IV

6. I Suhu badan adik menjangkau 37 darjah Celsius.

II Darjah pencapaian negara kita dalam bidang industri berat amat memberangsangkan.
III Darjahnya dalam masyarakat adalah tinggi menyebabkan beliau dihormati oleh segenap
lapisan masyarakat.
IV Ibu membeli kasut sekolah baru untuk adik yang akan memasuki darjah satu pada tahun depan.
A. I dan II sahaja
B. I, II dan IV sahaja
C. II, III dan IV sahaja
D. I, II, III dan IV sahaja

7. I Ibu meminta abang membeli tiga buku sabun di kedai runcit.

II Buku lali Osman bengkak akibat disengat oleh lebah-lebah.
III Nenek Jasli membeli dua buku sarung bantal untuk Jasli.
IV Air sirap itu menjadi buku kerana cuaca sekitar terlampau dingin.
A. I dan II
B. I, II dan III
C. I dan III
D. II, III dan IV

8. I Buah-buah rambutan yang dipetik oleh datuk pagi tadi masih belum terikat.
II Tangan gadis itu terikat pada sebatang pokok di tebing sungai semasa ditemui oleh pihak polis.
III Murid-murid yang diberi biasiswa oleh syarikat swasta itu terikat dengan syarat-syarat yang
dikenakan.
IV Mak Esah melepaskan lembunya yang terikat pada sebatang pokok di belakang rumahnya.
A. I dan II sahaja
B. I, II dan IV sahaja
C. II, III dan IV sahaja
D. I, II, III dan IV

9. I Pasar raya itu banyak menjual kasut yang berjenama hangat.

II Nasi lemak dan mi goreng yang dijual oleh Mak Siti masih hangat lagi.
III Kuih lapis yang dibuat oleh Mak Kiah mendapat sambutan hangat di pasaran.
IV Kejadian aneh itu masih hangat diperkatakan oleh penduduk Kampung Permai.
A. II, III dan IV
B. II dan III
C. I dan II
D. I, II dan III

3
Kosa Kata Minggu Ini Tarikh: ..............................

1. ___________________________________________________________________________________

2. ___________________________________________________________________________________

3. ___________________________________________________________________________________

4. ___________________________________________________________________________________

5. ___________________________________________________________________________________

You might also like