You are on page 1of 2

TF18/4_edit

UJIAN BERTULIS SECARA ‘OPEN BOOK’ BAGI PEMILIHAN


AHLI TASK FORCE 18
(KERTAS SOALAN)

1. Kertas soalan ini mengandungi LIMA (5) soalan esei.


2. Jawab SEMUA soalan.
3. Tuliskan semua jawapan anda pada kertas putih bersaiz A4 dengan TULISAN TANGAN
dan JELAS untuk dibaca.
4. Sila gunakan pen dakwat hitam/biru untuk menjawab soalan.
5. Calon dibenarkan untuk merujuk sebarang jenis bahan rujukan yang diperlukan bagi
membantu calon menjawab soalan yang tertera.
6. Hanya jawapan dalam Bahasa Malaysia sahaja dibenarkan.
7. Tarikh akhir serahan kertas jawapan : 30/4/2021 (Jumaat) - Sebelum jam 4 petang.
8. Kegagalan dalam menghantar kertas jawapan pada masa dan tarikh yang ditetapkan
tidak akan dipertimbangkan untuk menjadi ahli Task force 18.

KERTAS SOALAN INI MENGANDUNGI 2 HALAMAN BERCETAK

1
UJIAN BERTULIS SECARA ‘OPEN BOOK’ BAGI PEMILIHAN AHLI TASK FORCE 18 (2021)

Soalan 1

a. Apakah cukai taksiran, bilakah dan mengapa ia dikenakan ?


(5 Markah)

b. Merujuk kepada Seksyen 147, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), apakah notis
pertama yang dikeluarkan kepada pemilik harta dan tujuannya dikeluarkan.

(10 Markah)

Soalan 2

Seksyen 148 (Akta 171) adalah tindakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur setelah
mengeluarkan notis pertama. Nyatakan nama dan tujuan tiga (3) notis atau dokumen
seterusnya dikeluarkan .
(10 Markah)

Soalan 3

Merujuk kepada Seksyen 151 (Akta 171), apakah tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
terhadap harta-harta pemilik yang tidak boleh dilaksanakan sita.

(5 Markah)

Soalan 4

Seksyen 160 Akta 171 adalah berkaitan tanggungjawab pemilik harta yang telah menjual
hartanya kepada orang lain serta tanggungjawab pewaris harta setelah kematian pemilik harta.

a. Sila berikan maksud Seksyen 160 (1) , Seksyen 160 (2) dan Seksyen 160 (6)
b. Apakah dokumen yang berkait rapat dengan Seksyen 160 Akta 171.

(10 Markah)

Soalan 5
Nyatakan 3 kaedah semakan cukai taksiran dan 5 kaedah bayaran cukai taksiran kepada pemilik
harta.

(10 Markah)

You might also like