You are on page 1of 2

Gambar yang viral bukan kawasan yang dimaksudkan.

Diakui berlaku Kekhilafan dalam penyebaran gambar sebelum ini. Ini adalah berpunca daripada kekeliruan nama air
terjun yang di gelar penduduk. Dalam isu ini, nama panggilan orang kampung terhadap "alur air bermusim" ini sebagai
air terjun Tg Batu di Teluk Sera (Kompt. 16 HSK SM)

Kawasan yang dikatakan tidak terjejas itu dipanggil dengan nama Air Terjun Teluk Sera (Kompt. 15 HSK SM) oleh orang
kampung sekitar. Nama nama ini hanya panggilan (tiada nama rasmi), dan perbezaan nama-nama air terjun ini
dikalangan penggiat outdoor, aktivis alam sekitar dan orang kampung menyebabkan kekeliruan dalam menular gambar
tersebut.

Namun untuk menyatakan air terjun Teluk Sera (komp 15) tidak terjejas, adalah kurang tepat kerana ianya telah pun
terjejas lebih awal sebelum berlakunya kemusnahan "alur air bermusim" (komp 16). Ia telah berlaku pada tahun 2017.
Bermaksud, kedua dua alur air ini sudah dan pernah mengalami kerosakan.

Keratan akhbar berlakunya kerosakan di zon riparian (buffer zon) pada 2017 di Air Terjun Teluk Sera (komp 15) kesan
daripada aktiviti Pembalakan.
Gambar gambar kerosakan yang berlaku di Air Terjun Teluk Sera (komp 15) HS Segari Melintang pada tahun 2017. Tidak
dapat dipastikan samada telah ada tindakan atau air terjun ini telah pulih secara semulajadi. Tinjauan ini dlakukan
bersama penduduk kampung dan pihak media.

You might also like