You are on page 1of 1

DOA JAMUAN AKHIR TAHUN

Tahun 6
SK PARIT HAJI TAIB

‫الر ِح ْي ِم‬
َّ ‫الر ْح َم ِن‬
َّ ‫هللا‬
ِ ‫ِب ْس ِم‬
‫ص َح ِاب ِه َأ ْج َم ِع ْين‬
ْ ‫س ِّي ِد َنا ُم َح َّم ٍد َو َع َلى آلِ ِه َوَأ‬
َ ‫سالَ ُم َع َلى‬ َّ ‫اَ ْل َح ْم ُد هَّلِل ِ َر ِّب ا ْل َعا َل ِم ْينَ َو‬,
َّ ‫الصالَة َُوال‬
Ya Allah , Ya Karim Ya Wadud ,

Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan
menghadiri Majlis Jamuan Tahun 6 SK Parit Haji Taib 2022.

Ya Allah , Tuhan Yang Berkuasa Melaksanakan apa yang dikehendaki , Kurniakanlah kami lisan yang
lembut basah ,mengingati dan menyebut nama-Mu , hati yang penuh segar mensyukuri nikmat-Mu serta
badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintah-Mu.

Ya Munzilar Rahmat wa Ya Fatihal Barakat ,

Ya Allah , Tuhan Yang Maha Esa lagi Perkasa Kami memohon kehadrat-Mu semoga Engkau jadikan majlis
ini sebagai salah satu wadah untuk kami bersatu-padu, bekerjasama dan bantu-membantu di kalangan
kami demi membangunkan dan memartabatkan sekolah kami di persada arus perdana pendidikan
negara. Satukanlah hati-hati kami sebagai pencetus transformasi yang mampu menghadapi cabaran
masa depan.

Ya Allah sesungguhnya kami amat menyedari dengan penuh keinsafan bahawa kami hamba-Mu tidak
akan terlepas dari sunnah alam kurniaan-Mu, kegelapan malam disulami siang yang terang benderang,
setiap pertemuan itu ada detik perpisahannya, justeru dengan kudrat dan iradah-Mu serta kuasa
ungkapan kun fayakun-Mu , maka jadikanlah pertemuan kami sebagai pertemuan yang dipenuhi dengan
keberkatan dan kasih sayang, dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang penuh
dengan kesejahteraan dan keamanan.

َ ‫س َنة ًَوقِ َنا َع َذ‬


‫اب ال َّنار‬ َ ‫س َنة ً َوفِي األخ َِر ِة َح‬
َ ‫ِ ر َّب َنا َءا ِت َنا فِي ال ُّد ْن َيا َح‬
َ
َ‫ َوا ْل َح ْم ُدهَّلِل ِ َر ِّب ال َعا َل ِم ْين‬، ‫سلَّ َم‬ َ ‫صلَّى هللاُ َع َلى ُم َح َّم ٍد َو َع َلى َءالِ ِه َو‬
َ ‫ص ْح ِب ِه َو‬ َ ‫َو‬

You might also like