You are on page 1of 8

SK PARIT HAJI TAIB

‫برايمان دڠن‬
‫ڤركارا سمعيات‬

PENDIDIKAN ISLAM
TAHUN 6
AQIDAH
PENGERTIAN SAM’IYYAT
SAM’IYYAT IALAH PERKARA YANG TIDAK DAPAT
DIGAMBARKAN DENGAN AKAL DAN PANCAINDERA.
IA HANYA DAPAT DIKETAHUI MELALUI AL-QURAN
DAN HADIS.

HUKUM BERIMAN DENGAN PERKARA-PERKARA


SAM’IYYAT
KITA WAJIB MEYAKINI PERKARA-PERKARA SAM’IYYAT,
DENGAN MENJADIKAN KEIMANAN KEPADANYA
SEBAGAI ASAS MEMBENTUK DIRI MENJADI SEORANG
MUSLIM YANG DIKASIHI DAN DIREDHAI ALLAH.

DALIL NAQLI WAJIB BERIMAN DENGAN PERKARA


SAM’IYYAT

Surah Al-Baqarah 2:3

MAKSUDNYA: ORANG-ORANG YANG BERIMAN


DENGAN PERKARA YANG GHAIB.
CONTOH PERKARA-PERKARA SAM’IYYAT

CONTOH
PERKARA
SAM’IYYAT
PERKARA-PERKARA SAM’IYYAT

ALAM BARZAKH
Ialah alam kubur yang dihadapi oleh semua manusia
sebelum dibangkitkan kelak pada hari kiamat. Dalam
alam ini, semua manusia akan didatangi oleh malaikat
Munkar dan Nakir serta menghadapi soalan-soalan
kubur. Allah menjanjikan nikmat atau azab
bergantung pada amalan semasa di dunia.

PADANG MASYAR
Ialah tempat perkumpulan semua makhluk Allah
setelah dibangkitkan daripada kubur. Semua makhluk
Allah akan dihidupkan semula dan berkumpul di sini
untuk menerima pengadilan atas perbuatan mereka
di dunia sama ada yang baik atau buruk. Keadaan di
padang masyar sangat dasyat sehingga enimbulkan
rasa sangat takut dan cemas. Dalam sebuah hadis ada
menceritakan keadaan matahari yang sangat terik
berada hampir di kepala sehingga manusia
ditenggelami peluh mereka sendiri. Para nabi, rasul
dan orang soleh sahaja berada dalam keadaan aman
dan tenang.
MIZAN
Ialah timbangan amalan yang akan dilalui oleh semua
manusia. Sesiapa yang berat timbangan amalannya
maka beruntunglah mereka. Jika timbangan
amalannya merteka ringan, mereka tergolong dalam
golongan ahli neraka. Timbangan seseorang itu
menjadi berat kerana amalan kebaikan yang dilakukan
semasa hidup di dunia.

SIROT
Ialah titian yang merentangi neraka jahanam yang
akan dilalui oleh semua manusia. Hanya ornag
beriman dan bertakwa sahaja akan Berjaya melintasi
titian ini dengan selamat untuk menuju ke syurga.
Hadis nabi menyebut kepantasan melintasinya
bergantung kepada amal soleh semasa hidup di dunia.
Ada yang melintas sepantas kilat dan ada juga yang
tidak berjaya melintas lalu jatuh ke dalam neraka.
Mereka adalah orang-orang yang mengingkari
perintah Allah.
SYURGA
Disediakan kepada mereka yang beriman dan beramal
soleh. Keadaan syurga itu sangat indah, nyaman dan
dipenuhi dengan kenikmatan. Terdapat taman-taman
syurga yang indah dan mempesonakan dengan
pancaran mata air dan sungai-sungai yang mengalir. Di
dalam syurga, para penghuninya akan menikmati rehat
dengan sepuas-puasnya, sambal menikmati
pemandangan yang sangat indah dan ditemani oleh
bidadari. Penghuninya dipakaikan dengan pakaian yang
cantik daripada sutera serta dihiasai perhiasan daripada
emas dan mutiara. Mereka dijamu dengan makanan
dan minuman yang lazat dan kekal di dalamnya.

NERAKA
Disediakan kepada mereka yang tidak mentaati
perintah Allah. Keadaan neraka banyak digambarkan
dalam Al-Quran dan hadis seperti keadaan yang sangat
dasyat panas dengan api hitam yang marak menyala.
Hal ini menyebabkan penghuninya berasa amat tersiksa
dan terlalu dahaga. Mereka diberi minuman seperti
tembaga cair yang sangat panas. Kepanasan itu
menyebabkan muka mereka hangus terbakar.
KESAN BERIMAN DENGAN PERKARA SAM’IYYAT

MENJADI MANUSIA
YANG BERTAKWA

KESAN MENJADIKAN
MENTAATI PERINTAH
BERIMAN REDHA ALLAH
ALLAH DAN MENJAUHI
DENGAN SEBAGAI MATLAMAT
LARANGANNYA
PERKARA HIDUP

MELAHIRKAN
MENDORONG
MASYARAKAT YANG
SESEORANG MELAKUKAN
SUKAKAN KEBAIKAN
KEBAIKAN SEBANYAK
DAN MENGHINDARI
MUNGKIN
KEMUNGKARAN
RUMUSAN

KITA WAJIB BERIMAN DENGAN PERKARA


SAM’IYYAT, DAN MEMBUKTIKAN
KEIMANAN KEPADANYA DENGAN
ISTIQAMAH MELAKUKAN IBADAH FARDHU
DAN MEMBANYAKAN AMALAN SUNAT
SERTA MENJAUHI SEGALA LARANGAN
ALLAH.

You might also like