You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN SRI AMAN

MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK BIL 01/2020

Tarikh : 9 Januari 2020


Masa : 1.30 pm – 3.15 pm
Tempat : Bilik Mesyuarat SKSA
Penasihat : Pn Sharimah Binti Md Zin
Kehadiran :
1. Pn Sharimah Binti Md Zin
2. Cik Magaletchumi A/P Veerappen (KP)
3. En Muhammad Sufian Bin Mustafa Bakri
4. Pn Aribah Binti Adnan
5. Cik Ng Hooi Suan
6. Cik Vineetha A/P Singaraveloo
7. En Asqalani Bin Suhaimi
8. Pn Bibah Binti Yaakob
9. Pn Noor Hasliza Binti Abdul Majid

1. PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Ketua Panitia Matematik mengalukan kehadiran dan ucapan ribuan terima kasih di
atas kehadiran semua.
1.2 Beliau juga mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang telah diberi oleh semua
guru Matematik dalam menjayakan perancangan Panitia Matematik sepanjang tahun
2019 dan berharap sokongan padu daripada semua ahli panitia untuk tahun 2020.
1.3 Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua guru matapelajaran Matematik
kerana turut memberi sumbangan dalam usaha meningkatkan prestasi
kecemerlangan UPSR 2019.

2. UCAPAN GURU PENOLONG KANAN HEM


2.1. Pn Sharimah mengucapkan tahniah kepada semua guru matematik kerana
pencapaian matematik UPSR bagi tahun 2019 telah meningkat.
2.2 Beliau juga berpesan guru-guru perlu bertindak dengan lebih keras jika murid yang
mempunyai masalah kehadiran mendaftar semula masuk ke sekolah.
. Tindakan: Semua guru matapelajaran

3. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU.


3.1 Tidak berkenaan
4. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
4.1 Tidak berkenaan

5. PEMBENTANGAN DAN PENJELASAN DASAR KURIKULUM


5.1 Pengerusi memaklumkan bahawa semua guru mata pelajaran Matematik perlu peka
dan mendalami sukatan pelajaran yang sedia ada. Sukatan perlu dihabiskan
mengikut perancangan tahunan.
5.2 Rancangan Tahunan Matapelajaran perlu disediakan mengikut susunan mingguan
dan diselaraskan dengan takwim sekolah.
Tindakan: Semua guru matapelajaran

6. PENGURUSAN KURIKULUM
61 Pengerusi memaklumkan bahawa mesyuarat telah bersetuju penggunaan buku tulis
murid bagi semua murid ialah 2 buah buku.
6.2 Pengerusi menyatakan bahawa segala latihan yang diberi kepada murid perlu
disemak dalam tempoh 3 hari
6.3 Perbincangan penyediaan Rancangan Tahunan bagi setiap aliran

Tahun Pelaksana
1 Pn Noor Hasliza Binti Abdul Majid
2 Cik Vineetha A/P Singaraveloo
3 Cik Magaletchumi A/P Veerappen
4 En Muhammad Sufian
5 Cik Ng Hooi Suan
6 Cik Ng Hooi Suan

6.4 Pengerusi memaklumkan agar PdPc dijalankan seiring dengan PdP abad 21. Semua
guru perlu menggunakan pengetahuan yang maksimum terutamanya dalam
penggunaan Parking Lot, Reward Chart, Objektif Pembelajaran Dan Kriteria
Kejayaan. Di samping itu guru perlu lebih kreatif dengan idea bertemakan “konsep
handoff” agar kemenjadian murid dapat dicungkilkan.
Tindakan: Makluman

7. PELUNJURAN 2020
7.1 Pengerusi membentangkan pelunjuran Matematik bagi sesi 2019 dan berharap
dapat mencapai pelunjuran tersebut.
Bil Tahun Peratus Menguasai
1 Tahun 4 40%
2 Tahun 5 45%
3 UPSR 85%

Tindakan: Makluman

8. PEPERIKSAAN
8.1 Pengerusi memaklumkan bahawa mesyuarat telah bersetuju penilaian murid akan
diadakan sebanyak 3 kali setahun iaitu:
i. Ujian Penilaian Prestasi 1
ii. PKSR 1
iii. PKSR 2
8.2 Pengerusi membentangkan penggubal soalan bagi setiap kali sesi penilaian
dijalankan.

8.3 Penggubal soalan perlu mematuhi peraturan dalam penyediaan soalan. Format
tulisan bagi peperiksaan tahap 2 ialah Arial 11. Bagi tahap 1 pula ujian boleh dilakukan
dalam peringkat dalaman.

8.4 Pengerusi menyatakan tarikh yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah untuk
menjalankan ujian penilaian terhadap murid iaitu:

PENILAIAN TARIKH
UP 1 2-4 Mac 2020
PKSR 1 12-15 Mei 2020
PKSR 2 12-16 Okt 2020

Tindakan : Semua guru matapelajaran

9. PBS
9.1 Pengerusi memaklumkan bahawa setiap guru matapelajaran perlu menyediakan
perekodan murid dan diserahkan pada pertengahan tahun dan akhir tahun. Rekod
transit boleh ditampalkan di dalam buku RPH untuk memudahkan guru.
9.2 Guru perlu merujuk PPPM bagi murid tahap 1 dan DSKP bagi murid tahap 2 semasa
proses perekodan dijalankan.
Tindakan: Semua guru matapelajaran
10. PEMULIHAN
10.1 Pengerusi memaklumkan bahawa murid pemulihan diambil berdasarkan keputusan
PKSR 2 bagi murid tahap 2 dan juga TP1 & TP2 bagi murid tahap 1.
10.2 Seramai 23 orang murid terlibat dengan Program Pemulihan bagi Tahap 1 dan 6
orang murid bagi Tahap 2.
.
Tindakan: Semua guru matapelajaran

11. HAL-HAL LAIN


11.1 Bulan Matematik akan diadakan selepas UPSR (akhir September).
11.2 Hari Matematik akan diadakan pada setiap hari selasa. Guru-guru matematik akan
memberikan soalan matematik di tapak perhimpunan dan disertakan dengan hadiah
kepada pemenang.
11.3 LDP untuk guru mengenai teknik menyemak kertas soalan yang dikendalikan oleh
Puan Sharimah akan diadakan selepas cuti Tahun Baru Cina.

12. PENUTUP
12.1 Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat dan penetapan mesyuarat yang
berikutnya.
12.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.15 petang .

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

…………………………………. ……………………..
En Muhammad Sufian Bin Mustafa Bakri Cik Magaletchumi A/P
Veerappen
Setiausaha Panitia matematik Ketua Panitia Matematik
SK Sri Aman SK Sri Aman

You might also like