You are on page 1of 18

Teks ini hanyalah terjemahan oleh Kamar Peguam Besar Negeri, Tingkat 16, Wisma Bapa Malaysia, Petra

Jaya, Kuching bagi “THE


STATE PUBLIC SERVICE GENERAL ORDERS, 1996” [Swk. L.N. 1/96] termasuk segala pindaan yang dibuat kepadanya oleh
Swk. L.N. 77/98, Swk. L.N. 20/2000 dan Swk. L.N. 75/2003.
Ia bukannya perundangan.

BAB IV
KELAKUAN DAN TATATERTIB

BAHAGIAN SATU
KELAKUAN

Tata kelakuan. 153. (1) Yang berikut ini ialah tata kelakuan bagi pegawai-
pegawai dalam perkhidmatan awam.

(2) Seseorang pegawai hendaklah, pada setiap masa dan pada


setiap ketika, menumpukan rasa setianya yang tak berbelah bagi dan
kesetiaannya kepada Negeri dan Kerajaan.

(3) Seseorang pegawai, jika tidak dikehendaki memakai


pakaian seragam, hendaklah berpakaian dengan sepatutnya sepanjang
waktu pejabat atau dalam majlis rasmi sebagaimana yang ditentukan oleh
Kerajaan melalui pekeliling-pekeliling yang dikeluarkan oleh Setiausaha
Kerajaan Negeri dari semasa ke semasa.

(4) Seseorang pegawai tidak boleh —

(a) membelakangkan tugas awamnya demi


kepentingan persendiriannya;

(b) berkelakuan dengan sedemikian cara yang


mungkin menyebabkan kepentingan
persendiriannya bercanggah dengan tugas
awamnya;

(c) berkelakuan dengan sedemikian cara yang


diketahuinya, atau yang boleh semunasabahnya
dijangkakan dapat mengetahui, yang kelakuan
itu mungkin menyebabkan rasa syak yang
munasabah pada fikiran orang awam bahawa -

(i) dia telah membiarkan kepentingan


persendiriannya bercanggah dengan
tugas awamnya hingga menjejaskan
kegunaannya sebagai seorang pegawai
awam;

(ii) dia telah menggunakan kedudukan


awamnya untuk faedahnya sendiri;

(d) berkelakuan dengan sedemikian cara hingga


memburukkan nama atau mencemarkan nama
perkhidmatan awam;

(e) berkelakuan dengan sedemikian cara hingga


boleh semunasabahnya diertikan sebagai kurang
cekap atau kurang berusaha;

(f) tidak jujur atau berkelakuan dengan sedemikian


cara hingga boleh mendedahkan dirinya kepada
syak wasangka tidak jujur;

(g) berkelakuan dengan cara yang tidak


bertanggungjawab;

68
Teks ini hanyalah terjemahan oleh Kamar Peguam Besar Negeri, Tingkat 16, Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, Kuching bagi “THE
STATE PUBLIC SERVICE GENERAL ORDERS, 1996” [Swk. L.N. 1/96] termasuk segala pindaan yang dibuat kepadanya oleh
Swk. L.N. 77/98, Swk. L.N. 20/2000 dan Swk. L.N. 75/2003.
Ia bukannya perundangan.

(h) membawa atau cuba membawa apa-apa bentuk


pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong
atau memajukan tuntutan berhubungan dengan
perkhidmatan awam, sama ada tuntutan itu
tuntutannya sendiri atau tuntutan anggota-
anggota lain dalam perkhidmatan awam;

(i) ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa jua


cara yang boleh dengan semunasabahnya
ditafsirkan sebagai ingkar perintah;

(j) tidak hadir bertugas tanpa terlebih dahulu


mendapat kebenaran atau tanpa sebab yang
munasabah;

(k) cuai dalam melaksanakan tugas awam atau tugas


rasminya;
(l) menyebabkan harta Kerajaan rosak atau musnah
atau hilang; dan
(m) mengguna kenderaan, bot, kelengkapan, loji atau
kemudahan kepunyaan Kerajaan bagi-maksud
peribadi atau apa-apa maksud yang tidak ada
kaitan dengan pelaksanaan tugas rasmi;
(n) membiarkan prestasi kerjanya diberikan statik
oleh Panel Penilaian Pergerakan Gaji selama
empat tahun berturut-turut; dan
(o) melakukan apa-apa perbuatan atau peninggalan
yang melanggar mana-mana daripada
peruntukan-peruntukan Perintah-Perintah Am ini
atau mana-mana undang-undang bertulis lain
yang mengawalselia kelakuannya sebagai
seorang pegawai awam.

(5) Apabila Ketua Jabatan sedar akan fakta dan hal keadaan
yang menunjukkan bahawa salah laku dari jenis yang ditetapkan dalam
perenggan (3) dan (4) telah dilakukan oleh pegawai awam, Ketua Jabatan
itu hendaklah mengambil apa-apa tindakan berhubungan dengan salah laku
itu mengikut Kaedah-Kaedah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, 1996.

154. (1) Kecuali setakat yang dia dikehendaki semasa


Pekerjaan luar.
menjalankan tugasnya atau dia diberi kuasa dengan nyata oleh Setiausaha
Kerjaaan Negeri untuk berbuat demikian, seseorang pegawai tidaklah boleh

(a) mengambil bahagian secara langsung atau secara


tak langsung dalam pengurusan atau perjalanan
apa-apa pengusahaan komersil, pertanian atau
perindustrian;

(b) mengusahakan apa-apa kerja bagi mana-mana


institusi, syarikat, firma atau individu dengan
mendapat upah;

(c) sebagai seorang pakar, memberi apa-apa laporan


atau keterangan pakar, sama ada dengan
percuma atau dengan mendapat upah;

69
Teks ini hanyalah terjemahan oleh Kamar Peguam Besar Negeri, Tingkat 16, Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, Kuching bagi “THE
STATE PUBLIC SERVICE GENERAL ORDERS, 1996” [Swk. L.N. 1/96] termasuk segala pindaan yang dibuat kepadanya oleh
Swk. L.N. 77/98, Swk. L.N. 20/2000 dan Swk. L.N. 75/2003.
Ia bukannya perundangan.

(d) bertugas sebagai seorang wasi, pentadbir atau


penerima; atau

(e) memberi ceramah, membentangkan kertas kerja


atau menjadi ahli panel penceramah atau
seumpamanya di persidangan, seminar, forum
atau bengkel selain apa yang dianjurkan oleh
Kerajaan.

(2) Seseorang pegawai boleh memohon kebenaran bertulis


daripada Setiausaha Kerajaan Negeri untuk mengusahakan perkhidmatan-
perkhidmatan tertentu daripada jenis yang disebutkan dalam perenggan (1)
bagi faedah dirinya atau saudara-maranya atau bagi mana-mana badan
yang bukan mencari keuntungan yang dia adalah pemegang jawatan dalam
badan tersebut.

(3) Bagi menimbangkan sama ada kebenaran di bawah


perenggan (2) patut diberi ataupun tidak, Setiausaha Kerajaan Negeri
hendaklah mengambil perhatian akan tata kelakuan yang ditetapkan dalam
Perintah Am 153 dan, khususnya, hendaklah memastikan bahawa dengan
kebenaran itu —

(a) pekerjaan luar itu tidak dilakukan semasa waktu


kerja pejabat dan semasa pegawai itu
dikehendaki menjalankan tugas rasminya;

(b) aktiviti itu tidak akan dengan apa jua cara


berkecenderungan untuk menjejaskan kecekapan
dan kegunaan pegawai itu kepada orang awam;
dan

(c) pekerjaan atau perusahaan itu tidak akan dengan


apa jua cara berkecenderungan untuk bercanggah
dengan kepentingan Jabatan atau menjadi tak
konsisten dengan kedudukan pegawai itu sebagai
seorang pegawai awam.

(4) Seseorang pegawai yang bercuti tidaklah boleh menerima


apa-apa kerja persendirian untuk mendapatkan upah tanpa terlebih dahulu
mendapat kebenaran bertulis daripada Setiausaha Kerajaan Negeri.

(5) (a) Seseorang pegawai boleh menerima bayaran


sagu hati atau cenderahati kerana pembabitannya yang disebut dalam
perenggan (1)(e) dan had maksimum bayaran bulanan yang diterimanya itu
tidaklah boleh setinggi-tingginya melebihi satu perempat daripada gaji
bulanannya. Amaun yang melebihi had tersebut hendaklah dibayar kepada
Kerajaan.

(b) Seseorang pegawai dikehendaki juga membuat laporan


kepada Ketua Jabatannya mengenai bayaran yang diterimanya di bawah
subperenggan (a).

(6) Segala jumlah wang yang diterima oleh seseorang


pegawai sebagai saraan atau upah kerana memberi mana-mana daripada
perkhidmatan yang disebutkan dalam perenggan (1)(a) hingga (d) itu
boleh, dengan mendapat kelulusan bertulis daripada Setiausaha Kerajaan
Negeri, disimpan oleh pegawai itu.

(7) Perenggan (1) hingga (4) tidaklah terpakai kepada

70
Teks ini hanyalah terjemahan oleh Kamar Peguam Besar Negeri, Tingkat 16, Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, Kuching bagi “THE
STATE PUBLIC SERVICE GENERAL ORDERS, 1996” [Swk. L.N. 1/96] termasuk segala pindaan yang dibuat kepadanya oleh
Swk. L.N. 77/98, Swk. L.N. 20/2000 dan Swk. L.N. 75/2003.
Ia bukannya perundangan.
pegawai yang telah dilantik menjadi ahli mana-mana badan, suruhanjaya,
jawatankuasa atau badan-badan serupa itu yang ditubuhkan di bawah
mana-mana undang-undang bertulis yang sedang berkuat kuasa di dalam
Negeri.

Dadah. 155. (1) Seseorang pegawai tidak boleh menggunakan atau


mengambil (kecuali bagi maksud perubatan sebagaimana yang ditetapkan
Akta 50 oleh seorang pengamal perubatan yang didaftarkan di bawah Akta
Perubatan 1971 atau menyalahgunakan atau menagih dadah berbahaya.

(2) Perkhidmatan seseorang pegawai yang diperakui oleh


Pegawai Perubatan Kerajaan sebagai menggunakan, mengambil (selain
maksud perubatan), menyalahgunakan atau menagih dadah berbahaya
berlanggaran dengan perenggan (1) boleh demi kepentingan awam
ditamatkan di bawah Perintah Am 55.

(3) Bagi maksud Perintah Am ini, "dadah berbahaya" ertinya


Akta 234 apa-apa dadah atau bahan yang dinyatakan dalam Jadual Pertama Akta
Dadah Berbahaya 1952.

Hadiah, dsb. 156. (1) Seseorang pegawai tidak boleh menerima atau memberi,
atau tidak boleh membenarkan isteri atau suaminya, anak-anaknya (jika
ada, termasuk anak angkat), ibu-bapanya, saudara-maranya untuk
menerima hadiah atau cenderahati melainkan jika hadiah atau cenderahati
itu -

(a) diberikan kepada atau diterima oleh pegawai itu


atas sifat peribadi yang tidak ada kaitan dengan
pelaksanaan tugas rasminya;

(b) diberikan kepada atau diterima oleh pegawai itu


berkaitan dengan perasmian yang dilakukan di
mana-mana majlis awam atau rasmi;

(c) diberikan sebagai pengiktirafan akan khidmatnya


sempena persaraannya atau sebab dia
meninggalkan perkhidmatan atau bertukar; dan

(d) diberikan sebagai pengiktirafan akan khidmat


yang diberikan olehnya pada masa atau semasa
berlangsungnya apa-apa acara, majlis atau
aktiviti khas yang dianjurkan oleh mana-mana
orang, badan atau pertubuhan yang dinyatakan
dalam Jadual Ketiga Belas:

Dengan syarat sentiasanya bahawa nilai hadiah atau cenderahati


itu tidaklah terlalu mahal berbanding dengan majlis yang diberikan itu.

(2) Kebenaran boleh diberi oleh Setiausaha Kerajaan Negeri


untuk membolehkan pungutan sumbangan secara spontan dibuat oleh
pegawai-pegawainya, atau untuk mengadakan pungutan persendirian yang
dibuat tanpa rayuan daripada kalangan pegawai tersebut, bagi maksud
memberikan sesuatu hadiah kepada seseorang kakitangan dalam jabatannya
sempena persaraan, pertukaran atau perkahwinan kakitangan tersebut atau
perkahwinan anak pegawai tersebut atau sempena apa-apa hal lain yang
sesuai.

(3) Jika hal-hal keadaannya menyebabkan sukar bagi


seseorang pegawai hendak menolak hadiah atau cenderahati bernilai yang
penerimaannya dilarang diterima oleh Perintah-Perintah Am ini (misalnya,

71
Teks ini hanyalah terjemahan oleh Kamar Peguam Besar Negeri, Tingkat 16, Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, Kuching bagi “THE
STATE PUBLIC SERVICE GENERAL ORDERS, 1996” [Swk. L.N. 1/96] termasuk segala pindaan yang dibuat kepadanya oleh
Swk. L.N. 77/98, Swk. L.N. 20/2000 dan Swk. L.N. 75/2003.
Ia bukannya perundangan.
jika cadangan hendak memberi hadiah atau cenderahati itu tidak diberitahu
terlebih dahulu), maka hadiah atau cenderahati itu boleh diterima secara
rasmi tetapi pegawai itu hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik,
menghantar satu laporan bertulis, kepada Ketua Jabatan, yang
mengandungi penjelasan penuh dan anggaran nilai hadiah atau cenderahati
itu dan hal-hal keadaannya hadiah atau cenderahati itu diterima, dan Ketua
Jabatan hendaklah mengemukakan laporan tersebut bersama-sama dengan
ulasannya kepada Setiausaha Kerajaan Negeri. Sementara menunggu
keputusan Setiausaha Kerajaan Negeri, pegawai itu adalah
bertanggungjawab untuk menyimpan hadiah atau cenderahati itu dengan
selamat.

(4) Apabila diterima laporan yang dibuat di bawah


perenggan (3), Setiausaha Kerajaan Negeri hendaklah memutuskan sama
ada -

(a) untuk membenarkan pegawai itu menyimpan


hadiah atau cenderahati itu; atau

(b) untuk mengarahkan supaya hadiah atau


cenderahati itu dikembalikan kepada pemberinya
melalui Ketua Jabatan.

(5) Sekiranya perenggan (1), (2) dan (3) terpakai kepada


Ketua Jabatan, maka Ketua Jabatan hendaklah mendapatkan kelulusan
Setiausaha Kerajaan Negeri untuk menyimpan atau mengembalikan hadiah
atau cenderahati itu.

Keraian. 157. Seseorang pegawai boleh memberi atau menerima apa-apa jenis
keraian kepada atau daripada mana-mana pertubuhan, orang atau kumpulan
orang jika -

(a) keraian itu tidak dengan apa jua cara mempengaruhi


perlaksanaan tugas rasminya sebagai seorang
pengkhidmat awam bagi kepentingan mana-mana
pertubuhan, orang atau kumpulan orang itu; dan

(b) pemberian atau penerimaan keraian itu tidak dengan apa


jua cara tak konsisten dengan peruntukan tata kelakuan
yang ditetapkan dalam Perintah Am 153.

Pemilikan harta. 158. (1) Seseorang pegawai hendaklah, semasa pelantikannya ke


dalam perkhidmatan awam atau pada bila-bila masa selepas itu
sebagaimana yang dikehendaki oleh Kerajaan, mengisytiharkan secara
bertulis kepada Setiausaha Kerajaan Negeri melalui Ketua Jabatan segala
harta yang dimilikinya, atau dimiliki isteri atau suaminya atau anaknya
atau yang dipegang oleh mana-mana orang bagi pihaknya atau bagi pihak
isteri atau suaminya atau anaknya. Jika pegawai itu tidak mempunyai apa-
apa harta, dia hendaklah melaporkan keadaan sedemikian dengan
sewajarnya secara bertulis.

(2) Sekiranya, selepas membuat perisytiharan di bawah


perenggan (1), seseorang pegawai atau isteri atau suaminya atau anaknya
memperoleh apa-apa harta, sama ada secara langsung atau secara tak
langsung, atau melupuskan apa-apa harta yang diperolehinya atau
diperolehi mereka, maka dia hendaklah dengan segera mengisytiharkan
pemerolehan atau pelupusan harta itu kepada Setiausaha Kerajaan Negeri
melalui Ketua Jabatan, atau jika dia seorang Ketua Jabatan, dia hendaklah
membuat perisytiharan itu terus kepada Setiausaha Kerajaan Negeri.

72
Teks ini hanyalah terjemahan oleh Kamar Peguam Besar Negeri, Tingkat 16, Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, Kuching bagi “THE
STATE PUBLIC SERVICE GENERAL ORDERS, 1996” [Swk. L.N. 1/96] termasuk segala pindaan yang dibuat kepadanya oleh
Swk. L.N. 77/98, Swk. L.N. 20/2000 dan Swk. L.N. 75/2003.
Ia bukannya perundangan.

(3) Sekiranya seseorang pegawai atau isteri atau suaminya


atau anaknya bercadang hendak memperoleh apa-apa harta, dan
pemerolehan yang dicadangkan itu adalah tak konsisten dengan peruntukan
tata kelakuan yang ditetapkan dalam Perintah Am 153, maka pemerolehan
harta itu tidaklah boleh dibuat tanpa pegawai itu mendapatkan kebenaran
bertulis terlebih dahulu daripada Setiausaha Kerajaan Negeri.

(4) Pada memutuskan sama ada hendak memberikan


kebenaran ataupun tidak di bawah perenggan (3), Setiausaha Kerajaan
Negeri hendaklah mengambil kira tentang perkara-perkara yang berikut:

(a) saiz, amaun atau nilai pegangan, pelaburan,


rumah, tanah atau harta itu berbanding dengan
emolumen rasmi pegawai itu dan apa-apa
pendapatan persendirian yang sah;

(b) sama ada pemerolehan atau pemegangan itu


akan atau mungkin bercanggah dengan
kepentingan perkhidmatan awam, atau menjadi
tak konsisten dengan kedudukan pegawai itu
sebagai seorang pengkhidmat awam atau dengan
apa jua cara menjadi tak konsisten dengan
peruntukan tata kelakuan yang ditetapkan dalam
Perintah Am 153;

(c) pendapat Ketua Jabatan tentang pemerolehan


atau pemilikan harta itu; dan

(d) apa-apa faktor lain yang difikirkan perlu oleh


Setiausaha Kerajaan Negeri bagi menjaga
keutuhan dan kecekapan perkhidmatan awam.

(5) Jenis, had dan nilai pelaburan, rumah, tanah atau harta-
harta lain yang diperolehi atau dimiliki oleh pegawai itu boleh diputuskan
oleh Setiausaha Kerajaan Negeri dari semasa ke semasa dan disyaratkan
dalam pekeliling-pekeliling yang akan dikeluarkannya.

(6) Bagi maksud Perintah Am ini, "harta" ertinya apa-apa


harta alih atau tak alih dan termasuklah apa-apa jenis harta yang ditetapkan
oleh Setiausaha Kerajaan Negeri dari semasa ke semasa.

Menyenggara 159. (1) Sekiranya Ketua Jabatan berpendapat bahawa seseorang


taraf hidup melebihi
emolumen rasmi dan pegawai adalah sebenarnya atau pada zahirnya -
pendapatan
persendirian yang sah.
(a) menyenggara taraf hidup yang melebihi
emolumen rasminya dan pendapatan-pendapatan
persendiriannya yang lain yang sah, jika ada;
atau

(b) menguasai atau memiliki sumber-sumber


kewangan atau harta, sama ada harta alih atau
tak alih, yang nilainya tidak seimbang dengan,
atau yang tidak boleh semunasabahnya dijangka
dapat diperolehi oleh pegawai itu dengan,
emolumen rasmi bulanannya dan apa-apa
pendapatan persendiriannya yang sah,

maka Ketua Jabatan boleh, melalui notis bertulis, meminta pegawai itu

73
Teks ini hanyalah terjemahan oleh Kamar Peguam Besar Negeri, Tingkat 16, Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, Kuching bagi “THE
STATE PUBLIC SERVICE GENERAL ORDERS, 1996” [Swk. L.N. 1/96] termasuk segala pindaan yang dibuat kepadanya oleh
Swk. L.N. 77/98, Swk. L.N. 20/2000 dan Swk. L.N. 75/2003.
Ia bukannya perundangan.
supaya memberi penjelasan bertulis dalam tempoh tiga puluh hari dari
tarikh penerimaan notis itu bagaimana dia dapat menyenggarai taraf hidup
tersebut atau bagaimana dia telah mendapat sumber-sumber kewangan atau
hartanya itu.

(2) Sekiranya pegawai itu tidak dapat memberikan apa-apa


penjelasan atau ada memberikan penjelasan tetapi penjelasan itu tidak
memuaskan hati Ketua Jabatan, maka Ketua Jabatan hendaklah
mengemukakan laporan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri dengan
melampirkan penjelasan pegawai itu, jika ada. Setiausaha Kerajaan Negeri
hendaklah memanjangkan laporan tersebut kepada Suruhanjaya dan
membuat perakuan supaya tindakan tatatertib diambil terhadap pegawai itu
sebagaimana yang difikirkan patut oleh Suruhanjaya mengikut Kaedah-
Swk. L.N14/95 Kaedah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, 1996.

160. (1) Tiada pegawai boleh meminjam wang daripada mana-


Meminjam wang.
mana orang atau menjadi penjamin kepada mana-mana peminjam, atau
dengan apa-apa cara meletakkan dirinya di bawah satu obligasi kewangan
kepada mana-mana orang -

(a) yang secara langsung atau secara tak langsung


tertakluk kepada kuasa rasminya;

(b) yang dengannya pegawai itu ada atau mungkin


ada urusan rasmi;

(c) yang tinggal atau memiliki tanah atau


menjalankan perniagaan di dalam kawasan
tempatan yang dia mempunyai kuasa rasmi; atau

(d) yang menjalankan perniagaan pemberian


pinjaman wang.

(2) Walau apa pun peruntukan perenggan (1), seseorang


pegawai boleh, bagaimanapun, meminjam wang daripada atau menjadi
penjamin kepada mana-mana orang yang meminjam wang daripada bank,
Akta 372. koperasi, atau syarikat kewangan yang dilesenkan di bawah Akta Bank
Akta 276. dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 atau Akta Bank Islam 1983 atau
syarikat insurans atau menanggung hutang dengan cara memperoleh
barang-barang atau barang-barang pengguna melalui perjanjian sewa beli
dengan syarat bahawa -

(a) bank, koperasi, syarikat kewangan atau syarikat


insurans itu yang daripadsanya pegawai itu
meminjam tidaklah secara langsung tertakluk
kepada kuasa rasminya;

(b) peminjaman atau urusniaga itu tidak akan


membawa skandal awam atau tidak akan
ditafsirkan bahawa pegawai itu telah
menyalahgunakan kedudukan awamnya untuk
faedah persendiriannya; atau

(c) agregat hutang pegawai itu tidak menyebabkan


atau tidak mungkin menyebabkan pegawai itu
berada dalam keberhutangan kewangan yang
serius sebagaimana yang ditakrifkan di bawah
Perintah Am 161.

74
Teks ini hanyalah terjemahan oleh Kamar Peguam Besar Negeri, Tingkat 16, Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, Kuching bagi “THE
STATE PUBLIC SERVICE GENERAL ORDERS, 1996” [Swk. L.N. 1/96] termasuk segala pindaan yang dibuat kepadanya oleh
Swk. L.N. 77/98, Swk. L.N. 20/2000 dan Swk. L.N. 75/2003.
Ia bukannya perundangan.
(3) Tertakluk kepada peruntukan perenggan (2), seseorang
pegawai boleh menanggung hutang-hutang yang berikut:

(a) jumlah wang yang dipinjam atas cagaran tanah


yang digadai atau digadaijanjikan, jika jumlah
wang tersebut tidak melebihi nilai tanah
tersebut;

(b) overdraf yang dibenarkan oleh bank;

(c) jumlah wang yang dipinjam daripada syarikat


insurans atas cagaran polisi insurans;

(d) jumlah wang yang dipinjam daripada Kerajaan


atau koperasi; atau

(e) jumlah wang yang kena dibayar atas barang-


barang atau baang-barang pengguna yang
diperoleh melalui perjanjian sewa beli.

(4) Tiada apa-apa jua dalam Perintah Am ini boleh melarang


seseorang pegawai daripada menjadi penjamin atau penggerenti bagi
biasiswa atau pinjaman yang diberikan oleh Kerajaan atau mana-mana
badan berkanun atau mana-mana institusi lain yang diluluskan oleh
Setiausaha Kerajaan Negeri berkenaan dengan pendidikan anak mana-
mana orang: Dengan syarat bahawa kelulusan bertulis daripada Setiausaha
Kerajaan Negeri hendaklah didapatkan terlebih dahulu.

(5) Bagi maksud perenggan (1) dan (2), "orang" hendaklah


termasuk kumpulan yang diperbadankan atau tidak diperbadankan.

Keterhutangan 161. (1) Seseorang pegawai tidak boleh dengan apa jua cara pun
kewangan yang
serius
menyebabkan dirinya berada dalam keterhutangan kewangan yang serius.

(2) Tanpa menjejaskan peruntukan perenggan (1), seseorang


pegawai hendaklah disifatkan sebagai berada dalam keterhutangan
kewangan yang serius —

(a) sekiranya agregat hutang dan liabiliti pegawai


itu yang tak bercagar pada bila-bila masa
tertentu melebihi jumlah wang sebanyak enam
kali emolumen bulanannya;

(b) sekiranya pegawai itu seorang penghutang


penghakiman dan hutang penghakiman itu
belum lagi dijelaskan dalam tempoh satu bulan
dari tarikh penghakiman itu; atau

(c) sekiranya pegawai itu seorang bankrap atau


seorang pemakan gaji tak solven, selagi dia
masih seorang bankrap yang belum dilepaskan
atau selagi perintah kebankrapan yang dibuat
terhadapnya belum lagi dibatalkan.

(3) Keterhutangan kewangan yang serius kerana apa jua pun


sebab, selain malang yang tidak dapat dielakkan yang dengan apa jua cara
bukan disebabkan oleh pegawai itu sendiri, hendaklah dianggap sebagai
sudah semestinya mencacatkan kecekapan seseorang pegawai dan boleh
menyebabkan dirinya dikenakan tindakan tatatertib.

75
Teks ini hanyalah terjemahan oleh Kamar Peguam Besar Negeri, Tingkat 16, Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, Kuching bagi “THE
STATE PUBLIC SERVICE GENERAL ORDERS, 1996” [Swk. L.N. 1/96] termasuk segala pindaan yang dibuat kepadanya oleh
Swk. L.N. 77/98, Swk. L.N. 20/2000 dan Swk. L.N. 75/2003.
Ia bukannya perundangan.
(4) Sekiranya keterhutangan kewangan yang serius yang
telah berlaku itu disebabkan malang yang tidak dapat dielakkan, maka
Kerajaan boleh menurut budi bicaranya memberikan kepada pegawai itu
apa-apa bantuan yang didapati wajar mengikut hal keadaannya.

(5) Jika seseorang pegawai mendapati bahawa hutangnya


menyebabkan, atau mungkin menyebabkan, keterhutangan kewangan yang
serius kepadanya, maka dia hendaklah serta-merta melaporkan fakta ini
kepada Ketua Jabatannya.

(6) Seseorang pegawai yang tidak melaporkan atau


melengah-lengah dalam melaporkan keterhutangan kewangannya yang
seirus atau yang ada melaporkannya tetapi tidak mendedahkan hutangnya
dengan sepenuhnya atau memberi keterangan yang palsu atau yang
mengelirukan mengenainya adalah melakukan suatu pelanggaran tatatertib
yang serius (tidak kira apakah sebenarnya yang telah menyebabkan
keterhutangan kewangan yang serius itu), dan boleh menyebabkan dirinya
dikenakan tindakan tatatertib.

(7) Tanpa menjejaskan peruntukan-peruntukan Perintah Am


ini, jika hutang seseorang pegawai terjumlah kepada keterhutangan
kewangan yang serius tetapi dia belum dihukum sebagai seorang bankrap
atau sebagai seorang pemakan gaji yang tak solven, maka Ketua Jabatan
hendaklah mengkaji semula kesnya pada tiap-tiap tahun dan satu laporan
mengenainya dikemukakan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri.

(8) Bagi maksud Perintah-Perintah Am ini, ungkapan


"keterhutangan kewangan yang serius" ertinya keadaan keterhutangan
seseorang pegawai yang, dengan mengambil kira amaun hutang yang
ditanggung olehnya, telah sebenarnya menyebabkan kesusahan kewangan
yang serius terhadap dirinya.

Laporan mengenai 162. (1) Pendaftar atau Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah
keterhutangan
kewangan yang serius, Tinggi mengenai prosiding dalam Mahkamah Tinggi dan Pendaftar
dsb., daripada Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret, mengikut mana-mana yang
mahkamah dan Pegawai berkenaan, hendaklah melaporkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri tiap-
Pemegang Harta. tiap kes mengenai pegawai awam yang -—

(a) selaku seorang penghutang penghakiman,


didapati daripada fail guaman sebagai tidak
menjelaskan hutangnya dalam tempoh satu bulan
dari tarikh penghakiman;

(b) telah memfailkan petisyen dalam


kebankrapannya sendiri atau mendapat perintah
pentadbiran pemakan gaji;

(c) terhadapnya suatu petisyen pemiutang dalam


kebankrapan telah diserahkan oleh pemiutang.;

(2) Pegawai Pemegang Harta hendaklah, sebaik sahaja dia


telah menyiasat dengan secukupnya tentang hal-ehwal seseorang pegawai
awam yang menjadi seorang bankrap atau pemakan gaji yang tak solven,
menyampaikan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri —

(a) Pernyataan Hal-Ehwal yang difailkan oleh si


bankrap atau pemakan gaji tak solven itu
mengikut undang-undang kebankrapan yang
sedang berkuat kuasa;

76
Teks ini hanyalah terjemahan oleh Kamar Peguam Besar Negeri, Tingkat 16, Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, Kuching bagi “THE
STATE PUBLIC SERVICE GENERAL ORDERS, 1996” [Swk. L.N. 1/96] termasuk segala pindaan yang dibuat kepadanya oleh
Swk. L.N. 77/98, Swk. L.N. 20/2000 dan Swk. L.N. 75/2003.
Ia bukannya perundangan.
(b) amaun ansuran yang diperintahkan atau yang
dicadangkan dibuat;

(c) sama ada atau tidak Pegawai Pemegang Harta


bercadang hendak membawa apa-apa prosiding
selanjutnya dan, jika begitu, suatu pernyataan
ringkas mengenai jenis prosiding itu selanjutnya;

(d) sebab utama kebankrapan itu;

(e) sama ada pada pendapatnya kes itu disebabkan


malang yang tidak dapat dielakkan, kelakuan
hina atau apa-apa hal keadaan lain yang khas,
sama ada yang memihak atau tidak memihak
kepada pegawai itu; atau

(f) apa-apa perkara lain yang menurut budi


bicaranya itu difikirkan patut disebut.

(3) Setelah menimbangkan laporan di bawah perenggan (1)


atau (2), Setiausaha Kerajaan Negeri hendaklah, jika dia berpendapat kerja
dan kelakuan pegawai itu sebelum dan semenjak keterhutangan
kewangannya yang serius itu tidaklah memuaskan hati atau telah terjejas
disebabkan keberhutangan kewangan yang serius itu, melaporkan hal itu
kepada Suruhanjaya yang hendaklah memutuskan sama ada hendak
mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawai yang berkenaan dan, jika
hendak mengambilnya, apakah tindakan yang hendak diambilnya.

(4) Seseorang pegawai yang mendapat pembatalan


kebankrapannya bolehlah dikira sebagai telah memulihkan kedudukan
kewangannya dengan sepenuhnya.

Meminjamkan wang. 163. (1) Seseorang pegawai tidak boleh meminjamkan wang
dengan bunga sama ada dengan atau tanpa cagaran.

(2) Penyimpanan wang secara deposit tetap dalam mana-


mana bank atau dalam mana-mana syarikat kewangan berlesen atau dalam
mana-mana sekuriti atau saham yang diterbitkan oleh Kerajaan atau oleh
mana-mana badan berkanun tidaklah dianggap sebagai meminjamkan wang
dengan bunga bagi maksud perenggan (1).

Penglibatan dalam 164. Tiada pegawai boleh melibatkan dirinya dalam pasaran komoditi
pasaran komoditi atau
pasaran sekuriti
atau pasaran sekuriti hadapan sebagai pembeli atau penjual atau selainnya,
hadapan sama ada dalam pasaran hadapan tempatan atau luar negara.

Refel dan loteri. 165. Tertakluk kepada mana-mana undang-undang bertulis yang
berhubungan dengan refel dan loteri, seseorang pegawai tidaklah boleh,
tanpa terlebih dahulu mendapatkan kelulusan daripada Setiausaha Kerajaan
Negeri, mengadakan refel atau loteri akan harta persendiriannya.

Penerbitan buku dan 166. (1) Seseorang pegawai tidaklah boleh menerbitkan atau
penyampaian maklumat
rasmi. menulis apa-apa buku, makalah atau karya-karya lain berdasarkan
maklumat rasmi terperingkat.

(2) Kecuali setakat yang perlu dan patut dalam perjalanan


biasa urusan awam, tiada pegawai boleh, tanpa terlebih dahulu
mendapatkan keizinan daripada Setiausaha Kerajaan Negeri,
mengumumkan kepada orang ramai atau menghubungi pihak akbar atau
media elektronik, atau dengan mana-mana orang, atau membuat salinan
sendiri, bagi dokumen atau maklumat rasmi yang mungkin telah

77
Teks ini hanyalah terjemahan oleh Kamar Peguam Besar Negeri, Tingkat 16, Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, Kuching bagi “THE
STATE PUBLIC SERVICE GENERAL ORDERS, 1996” [Swk. L.N. 1/96] termasuk segala pindaan yang dibuat kepadanya oleh
Swk. L.N. 77/98, Swk. L.N. 20/2000 dan Swk. L.N. 75/2003.
Ia bukannya perundangan.
dimilikinya atas sifat rasminya itu.

(3) Seseorang pegawai tidaklah boleh, tanpa kelulusan Ketua


Jabatannya, mempunyai akses kepada rekod-rekod sulit yang secara
peribadi berhubungan dengan dirinya sendiri, atau pun dia tidaklah boleh
membuat salinan minit atau surat-menyurat dari jenis ini sama ada atau
tidak rekod-rekod itu sampai ke tangannya semasa menjalankan tugas
rasminya, kecuali dalam hal-hal di mana sesuatu dokumen itu dihantar
kepadanya dengan nyata untuk mendapatkan ulasan atau perhatiannya.

(4) Apabila seseorang pegawai ada kena-mengena secara


peribadi dalam apa jua perkara, maka keputusan atau pandangan Kerajaan
berhubungan dengan kes pegawai itu hendaklah disampaikan kepadanya
melalui surat dan tiada pegawai yang surat-menyurat rasmi itu sampai ke
tangannya boleh memaklumkan mana-mana isi kandungan surat-menyurat
itu kepada mana-mana orang atau orang-orang tanpa arahan bertulis yang
bermaksud sedemikian daripada Setiausaha Kerajaan Negeri.

Larangan membuat 167. (1) Seseorang pegawai tidaklah boleh, sama ada secara lisan
pernyataan awam.
atau secara bertulis atau dengan apa jua cara lain, membuat apa-apa
pernyataan awam yang memudaratkan apa-apa jua dasar atau keputusan
Kerajaan atau mengedarkan apa-apa pernyataan seperti itu sama ada yang
dibuat olehnya atau oleh mana-mana orang lain.

(2) Seseorang pegawai tidaklah boleh, sama ada secara lisan


atau secara bertulis atau dengan apa jua cara lain, membuat apa-apa
pernyataan awam yang berhubungan dengan Jabatan di mana dia bertugas
atau pernah bertugas dahulu:

(a) jika pernyataan atau ulasan itu boleh dianggap


sebagai menunjukkan dasar Kerajaan, kecuali
dengan kebenaran Setiausaha Kerajaan Negeri;
atau

(b) sama ada pernyataan atau ulasan itu mungkin


atau tidak mungkin menyebabkan keadaan
serba-salah kepada Kerajaan.

(3) Seseorang pegawai, bagaimanapun, boleh membuat


pernyataan awam yang berhubungan dengan perkara-perkara umum atau
yang bercorak teknikal yang tidak menyentuh dasar dan keputusan
Kerajaan.

(4) Bagi maksud Perintah Am ini, "pernyataan awam"


termasuklah apa-apa pernyataan atau ulasan yang dibuat kepada pihak
akhbar atau kepada orang ramai atau semasa memberi apa-apa syarahan
atau ucapan awam atau dalam mana-mana penyiaran melalui bunyi atau
penglihatan atau kedua-duanya sekali.

Larangan bertindak 168. (1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam


sebagai penyunting,
dsb., bagi suratkhabar,
perenggan (2), tiada pegawai boleh, tanpa kelulusan bertulis Setiausaha
dsb. Kerajaan Negeri —

(a) bertindak sebagai penyunting mana-mana


akhbar, majalah atau jurnal;

(b) mengambil bahagian secara langsung atau secara


tak langsung dalam pengurusannya;

(c) menyumbang makalah-makalah kepadanya tanpa

78
Teks ini hanyalah terjemahan oleh Kamar Peguam Besar Negeri, Tingkat 16, Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, Kuching bagi “THE
STATE PUBLIC SERVICE GENERAL ORDERS, 1996” [Swk. L.N. 1/96] termasuk segala pindaan yang dibuat kepadanya oleh
Swk. L.N. 77/98, Swk. L.N. 20/2000 dan Swk. L.N. 75/2003.
Ia bukannya perundangan.
menyatakan nama atau sebaliknya;

(d) membuat sumbangan kewangan kepadanya


dengan apa-apa jua cara; atau

(e) menerbitkan dengan apa jua cara atau


menyiarkan apa-apa jua yang boleh dengan
semunasabahnya dianggapkan sebagai bersifat
politik atau tadbiran atau sebagai melibatkan
dasar Kerajaan.

(2) Seseorang pegawai boleh, bagaimanapun, menerbitkan


dengan mengguna namanya sendiri atau memberi ceramah di udara
mengenai perkara-perkara yang berhubungan dengan perkara-perkara yang
menarik minat orang ramai atau semata-matanya menarik minat dari segi
teknikal yang tidak melibatkan dasar Kerajaan dalam mana-mana daripada
penerbitan yang berikut:

(a) penerbitan-penerbitan jabatan atau kakitangan;

(b) penerbitan-penerbitan profesional; dan

(c) penerbitan-penerbitan pertubuhan sukarela yang


bukan bercorak politik.

Aktiviti-aktiviti 169. (1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam


politik.
perenggan (3), seseorang pegawai adalah dilarang mengambil bahagian
aktif dalam aktiviti-aktiviti politik atau memakai mana-mana lambang
sesuatu parti politik dan dia tidaklah boleh —

(a) membuat pernyataan kepada orang ramai, sama


ada secara lisan atau secara bertulis, yang
memberikan pandangan yang berat sebelah atas
apa-apa perkara yang menjadi isu di antara parti-
parti politik;

(b) menerbit atau mengedarkan buku, makalah atau


risalah yang mengemukakan pandangannya yang
berat sebelah atau pandangan orang lain atas
apa-apa perkara yang berkaitan dengan mana-
mana parti politik;

(c) terlibat dalam merayu undi bagi menyokong


mana-mana calon bagi sesuatu pemilihan untuk
memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana
parti politik;

(d) bertindak sebagai seorang ejen pilihanraya atau


ejen tempat mengundi atau atas apa-apa sifat
untuk atau bagi pihak seseorang calon dalam
sesuatu pilihanraya bagi Dewan Rakyat atau
bagi mana-mana Dewan Undangan Negeri;

(e) masuk bertanding untuk apa-apa jawatan dalam


mana-mana parti politik; atau

(f) memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana


parti politik.

(2) Tiada pegawai boleh memanggil mesyuarat awam untuk

79
Teks ini hanyalah terjemahan oleh Kamar Peguam Besar Negeri, Tingkat 16, Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, Kuching bagi “THE
STATE PUBLIC SERVICE GENERAL ORDERS, 1996” [Swk. L.N. 1/96] termasuk segala pindaan yang dibuat kepadanya oleh
Swk. L.N. 77/98, Swk. L.N. 20/2000 dan Swk. L.N. 75/2003.
Ia bukannya perundangan.
menimbangkan apa-apa tindakan Kerajaan atau membincang di khalayak
ramai apa-apa tindakan yang diambil oleh Kerajaan atau mengambil
bahagian dalam prosiding mesyuarat awam yang dipanggil bagi maksud
itu.

(3) Seseorang pegawai yang bercuti sebelum persaraannya


boleh mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti politik dengan syarat
bahawa dia telah terlebih dahulu mendapatkan kelulusan Kerajaan dan dia
tidak melanggar peruntukan-peruntukan Akuan Simpan Rahsia di bawah
Akta 88. Perintah Am 18(2)(c) atau mana-mana peruntukan Akta Rahsia Rasmi
1972.

Memulakan prosiding 170. (1) Pegawai-pegawai yang mendakwa bagi pihak Kerajaan
undang-undang dan
bantuan guaman. hendaklah, melainkan jika kerana apa-apa sebab yang difikirkannya
mustahak, memohon mendapatkan suatu perintah kos dalam segala kes
yang penghakiman didapati.

(2) Seseorang pegawai tidaklah boleh, tanpa keizinan


Setiausaha Kerajaan Negeri, menerima pelantikan daripada mana-mana
mahkamah sebagai seorang penerima. Tambahan pula, dia tidaklah boleh
tanpa terlebih dahulu memberitahu Setiausaha Kerajaan Negeri secara
bertulis memberi keterangan pakar berhubungan dengan apa-apa perkara
yang berkaitan dengan jawatannya atau penunaian apa-apa fungsi atau
aktiviti Kerajaan.

(3) Seseorang pegawai tidaklah boleh membawa prosiding


undang-undang bagi kepentingan dirinya sendiri berkaitan dengan perkara-
perkara yang berbangkit daripada tugas rasminya tanpa terlebih dahulu
mendapat keizinan Setiausaha Kerajaan Negeri.

(4) Seseorang pegawai yang menerima notis mengenai


prosiding undang-undang yang dicadang hendak dibawa terhadapnya
berkaitan dengan perkara-perkara yang berbangkit daripada tugas rasminya
atau yang menerima apa-apa proses mahkamah yang berhubungan dengan
prosiding undang-undang tersebut hendaklah segera melaporkan perkara itu
kepada Ketua Jabatan bagi mendapatkan arahan sama ada dan bagaimana
notis atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, proses mahkamah itu
hendak diakui terima, dijawab atau dibela.

(5) Seseorang pegawai yang berkehendakkan bantuan


guaman untuk menempah dan mengarahkan seseorang peguambela bagi
maksud prosiding undang-undang berkaitan dengan perkara-perkara yang
berbangkit daripada tugas rasminya boleh membuat permohonan kepada
Setiausaha Kerajaan Negeri. Permohonan tersebut yang mengandungi
segala fakta dan hal keadaan kes itu hendaklah dikemukakan oleh Ketua
Jabatan berserta dengan pendapatnya setelah berfikir dalam-dalam tentang
jenis penglibatan pegawai itu kepada Setiausaha Kerajaan Negeri melalui
Peguam Besar Negeri.

(6) Apabila diterima permohonan itu kelak, Setiausaha


Kerajaan Negeri boleh meluluskan atau menolak permohonan tersebut,
tertakluk kepada nasihat Peguam Besar Negeri tentang —

(a) amaun bantuan guaman yang hendak diluluskan;

(b) peguambela yang hendak ditempah dan


diarahkan oleh pegawai itu; atau

(c) apa-apa syarat lain yang difikirkan baik oleh


Peguam Besar Negeri,

80
Teks ini hanyalah terjemahan oleh Kamar Peguam Besar Negeri, Tingkat 16, Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, Kuching bagi “THE
STATE PUBLIC SERVICE GENERAL ORDERS, 1996” [Swk. L.N. 1/96] termasuk segala pindaan yang dibuat kepadanya oleh
Swk. L.N. 77/98, Swk. L.N. 20/2000 dan Swk. L.N. 75/2003.
Ia bukannya perundangan.

dan kepada syarat tersirat selanjutnya bahawa, sekiranya pegawai itu


diawardkan kos oleh mahkamah apabila selesai prosiding undang-undang
tersebut, tiada bayaran berkenaan dengan bantuan guaman yang diluluskan
sedemikian akan dibuat oleh Kerajaan melainkan jika amaun kos yang
diawardkan demikian kepada pegawai itu tidak mencukupi untuk
membayar bayaran menempah dan mengarahkan seseorang peguambela.

(7) Bayaran untuk mengambil khidmat seorang peguambela


yang ditempah dan diarahkan oleh atau bagi pihak seseorang pegawai
dalam prosiding undang-undang berkaitan dengan perkara-perkara yang
berbangkit daripada tugas rasminya selain menurut kuasa kelulusan
Setiausaha Kerajaan Negeri tidak akan dibayar oleh Kerajaan.

(8) Seseorang pegawai tidak dibenarkan mendedah atau


mengeluarkan apa-apa dokumen rasmi atau salinannya yang
diperingkatkan sebagai “Terhad”, “Sulit”, “Rahsia” atau “Rahsia Besar”
sebagai keterangan dalam mana-mana mahkamah tanpa terlebih dahulu
mendapat kelulusan daripada Setiausaha Kerajaan Negeri untuk berbuat
demikian.

Ketidakhadiran tanpa 171. (1) Seseorang pegawai yang tidak hadir bertugas tanpa cuti
cuti.
atau tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu atau tanpa sebab yang
munasabah boleh, melainkan jika hal-hal keadaan yang di luar kawalan
menghalangnya daripada mendapatkan cuti atau kebenaran itu, dikenakan
tindakan tatatertib.

(2) Jika seseorang pegawai tidak hadir bertugas, maka Ketua


Jabatan hendaklah, dengan seberapa segera yang mungkin, melaporkan
fakta itu kepada Setiausaha Kerajaan Negeri berserta dengan tarikh-tarikh
dan hal-hal keadaan ketidakhadiran itu dan apa-apa maklumat selanjutnya
yang mungkin dikehendaki berkenaan dengan pegawai itu. Setiausaha
Kerajaan Negeri hendaklah, jika difikirkan berjustifikasi, mengemukakan
kes pegawai tersebut kepada Suruhanjaya.

(3) Suruhanjaya boleh, setelah menimbangkan laporan dalam


perenggan (2), memulakan atau menyebab dimulakan tindakan tatatertib
yang difikirkannya patut terhadap pegawai itu mengikut Kaedah-Kaedah
Swk. L.N. 14/95. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, 1996.

(4) Jika seseorang pegawai telah didapati bersalah kerana


tidak menghadirkan diri bertugas tanpa cuti atau tanpa kebenaran atau
tanpa sebab yang munasabah, maka dia tidaklah berhak dibayar apa-apa
emolumen selama tempoh yang dia tidak hadir bertugas itu, dan apa-apa
emolumen yang dibayar kepadanya sepanjang tempoh ketidakhadiran itu
hendaklah dipulangkan kepada Kerajaan dan Kerajaan berhak untuk
mendapatkan kembali emolumen itu sebagai hutang sivil daripada pegawai
itu.

(5) Sekiranya seseorang pegawai telah tidak menghadirkan


diri untuk bertugas dan ketidakhadirannya telah dilaporkan kepada
Setiausaha Kerajaan Negeri di bawah perenggan (2), maka Ketua Jabatan
hendaklah mengambil tindakan untuk menghentikan pembayaran gaji dan
elaunnya, dan penghentian itu hendaklah diteruskan sehinggalah —

(a) dia kembali bekerja;

(b) selesai tindakan tatatertib terhadapnya; atau

(c) Suruhanjaya memerintahkan selainnya.

81
Teks ini hanyalah terjemahan oleh Kamar Peguam Besar Negeri, Tingkat 16, Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, Kuching bagi “THE
STATE PUBLIC SERVICE GENERAL ORDERS, 1996” [Swk. L.N. 1/96] termasuk segala pindaan yang dibuat kepadanya oleh
Swk. L.N. 77/98, Swk. L.N. 20/2000 dan Swk. L.N. 75/2003.
Ia bukannya perundangan.

(6) Bagi maksud Perintah Am ini, "ketidakhadiran"


termasuklah kegagalan untuk hadir bagi apa-apa jua tempoh masa pun pada
satu-satu masa dan di tempat di mana pegawai itu dikehendaki hadir bagi
pelaksanaan tugas-tugasnya.

Penggunaan tanpa 172. (1) Tiada pegawai boleh, tanpa kebenaran daripada Ketua
kebenaran atau
pembekalan dokumen- Jabatan, memberi, dengan atau tanpa bayaran, kepada mana-mana anggota
dokumen terperingkat. awam, atau mana-mana orang yang dibenarkan menerimanya, salinan apa-
apa dokumen yang —

(a) bertanda “SULIT” atau “RAHSIA”;

(b) disimpan dalam fail bertanda “SULIT” atau


“RAHSIA”; atau

(c) merupakan rekod mana-mana mesyuarat jabatan


atau kementerian atau diminta oleh mana-mana
jabatan atau kementerian, berhubungan dengan
fungsi-fungsi awam atau pentadbiran Kerajaan
atau mana-mana jabatan atau kementerian atau
mana-mana badan awam; dan

(d) merupakan apa-apa minit, memorandum, surat-


menyurat atau arahan yang dikeluarkan oleh atau
bagi pihak mana-mana Menteri untuk tindakan
diambil oleh mana-mana pegawai awam.

(2) Sekiranya permintaan dibuat untuk mendapatkan


dokumen-dokumen yang dikategorikan di bawah perenggan (1)(d), tiada
kebenaran boleh diberi untuk mengeluar atau membekalkan dokumen-
dokumen itu tanpa kelulusan bertulis Menteri yang berkenaan.

(3) Sekiranya seseorang pegawai, dengan melanggar Akta


Akta 88.
Rahsia Rasmi, 1972, ada memiliki atau telah menyampaikan secara
langsung atau secara tak langsung kepada orang tak berkebenaran apa-apa
rahsia rasmi (sepertimana yang ditakrifkan dalam Akta tersebut), maka
Ketua Jabatannya hendaklah —

(a) serta-merta melaporkan pelanggaran itu kepada


Setiausaha Kerajaan Negeri; dan

(b) memberitahu pihak berkuasa Polis dengan segera


untuk membolehkan penyiasatan penuh
dijalankan ke atas perkara itu.

(4) Penyiasatan pihak Polis ke atas apa-apa pelanggaran


Akta 88.
Akta Rahsia Rasmi, 1972 tidaklah mengecualikan tindakan tatatertib
Swk. L.N. 14/95. diambil terhadap pegawai yang berkenaan mengikut Kaedah-Kaedah
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, 1996.

82
Teks ini hanyalah terjemahan oleh Kamar Peguam Besar Negeri, Tingkat 16, Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, Kuching bagi “THE
STATE PUBLIC SERVICE GENERAL ORDERS, 1996” [Swk. L.N. 1/96] termasuk segala pindaan yang dibuat kepadanya oleh
Swk. L.N. 77/98, Swk. L.N. 20/2000 dan Swk. L.N. 75/2003.
Ia bukannya perundangan.

BAHAGIAN DUA

TUGAS KAWALAN DAN PENGAWASAN TATATERTIB

Tugas kawalan 173. (1) Adalah menjadi tugas tiap-tiap pegawai untuk
dan pengawasan
tatatertib.
menjalankan kawalan dan pengawasan tatatertib ke atas pegawai
bawahannya dan mengambil tindakan yang sesuai dalam tiap-tiap hal
pelanggaran terhadap mana-mana peruntukan Perintah-Perintah Am ini dan
hendaklah memastikan bahawa peruntukan-peruntukan Perintah-Perintah
Am ini dipatuhi dengan sewajarnya oleh dirinya sendiri dan pegawai-
pegawai bawahannya.

(2) Seseorang pegawai yang tidak menjalankan kawalan dan


pengawasan tatatertib ke atas pegawai bawahannya adalah melakukan
pelanggaran tatatertib dan hendaklah disifatkan telah cuai dalam
menjalankan tugasnya dan telah bertindak dengan cara yang tidak
bertanggungjawab dan dengan itu dia boleh dikenakan tindakan tatatertib.

BAHAGIAN TIGA

TATACARA

Tindakan tatatertib 174. (1) Sesuatu kemungkiran atau pelanggaran terhadap mana-
terhadap pegawai.
mana daripada peruntukan Perintah-Perintah Am ini 1atau perlanggaran
terhadap surat aku janji seperti yang dinyatakan dalam Borang A1 yang
ditandatangani oleh seseorang pegawai boleh menyebabkan dirinya
dikenakan tindakan tatatertib mengikut Kaedah-Kaedah Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam, 1996.

(2) Sekiranya Setiausaha Kerajaan Negeri berpendapat


bahawa kemungkiran atau pelanggaran yang disebut dalam perenggan (1)
tidak mewajarkan tindakan tatatertib diambil terhadap pegawai itu, tetapi
difikirkannya perlu untuk mengeluarkan surat amaran kepada pwegawai itu
berkenaan dengan kemungkiran atau perlanggaran itu, maka Setiausaha
Kerajaan Negeri boleh mengeluarkan surat amaran itu tanpa merujukkan
perkara itu kepada Suruhanjaya: Dengan syarat bahawa surat amaran itu
tidaklah boleh disifatkan sebagai hukuman tatatertib.

Tatacaranya jika 175. Sekiranya —


terdapat perintah
tahanan, buang
negeri, dsb. (a) suatu perintah pemenjaraan, tahanan,
pengawasan, kediaman terhad, buang negeri atau
deportasi; atau

(b) suatu perintah yang mengenakan apa-apa bentuk


sekatan atau pengawasan, sama ada dengan bon
atau selainnya,

telah dibuat terhadap seseorang pegawai di bawah mana-mana undang-


undang berhubungan dengan keselamatan Persekutuan atau Negeri,
pencegahan jenayah, tahanan pencegahan, kediaman terhad, buang negeri,
imigresen, atau perlindungan wanita dan gadis, maka Ketua Jabatan
hendaklah memohon bagi mendapatkan satu salinan perintah itu daripada
pihak berkuasa yang berkenaan. Apabila diterima salinan perintah itu,
Ketua Jabatan hendaklah segera mengemukakannya kepada Setiausaha

1
“atau perlanggaran terhadap surat aku janji seperti yang dinyatakan dalam Borang A1
yang ditandatangani” dimasukkan oleh Surat Pekeliling (Perj. Bil. 6/2000) berkuat kuasa mulai
1.1.2002.

83
Teks ini hanyalah terjemahan oleh Kamar Peguam Besar Negeri, Tingkat 16, Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, Kuching bagi “THE
STATE PUBLIC SERVICE GENERAL ORDERS, 1996” [Swk. L.N. 1/96] termasuk segala pindaan yang dibuat kepadanya oleh
Swk. L.N. 77/98, Swk. L.N. 20/2000 dan Swk. L.N. 75/2003.
Ia bukannya perundangan.
Kerajaan Negeri. Setiausaha Kerajaan Negeri hendaklah melaporkan
perkara tersebut kepada Suruhanjaya dan Suruhanjaya hendaklah dengan
serta-merta menggantung pegawai itu daripada menjalankan tugasnya
mengikut cara yang ditetapkan di bawah Kaedah-Kaedah Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam, 1996.

Meninggalkan Negeri 176. (1) Seseorang pegawai yang ditahan kerja atau digantung
semasa di bawah
penahanan kerja atau kerja tidaklah boleh meninggalkan Negeri tanpa terlebih dahulu
penggantungan kerja. mendapatkan kebenaran bertulis daripada Setiausaha Kerajaan Negeri.

(2) Ketua Jabatan hendaklah mengambil segala langkah yang


perlu untuk menghentikan pembayaran apa-apa emolumen kepada
seseorang pegawai yang ditahan kerja dan yang telah meninggalkan Negeri
tanpa terlebih dahulu mendapatkan kebenaran bertulis daripada Setiausaha
Kerajaan Negeri.

(3) Walau apa pun peruntukan perenggan (1), jika prosiding


jenayah telah dimulakan terhadap seseorang pegawai di negara asing, maka
pegawai itu hendaklah ditahan kerja mengikut cara yang ditetapkan di
bawah Kaedah-Kaedah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, 1996, dan
hendaklah diletakkan dalam jagaan Perwakilan Malaysia di negara itu dan
dia tidak boleh dibenarkan meninggalkan negara itu.

BAHAGIAN EMPAT

PERSATUAN, KELAB, DSB., DI DALAM PERKHIDMATAN


AWAM

Kelab, dsb. jabatan. 177. (1) Pembentukan apa-apa persatuan, kelab, pertubuhan atau
koperasi —

(a) bagi pegawai-pegawai awam atau suami atau


isteri mereka di dalam mana-mana Jabatan
(kemudian daripada ini disebut “kelab jabatan”);
atau

(b) bagi pegawai-pegawai dalam perkhidmatan


awam atau suami atau isteri mereka (kemudian
daripada ini disebut “kelab pegawai-pegawai
awam”),

hendaklah, selain mematuhi mana-mana undang-undang bertulis yang


berhubungan dengan pertubuhan atau koperasi, terlebih dahulu
mendapatkan kelulusan bertulis daripada Setiausaha Kerajaan Negeri.

(2) Permohonan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri untuk


membentuk kelab jabatan atau kelab pegawai-pegawai awam hendaklah
dikemukakan kepadanya melalui —

(a) Ketua Jabatan, untuk membentuk kelab jabatan;


atau

(b) Pengarah, Pembangunan Sumber Manusia dan


Personel, untuk membentuk kelab pegawai-
pegawai awam.

(3) Setiap permohonan hendaklah disokong dengan —

(a) satu salinan draf kaedah-kaedah dan peraturan-


peraturan kelab yang dicadangkan itu;

84
Teks ini hanyalah terjemahan oleh Kamar Peguam Besar Negeri, Tingkat 16, Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, Kuching bagi “THE
STATE PUBLIC SERVICE GENERAL ORDERS, 1996” [Swk. L.N. 1/96] termasuk segala pindaan yang dibuat kepadanya oleh
Swk. L.N. 77/98, Swk. L.N. 20/2000 dan Swk. L.N. 75/2003.
Ia bukannya perundangan.

(b) butir-butir mengenai aktiviti-aktiviti atau


objektif-objektifnya yang dicadangkan itu; dan

(c) satu senarai nama dan nama jawatan ahli-ahli


jawatankuasa sementaranya.

Menyertai aktiviti kelab 178. Penyertaan mana-mana pegawai awam dalam pengurusan atau
jabatan atau kelab
pegawai-pegawai
aktiviti kelab jabatan atau kelab pegawai-pegawai awam hendaknya
awam. janganlah mengganggui tugas rasminya yang sentiasanya hendaklah diberi
keutamaan.

Mendapatkan wang 179. Tiada pegawai awam boleh minta diberinya wang atau
untuk kelab jabatan atau
kelab pegawai-pegawai mengusahakan atau menjalankan aktiviti bagi memperdapatkan wang
awam. untuk mana-mana kelab jabatan atau kelab pegawai-pegawai awam tanpa
terlebih dahulu mendapatkan kelulusan bertulis daripada Setiausaha
Kerajaan Negeri.

Sekatan terhadap 180. (1) Sekiranya Ketua Jabatan sedar tentang aktiviti-aktiviti
aktiviti kelab jabatan
atau kelab pegawai- yang dianjurkan oleh kelab jabatan di dalam jabatannya yang akan
pegawai awam. melibatkan penyertaan lebih daripada enam orang pegawai di dalam
jabatannya untuk tempoh terkumpul selama lebih daripada tiga hari pada
mana-mana satu ketika, sama ada di dalam atau di luar Negeri, maka dia
hendaklah memberitahu Setiausaha Kerajaan Negeri dan meminta
kelulusan bertulisnya sebelum memberikan kebenaran kepada pegawai-
pegawainya untuk menyertai aktiviti-aktiviti itu.

(2) Melainkan jika diluluskan selainnya oleh Setiausaha


Kerajaan Negeri, segala aktiviti kelab jabatan atau kelab pegawai-pegawai
awam hendaklah dijalankan di luar waktu kerja rasmi.

(3) Tiada pegawai awam boleh memohon dan diberikan cuti


tanpa rekod lebih daripada tujuh hari dalam satu tahun kalendar bagi
maksud menyertai dalam aktiviti-aktiviti kelab jabatan atau kelab pegawai-
pegawai awam.

(4) Melainkan jika dengan terlebih dahulu mendapatkan


kelulusan bertulis daripada Setiausaha Kerajaan Negeri, Ketua Jabatan
tidaklah boleh membenarkan wang awam di bawah kawalannya atau
kepunyaan Jabatan digunakan untuk aktiviti mana-mana kelab jabatan atau
kelab pegawai-pegawai awam.

________________

85

You might also like